Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, September 30, 2012

Misteri Kota Gelanggi

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas, Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.

Sila baca lagi di sini.

Pertahankan apa yang telah berbina - Sultan Mizan


KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Rakyat perlu bermuafakat bagi mempertahankan keamanan, kedamaian serta kestabilan yang wujud sejak sekian lama, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baginda mengingatkan, rakyat jangan sesekali merosakkan apa yang telah terbina dan terus berpadu menghadapi masa depan yang makin mencabar.
“Beta suka mengingatkan rakyat bahawa jangan kita lupa kemakmuran dan kedamaian yang telah digenggam.
“Rakyat hendaklah terus bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang budaya, adat resam dan fahaman yang berbeza," titah baginda.
Sultan Mizan yang diiringi oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri di Istana Maziah di sini hari ini sempena perayaan Ulang Tahun ke-50 Hari Keputeraan baginda.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah serta pembesar dan kenamaan negeri.
Baginda bersyukur kerana rakyat, khususnya di negeri ini terus bersatu padu dan menjalankan kehidupan dalam suasana aman damai. - UTUSAN

Thursday, September 27, 2012

Pelajar perlu berminda strategis dan telus - Raja Muda


KANGAR 27 Sept. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yakin para pelajar institusi pengajian tinggi mampu menjadi modal insan terhebat untuk negara jika mereka berminda strategis dan bersifat telus.
Menurut baginda, mereka yang berminda strategis mampu menyusun tindakan dengan bijak dan jika digabungkan pula dengan sifat telus akan menjadikan mereka lebih dihormati.

Merasmikan Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-7 di sini malam tadi, baginda bertitah negara memerlukan modal insan hebat yang boleh ditingkatkan melalui pelbagai kegiatan positif.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah, modal insan terhebat ynag lahir daripada gabungan minda strategis dan sifat telus akan mencetus nilai murni termasuk berdedikasi, berdisiplin, berakhlak mulia, bermoral tinggi, progresif dan patriotik. - BERNAMA

Wednesday, September 19, 2012

Buku Pilihan Bulan Ini

A Moment of Anguish captures the dramatic events leading to the historic separation of Singapore from Malaysia. This book is based on research material drawn from the archives in Singapore. Britain, Australia and the United States. It goes beyond other studies to unravel the hidden story behind this traumatic and controversial episode in Singapore's recent history.

Unpublished sources have been put together to recreate key events which bring out the tensions and conflicts of the period - the "snap" election in Singapore in 1963, the controversial participation of the PAP in the Federal elections of 1964, the two race riots in Singapore in 1964, the formation of the Malaysian Solidarity Convention and the secret negotiations for disengagement.

Written in an engaging style, the book also offers new insights into the principal personalities of the period and the circumstances under which painful and fateful decisions were made.

Full contents
1. The Battle for Merger
2. The Snap Election
3. The PAP as "Cross-Benchers"
4. Crossing the Rubicon
5. The Alliance Strikes Back
6. The Singapore Riots
7. "We are on Collision Course" 8. "Singapore is Out"

Titah SPB Yang DiPertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini melahirkan hasrat untuk melihat lebih ramai rakyat di negara ini mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD).
Titah baginda, demi menjayakan perkara itu baginda menggesa agar semua pihak termasuk parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan masing-masing.
Katanya, kesedaran tentang kepentingan pendidikan sehingga ke tahap paling tinggi itu harus ditanam dalam jiwa rakyat pada usia kanak-kanak lagi.
"Berbanding sibuk berpolitik, lebih bermanfaat kepada negara jika parti politik dan NGO menjadikan ini sebagai agenda utama mereka.
"Untuk menjayakan hasrat ini, semua pihak perlu memainkan peranan. Kesedaran perlu diberikan di peringkat kanak-kanak betapa pendidikan boleh mengubah maju mundur, miskin hina seseorang," titah baginda yang juga Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Majlis Konvokesyen UUM Ke-25 Sesi 1 (Khas), di sini.
Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat UUM kepada Pengerusi MK Land Holdings Bhd. (MK Land), Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dan Profesor Emeritus kepada Prof. Datuk Dr. Abdul Kadir Din dan Prof. Dr. Ranjit Singh Darshan Singh.
Baginda turut menyampaikan 15 anugerah dan pingat kepada graduan cemerlang antaranya Pingat Emas Canselor, Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Institut Bank-Bank Malaysia dan Pingat Emas Bank Rakyat.
Baginda bertitah, kebanyakan mereka yang berkelulusan PhD kini berada di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
"Data Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan bilangan kakitangan yang memiliki PhD di IPT awam dan swasta seramai 7,800 orang manakala Sarjana seramai 20,000 orang," titah baginda.
Titah baginda, kesedaran juga perlu disuntik kepada anak-anak muda betapa pentingnya menguasai bahasa Inggeris serta celik Sains dan Matematik.

Friday, September 14, 2012

Selamat Hari Malaysia


Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.
Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen.
Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia.
Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.
Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.
Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
Sepanjang Februari-hingga April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan.
Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.
Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold.
Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom).
Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.
Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.
Sumber ~ pmr.penerangan.gov.my 

Tuesday, September 11, 2012

Iktiraf PSM badan berautoriti rujukan sejarah negara


PERSATUAN Sejarah Malaysia (PSM) perlu mencari jalan supaya menjadi badan yang diiktiraf sebagai tempat rujukan atau mempunyai autoriti bagi menentukan kesahihan sebarang isu yang berkaitan sejarah tanah air."
Demikian salah satu usul tergempar yang dikemukakan oleh perwakilan dalam Mesyuarat Tahunan Majlis, Persatuan Sejarah Malaysia Ke-57 yang berlangsung di Anjung Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 6 September yang lalu.
Tambah perwakilan tersebut, baru-baru ini telah timbul isu siapakah individu yang sebenarnya bertanggungjawab membuka dan membangunkan Kuala Lumpur? Adakah Raja Abdullah atau Kapitan Yap Ah Loy atau Sutan Naposo@Sutan Puasa?
Ini disebabkan terdapat dalam dokumen sejarah di mana nama ketiga-tiga tokoh ini pernah dikaitkan dengan orang yang bertanggung jawab terhadap peristiwa penting itu.
Satu lagi isu yang menggemparkan baru-baru ini ialah ada pihak yang mempertikaikan kesahihan kewujudan pahlawan tersohor Laksamana Hang Tuah. Pandangan ini seolah-olah menolak peristiwa sejarah yang telah dikisahkan sejak turun temurun.
Fakta melalui tulisan dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan dokumen-dokumen tempatan yang lain nampaknya tidak mencukupi.
Kewujudan nama Hang Tuah yang pada nama orang, jalan, bangunan atau institusi bukan sahaja di negara kita malah di Indonesia dan selatan Thailand nampaknya masih diragui kewujudannya oleh pihak tersebut.
Timbulnya isu sebegini boleh mendatangkan keresahan dalam masyarakat. Malah boleh mengelirukan murid yang sedang berusaha mengenali sejarah tanah air. Oleh itu saranan perwakilan untuk menjadikan PSM sebagai badan yang mempunyai autoriti dalam memberikan pendapat, pandangan atau menentukan kesahihan sesuatu isu sejarah sudah sampai masa dan ketikanya.
Pengiktirafan kepada PSM akan dapat menyelesaikan persoalan sejarah yang mungkin lebih banyak dibangkitkan pada masa akan datang.
Mesyuarat Tahunan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam ucapannya, beliau menyatakan kerajaan sedang merangka kandungan baharu kurikulum Sejarah sekolah menengah sebagai sebahagian daripada usaha memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Pendekatan tersebut adalah selari dengan keputusan kerajaan menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi mendapatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan. Sementara itu keputusan telah dibuat untuk memperkenalkan Sejarah sebagai satu mata pelajaran pada peringkat sekolah rendah mulai 2014.
Rangka kandungan kurikulum baharu Sejarah peringkat sekolah menengah dibuat berpandukan perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Tan Sri Omar Mohd Hashim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM bersama 10 orang anggota yang merupakan pakar dalam bidang sejarah.
Perubahan kandungan kurikulum Sejarah itu bertujuan untuk membolehkan generasi muda lebih memahami dan menghargai warisan sejarah dan budaya negara. Ia merupakan penentu utama pembinaan satu identiti nasional yang kukuh dan jitu.
Untuk menjayakannya perlu ditingkatkan tahap profesionalisme guru yang mengajar subjek tersebut. Ini disebabkan mereka berperanan membina sikap, nilai, kefahaman dan kemahiran intelektual di kalangan murid.
Anggapan Sejarah sebagai mata pelajaran pinggiran telah berlalu. Ia perlu diberi nafas baru, dimartabat, diberi perhatian serius dan diajar oleh guru yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan mendalam mengenainya.
Cadangan pihak kerajaan untuk merangka semula kandungan kurikulum Sejarah itu sangat dialu-alukan dan telah mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Pelbagai pendapat telah dikemukakan melalui akhbar, majalah, memorandum dan dalam blog di talian maya.
Ramai berpendapat Sejarah perlu diajar oleh guru yang terlatih dan mempunyai opsyen dalam mata pelajaran berkenaan. Pandangan yang menganggap sejarah adalah subjek yang membosankan perlu dihindarkan.
Sejarah tidak seharusnya diajar melalui pendekatan sehala dalam bilik darjah tetapi perlu menggalakkan pelajar membuat kajian pelbagai bahan seperti buku, akhbar, majalah, jurnal atau artifak tertentu.
Selain itu kaedah temu duga dengan tokoh tertentu boleh mendekatkan murid dengan peristiwa yang dialami. Lebih menyeronokkan sekiranya sesuatu topik itu diajar dengan memberi peluang kepada murid terlibat melalui aktiviti lakonan, kuiz, forum, syarahan atau perbahasan yang sekali gus akan mencabar minda mereka.
Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran akan menjadikan mata pelajaran itu lebih menarik, hidup dan memberi kemahiran sampingan kepada murid.
Terdapat juga pandangan supaya kerangka sejarah Sarawak dan Sabah diawalkan lagi tidak hanya menjelaskan peristiwa yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Sejarah kedua-dua negeri itu perlu dihuraikan lebih awal iaitu sebelum kedatangan kuasa penjajah Inggeris ke negeri tersebut.
Jika kita melayari internet terdapat beberapa blog yang memberikan pendapat supaya subjek Sejarah turut memberi penekanan kepada gerakan golongan kiri dalam memperjuangkan kemerdekaan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Komunis Malaya (PKM) dan lain-lain.
Sementara itu tokoh seperti Ibrahim Yaakub, Abu Bakar Albaqir, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestaman dan Chin Peng diberikan tempat yang lebih luas dalam konteks kemerdekaan tanah air. Menurut mereka, peranan golongan kiri ini juga seharusnya ditonjolkan dalam penulisan buku teks Sejarah peringkat sekolah.
Pelbagai bentuk pendapat dan pandangan itu elok dikaji dan beri perhatian supaya tidak menjadi polemik berpanjangan. Jika peranan itu diberikan kepada PSM maka ia dijangka akan dapat menyelesaikan isu itu. Pendapat dan padangan PSM sebagai pakar rujuk berautoriti diharap dapat memantapkan kurikulum Sejarah yang digunakan di sekolah.
Sekiranya ini berlaku maka objektif PSM perlu ditambah '… sebagai badan berautoriti dan tempat rujukan sebarang isu berkaitan sejarah tanah air!'

PENULIS ialah Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi Yayasan Guru
Malaysia Berhad dan Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia

www.utusan.com.my

Friday, September 7, 2012

Subjek Sejarah Dirombak


Kerajaan sedang merangka kurikulum baru subjek Sejarah sekolah menengah untuk melahirkan warganegara bersemangat patriotisme yang tinggi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia berpandukan perakuan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.

Beliau berkata, ia juga selaras dengan perhatian khusus kerajaan terhadap kandungan kurikulum subjek Sejarah di sekolah. Jawatankuasa khas dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim (Pengerusi Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)) mempunyai tugas besar dan berat. Laporan sudah diserahkan dan Insya-Allah akan dilaksanakan, katanya ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis PSM ke-57, di Wisma Sejarah di sini, semalam.

Jawatankuasa khas yang ditubuh pada Mei 2011 dianggotai 10 pakar sejarah bertujuan membantu mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah. Ia bagi memastikan subjek itu mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cintakan tanah air, sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warga Malaysia.

Penubuhannya juga selaras dasar kerajaan menjadikan Sejarah subjek wajib lulus peringkat SPM mulai 2013. Zaman yang menganggap Sejarah boleh diajar oleh sesiapa saja dan menganggap ia sebagai satu mata pelajaran pinggiran sudah berlalu. Kita mahu Sejarah diberi nafas baru, dimartabatkan dengan perhatian yang serius dan diajar oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu itu, katanya.

Thursday, September 6, 2012

Cenderahati Tengkolok


Tengkolok, destar atau tanjak merujuk kepada sejenis hiasan kepala yang dipakai golongan lelaki sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu.
Namun pada masa sekarang, tengkolok hanya dipakai pada majlis-majlis tertentu sahaja seperti majlis adat istiadat di istana dan majlis perkahwinan.
Yang terkini ia dijadikan pula sebagai cendera hati dan hiasan hingga menembusi pasaran gedung beli-belah terkemuka Harrod, di London menerusi kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, ia lebih dikenali sebagai destar atau tanjak.
Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu.
Bagaimanapun ia boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dengan jenis dan corak kain yang berbeza, mengikut taraf sosial si pemakainya.
Setiap solek tengkolok yang berbeza ini turut diberikan nama khas, misalnya tengkolok yang dipakai oleh Yang Di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan sejak merdeka dikenali sebagai solek "Dendam Tak Sudah".
Manakala setiap Raja Melayu masing-masing memakai solek tengkolok yang khusus. Misalnya, Sultan Selangor memakai "Solek Balung Raja" berwarna serba kuning emas ketika menghadiri majlis pertabalan atau hari keputeraan baginda.
Kemahiran dan kreativiti tukang lipat telah memberikan variasi kepada reka bentuk tengkolok yang terdiri daripada Kacang Dua Helai Daun, Dendam Tak Sudah, Sarang Kerengga dan Solok Timba.
Setiap lipatan dan takuk yang terdapat di tengkolok juga mempunyai falsafahnya yang tersendiri.
Menyedari potensi tengkolok ini, telah mencetuskan idea kepada seorang bekas pengurus ladang Mohd Ghazali Ibrahim, 70, dan isteri Norlaily Abdullah, 62, dari Kampung Senama Hilir, Rembau untuk menjadikan tengkolok sebagai barang hiasan atau cendera hati.
Mohd Ghazali berkata idea menjadikannya barang hiasan dan cendera hati bermula sejak 1997 dan mulai saat itu mereka melakukan pelbagai perubahan untuk menghasilkan tengkolok yang bermutu dan menarik. "Kami mengusahakan perniagaan ini secara kecil-kecilan di rumah pada tahun 1997 sehingga kini telah berkembang dan masih lagi bertahan.
"Kami menjalankan penyelidikan selama setahun dan berjaya menghasilkan 10 tengkolok diraja. Dari situ kami perkenalkan hasil kerja tangan kami di samping mencari pasaran.
"Dari situ, kami mula bertapak dan menubuhkan syarikat Khidmat Tani Minang Sdn Bhd untuk menerima tempahan yang banyak dari dari jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan," katanya.
"Syarikat kami menerokai bidang ini dengan mengeluarkan tengkolok khusus untuk dijadikan cendera hati atau hiasan dalam peti kaca yang berukuran kecil dan besar dengan harga antara RM70 hingga RM900 setiap satu," kata Mohd Ghazali yang juga pengarah urusan Khidmat Tani Minang Sdn Bhd.
Selain itu, syarikat berkenaan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Tempahan besar yang pernah diterima syarikat adalah daripada syarikat penerbangan MAS beberapa tahun lepas.
"Masa itu kami terpaksa menambah pekerja untuk memenuhi tempahan dan diserahkan pada masa yang ditetapkan. Cendera hati tengkolok diraja yang dihasilkan syarikat kami turut mendapat tempat di hati pemimpin negara luar serta pernah dihadiahkan kepada 25 pemimpin negara luar ketika persidangan APEC di negara ini tidak lama dulu," katanya. - Bernama

Monday, September 3, 2012

Darihal Terhapusnya Hukum dan Kanun di Tanah Melayu

By the Second Charter of Justice of 1826, a united Courts of Judicature was established for the Straits Settlements of Penang, Malacca and Singapore. These Charters of Justice were significant for they herald the reception of the English common law and equity into the Malay Peninsula.

As stated by Malkin R In the Goods of Abdullah: “I refer to the case of Rodyk v Williamson ….in which I expressed my opinion that I was bound by the uniform course of authority to hold that the introduction of the Kings Charter into these Settlements had introduced the existing law of England except in some cases where it was modified by express provisions, and had abrogated any law previously existing.”