Rajamenangis adalah ungkapan nama khas. Ia barangkali juga satu kiasan dan metafora sebuah arti yang terkandung di dalamnya seni paling halus, umpakan Melayu itu sendiri yang berdalih agar menginjak, mengelak agar terpaling rasa terkilan. Air mata menitis di kala suka mahupun duka. Memang bukan fitrah Raja untuk menangis kerana Raja lazimnya dikaitkan dengan ceritera sejahtera, ceritera bahagia.
Dalam lipatan sejarah kepulauan Melayu yang sarat dengan pertempuran, raja-raja juga bermati-matian, berlari-larian sama ada bersama atau bersaingan dengan rakyat jelata. Hatta Raja dan institusi silam ini, memberi arti buat kelompok masyarakat dan identiti Melayu; tanpanya negara ini punah sudahnya. Dan kiasannya pada hari ini, bukanlah kiasan lagi tapi sebenarnya telahpun bermula. Maka sungguhlah dibimbangi, seandai pepatah 'Biar mati anak, jangan mati adat' kelak menjadi igauan yang meruntun jiwa.
Rajamenangis adalah kombinasi usaha pengelola serta pasukan ahli fikir sejarah, budayawan, ketamadunan dan kesusasteraan Alam Melayu dalam ertikata yang menyeluruh. Rangkaian hubungan kami termasuklah ahli sejarah, pensyarah dan guru, para intelektual Islam dan ketamadunan Melayu, ahli politik daripada pelbagai lapangan serta aktivis masyarakat profesional dan amatur dalam bidang-bidang di atas.
Rajamenangis mengkaji aspek-aspek Kesultanan Melayu dulu dan kini, adat istiadat istana, adat resam Melayu, kefahaman dan sistem kepercayaan orang-orang Melayu-Islam dan konsep kedaulatan mereka