Buku kajian sejarah-fiksi: Air Mata Raja.
SHALI :

Pengkhususan dan lapangan minat termasuklah filosofi perundangan, undang-undang perlembagaan, jenayah dan sivil, bidang harta intelektual, komersil dan kebuktian forensik. Memegang jawatan korporat dalam bidang perundangan. Ahli kepada pelbagai pertubuhan dan pergerakan NGO dan badan sukarela di Malaysia, dan diantara lainnya ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor; Ahli, Badan Peguam [NP] Ahli, Persatuan Radio Amatur Malaysia, Ahli, English Speaking Union, Malaysia; Ahli, National Geographic Society Antarabangsa; Ahli, Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar; Ahli, Persatuan Menembak Selangor.
Beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Penerbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor dan hakim undangan dalam beberapa acara perbahasan. Beliau juga adalah penulis bersama buku Air Mata Raja sebuah novel epik sejarah silam Kesultanan Melayu Melaka [1,000 halaman] dari kacamata Tun Sri Lanang, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka dan kini telah berada di pasaran. Buku ini ditulis bersama Zai.
Ikut beliau di Twitter @shaharudinali
ZAI :

Mempunyai pengalaman bekerja di syarikat insurans, firma pembinaan dan guru. Menjadi penterjemah bebas untuk beberapa penerbit bertaraf antarabangsa. Mengelolakan beberapa rancangan tv khususnya dalam bidang masakan, konsultan, motivator, dan mengendalikan bengkel penulisan di perpustakaan dan universiti seluruh negara.
Mempunyai ruangan beliau sendiri di Kosmo, Sinar Harian dan Berita Minggu (Singapura). Sering diundang menjadi Hakim dan Juri Pertandingan Masakan seluruh Malaysia dan Brunei. Pernah menjadi tenaga pengajar untuk pemilik restoran Filipina dan Jepun. Ahli Gapena dan Pengarang Terhormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor.
Ikuti beliau di Facebook dan Twitter @norzailina nordin