Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, June 30, 2010

SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM DAN KEMBARA MAHKOTA

Sultan Johor tamatkan KMJ dan peroleh lessen memandu kereta api

JOHOR BARU, 28 Jun — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini tiba di JB Sentral setelah menamatkan program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, dengan menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama, yang meliputi empat daerah di negeri ini.

Baginda dan rombongan diraja serta peserta kenamaan tiba di JB Sentral pada pukul 5 petang dan disambut kira-kira 500 rakyat jelata.

Selepas memandu sendiri kereta api dan melakukan prosedur ''turn table'' bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negri Sembilan pada pagi ini, Sultan Ibrahim telah layak menerima Lesen Memandu Lokomotif Kelas 26.

Lesen itu diserahkan kepada baginda oleh presiden Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Dr Aminuddin Adnan pada satu majlis di stesen tersebut.

Dengan itu juga, baginda menjadi Sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari sejak Jumaat lepas.

Ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) dan sijil pengiktirafan disampaikan kepada baginda oleh pengarah urusan MBOR Datuk Danny Ooi.



Sumber www.themalaysianinsider.com

Tuesday, June 29, 2010

Penjara Pudu bukan Warisan Bernilai !: Rais Yatim


Penjara Pudu Tiada Ciri Warisan Yang Bernilai: Rais Yatim

KUALA LUMPUR Jun 2010: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menolak tanggapan bahawa Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun adalah sebuah bangunan warisan.

Beliau berkata sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.

"Penjara semata-mata bukanlah merupakan satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika. Namun demikian bagi mereka yang mempunyai kerinduan di zaman lampau, kita boleh menggunakan pintu gerbang sebagai satu preservasi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 bagi warga kementerian itu di Istana Budaya di sini hari ini.

Rais berkata Uda Holdings Berhad bebas membuat sebarang pembangunan di tapak penjara itu tetapi kementerian telah memaklumkan kepada syarikat itu agar pintu gerbang penjara itu dirizabkan dan diletakkan di tempat yang sesuai.

"Tidak usah gundah-gulana tentang Penjara Pudu sebagai satu bab warisan, saya kira rakan-rakan suarakan perkara ini tanpa tentukan isian kehidupan sebenar. Seseorang yang tahu tentang Pudu saya kira mereka lebih gemar kalau Penjara Pudu itu tidak tampak lagi dalam khalayak pada hari ini," katanya.

Minggu lepas, tembok Penjara Pudu sepanjang kira-kira 300 meter, telah dirobohkan oleh kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membina laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Penjara Pudu dibina pada 1895. - BERNAMA


Bookmark and Share



Sunday, June 27, 2010

ADAT PERPATIH MODEN DI RUNGKAI DAN DISINGKAP

Sejauh manakah adat perpatih bertakhta di Negeri Sembilan; siapakah yang memutuskan kesahihatan perlaksanaan adat perpatih; apakah pesalah adat perlu di hadapkan kepada raja atau rakyat jelata; dimanakah letaknya (atau kemanakah perginya) perpatah 'biar mati anak jangan mati adat'?; apakah badan yang menjadi pemutus prinsip adat perpatih dan apakah justifikasi kemuktamatan keputusan badan itu? Undang-undang manakah yang lebih tinggi - undang-undang perlembagaan manusia atau adat turun temurun?

Dalam adat perpatih mengadili sesuatu kesalahan adalah seperti berikut:

Luka congek
Pecah berdarah
Cacat cida
Sawan gila

Maksudnya:
Adapun jika salah laku itu kecil dan seharusnya di anggap kecil, maka hukum dendanya haruslah ringan. Misalnya jika saorang itu bersengketa hingga menyebabkan luka ringan dan tidak teruk, (luka congek), maka dhukumnya bukanlah misalnya pemberian se ekor kambing kerana boleh jadi seekor ayam ataupun kesalahan itu boleh di damaikan dengan bermaaf-maafan sesama yang bersengketa.

Ikutilah blog ini untuk satu kajian kontemporari...

Friday, June 25, 2010

BIASISWA MAJLIS RAJA-RAJA

BIASISWA MAJLIS RAJA-RAJA
Biasiswa Kumpulan Wang telah mulai dikeluarkan pada tahun 1967 kepada tiga orang pelajar dan kadar bayaran adalah mengikut biasiswa JPA. Buat masa ini (tahun 2009) seramai 36 penuntut sedang menuntut di 10 buah IPTA dan pengambilan baru bagi sesi 2009/2010 adalah seramai 15 orang. Bayaran biasiswa oleh Lembaga Kumpulan Wang adalah mengikut kadar bayaran yang sama dibuat oleh JPA dengan tambahan RM200 setiap penuntut. Jumlah keseluruhan penuntut yang diambil mulai tahun 1967 hingga tahun 2009 berjumlah 356 penuntut .

ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang ke-145 (Hari Yang Kedua) pada 6 November 1988, telah bersetuju mewujudkan satu Anugerah Pelajaran DiRaja yang dikenali sebagai Pingat Jaya Cemerlang. Tujuan anugerah ini ialah untuk memberi pengiktirafan yang tertinggi dan dianugerahkan kepada seseorang graduan yang mana mutu dan hasil pencapaian akademiknya adalah yang terbaik dan memenuhi kriteria berikut:-

* Keputusan peperiksaan keseluruhan;
* Aktiviti kokurikulum;
* Hadiah lain yang telah diperolehi;
* Perakuan dan laporan dari Dekan Fakulti yang berkenaan;
* Berkelakuan baik

Pingat Jaya Cemerlang ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 untuk tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dua orang graduan bagi tiap-tiap IPTA terdiri seorang Bumiputera dan seorang bukan Bumiputera Penerima anugerah adalah layak menerima:-

* Sebuah pingat emas bernilai RM1,000;
* Wang tunai RM1,000; dan
* Sijil

Kadar bayaran wang tunai telah dinaikkan kepada RM2,500 seorang mulai tahun 1995 dan RM5,000 seorang mulai tahun 2009. Sebanyak 17 buah IPTA dan dua orang graduan bagi tiap - tiap IPTA telah menerima anugerah ini. Seramai 422 orang graduan telah menerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang).

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) mulai tahun 2006 telah melaksanakan program baru dikenali sebagai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong atau King Scholarship selaras dengan keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 3 November 2004 dan mendapat persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Mac 2005.

Biasiswa ini diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri. Pemilihan pertama Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah dibuat pada 29 September 2006 iaitu lima (5) calon Sarjana dan lima (5) calon PhD. Majlis penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Sumber : www.majlisraja-raja.gov.my

Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor

MAHARAJA Abu Bakar membawa balik beberapa inovasi dari pengalaman baginda melawat England dan Eropah untuk menjadikan Johor sebagai negeri moden dan bertamadun. Baginda merupakan Raja Melayu yang pertama membuat lawatan ke England dalam tahun 1866 dan seterusnya sebanyak enam kali melawat England dan Eropah.

Baginda berhasrat Johor kekal sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat dan mendahului negeri-negeri lain. Dengan termetrinya Perjanjian Setia yang ditandatangani baginda dengan kerajaan Ratu Victoria pada 11 Disember 1885 bukan sahaja Inggeris mengiktiraf Johor sebagai negeri merdeka bahkan lebih daripada itu mengiktiraf Abu Bakar dan waris-waris gantinya sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Johor dan Segala Jajahan Takluknya. Pengiktirafan ini menambah lagi kedaulatan Abu Bakar dan menyingkir anggapan baginda hanya seorang bangsawan tetapi tidak berdarah raja.

Persetiaan ini merupakan satu kemenangan moral bagi Abu Bakar terhadap Inggeris yang sentiasa merancang untuk meletakkan Johor di bawah pentadbiran dan takluknya sebagaimana yang telah dilakukan ke atas negeri-negeri lain.

Sultan Abu Bakar berjaya bertahan dan mematahkan perancangan Inggeris yang bertubi-tubi selama 30 tahun. Selepas Abu Bakar memindahkan pusat pentadbiran dari Telok Belanga ke Iskandar Puteri (sekarang Johor Bahru) dalam tahun 1858, baginda menubuhkan sistem pentadbiran moden yang menjadi asas pengurusan sekarang.

Baginda menubuhkan sebuah Jemaah Menteri mengandungi 12 orang pengikut-pengikut baginda yang taat setia, dan sebuah Dewan Negeri dengan tambahan 12 orang lagi termasuk dua orang wakil masyarakat Cina untuk bersama-sama mengurus dan mentadbir Johor.

(penulis) ialah Setiausaha Jemaah Majlis DiRaja merangkap Menteri Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Istana Besar, Johor Bahru

Untuk rencana sepenuhnya, sila klik.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-221

Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bersama Raja-Raja Melayu berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Ke-221 di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.
– Bernama
Sumber : www.utusan.com.my

Thursday, June 24, 2010

Raja of Perlis chairs Rulers’ Conference

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin attended the 221st meeting of the Conference of Rulers at Istana Negara here yesterday. The meeting was chaired by the Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

The Rulers of the other states were present except for Pahang, which was represented by the Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Kelantan by its Regent Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, and Terengganu by the president of the Regency Advisory Council Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

The Rulers and Governors were accompanied by their respective Mentris Besar and Chief Ministers except for Kelantan, which was represented by its Deputy Mentri Besar and Sarawak by a Deputy Chief Minister. The meeting, among others, discussed matters related to religion, defence, security, appointments, economy and industrial development. — Bernama

Seri Paduka Berangkat ke Majlis Santapan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis santapan yang diadakan di Istana Negara di sini malam ini.

Majlis santapan itu diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-221 yang diadakan di Istana Negara di sini selama dua hari bermula hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri serta isteri.
Tuanku Mizan dijadual berangkat ke mesyuarat hari kedua di Istana Negara esok dengan diiringi Perdana Menteri.

- BERNAMA

Tuesday, June 22, 2010

FADHILAT BULAN REJAB

[1 - 29 Rejab bersamaan 14 Jun - 12 Julai 2010]

Bulan Rejab merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Kelebihan lain bulan Rejab:
  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
  • Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
  • Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
DOA BULAN REJAB:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Sunday, June 20, 2010

RAMALAN RAJAMENANGIS TEPAT- KEMELUT SUNGAI UJONG

BERIKUT ADALAH LAPORAN SURAT KHABAR THE SUN HARI INI:

Police report lodged against Negri Sembilan chieftain

By: By Karen Arukesamy (Sun, 20 Jun 2010)



[Dato Sri Maharaja Zulkeply Dahalan]



KUALA LUMPUR (June 20, 2010): In the continuing dispute over who is the rightful chieftain of Negri Sembilan’s Sungai Ujong clan, its board chief has lodged a police report against current chieftain Mubarak Dohak.

The report lodged by Datuk Sri Maharaja Di Raja Luak Sungai Ujong Zulkepley Dahalan last Wednesday called for investigations into documents related to Mubarak’s appointment.

"We fear there could be forgery of documents on his appointment,” Zulkepley said at a press conference today.

He said the dispute over Mubarak’s appointment, which was in accordance with the "perpatih" customary law, is not new.

"It has been ongoing for 17 years and we have held five extraordinary general meetings to officially sack him.

"However, the state government has not responded positively to any of the calls from the clan," he said.

Zulkepley said Datuk Othman Ismail, the 11th Datuk Klana Petra, was appointed in February 2009 through "the right process" unlike the 10th Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak who was appointed by the state government.

The state appointed Mubarak in 1993 and his post has been disputed since 1994 because he was not appointed through the right process.

In accordance with the state's Malay rulers' customary laws, any appointment would require the endorsement of the clan.

"The state government must respect our rights. Not only was he appointed through the wrong process, he was also sacked through five EGMs for 26 customary law offences," he said.

[Dato Sri Maharaja Zulkepley Dahalan]

Zulkepley said Mubarak's customary law offences include not obtaining the approval of his appointment from the heirs of the Sungai Ujong clan, and that Datuk Shahbandar Sahari Hassan, who declared Mubarak’s appointment, was sacked by Mubarak soon after the appointment but without the presence of the Sungai Ujong board and heirs.


Zulkepley said if the state government does not endorse the sacking of Mubarak, the perpatih custom would be tainted.

Under the state constitution, the clan’s chieftain, who is given the title Datuk Klana Petra, is also the rightful person to declare and install the yang di-pertuan besar of the state.

Zulkepley said in the event of a dispute over the choice of chieftain, and members of the clan cannot agree on a suitable candidate, the matter would be brought to the next level (Ibu-ibu soko) to be decided.

This continues up the hierarchy until it reaches the level of the Pillar of the Court, which is headed by the Datuk Sri Maharaja Di Raja. It will then be up to the head of the Pillar of the Court to choose a suitable candidate.

“However, this did not happen in Mubarak’s case. That is why his appointment has been disputed. None of the heirs want to support him and his administration,” Zulkepley said.

“Othman, who is the rightful chieftain has all the evidence of his appointment according to the adat,” he said.


Sumber (c) theSun

http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=48296

Saturday, June 19, 2010

DYMM SULTAN SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah Sultan Selangor ke-9 dalam pemerintahan Kesultanan Selangor. Baginda merupakan anak raja yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran serta gemarkan sukan lasak.

Malah apa yang telah dipraktikkan oleh Almarhum ayahandanya Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah diteruskan oleh Sultan Idris bagi mendekatkan diri dengan rakyat di Selangor. Malah baginda juga sering mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) untuk mendapatkan maklum balas terkini mengenai negeri Selangor.

Sultan Idris telah mengadakan lawatan yang diatur, menepati hajat baginda untuk bersama rakyat, melihat sendiri masalah dan kepayahan rakyat dan sentiasa bertanya khabar bagi membolehkan bantuan segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Pada setiap taklimat yang dihadiri, baginda sering kali melontarkan pelbagai soalan mengenai perkembangan sesuatu projek kepada pegawai yang bertugas dan memberikan idea bernas untuk dilaksanakan segera bagi kepentingan seluruh rakyat di negeri Selangor.

Malah pada sesetengah tempat baginda sendiri turut menunjukkan kemahiran mengendalikan jentera atau mesin bagi menguji keupayaan dan kemantapan peralatan yang akan digunakan untuk kemudahan rakyat. Setiap taklimat akan diajukan dengan soalan-soalan yang bernas dan idea bagi memantapkan pentadbiran di daerah-daerah demi memberi faedah lumayan kepada rakyat sekitarnya. Itulah prinsip yang dipegang oleh baginda dalam memerintah.

Seperti juga Almarhum ayahandanya, Sultan Idris juga amat prihatin dengan masalah kaum wanita dan kanak-kanak selari dengan penekanan yang sering dikatakan baginda terhadap kebajikan golongan tersebut yang perlu diberi keutamaan. Bagi baginda, keutuhan institusi keluarga terletak di tangan wanita yang mencorak keharmonian rumah tangga dengan sokongan jitu daripada suami.

Sultan Idris Shah merupakan putera sulung Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Raja Nor Saidatul Hisham Binti Tengku Badar Shah @ Raja Lat.
Baginda dilahirkan pada 24 Disember 1945 di Istana Jema'ah Klang, Selangor (Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang).

Baginda telah berkahwin dengan Raja Zarina Binti Raja Tan Sri Zainal serta dikurniakan dua orang puteri, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah. Baginda bagaimanapun berpisah pada 1986. Pada 1988 Baginda berkahwin pula dengan Puan Nur Lisa Idris Binti Abdullah dan dikurniakan seorang putera, Tengku Amir. Baginda berpisah dengan Nur Lisa pada 1997. Sultan Idris kini bersemayam di Istana Mestika, Shah Alam.

Sultan Idris mendapat didikan di Sekolah Rendah Melayu Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur dan St. John's Institution Kuala Lumpur dari 1954-1959. Baginda kemudian meneruskan pelajar ke Hale School in Perth, Australia dari 1960-1964 dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Langhurst College di Surrey pada 1964-1968.

Baginda memiliki pengalaman kerja yang cukup mantap dan membanggakan. Pada 1968 sebaik sahaja kembali dari England baginda mula berkhidmat dengan Perkhidmatan Pentadbiran Kerajaan, antaranya di Sekretariat Kerajaan Selangor, Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis di Kuala Lumpur.

Baginda ditabalkan Raja Muda Selangor pada 3 September 1960 ketika berusia 15 tahun. Upacara pertabalan telah disempurnakan di Istana Alam Shah dan baginda dengan rasminya bergelar Raja Muda ke-8 negeri Selangor Darul Ehsan. Setelah ayahanda baginda dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-11, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Selangor pada 24 April 1999.

Sepanjang tempoh tersebut baginda telah beberapa kali turun padang menjenguk rakyat di daerah-daerah negeri Selangor untuk mendapatkan informasi dan perkembangan terkini mengenai pembangunan dan bertanya sendiri permasalahan kepada rakyat jelata yang menemui baginda.

Sesuai dengan jiwa baginda yang gemarkan cabaran, Sultan Idris cukup meminati sukan lasak seperti perlumbaan kereta, mendaki gunung dan juga acara kegemaran baginda belayar dengan kapal layar. Sudah menyerlah sejak baginda menerajui Selangor, pelbagai aktiviti sukan diadakan di Selangor yang juga turut terkenal dengan kompleks sukan yang serba canggih dan bertaraf antarabangsa.

Minat dalam sukan lasak ini telah dibuktikan oleh baginda dengan menempa kejayaan dalam pelbagai acara yang disertai antaranya, mendaki Gunung Kinabalu (1975), Cross Country dengan Proton Saga dari Kota Kinabalu (Sabah) ke Kuching Sarawak sejauh 1,111 km yang mengambil masa dua hari (1986) dan lain-lain.

Baginda juga telah mencipta sejarah dengan mengelilingi dunia menaiki kapal layar Jugra selama 22 bulan sejauh 28,780 batu nautika serta menyertai perlumbaan Kereta Antik dari Peking ke Paris pada 1997. Perlumbaan tersebut sejauh 16,000 km melintasi 43 buah negara. Baginda telah memperolehi Silver Medal dengan memandu Vintage Car Class.

"Apabila saya sudah tua dan duduk berehat di kerusi malas sambil menggoyang-goyangkannya, saya akan bercerita kepada cucu-cucu saya bahawa saya telah melakukannya. Saya telah mengambil bahagian dalam perlumbaan kereta antik dari Peking ke Paris dan berjaya menghabiskannya!'' demikian kata Sultan Idris dalam buku From Peking To Paris yang mencatat perjalanan baginda dalam perlumbaan tersebut.

Kesemua kejayaan yang diraih, melayakkan baginda untuk disenaraikan dalam ''The Malaysia Book of Records'' sebagai The First To Sail Around The World (Yang pertama belayar mengelilingi dunia) sejauh 27,940 batu nautika dan singgah di 155 pelabuhan. Pelayaran ini mengambil masa 644 hari bermula 4 Februari 1995 hingga 6 November 1996.

Baginda juga disenaraikan dalam ''The Malaysia Book of Record'' sebagai The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge (Yang pertama bersaing dalam cabaran bermotor Peking-Paris) sejauh 16,000 km melalui 11 negara bermula 6 September hingga 18 Oktober 1997.

Baginda turut menjadi penaung bagi Persatuan Alumni Universiti Malaya (1973), Majlis Belia Selangor (1975), Persatuan Murid Lama Johannian, bekas pelajar St. John Kuala Lumpur, Kelab Menembak Kajang, Kelab Shah Alam, Persatuan Hoki Veteran Selangor, Selangor Polo & Riding Club, Persatuan Menembak Selangor dan Kelab Pemilik-pemilik Motosikal Harley Malaysia (HMOC).

Selain meminati bidang sukan, baginda juga cukup mengambil berat tentang kebajikan dan pendidikan di negeri Selangor. Baginda sering menasihati dan mencadangkan agar kerajaan Selangor melipatgandakan usaha mendekatkan rakyat dengan dunia teknologi maklumat (IT) agar mereka turut sama menikmati pembangunan dan kecanggihan yang melanda dunia masakini.

Minat baginda tidak terhad kepada aktiviti sukan semata-mata tetapi turut menyerlah dalam bidang seni juga. Kegemaran baginda mengumpul lukisan bersandarkan kemanusiaan dan alam semula jadi sentuhan pelukis tempatan banyak membimbing baginda untuk terus mendekati dan menjiwai keperluan insan lain yang memerlukan.

Baginda juga menyimpan hobi yang cukup bermakna dengan mengumpul gambar-gambar, setem hari pertama, kereta-kereta antik dan senjata tradisional Melayu. Himpunan koleksi peribadi ini diabadikan dalam galeri khas yang baginda ilhamkan sendiri di Istana Mestika.

Seperti juga Almarhum Ayahanda baginda, Sultan Idris telah membuktikan bahawa raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan. Semoga Sultan Idris sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan sihat dalam memenuhi tanggungjawab terhadap seluruh rakyat negeri Selangor Darul Ehsan.

DYMM RAJA PERLIS

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan Raja Negeri Perlis yang ketujuh pada 17 April 2000. Baginda diputerakan di Bandar DiRaja Arau, Perlis pada 12 Jamadilawal 1362 bersamaan 17 haribulan Mei 1943.

Pendidikan awal baginda bermula di Sekolah Melayu Arau (sekarang Sek. Keb. Tg. Budriah) sebelum ke e tahun 1955 di Sekolah Rendah Wellesley dan Sekolah Rendah Westland. Baginda memulakan pendidikan menengahnya di Penang Free School dan menyambung pengajiannya sehingga ke tahun 1963 di Wellingborough Public School, England.


Pada 30 Oktober 1960, ketika masih di alam persekolahan, baginda dilantik menjadi Raja Muda Perlis.
Setelah tamat pendidikan menengah, Tuanku Syed Sirajuddin membuktikan potensi kepimpinan dan keperwiraannya apabila terpilih mengikuti kursus Pegawai Kadet Tentera Darat di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst. Baginda dilatih-tubi sebagai bakal pegawai tentera darat mulai 7 Januari 1964 sehingga 16 Disember 1965.

Setelah tamat latihan di Sandhurst itu baginda kembali ke Malaysia, baginda telah ditauliah sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia dengan pangkat Leftenan Muda pada 12 Disember 1965 dengan menyertai Kor Peninjau DiRaja yang sekarang dikenali sebagai Kor Armor DiRaja. Pertukaran masuk ke pasukan itu bermula di Regimen Kedua Peninjau yang bertempat di Kem Sungala, Port Dickson.

Baginda pernah berkhidmat di Sabah dalam tahun 1966 dan juga di Sarawak pada tahun 1967. Dalam bulan Disember 1967 baginda dinaikkan ke pangkat Leftenan. Pahang merupakan negeri terakhir baginda berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Baginda menamatkan perkhidmatan ketenterannya pada 31 Disember 1969 dengan pangkat Kapten, untuk memberi tumpuan kepada tanggungjawab baginda sebagai D.Y.T.M. Raja Muda Perlis, serta mempelajari selok-belok pemerintahan negeri.


Sebelum itu, pada 15 Februari 1967, Tuanku Syed Sirajuddin melangsungkan perkahwinannya dengan Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid.
Semangat dan jiwa kepahlawanan yang ada padanya menyebabkan perkhidmatan ketenteraan amat sebati di jiwa baginda. Oleh itu, mulai November 1970 baginda menyertai Pasukan Pertahanan Tempatan, iaitu pasukan simpanan tentera darat yang kini dikenali dengan Regimen Askar Wataniah.

Baginda ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Kapten. Berikutan dengan penyusunan semula pasukan simpanan tentera darat, baginda dinaikkan ke pangkat Kolonel dan dilantik sebagai Komander Regimen 504 (Askar Wataniah) yang memerintah pasukan yang meliputi negeri Kedah dan Perlis. Apabila Regimen 513 ditubuhkan di Kedah, Regimen 504 di bawah pemerintah baginda bermarkas di Kem Bukit Keteri.

Berikutan perlantikan baginda sebagai Raja Perlis, baginda telah dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Kor Renjer DiRaja pada 19 September 2000.
Dalam bidang sukan dan rekreasi, golf, tenis dan bola sepak adalah sukan yang diminati baginda. Dalam bulan Mei 1971 baginda dilantik menjadi Yang Dipertua Kelab Golf Putra, iaitu jawatan yang disandang baginda sehingga kini.

Selain itu, baginda juga menjadi Penaung Persatuan Pengadil-Pengadil Bola Sepak Negeri Perlis tahun 1967. Baginda juga pernah menjawat jawatan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak selama 18 tahun.
Sebagai seorang Raja mesra rakyat, baginda mempunyai ciri peribadi yang disenangi rakyat dan mudah bergaul mesra. Baginda yakin pendidikan adalah asas kemajuan bangsa dan negara.

Oleh sebab itu baginda berkenan menjadi pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra mulai 1986-2000. Melalui yayasan inilah baginda dapat membantu rakyat Perlis untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.


Tuanku Syed Sirajuddin juga amat mengambil berat dalam menegakkan syiar Islam, hal ini dapat dilakukan oleh baginda melalui kedudukannya yang mengetuai Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Baginda sentiasa memastikan fahaman agama negeri adalah berasaskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam menyempurnakan fahaman ini dan dakwah Islamiah, baginda sering mendapat nasihat dan pandangan para ulama negeri yang lebih arif.

Acara Tahunan Istana Johor

Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan untuk mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Pada zaman dahulu, raja atau sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, ada kalanya raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh. Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat. Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakan, gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuan sebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.


Kembara Mahkota Johor mempunyai beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (pedalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum.

Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi.


Sumber: maij.gov.my

Wednesday, June 16, 2010

KEKURANGAN MAHKAMAH KHAS RAJA


Gaps in Special Court law

Reflecting on the law Oleh SHAD SALEEM FARUQI

No one could have anticipated that one day the Special Court would be asked by a Sultan to grant him habeas corpus or a declaration of his rights. The law is silent about a number of other momentous issues: whether the Special Court has jurisdiction to resolve disputes relating to a Sultan’s incapacity? What is the extent of an acting Sultan’s powers? Specifically, can an acting Sultan alter the composition of the State Succession Council?

IN the last few months, several novel legal issues relating to the Sultan of Kelantan and his royal family have ended up in courts. The most spectacular was the application on behalf of the Sultan for a writ (order) of habeas corpus to free him from the allegedly unlawful restraint exercised over him by the State authorities of Kelantan when he sought to travel abroad for medical treatment.

The application was slated to be heard in the Special Court on May 9 but had to be postponed due to lack of quorum. The filing of the application draws our attention to the constitutional provisions relating to proceedings by or against the Rulers under Articles 181-183.

Pre-1993 immunity: Up to 1993 the sovereignty and prerogatives of the State Rulers and their absolute immunity from proceedings in any court were guaranteed by Article 181.

Due to the unfortunate abuse of their immunity by several Rulers, the Government of then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, in an extremely courageous and controversial move, amended the Federal Constitution in 1993 and 1994 to abolish these immunities but with the following concessions to their Highnesses:

A-G filter: No civil or criminal action can commence against their Highnesses in their personal capacities except with the consent of the Attorney-General: Article 183.

Special Court: Their Highnesses cannot be dragged to the ordinary courts. A Special Court has been created to try all cases by or against the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers: Articles 181(2) and 182(2) & (3).

Composition of Special Court: The Special Court has five judges. The Conference of Rulers has the right to nominate two of the judges: Article 182(1) and the other three are the Chief Justice of the Federal Court and the two Chief Judges of the High Courts.

Pardon: If convicted of a crime, the Yang di-Pertuan Agong, the Rulers and their consorts may be pardoned by the Conference of Rulers: Article 42(12)(b).

Despite these concessions, the overall effect of Articles 181-183 and section 1A of the Eighth Schedule on the position of the Rulers is quite drastic. Royal immunities are abolished. With the consent of the A-G, the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers can be sued by ordinary citizens or prosecuted by the state. Where the Ruler is charged with an offence in the Special Court, he shall cease to exercise the functions of the Ruler of the State and those functions will devolve upon a Regent or a Council of Regency.

If convicted, a Ruler can be imprisoned like any ordinary person. No special place of detention is provided for by the law. Where a Ruler is sentenced to imprisonment for more than one day, he shall cease to be the Ruler of the State unless he receives a free pardon.

Putting the law under scrutiny, some issues remain enshrouded in mystery and mystique.

Royal families: Are members of royal families immune from the law? The legal answer is that the pre-1993 immunities applied only to the Sultans. Their consorts, Regents and other family members never enjoyed any immunity. Note for example the case of PP v Tengku Mahmood Iskandar (1973).

Likewise, the Ruling Chiefs or the Undangs of Negeri Sembilan are not part of the definition of “Ruler” and enjoy no special dispensation: Dato Menteri Othman Baginda v Dato Ombi Syed Alwi (1981).

Acting Sultans: Despite their exalted position, it was held in the case of Tengku Idris Shah v Dikim Holdings([2003) that acting Sultans are not covered by the definition of “Ruler” and are, therefore, open to civil or criminal proceedings in the ordinary courts.

The A-G filter: Though the Constitution gives the Attorney-General the momentous and discretionary power to grant or refuse consent to an action against the King or a Ruler, it appears that the “A-G filter” will not apply in some circumstances. First, if the Yang di-Pertuan Agong or the Rulers themselves institute proceedings to enforce their civil rights and secondly, if the court proceedings relate to the actions of the King or the Rulers in their official capacities. In such situations, the Govern­ment concerned will be sued.

A third exception is when a Ruler sues through an attorney: Dato’ Hari Menon (suing as legal representative of Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan (2005).

Jurisdiction: Under Articles 181-183 as amended in 1993, the Special Court has exclusive jurisdiction to try all civil and criminal cases by or against their Highnesses no matter where the cause of action arose.

No one could have anticipated that one day the Special Court would be asked by a Sultan to grant him habeas corpus or a declaration of his rights. The law is silent about a number of other momentous issues: whether the Special Court has jurisdiction to resolve disputes relating to a Sultan’s incapacity? What is the extent of an acting Sultan’s powers? Speci­fically, can an acting Sultan alter the composition of the State Succession Council to his advantage?

Muslim personal law: An engaging issue has come up whether the Syariah Courts’ monopoly over Muslim personal law applies against the Special Court? For example, if a Sultan divorces his wife and the matter is contested or if the consort herself seeks a divorce, which court has jurisdiction?

The law is by no means clear. In favour of the view that despite Articles 181-183 the Syariah Court has exclusive jurisdiction, one can point firstly, to Article 121(1A) that in matters of Muslim personal law the ordinary civil courts cannot interfere.

Secondly, under Article 182(4), the jurisdiction and powers of the Special Court are the same as that of civil courts under the Federal Constitution or any federal law. Syariah matters do not belong to civil courts or to federal law and should therefore be outside the Special Court’s jurisdiction.

Thirdly, the composition of the Special Court and the qualification of its judges under Article 182(2) are so defined that not a single judge may have syariah qualification. In fact, the CJ who is the Chairman and the two Chief Judges could conceivably be non-Muslims.

Fourthly, rules relating to the Special Court link it closely with the Attorney-General but under Article 145(3), the A-G has no jurisdiction over syariah court matters.

On the other hand, it could be argued that the Constitution repeatedly provides that no proceeding whatsoever shall be brought in any court by or against the Ruler in his personal capacity except in the Special Court: Articles 181-182. To exempt the Rulers from all civil courts but subject them to the Syariah Courts of which they themselves are the titular heads does seem unusual.

The Special Court is not an ordinary civil court and is not ousted by Article 121(1A). Under Article 183(7), the King on the advice of the Chief Justice may make any adaptations or alterations to the law for the removal of any difficulty.

It is often said that hard cases produce bad precedents. They put the law on trial. This is what has happened to Articles 181-183 as a result of Kelantan’s imbroglio – its war games.

> Shad Saleem Faruqi is emeritus professor of Law at UiTM and visiting professor at USM

Sultan Johor Akan Pandu Lokomotif

Sultan Johor Akan Pandu Lokomotif Dalam Siri Kembara Mahkota

KULAIJAYA (Johor): Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan mengetuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010, selama dua hari mulai 26 Jun ini yang akan menyaksikan baginda menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama.

KMJ 2010 merupakan kembara pertama sejak Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari lepas dan kali ini ia lebih menarik apabila baginda sendiri akan memandu kereta api berkenaan pada siri jelajah tersebut.

Bagi memastikan kelancaran kembara berkenaan, Sultan Ibrahim hari ini menjalani latihan pemanduan kereta api sebagai persediaan untuk memulakan jelajah sebenar yang merangkumi perjalanan sejauh 391.3 kilometer.

Sultan Ibrahim bertitah, selain berpeluang bertemu rakyat jelata, baginda juga tidak sabar untuk memperolehi lesen memandu kereta api yang akan diserahkan oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada kembara itu nanti.

"Alhamdulillah, semuanya (latihan pemanduan) berjalan lancar hari ini. Saya sentiasa memikirkan bila 26 Jun akan sampai dan tidak sabar hendak dapat lesen (kereta api)," titah baginda selepas menjalani latihan pemanduan sejauh 30 kilometer bermula dari Stesen Keretapi Johor Baharu ke Stesen Keretapi Kulai.

Sultan Ibrahim juga bertitah, baginda berpuas hati dengan latihan pemanduan yang mengambil masa kira-kira sejam itu. dan sebagai pelatih, baginda bertitah kereta api membawa lapan gerabak termasuk gerabak diraja itu dipandu perlahan walaupun baginda dibenarkan membawa pada kelajuan 100 kilometer sejam. Sepanjang pemanduan hari ini, Sultan Ibrahim berkata, baginda dapat melihat sendiri keadaan di kiri dan kanan persekitaran termasuk kebersihan kawasan-kawasan perumahan di sepanjang laluan kereta api itu.

"Aturcara sudah diaturkan oleh urusetia, pada hari kembara nanti saya cuma perlu memastikan saya punya jadual mesti betul untuk sampai ke satu tempat supaya rakyat nanti tidak menunggu terlalu lama," titah baginda.

KMJ kali ini merupakan edisi ke-12 sejak ia diperkenalkan pada tahun 2001 yang merupakan cetusan Sultan Ibrahim sendiri, yang ketika itu menjadi Tunku Mahkota Johor.

Ia bertujuan mendekatkan hubungan keluarga diraja Johor dengan rakyat. Kembara kali ini akan bermula dari Stesen Keretapi Johor Baharu hingga di Stesen Keretapi Gemas, Negeri Sembilan dan Sultan Ibrahim dijadualkan singgah di beberapa stesen termasuk Kulaijaya, Kluang dan Chamek untuk bertemu rakyat.

Sultan Ibrahim dijadualkan melakukan pelbagai aktiviti termasuk melawat Kampung Pertanian Kulaijaya, melancarkan tabung amal Simpang Renggam, demonstrasi membuat tosai dan melancarkan portal Sekolah Agama Kampung Chamek dekat Kluang.


MStar.com.my

Tuesday, June 15, 2010

Malays aren't racists


SERI MENANTI: Malays are not and never will be racist

(c) Rusdi Mustapha, Malay Mail


I WAS going to describe in my column this week about a book titled 19th Wife, a story of Brigham Young, the prophet and leader of the Mormon church, then maybe allude it to Tiger Woods' 19th mistress and probably write about how Malaysians, especially the Malays, love to have mistresses. Then, I said to myself: “Nah! Boring!”

So, I decided to write about the subject of racism. I begin with a statement by Tun Dr Mahathir Mohamad who said non-Malays should not question the special privileges enjoyed by the Malays and Bumiputeras.

“They must remember that it was the Malays who agreed to give them citizenship previously. Maybe the earlier generation of non-Malays is thankful of that, but the present generation has forgotten,” he said.

Dr Mahathir also said he was, like a majority of the Malays (myself included), not a racist but still felt offended when he read an article recently in a local newspaper that stated that there were no real Malays in the world and that Malays were actually immigrants.

Granted that the statement may be right and the Malays in this country were once immigrants from somewhere. My ancestor, Datuk Puteh, who opened a settlement in Seri Menanti, was from Pagar Ruyung in West Sumatra. We are of Minangkabau descent, so am I a descendant of immigrants?

My take is, within the Malay Archipelago, great and powerful Malays of Minangkabau, Bugis and Achenese descent came and helped and fought for each other.

One member of a great Bugis royal family from Celebes, or Sulawesi, came to Pahang and was given a great title, and today his descendants became prime ministers of this great country.

Many more Bugis royalty, after being pushed out by the British or Dutch colonialists, took refuge with their brother Malay kingdoms. One from Sulawesi went to Siam, today’s Thailand, and fought with the ruling royalty to stave off invaders.

Yes, we were immigrants, but for all intents and purposes, we were politically and socially here first. Yes, we probably invaded the local inhabitants to secure the land and installed a Malay governance and the rest is just history, my man!

Just like New Zealand, Hawaii, Australia, South Africa and many, many more examples where the indigenous people have capitulated to bigger kris, gunpowder and muskets, and other “modern” weapons of subjugation.

I have said this before and I will say it again: Does this mean that Australia, New Zealand and South Africa and Hawaii and in many, many examples of brutal subjugation of people, that the lands should be given back to their original people? I think we all know that answer.

But one thing I have to agree with Dr Mahathir is that it appears the Malays in this country cannot sustain what they have acquired.

I agree with Dr Mahathir, 100 per cent, that Malays in this country have become weak — people just throw all kinds of accusations at them and there is nothing they can do… because they are weak! If they persist on being weak, then we have to put up with the inevitability of this country being governed by the Opposition, namely, by the DAP, which is smart enough to use weak Malays from other Opposition political parties to eventually grab power from the descendants of the immigrant Malay-dominated government!

Monday, June 14, 2010

Sama-sama nantikan...

Berita Tergempar!!

Kumpulan Rajamenangis mendapati daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa isu kesahihan perlantikan salah seorang Luak Negeri Sembilan akan meletup minggu ini.


Isu ini sebetulnya telah tersebar meluas sejak beberapa tahun yang lalu tetapi segala tandatanya akan terjawab tidak lama lagi dan pasti menjadi suatu lagi sejarah bagi negeri yang mengamalkan Adat Perpatih ini.

Sunday, June 13, 2010

ANUGERAH PINGAT DAN JAJAHAN JOHOR



Johor, gelaran dan mesej

Sudah lama kita tidak mendengar tindakan raja atau sultan menarik balik pingat, darjah dan gelaran daripada tokoh dan orang kenamaan.

Maka apabila Jumaah Majlis Diraja Johor (JMDRJ) mengumumkan tindakan berkenaan ke atas empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng dan wanita pertama merentasi Kutub Utara dan Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, ramai yang agak terkejut.

Istilah sebenar digunakan Istana Johor bagi penarikan balik pingat dan darjah adalah dipecat. Menurut kenyataan JMDRJ, pemecatan tersebut dilakukan kerana mereka tidak lagi menepati kriteria Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor. Ia ada kaitan secara langsung dengan tindak-tanduk dan perilaku mereka, yang tidak mahu didedahkan oleh JMDRJ kerana mahu menjaga aib.

Jui Meng yang juga pemimpin PKR 'mendahului' senarai. Dua anugerah darjah kebesaran membawa gelaran Datuk yang diterima daripada Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar kini sudah tiada lagi. Kita yakin Istana Johor mempunyai sebab kukuh untuk bertindak demikian. Sultan Johor atas laporan JMDRJ mempunyai hak untuk melakukan pemecatan demi menjaga kemuliaan dan nama baik institusi diraja Johor.

Apa yang berlaku ini mempunyai mesej yang jelas kepada semua. Ia seharusnya menjadi pengajaran betapa para penerima anugerah terutama yang membawa gelaran perlu menjaga tingkah laku, budi pekerti, kesetiaan dan keharmonian kepada negara.

Perkembangan terbaru ini menampakkan Johor meneruskan tradisi yang tersendiri dalam mengurniakan darjah kebesaran dan juga pemecatan ke atas penerima. Semua orang tahu bukan mudah untuk mendapat darjah dan pingat Johor. Bilangannya juga paling kecil berbanding negeri lain. Malah orang Johor sendiri adakalanya mengeluh dan terpaksa mengharapkan kurniaan darjah dari negeri lain.

Tetapi Istana Johor tetap Istana Johor. Keunikan itu menjadikan darjah dan pingatnya dianggap lebih istimewa di kalangan para penerima. Begitu juga dari segi tindakan dan hukuman ke atas para penerima darjah Johor. Tiada kompromi. Ia bukan sahaja dipecat malah penerima gelaran tertentu perlu memulangkan semula darjah atau pingat ke istana.

--UTUSAN-

Saturday, June 12, 2010

Sultan tarik balik pingat Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir


JOHOR BAHRU - Wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor.

Dua orang lain yang turut dikenakan tindakan sama ialah Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.

Sebelum ini, tindakan yang sama diambil terhadap bekas Menteri Kesihatan merangkap Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pihaknya telah menimbang laporan terhadap beberapa Ahli Darjah Mahkota Johor dan bersetuju menasihatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar supaya melaksanakan kuasa menarik balik darjah kebesaran tersebut yang dinilai menerusi kesetiaan, kemuliaan dan perkhidmatan individu terbabit.

"Lazimnya, pihak kami tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung penarikan darjah kebesaran kerana melibatkan maruah selain tidak dapat menyatakan sebab sebenar kerana terletak pada kuasa Sultan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Kosmo!

Darjah Kebesaran Chua Jui Meng Ditarik Balik




Darjah Kebesaran Chua Jui Meng Ditarik Balik

PETALING JAYA: Gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri" Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Jui Meng telah ditarik balik.

Bekas menteri kesihatan itu telah diarahkan memulangkan semula dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri".

Jui Meng sendiri mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli pada pukul 10 pagi tadi untuk dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato' Paduka Mahkota Johor" dan "Dato' Seri Mahkota Johor".

Jelasnya lagi, beliau telah sedia menghadapi sebarang risiko ini setelah menyertai PKR tahun lalu. “Tidak ada apa yang perlu dikesali, bagi saya inilah harga yang perlu dibayar dalam politik," katanya.

Ditanya bila beliau akan memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya, Jui Meng berkata: “Saya akan pulangkan kedua-dua darjah kebesaran ini selepas saya terima surat rasmi daripada istana.”

Jui Meng dianugerahkan gelaran Datuk Seri ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 2003. Sementara gelaran Datuk diterimanya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bakri pada 1996.

Bekas Naib Presiden MCA ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tahun lalu dan menyertai PKR pada Julai tahu.




mStar.

2010-2015 Pemilikan ekuiti bumiputera kekal

Pemilikan ekuiti bumiputera kekal


ekonomi Bumiputera termasuk pemilikan saham diberi penekanan dalam rmk-10.

AGENDA pembangunan Bumiputera terus menjadi teras utama dasar pembangunan ekonomi Malaysia dengan sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi makro dikekalkan.

Selain memberi peluang penyertaan dalam ekonomi secara saksama, sasaran ekonomi Bumiputera juga akan meningkatkan taraf hidup isi rumah 40 peratus terendah dengan mengukuhkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Untuk itu, usahawan di kalangan isi rumah 40 peratus terendah akan diperluaskan dengan menggalakkan perniagaan berasaskan inovasi, dan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) bagi syarikat Bumiputera.

Bagi mengukuhkan keusahawanan Bumiputera, pemilikan kekayaan hartanah dan aset perniagaan seperti ruang niaga, harta bertanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain melalui pelaburan institusi dan penggemblengan dana akan ditingkatkan.

Tumpuan penyertaan tulen, lebih meluas, bermakna dan mampan berbanding peruntukan ekuiti korporat akan diberi penekanan dengan galakkan untuk Bumiputera memegang jawatan pendapatan tinggi.

Jawatan pendapatan tinggi termasuklah pengurusan utama, profesional dan teknikal yang terbuka untuk semua etnik tetapi penyertaan Bumiputera adalah terjamin dan syarikat akan diwajibkan memberi maklumat jantina dan etnik pekerja mereka untuk pemantauan.

Selain itu, biasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) juga akan ditingkatkan untuk golongan Bumiputera mendapatkan kelayakan bersesuaian dan akan dibiayai kerajaan serta sumbangan syarikat korporat.

Program sangkutan (attachement) dan penempatan di luar negara akan dipertingkatkan untuk pendedahan meluas bidang perniagaan, jaringan kenalan dan pengalaman.

Syarikat yang mendapat kontrak atau perolehan besar dari kerajaan atau pelabur tempatan akan diminta memberi komitmen sasaran tenaga kerja yang seimbang, terutamanya untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di peringkat antarabangsa.

Untuk mencapai sasaran untuk ekonomi Bumiputera, skim saham amanah akan diperluaskan kepada konsep merangkumi harta selain ekuiti korporat seperti hartanah melalui Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB).

YAHB akan menubuhkan Tabung Amanah Hartanah (REIT) untuk kurangkan halangan Bumiputera melabur dalam sektor hartanah komersial & industri.

Konsep 1Malaysia kukuh perpaduan

Konsep 1Malaysia kukuh perpaduan




RANCANGAN Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyediakan rangka kerja dasar dan strategi bagi mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020.

Rancangan ini juga dilakar berkonsepkan 1Malaysia dan dibina berasaskan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang menggariskan dasar dan strategi baharu.

Konsep 1Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan perpaduan negara yang penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik; satu pra syarat untuk Malaysia kekal sebagai destinasi perniagaan dan pelaburan yang menarik.

Amalan menghormati perbezaan nilai pelbagai masyarakat akan membantu rakyat menghargai perbezaan tersebut sebagai aset.

Konsep ini mengharapkan rakyat Malaysia bergerak melangkaui toleransi untuk menerima dan akhirnya berbangga dengan kepelbagaian etnik, agama, budaya dan kepercayaan.

Prinsip keadilan akan menjadi teras kepada konsep ini.

Di bawah konsep ini, semua rakyat Malaysia akan diberi perhatian dengan tumpuan khusus kepada golongan kurang mendapat manfaat.


Utusan

Agenda bumiputera diteruskan Najib

Agenda pembangunan bumiputera diteruskan

KUALA LUMPUR 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan agenda pembangunan bumiputera akan terus diberi penekanan di bawah RMK-10 dengan pendekatan baru yang turut berasaskan merit.

Sebagai bukti komitmen kerajaan, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan majlis peringkat tertinggi diketuai oleh beliau sendiri yang akan berfungsi merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda tersebut.

Penubuhan majlis itu merupakan satu daripada lima inisiatif strategik yang dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan masyarakat bumiputera dalam ekonomi negara.

Empat inisiatif strategik lain adalah meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui institusi berkaitan kerajaan; mempertingkat pegangan hartanah; menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta membangun guna tenaga profesional secara tuntas.

"Memandangkan persekitaran ekonomi global dan domestik lebih mencabar, tibalah masanya untuk kita melaksanakan transformasi di dalam agenda pembangunan bumiputera bagi mewujudkan penyertaan syarikat yang berdaya saing dan berdaya maju.

"Pendekatan baru ini akan berasaskan kepada empat prinsip utama iaitu mesra pasaran, berdasarkan keperluan, merit dan kelulusan," katanya ketika berucap membentangkan RMK-10 di Parlimen hari ini.

Bagi memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera, Najib berkata, program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluaskan.

Institusi pelaburan ekuiti swasta bumiputera yang ditubuhkan kerajaan iaitu Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) pula, jelasnya akan membawa pendekatan baru yang lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

"Ekuinas akan melabur ke dalam syarikat sederhana besar yang berpotensi tinggi agar dapat disokong sehingga menjadi jaguh serta peneraju utama dalam sektor masing-masing," katanya.

Dalam usaha mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera, Najib berkata, Pelaburan Hartanah Bhd. akan menubuhkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah bagi mengurangkan kekangan untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah tersebut.

Najib turut menyentuh mengenai Kampung Baru dengan jaminan aset bumiputera yang berharga di tengah-tengah pusat bandar raya itu akan dibangunkan tanpa menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pemegang asal tanah-tanah di kawasan itu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan mengukuhkan agensi pembangunan keusahawanan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Nasional Bhd. (PUNB) dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

Beliau berkata, pakej secara bersepadu akan dilaksanakan bagi meningkat dan mengukuhkan daya tahan dan daya saing Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian (MPPB).

Pakej berkenaan termasuk menyediakan latihan keusahawanan, bantuan teknikal, pembiayaan, khidmat rundingan serta promosi dan pemasaran.

"Bagi meningkatkan akses kepada kemudahan pembiayaan, sebanyak RM1.5 bilion atau separuh daripada tambahan dana Skim Jaminan Modal Kerja sebanyak RM3 bilion akan diperuntukkan kepada usahawan bumiputera," katanya.



Sumber: Utusan

Wednesday, June 9, 2010

Buku : MELAYU PERKASA

UMAT dan Melayu adalah dua konsep penting yang terkait dengan proses membangun dan maju. Melayu adalah nama suatu bangsa yang ALLAH ciptakan. Umat adalah suatu konsep pembinaan suatu bangsa berasaskan nilai-nilai Islam.

Konsep Umat Melayu ialah menjadikan keutuhan suatu bangsa yang didukung oleh suatu sistem kepercayaan dan tamadun.
Buku ini menggarap beberapa isu yang menyentuh tentang Melayu itu sendiri. Melayu tanpa asas kepercayaan yang betul dan rujukan tamadun yang hebat tidak mungkin bakal menjadi bangsa contoh.

Konsep umat yang diolah secara sempit dan terbatas juga meletakkan bangsa Melayu dalam kebekuan. Melayu yang dilonjakkan oleh konsep khayra ummah atau umat terbaik bakal merintis perubahan dan tamadun. Ia bakal menjadi umat contoh terutama dalam bidang ilmu dan perubahan.

Tajuk : Melayu Perkasa
Pengarang : Prof. Dr. Sidek Baba
Mukasurat : 232 Halaman

Tuesday, June 8, 2010

Sultan Kelantan belum pulih


Sultan Kelantan belum pulih, masih terima rawatan

KOTA BHARU JUN 8- Istana Mahkota semalam menjelaskan, tahap kesihatan Tuanku Ismail Petra pada masa ini belum pulih sepenuhnya untuk baginda menyambung kembali tugas sebagai Sultan Kelantan.

Sumber Istana Mahkota memberitahu, baginda masih menerima rawatan intensif daripada sepasukan doktor yang diketuai Pakar Perubatan Nephrologi dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.


Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

Sunday, June 6, 2010

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Semoga Allah SWT Lanjutkan Usia Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda
Pada 5hb Jun 2010 Bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion d’Honneur (France)
,
(13 Disember 2006 - ) SULTAN TERENGGANU

KUMPULAN RAJAMENANGIS memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT berkesempatan sekali lagi kita rakyat Malaysia menyambut hari keputeraan SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.

KUMPULAN RAJAMENANGIS merafak sembah dan menjunjung kasih memohon doa semoga ke bawah DYMM Tuanku dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat terus berada diatas takhta singgahsana memimpin rakyat, insyaAllah.


Patik turut mendoakan negara yang dikasihi ini akan sentiasa aman damai, sejahtera, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak sayangkan keamanan dan keharmonian.


DAULAT TUANKU

Sembah Patik Harap Diampun