ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, May 10, 2010

Tak perlu Bahasa Melayu ajar subjek Sains Matematik


PPSMI tidak bercanggah dengan Perlembagaan - Mahkamah

07/05/2010

KUALA LUMPUR 7 Mei - Saman pemula yang dikemukakan oleh empat pelajar termasuk anak bekas Menteri Besar Perak untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah sejak 2003 sebagai batal dan tidak sah, ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Mohd. Zawawi Salleh membuat keputusan itu setelah mendapati surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan berhubung PPSMI di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, tidak bercanggah dengan Perlembagaan.



Sumber (2010) - Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment