Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, December 30, 2011

Tarikh kiamat rahsia Allah

BOLEH dikatakan semua agama di dunia mempercayai akan hari khiamat. Agama Kristian, Yahudi atau lain-lain agama di dunia ini juga dikatakan kononnya lebih 'tahu' akan tarikh berlakunya kiamat.
"Kepercayaan mengenai hari kiamat terutamanya menurut agama Kristian dan Yahudi memang ada asasnya kerana nabi-nabi mereka diterima dan diiktiraf dalam Islam.
"Tetapi pada asasnya kepercayaan hari kiamat mereka adalah sebagaimana kepercayaan dalam Islam itu sendiri.
"Iaitu tidak ada tarikh tertentu diberikan sebagaimana yang ditetapkan dalam Islam.
"Malah mereka percaya akan turunnya Al Masih, Nabi Isa, kerosakan yang dilakukan oleh Dajjal, kaum Yakjud dan Makjud dan sebagainya.
"Tetapi jika mereka mempergunakan agama bagi menyatakan tarikh sebenar kiamat, itu sebenarnya berlaku kesesatan dalam agama mereka sendiri.
"Begitu juga kepada umat Islam yang meramalkan tarikh kiamat atas nama Islam, maka itu dikira sesat dalam agama kita," kata Dr. Danial.
Tambah beliau, atas nama agama, manusia akan mencipta segala macam ramalan yang bukan-bukan yang tidak masuk akal.
Semua itu sebenarnya jika tidak berhati-hati merupakan permainan syaitan dan iblis.
Golongan yang membuat ramalan akan hari khiamat itu sebenarnya ada kepentingan tertentu yang bukan sahaja membawa faedah kepada diri mereka tetapi memberikan kemenangan kepada kuasa-kuasa jahat iblis dan syaitan yang suka menyesatkan manusia.
Sehingga berlaku penyembahan, sanggup melakukan korban supaya terselamat jika berlaku kiamat dan sanggup membunuh diri bagi mengelakkan azab ditimpa kiamat.
Semua itu, kata Dr. Danial adalah kesesatan kesan mempercayai kepada segala macam ramalan tersebut.
Mungkin tarikh kiamat yang kononnya berlaku hujung tahun hadapan sedikit sebanyak akan memberi iktibar dan satu peringatan keras yang membuatkan manusia supaya bersedia menghadapinya.
Ini termasuklah melakukan amal kebaikan, bertaubat, tidak melakukan maksiat, kuat beribadat dan sebagainya lagi.
Namun seperti yang ditegaskan oleh Dr. Danial, bagaimana jika selepas Disember 2012 itu, tidak berlaku kiamat? Bagaimana keadaan manusia yang telah melakukan pelbagai persediaan untuk menghadapi kiamat itu?
"Manusia pastinya akan gembira, mencampakkan segala amalan kebaikan untuk kembali berfoya-foya, tidak ingat Tuhan kerana kiamat tidak jadi.
"Seperti ada sambutan meriah apabila kiamat tidak berlaku," tegas beliau.
Sedangkan kata Dr. Danial, agama Islam telah lengkap dalam memperkatakan hari kiamat.
Hikmah tarikh kiamat dirahsiakan supaya manusia sentiasa bersedia secara jujur, ikhlas kerana percaya hidup di dunia hanya sementara kerana yang kekal adalah di akhirat.
"Justeru kehadiran 2012 esok lusa ini hendaklah 'disambut' dengan penuh keinsafan terutamanya semakin dekatnya kita kepada tanah perkuburan, persemadian abadi yang memutuskan segala amalan kita di dunia kecuali bekalan yang kita bawa akhirat kelak.
"Sama ada tahun hijri mahupun masihi hendaklah disambut dengan ibadah bukannya dengan keseronokan dan hiburan yang melampau kerana umur semakin meningkat dan kematian akan menjemput kita tanpa mengira masa dan keadaan.
"Bertambahnya tahun untuk kita hidup, bermakna Allah memberikan 'bonus', kelebihan masa dan waktu untuk kita menambahkan amalan kebaikan dan kebajikan. Malangnya sekalipun ada peringatan kononnya Kiamat tetapi saya yakin yang bakal di sambut sempena tahun baru 2012 adalah tetap mengikut nafsu," katanya.
Manusia harus menyedari kini bahawa masa kian dan semakin pantas berlalu.
Setahun 2011 yang berlalu begitu cepat sehinggakan manusia tidak sempat menyempurnakan pelbagai azam dan cita-cita.
"Jadi adakah masanya lagi untuk membuang-buang masa untuk perkara yang tidak berfaedah?
"Sekalipun kita merasakan kita begitu sibuk sehingga menyebabkan masa dirasakan begitu pantas berlalu, namun kebanyakan kita sibuk dengan aktiviti yang tujuannya adalah salah kerana kita mempunyai misi hidup yang salah," katanya.
Sedangkan manusia hendaklah istiqamah dalam perkara kebaikan dan konsisten dalam ibadah dengan misi hidup adalah mencari kemuliaan dan ketaqwaan di sisi Allah.
Bukan meletakkan sasaran kemuliaan di sisi manusia dengan mengejar pangkat, harta dan sebagainya.
Benarlah manusia itu kerugian dari aspek masa.
Sehinggalah Allah bersumpah sebagaimana dalam surah al-Asr: 1-3: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

utusan.com.my

Wednesday, December 28, 2011

IKATAN MUSLIM MALAYSIA TAK RELA 153 DI PERSENDA

ISMA : Tindakan Pertikai Artikel 153 Melampau !

BANGI, 27 Disember – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Paderi Dr Eu Hong Eng ketika perayaan Krismas pada 25 Disember lalu yang mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia adalah bersifat melampau dan besar kepala.

“Saya melihat kenyataan ini sebagai suatu yang melampau dan bersifat besar kepala, kerana saya berpegang kepada kedudukan Malaysia adalah sebuah negara Islam, maka menjadi suatu yang tabii di mana negara yang merupakan negara orang Islam perlu mempertahankan hak-hak penduduk asal negara tersebut.”

Ustaz Abdullah juga menyatakan pertikaian yang dibuat oleh paderi tersebut sebagai “membuli” kaum lain adalah tidak relevan, sebaliknya kenyataan itu sendiri yang “membuli” kaum bumiputera serta orang Islam.

“Sebenarnya kenyataan Dr Eu lebih kepada membuli, dia yang membuli, bukan kita yang membuli, apa yang sedang berlaku sekarang ini adalah orang bukan Islam cuba membuli orang Islam, bukan orang Islam yang membuli orang bukan Islam. Itu tidak pernah berlaku.”

Secara dasarnya, Malaysia merupakan negara Islam dan kontrak sosial yang dibentuk adalah berteraskan asas-asas Islam dan diterima pakai oleh seluruh penduduk Malaysia tidak kira bangsa dan agama selama ini.

Sementara itu, Ustaz Abdullah turut menyatakan bahawa Islam tidak menafikan hak bukan Islam, dan seharusnya mereka berterima kasih dan bersyukur kerana dapat menikmati kehidupan dengan tiada sekatan daripada pelbagai aspek yang sama sekali tidak wujud di negara lain seperti Malaysia.
“Islam sendiri tidak mengabaikan, tidak mensia-siakan ataupun menafikan hak bukan Islam. Sepatutnya penduduk bukan Islam berterima kasih dan bersyukur kerana sepanjang 54 tahun kita merdeka, mereka telah menikmati kehidupan yang sangat baik, lebih baik daripada bumiputera itu sendiri, mereka bebas mengamalkan adat dan agama mereka, di sana ada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, yang menjaga adat budaya bahasa setiap kaum tersebut. Dan ini tidak wujud di mana-mana negara di atas dunia ini.” Dalam pada itu, Ustaz Abdullah Zaik turut menyarankan agar lebih banyak pihak seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tampil untuk mempertahankan bersama hak-hak bumiputera dan orang Islam. “Saya rasa itulah sepatutnya dilakukan oleh barisan kepimpinan seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan Melayu yang menyedari apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dirancang oleh bukan Islam. 

“Saya menggesa banyak lagi badan-badan Islam sama ada NGO, parti politik, badan kepimpinan masyarakat untuk tampil menyatakan pendirian, kerana kita yakin dia tidak akan berhenti setakat ucapan itu, tetapi ada kemungkinan akan disusuli dengan tindakan-tindakan lain akhirnya akan menjurus kepada merubah bentuk negara ini yang asalnya negara Islam kepada negara yang bersifat sekular sepenuhnya.” Namun, Ustaz Abdullah menyifatkan sebagai suatu tindakan yang ganjil oleh Prof Aziz Bari apabila dilihat beliau menyokong kenyataan paderi tersebut, malah menyelar kenyataan yang dibuat oleh PERKASA seolah-olah memberi amaran kepadanya supaya meletakkan pemikiran secara rasional selaras dengan pembangunan negara yang semakin maju.

“Dari segi citarasa sebagai seorang Melayu Muslim, kenyataan Aziz Bari sangat ganjil dengan sentimen kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam. Bukan dia nak ‘protect’ hak orang Islam dan orang Melayu, tetapi sebaliknya dia cuba melindungi orang yang cuba membuli orang Melayu.”
Ustaz Abdullah mendesak agar pihak berkuasa menyiasat paderi tersebut yang telah membuat pertikaian perlembagaan Perkara 153, sekaligus mencetuskan kemarahan masyarakat Islam dan kaum bumiputera serta boleh menjejaskan keharmonian negara. Beliau juga mengingatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan sedar bahawa ini adalah satu-satunya bumi peninggalan yang masih lagi dianggap kekal sebagai tanah Melayu. Jika tidak dihalang, tidak mustahil dalam masa yang singkat Malaysia bukan lagi dikira sebagai tanah Melayu yang kita banggai selama ini dan sejarah Tanah Melayu yang menjadi pusat pengembangan menegakkan kalimah Allah akan menjadi bahan sejarah sahaja yang tersimpan di muzium pada masa akan datang.

Assalamualaikum wbt,
Tuan/Puan/Encik/Cik dijemput untuk sama-sama menghadiri Forum Perdana Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam yang akan diadakan seperti berikut:
Tempat: Surau As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Tarikh: 31hb Disember 2011, Sabtu
Masa: 8.00 malam
Panelis:
1) Ustaz Dr. Aznan Hasan, Pengerusi Majlis Ulama’ ISMA (MUIS)
2) Prof. Madya Hj. Kamaruddin Hj. Salleh, Pensyarah Jabatan Usuluddin, UKM
Moderator:
Mohd Noor Azib Asmangi, Yang Di-Pertua ISMA Daerah Hulu Langat
Anjuran: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Daerah Hulu Langat & Surau As-Sobah
Ayuh memanfaatkan peluang dan ruang untuk memahami bahaya arus liberalisasi dalam menghancurkan umat Islam.

Tuesday, December 27, 2011

Arca di Selatan Kedah

Arca Buddha Duduk yang diperbuat daripada tanah liat ini dijumpai di Pengkalan Bujang, Selatan Kedah. Dipercayai berasal dari abad 11 hingga 12 Masihi. Artifak ini telah diisytiharkan sebagai Objek Warisan Ketara di bawah Senarai Warisan Kebangsaan 2009.


Sumber : muziumnegara.gov.my

Al-Quran bongkar rahsia pembinaan piramid

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).
Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.
Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?
Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.
Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.
Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.
Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.
Tanah liat
Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.
Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.
Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.
Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.
Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.
Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.

sumber : utusan.com.my

Saturday, December 24, 2011

Pedoman

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. AL ZUMAR 53, QURAN.

["O My servants who have committed excesses against their own souls! despair not of the mercy of Allah, surely Allah forgives all sins. Verily He is Most Forgiving, Merciful"]

Kisah hidup 35 ulama

KALAU bertemu dengan seseorang yang memakai baju dengan potongan tangan yang agak pelik - sebelah besar dan sebelah lagi pula kecil - tentu terus terlintas di fikiran mesti ada yang tidak kena atau gila.
Tetapi tahukah anda, itulah gaya Imam Abu Daud, salah seorang antara ulama hadis yang enam, seorang yang hafiz, warak dan kuat beribadat.
Dalam buku ini diceritakan betapa Imam Abu Daud dikatakan mempunyai hikmah serta falsafah di sebalik cara dia berpakaian. Pada masa dahulu, beliau mempunyai satu lengan (baju) yang luas dan satu lengan yang sempit. Apabila ditanya beliau menjawab: "Yang luas (lengan) itu untuk aku membawa (memasukkan) kitab-kitab di dalamnya manakala yang sebelah lagi pula tidak diperlukan. Jika diluaskan (dibesarkan) juga ia merupakan satu perbuatan membazir!"
Setiap kita tentunya suka untuk membaca kisah-kisah peribadi, memori hidup atau biografi mereka yang terkenal dan berjasa. Kisah-kisah dalam melalui liku-liku hidup pahit manis, suka duka mereka pastinya akan menyentuh perasaan, meninggalkan seribu satu pengajaran dan menjadi sumber inspirasi kepada para pembaca.
Tetapi jarang kita dapat mengikuti kisah-kisah kehidupan peribadi para ulama terutama yang telah lama meninggalkan kita, malah sehingga beratus-ratus tahun dahulu.
Kisah hidup mereka sama penting untuk kita ketahui sebagaimana kita mengikuti kisah sejarah atau sirah Rasulullah, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.
Para ulama juga mempunyai kisah kehidupan mereka yang sangat unik, menarik dan sangat mengagumkan. Malah mereka juga sebenarnya menonjolkan kehidupan yang sangat sederhana tetapi mampu menguasai pelbagai kepakaran dan mempunyai hobi-hobi yang menarik.
Mereka mampu menterjemahkan segala falsafah yang dipegang dalam segenap kehidupan namun yang jelas ulama tidak sahaja pewaris nabi tetapi mereka sangat mencintai ilmu.
Dek kerana ilmu mereka sanggup menggembara ke merata tempat supaya tidak ketinggalan memiliki ilmu tersebut dan sanggup mengembara jauh juga semata-mata untuk menyebarkan ilmu. Begitu sekali komitmen yang mereka pamerkan kerana terlalu cintakan ilmu. Sesuai dengan Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan An Nasai yang bermaksud; Sesiapa yang berjalan supaya mencari ilmu nescaya Allah memudahkan baginya jalan ke syurga.
Muhammad Abdulloh berjaya mengumpulkan kisah hidup hampir 35 para ulama dari zaman silam Islam sehinggalah ulama-ulama tempatan di Malaysia.
Ditulis dalam catatan yang sangat menarik dan penulis yang berasal dari Sandakan Sabah itu benar-benar semakin mendekatkan diri kita kepada ulama-ulama tersebut walaupun mereka telah lama meninggalkan kita.
Bukan suatu yang gimik tetapi penulis melontarkan perkara berikut iaitu Imam Syafie dan Imam Ahmad pandai bersyair? Imam Malik suka menyanyi? Ibnu Firdaus, lakukan cubaan pertama terbang di udara? Ibnu Sina, selamatkan perut raja? Ibnu Sirin, pandai mentafsir mimpi? Ibnu Hazm, sibuk bercinta? Imam Nawawi sanggup membujang demi ilmu? Abuya Hamka, ceramahnya sangat memukau? Imam Bukhari, kuburnya harum dengan wangian Misk? Jenazah Imam Ahmad, Said Nursi dan Syeikh Albani dihadiri jutaan manusia?
Seperti tingkah laku yang ditunjukkan oleh ulama pentafsir mimpi terkenal, Ibnu Sirin apabila pada suatu hari iaitu pada waktu tengahari, ulama itu memasuki sebuah pasar yang sibuk.
Di tengah-tengah pasar itu, beliau akan bertakbir dan bertasbih berulang-ulang kali dengan suara yang kuat.
Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, Ibnu Sirin menjawab: "Kerana pada masa-masa seperti sekarang inilah manusia lupa kepada Allah!" Menarik bukan?
Apabila kita menyoroti kehidupan ulama Tok Kenali dari Kelantan misalnya dari aspek pemakanan hari-harinya adalah sangat sederhana. Ini kerana beliau betul-betul mengamalkan makan untuk hidup.
Beliau hanya masak nasi yang dicampur serentak dengan ikan kering agar sekali gus terus menjadi nasi berlauk, iaitu dua dalam satu malah bertujuan untuk menjimatkan masa memasak!
Kisah ulama Sheikh Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menarik. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada pertemuan untuk membincangkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu, Abdullah Fahim memberitahu Almarhum Tunku Abdul Rahman bahawa selepas mencapai kemerdekaan, akan bertukar namanya. Ramalan yang dibuat berdasarkan ilmu firasat yang beliau miliki ternyata benar apabila dengan kehendak Allah juga, Tanah Melayu telah bertukar namanya kepada Malaysia, lima tahun selepas kemerdekaan! Harus diingat, beliau jugalah individu yang bertanggungjawab memilih tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh keramat, kita merdeka!
Dan banyak lagi kisah-kisah menarik dan semuanya ada di dalam buku ini dan pastinya ia bukan satu kisah dongengan tetapi bahawa para ulama juga tidak sahaja mempunyai kisah benar tetapi juga mempunyai kisah-kisah luar biasa mereka!

Monday, December 19, 2011

Keris kebesaran Diraja Perak

KUALA KANGSAR: Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, Nor Janati Ibrahim, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris itu.

“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Jadi ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri ini. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

“Lagipun keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Nor Janati berkata, mengenai ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan pihak berkaitan, tetapi yang penting Muzium Perak tetap mengatakan Keris Taming Sari ialah satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

“Kebanyakan tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

“Justeru, Muzium Perak dengan perkenan Tuanku (Sultan Perak) mengadakan pameran Keris Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah selama enam hari bermula hari ini (semalam) sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-83.
“Ia bertujuan memberi pendedahan serta gambaran sebenar mengenai keistimewaan keris yang pernah menjadi milik Laksamana Hang Tuah itu,” katanya.

Keris berkenaan yang diseliputi dedaun emas, manakala sarung atau hulunya diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

abushahid.wordpress.com

Individu pemarah mudah didekati, dihasut syaitan

HIDUP bertoleransi dan saling menghormati menjadi agenda penting masyarakat bertamadun. Hakikatnya, tidak ada individu yang bebas melakukan apa saja diingini kerana kita dibatasi undang-undang dan hukum agama.
Sikap ego dan mementingkan diri bukan mendatangkan kebaikan kepada pelakunya, sebaliknya menimbulkan kesan emosi tidak stabil dalam diri. Sebab itu, amalan terbaik ialah sentiasa merendahkan diri dan bersedia memaafkan orang lain.


Setiap hari kita sentiasa berdepan situasi menimbulkan perasaan marah. Kejadian itu berlaku di rumah, jalan raya, dalam kenderaan awam, pejabat, kedai dan di mana saja. Keadaan itu hanya dapat diredakan jika adanya sifat pemaaf dalam diri yang bertindak seperti air mematikan api.


Sifat pemaaf menjadi benteng yang menghalang daripada timbulnya rasa marah. Justeru, pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim kerana sifat itu mempunyai kesan amat besar dalam kehidupan dan dapat menyelamatkan daripada terjebak tindakan tidak sepatutnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah SWT menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 132) 

Orang yang bersifat pemaaf tidak berdendam dan buruk sangka terhadap orang lain. Biarpun pernah diperlakukan dengan perkara menimbulkan perasaan marah, dia memaafkan perbuatan itu dan menerimanya secara positif. 

Sifat itu memberi keyakinan bahawa yang berhak menghukum hanyalah Allah SWT. Biarlah Allah SWT yang menentukan balasan terhadap apa dilakukan orang lain terhadap kita. Individu pemaaf dan sabar sentiasa tenang serta bermuhasabah diri untuk menilai apa yang berlaku. 
Memang orang dizalimi berhak membalas balik perbuatan itu, namun lebih baik jika memberi kemaafan. Tindakan tidak membalas balik akan mengelak daripada melakukan kezaliman.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah SWT. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.”(Surah Asy-Syura, ayat 39-40) 
Melakukan kebaikan kepada seseorang tidak seharusnya terhenti disebabkan satu kesilapan dilakukan olehnya. Ada banyak kes keretakan hubungan keluarga, sahabat dan rakan sekerja terputus semata-mata disebabkan satu kesalahan kecil. 

Mereka yang tidak mahu memaafkan dan suka beradu kekuatan boleh disamakan seperti haiwan. Sifat haiwan tidak mahu mengaku kalah untuk mendapat apa yang diingini tanpa belas kasihan kepada lawannya. 

Perasaan dendam dan curiga yang terus menguasai diri mudah bertukar menjadi tindakan lebih buruk jika tercetusnya percikan api kemarahan. Syaitan sentiasa memainkan peranan menimbulkan suasana lebih buruk. Godaan syaitan sukar ditepis jika iman lemah. 

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: “Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh memainkan hati mereka seperti sebiji bola.”

Sebab itu Islam menganjurkan agar saling memaafkan. Melaluinya akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Hidup tanpa marah dan dendam adalah nikmat kebebasan hidup yang sebenar.

Sifat memaafkan dianggap mudah kerana ia berada dalam diri kita sendiri. Kita menentukan sifat pemaaf atau sifat pendendam. Jadilah insan dalam hatinya penuh dengan bungaan kemaafan yang sentiasa segar. 


sumber: bharian.com.my

Tuesday, December 13, 2011

Tuanku Abdul Halim, Yang di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam. Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lepas. - Bernama

Tapak Warisan Lembah Bujang

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Kerajaan akan membeli tanah di sekitar kawasan berhampiran tapak warisan di Lembah Bujang di Kedah bagi mengelak berlakunya pembangunan perumahan dan pertanahan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D”cruz berkata, langkah itu adalah untuk menjaga kawasan sekeliling supaya tidak bercampur dengan kawasan yang menjadi ruang kerja ahli-ahli arkeologi di situ.
"Kita selalu menjaga kawasan sekeliling di mana kita akan membeli kawasan-kawasan sebelah supaya tidak bercampur dengan ahli arkeologi untuk buat kerja,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali yang ingin tahu jaminan kerajaan bahawa tidak akan berlaku pembangunan perumahan atau pertanahan di kawasan tapak warisan Lembah Bujang.
Maglin berkata, Jabatan Warisan Negara telah membina bumbung perlindungan di monumen yang ditemui melalui ekskavasi untuk memuliharanya dan menanggung kos penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di tapak-tapak utama iaitu Sungai Batu dan Jeniang.
"Kementerian merancang membina sebuah galeri di kawasan ini agar rakyat mengetahui mengenai sejarah negara yang mana Lembah Bujang merupakan tamadun yang tertua di Asia Tenggara,” katanya. – Bernama

Monday, December 12, 2011

Saat akhir DYMM Tuanku Mizan Zainal sebagai Agung.

Tuanku Mizan Zainal Abidin menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke 13 dan berangkat pulang ke Terengganu pada hari ini. Keberangkatan pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah pada akhir tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pagi ini, berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja..

Tuanku Mizan Zainal Abidin yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007 untuk tempoh lima tahun, berangkat meninggalkan Istana Negara pada pukul 11 pagi. Selamat berangkat pulang Tuanku Mizan Zainal Abidin dan selamat memerintah kembali Negeri Terengganu Darul Iman.

DAULAT TUANKU.

Saturday, December 10, 2011

Daulat Tuanku, Dergahayu Sultan Selangor di Hari Keputeraan

Sembah Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan,

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya Sempena

Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 pada 11 Disember 2011
“Semoga Allah SWT Memberkati Pemerintah Berjiwa Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”. DAULAT TUANKU.

Sembah Takzim daripada:
KUMPULAN RAJAMENANGIS

Kaji kesesuaian laksana kursus bahasa Inggeris

KEMENTERIAN Pelajaran akan mengkaji kesesuaian pelaksanaan kursus bahasa Inggeris secara intensif kepada murid sekolah rendah atau prasekolah menggunakan model pengajaran dan pembelajaran dari Australia Barat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian itu meliputi tempoh pembelajaran, peringkat umur kanak-kanak, kandungan sukatan, penyediaan guru terlatih dan kos ditanggung kerajaan.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, model Australia Barat itu contoh baik untuk dipelajari dan melihat sama ada ia selaras dengan matlamat pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Kita tertarik dengan pendekatan Jabatan Pelajaran Australia Barat memberi kursus intensif bahasa Inggeris kepada setiap anak penduduk dari Asia seperti Vietnam, Malaysia dan China yang bahasa jatinya bukan bahasa Inggeris. 

Mereka diajar secara intensif selama setahun dengan kos ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri berkenaan dan kita dimaklumkan ia cukup berkesan, katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan perbincangan dan taklimat oleh dua pegawai Jabatan Pelajaran Australia Barat, di Hotel Pan Pacific, di sini semalam. 

Muhyiddin berkata, apa yang berbeza ialah pembelajaran intensif bahasa Inggeris di Australia Barat yang membabitkan Tahun Satu dan Dua itu merangkumi lima jam 10 minit sehari, sedangkan di Malaysia hanya sejam sehari. 

Kita mungkin tidak boleh buat di sekolah biasa di Malaysia disebabkan persekitaran berbeza kerana di sini apabila mereka keluar program intensif, mereka meneruskan kelas yang penggunaannya masih bahasa Inggeris. 
Oleh itu, kita rasa program intensif ini sesuai untuk murid prasekolah kerana peringkat usia kecil mereka mudah 'menangkap' dan cepat menguasai, katanya. 

Beliau berkata, selain itu di Australia Barat kursus intensif itu hanya membabitkan 7,000 murid Asia setahun dengan perbelanjaan AU$12,000 (RM36,000) setahun bagi seorang pelajar. 

Tapi di Malaysia kos itu akan dua kali ganda manakala bagi satu kohort (sesi kemasukan) saja, murid kita 500,000 orang. Dari segi guru terlatih juga bermasalah kerana kita hanya ada 60,000 guru bahasa Inggeris, katanya. 

Muhyiddin berkata, sistem sekolah dua sesi digunakan sekarang turut menghalang program intensif ini dibawa terus ke sekolah biasa kerana ia boleh menjejaskan jadual masa dan sistem pembelajaran. 

Justeru katanya, Kementerian Pelajaran akan berbincang dengan pihak berkaitan, termasuk ibu bapa sama ada sistem prasekolah yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris boleh diperkenalkan atau menambah kandungan pembelajaran sebagai permulaan. 

www.bharian.com.my

Rajamenangis - kembalikan latihan guru Inggeris di Kirby, England!

Sultan Johor beri pingat tidak minta imbuhan

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dan tertipu dengan mana-mana individu yang mengaku mempunyai hubungan dengan baginda, sambil menawarkan darjah kebesaran serta pingat negeri ini sebagai balasan terhadap sumbangan dan imbuhan kewangan yang dibuat. 

Titah Sultan Ibrahim itu disampaikan menerusi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, yang menegaskan baginda tidak mengurniakan darjah kebesaran serta pingat negeri ini, menerusi proses imbuhan atau sumbangan kewangan.


Mohd Mokhtar berkata, Sultan Ibrahim bertitah yang baginda juga tidak pernah memberi kuasa serta melantik mana-mana pihak untuk menguruskan pemberian darjah kebesaran dan pingat negeri ini dengan imbuhan.
Jangan percaya secara membuta tuli, sebaliknya dapatkan kesahihan daripada pihak Istana Johor, jika ada pihak atau individu menawarkan anugerah kebesaran dengan menuntut imbuhan atau bayaran tertentu. 

Tuanku tidak mahu rakyat ditipu dan terpedaya dengan pujukan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaku mereka adalah orang istana, katanya ketika dihubungi, semalam. 

Mohd Mokhtar berkata, penipuan secara menjaja nama Sultan Ibrahim itu terbongkar selepas seorang ahli perniagaan kerugian RM41,000 akibat ditipu seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Ahli Jemaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tuanku Temenggong Ahmad, bagi men-dapatkan gelaran 'Datuk' dan sebidang tanah. 

Beliau berkata, ahli perniagaan berusia lingkungan 40-an terbabit, hanya menyedari menjadi mangsa penipuan selepas bertemu sendiri dengan Tunku Osman sebenar. 
Mangsa dihubungi seorang lelaki pada Ogos lalu mendakwa dirinya sebagai orang istana dan mahu menawarkan anugerah Datuk dengan imbuhan kewangan. Gembira dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dan memberi imbuhan secara tunai beberapa kali kepada suspek sehingga mencapai jumlah RM41,000 dalam masa dua bulan. 

Namun, akhir November lalu, mangsa berjumpa dengan Tunku Osman yang sebenar sebelum menyedari yang dia menjadi mangsa penipuan, sebelum membuat laporan polis, katanya. 

Mohd Mokhtar berkata, susulan laporan yang diterima, Polis Johor sudah menahan reman seorang lelaki untuk membantu siasatan kes penipuan terbabit. 

Sebelum ini, dalam satu lagi kes berasingan, seorang lelaki dan wanita ditahan Polis Johor di Nusajaya dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyamar sebagai pegawai kastam untuk meminta derma kononnya sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada bulan lalu. 


www.bharian.com.my

Bajet tentera Singapura AS$23b

SINGAPURA 8 Dis. - Singapura yang merupakan sebuah negara kecil dengan jumlah penduduk hanya 5.2 juta orang dijangka membelanjakan AS$23 bilion (RM71.3 bilion) untuk membeli pesawat peronda, helikopter dan peralatan tentera lain menjelang 2015.
Singapura terletak di laluan paling sibuk di dunia dan aktiviti lanun merupakan antara ancaman utama di rantau itu.
Menurut laporan baru oleh kumpulan perisikan dan pertahanan, IHS Jane's, walaupun hubungannya dengan China sangat baik, hubungan Singapura dengan Malaysia dan Indonesia sangat kompleks ekoran dilema keselamatan yang berterusan akibat kebimbangan pelampau Islam.
Penganalisis pasaran IHS Jane's, Nicholas de Larrinaga berkata, banyak negara di rantau ini turut meningkatkan perbelanjaan ketenteraan ekoran bimbang dengan China.
"Berlaku perlumbaan senjata besar-besaran di rantau itu, terutamanya akibat peningkatan pengaruh China dan pertikaian wilayah," katanya.
Menurutnya, bajet untuk pertahanan Singapura meningkat sebanyak 50 peratus antara 2010 dan 2015 kepada lebih AS$14 bilion (RM43 bilion).
"Dalam tempoh sama, kami melihat perbelanjaan ketenteraan Singapura meningkat hampir 59 peratus kepada hampir AS$4 bilion (RM12.4 bilion) dan jumlah keseluruhan lebih AS$23 bilion (RM71.3 bilion) ," tambah Larrinaga.
Singapura turut memperuntukkan sebanyak AS$9.39 bilion (RM29 bilion) untuk tujuan pertahanan dalam belanjawan bagi tahun fiskal bermula April 2011, meningkat sebanyak 5.4 peratus dari tahun lalu.
Pembelian untuk tempoh terdekat ini oleh tentera Singapura termasuklah mencari pengganti kepada pesawat pengisi minyaknya, Boeing KC-135 dan helikopter Eurocopter Super Puma. - REUTERS

www.utusan.com.my

Friday, December 9, 2011

DYMM Sultan Selangor tidak rela.

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak rela melihat agama Islam dipermain-mainkan oleh orang lain yang cuba menjatuhkan imej dan nama baik agama itu. Sehubungan itu, baginda selaku ketua agama Islam negeri, meminta anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya mempertahankan kesucian dan nama baik agama Islam.


"Ahli-ahli MAIS mempunyai peranan yang penting dalam mengubah dan mentransformasikan badan itu ke arah yang lebih cemerlang supaya dipandang tinggi dan dihormati oleh semua masyarakat," titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan kepada 20 anggota MAIS bagi sesi 2012-2014 di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.
Baginda juga mahukan rakyat terus memberi kepercayaan dan penghormatan mereka terhadap institusi Islam di negeri ini terutamanya MAIS. 

"Beta tidak mahu ada pihak yang memperkecilkan kemampuan institusi ini dalam mentadbir dan memajukan ekonomi masyarakat Islam sehingga mereka yang tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama Islam turut terlibat demi kepentingan politik atau kepentingan peribadi mereka," titah Baginda. 

Sultan Selangor bertitah keadaan ini secara tidak langsung akan mengelirukan dan meresahkan umat Islam di negeri Selangor serta menjadikan kepercayaan umat Islam terhadap institusi agama Islam berkurangan. 

Baginda juga mengingatkan anggota MAIS bahawa pihak yang cuba menjatuhkan Islam akan sentiasa berusaha mencari kelemahan yang ada pada institusi Islam untuk didedahkan kepada masyarakat agar agama itu dipandang sebagai agama yang tidak boleh membawa kemajuan dan kesejahteraan. 
"Justeru itu, ahli-ahli MAIS dan seluruh umat Islam di Selangor perlu berwaspada dan sentiasa ingat mengingati supaya umat Islam sentiasa bersatu padu dan bekerjasama untuk menaikkan syiar Islam supaya dipandang mulia dan dihormati," titah baginda. 

Sultan Sharafuddin bertitah rakyat berbilang kaum di negeri ini harus hidup dalam keadaan aman dan makmur serta mengecapi kekayaannya bersama-sama dan mendapat apa yang mereka perlukan untuk kehidupan seharian. 

Baginda berharap rakyat Selangor menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan negeri tetapi penganut agama-agama lain bebas untuk menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing. 

"Justeru itu, Beta menyeru dan menasihatkan supaya perkara-perkara yang menyentuh tentang agama tidak dipolitikkan supaya rakyat boleh hidup dalam suasana saling hormat-menghormati dan harmoni," titah baginda. 

Sultan Selangor juga berpuas hati dengan khidmat dan sumbangan anggota-anggota MAIS, yang membawa institusi Islam di Selangor ke arah kemajuan dan pembangunan lestari. - BERNAMA 


DYMM Agung beri peringatan tapi kaki anti-Melayu buat tak dengar

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah, Parlimen negara yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat perlu mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan terutamanya perkara yang menyentuh mengenai raja-raja Melayu. Titah Seri Paduka, selain itu, agama Islam sebagai agama Persekutuan juga perlu dipertahankan termasuk bahasa Persekutuan iaitu bahasa Melayu yang merupakan perkara asas dalam Perlembagaan. ''Justeru, adalah menjadi harapan beta agar Parlimen mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan terutamanya yang menyentuh mengenai raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa Persekutuan yang merupakan perkara asas dalam Perlembagaan," titah Seri Paduka.

Anugerah kepada DYMM Sultan Kelantan

SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra (kiri) berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mewakili Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negeri Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini. - Foto BERNAMA

Friday, December 2, 2011

Askar Indonesia lepas tembakan


TIMIKA 1 Dis. - Pasukan keselamatan Indonesia melepaskan beberapa das tembakan ke arah penduduk yang mengadakan upacara menaikkan bendera wilayah Papua itu menjelang ulang tahun ke-50 wilayah itu menuntut kemerdekaan dari Indonesia.
Menurut seorang wartawan AFP, kira-kira 500 penunjuk perasaan menyaksikan tarian tradisional dan mula bersorak serta berjalan dalam satu bulatan besar ketika bendera Morning Star wilayah itu dinaikkan pada tiang buluh di satu tenmpat di wilayah itu.
Seramai 120 polis dan tentera Indonesia bersama-sama sebuah trak tentera, menyerbu penunjuk perasaan serta melepaskan beberapa das tembakan ke udara dan ke arah orang ramai selepas bendera itu dinaikkan.
Polis turut menendang, menumbuk beberapa penunjuk perasaan dan menahan tiga orang penunjuk perasaan.
Pemimpin aktivis remaja Papua, Markus Haluk berkata, sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan ditembak.
Tambahnya, seorang lagi dibawa oleh polis dalam keretanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis wilayah Timika, Mada Indra Laksanta menafikan dakwaan itu dan memaklumkan polis hanya melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran untuk meleraikan protes itu.
"Tiada penunjuk perasaan ditembak dan mereka dilaporkan membawa senjata tajam dan batu-batu.
"Tiga polis cedera di muka dan kepala kerana dipukul dengan batu oleh penunjuk perasaan," kata Laksanta. - AFP

Wednesday, November 30, 2011

Hak & Masa Depan Melayu Akan Terus Dipertahankan


KUALA LUMPUR: Umno menegaskan bahawa ia tetap sebuah parti yang membela nasib orang Melayu dan oleh itu penting kuasa politik Melayu dipertahankan, terutama daripada serangan pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi Umno tidak lagi mampu berbuat demikian.
Dengan nada tegas dan serius, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin "merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu".
Katanya, orang Melayu kian resah akibat banyaknya fitnah terhadap Umno yang cuba menafikan jasa dan bakti parti itu terhadap orang Melayu selama ini.
"Malah dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa," kata Muhyiddin semasa merasmikan serentak perhimpunan agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Selasa.
Sambil menegaskan Umno adalah parti yang "tiada galang-ganti", Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata anggota dan pemimpin Umno memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata, Umno telah bangkit daripada rempuhan tsunami politik pada 2008 yang menjadi keresahan orang Melayu mengenai masa depan mereka, dengan mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat.
Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, Muhyiddin berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno tanpa rasa apologetik telah mewujudkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Program Transformasi Ekonomi Bumiputera, dan Program Tranformasi Luar Bandar.
"Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan Umno selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi Bumiputera," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran juga berkata, pemimpin Umno tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan.
"Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Beliau juga berkata, Umno akan terus mempertahankan institusi-institusi agama daripada terus dipersenda dan diperlecehkan, kedudukan Raja sebagai ketua agama akan dijunjung, kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasaan agama dan undang-undang Islam pula akan tetap dibela.
Umno mengambil pendekatan Wasatiyyah iaitu sederhana dan seimbang dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan, katanya.
Muhyiddin seterusnya membidas parti-parti lawan dengan menyifatkan DAP sebagai parti paling rasis, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti ultraliberal yang tiada asas moral manakala PAS sanggup menggugurkan perjuangan negara Islam semata-mata kerana tidak mahu dikecam oleh DAP.
"Hari ini, kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.
"DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol," katanya.
Beliau berkata, DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam kerana walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh keluarga tertentu dalam kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja.
Muhyiddin berkata, PKR ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam serta sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.
"Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.
"Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka," kata Muhyiddin.
Beliau berkata PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya iaitu mempertahankan seorang individu.
Mengenai parti PAS, Muhyiddin berkata parti itu yang suatu ketika dahulu begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam, kini negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS.
"Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk," katanya.
Beliau berkata bagi PAS dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

sumber : http://mstar.com.my

Tuesday, November 29, 2011

Perkhidmatan oleh Kumpulan Rajamenangis (2)

KUMPULAN RAJAMENANGIS juga menyediakan perkhidmatan terjemahan sama ada daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris atau sebaliknya. Buku atau monograf tidak terhenti pada bahan sejarah semata-mata tetapi juga dalam semua bidang termasuk novel. Caj bagi terjemahan boleh dirundingkan. Tempoh untuk menyiapkan terjemahan bergantung kepada kehendak klien.

Antara terjemahan yang telah diselesaikan :
1. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis dan Gerakan Sultan Mahmud Syah membebaskan Melaka.
2. Admiral Cheng Ho in Melaka's History and Its Diplomatic Relationship with China's Ming Dynasty.
3. Dunia Melayu Dunia Islam - 12 Glorious Years
4. Ketua Menteri Melaka - YAB Datuk Mohd Ali Rustam
5. Masakan Istana Perak
6. Genetic Peril

Sila emel rajamenangis@gmail.com jika berminat dengan perkhidmatan ini.
Sekian, terima kasih.

Monday, November 28, 2011

Pemimpin perlu faham realiti - Raja Nazrin


IPOH 27 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, semua pemimpin di negara ini perlu benar-benar memahami realiti dan berpijak di bumi nyata dalam membantu mereka menghadapi senario masa kini.
Titah baginda, amat penting bagi pemimpin untuk memahami realiti yang berlaku agar setiap usaha dan hasrat yang dirancang dapat dilakukan berasaskan premis realiti yang tepat.
Baginda bertitah, tanpa fakta yang tepat, hasrat yang diimpikan dan usaha yang dirintis tidak akan mencapai matlamat yang diingini.
"Sering kali berlaku kecenderungan pemimpin dilindungi daripada mengetahui realiti sebenar. Malah ada kalanya, lebih tinggi status seseorang pemimpin, bertambah jauh dan terpisahlah dia daripada realiti di bumi nyata.
"Malah, jurang di antara kebenaran dan kepalsuan bertambah luas apabila pemimpin dipagari oleh individu-individu berkepentingan sehingga mereka lebih memilih cerita kejayaan dan menyembunyikan kegagalan," titah Raja Nazrin.
Baginda bertitah demikian pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1433 Peringkat Negeri Perak di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.
Pada majlis itu Raja Nazrin berkenan menyampaikan anugerah Tokol Maal Hijrah 1433 kepada Hakim Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan negeri, Datuk Termizi Mohamed, 73.
Turut berangkat pada majlis itu ialah isteri baginda, Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Raja Nazrin bertitah, pemimpin yang arif adalah pemimpin yang berminat mengetahui kelemahan dan kesilapan serta dengan segera memperbetulkan walaupun tentangan yang perlu dihadapinya.
Malah titah baginda, pemimpin yang arif harus berasa aneh jika terlalu banyak cerita kejayaan dan terlalu tinggi kata pujian dilaporkan.
"Cerita kejayaan dan kata pujian diterima adalah satu mandat atau satu ketagihan di minda yang amat cepat mempengaruhi manusia untuk bersifat angkuh dan menjadi selesa sehingga berpotensi menjatuhkan mereka.
"Pemimpin yang cekal, yakin dan berani untuk menegakkan kebenaran terutama dalam mempertahankan kalimah tauhid dan mempertahankan kesucian Islam akan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Ilahi.
"Oleh itu, dalam menyempurnakan amanah berkenaan, Raja dan ummah wajib bersama dan ummah perlu bersatu dalam memastikan perkara-perkara yang menyentuh kesucian Islam dapat terus dipertahankan," titah baginda.

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433H

KUMPULAN RAJAMENANGIS mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1433H.
Semoga umat Islam di negara kita dilimpahi rahmat dan kekal bersatu di bawah panji-panji agama Islam.


1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nabi Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah….

Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris