ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, June 24, 2010

Seri Paduka Berangkat ke Majlis Santapan

KUALA LUMPUR 23 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis santapan yang diadakan di Istana Negara di sini malam ini.

Majlis santapan itu diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-221 yang diadakan di Istana Negara di sini selama dua hari bermula hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri serta isteri.
Tuanku Mizan dijadual berangkat ke mesyuarat hari kedua di Istana Negara esok dengan diiringi Perdana Menteri.

- BERNAMA

2 comments:

  1. salam...

    4:83 Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkan kepada Rasul dan Ulil Amri diantara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenaran akan dapat mengetahuinya dari mereka. Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut setan, kecuali sebahagian kecil saja diantaramu


    b.hasyim

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Raja dan Sultan adalah ketua agama dan Ulil Amri kita.

    Daulat Tuanku


    Demak

    ReplyDelete