ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, June 12, 2010

Darjah Kebesaran Chua Jui Meng Ditarik Balik




Darjah Kebesaran Chua Jui Meng Ditarik Balik

PETALING JAYA: Gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri" Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Jui Meng telah ditarik balik.

Bekas menteri kesihatan itu telah diarahkan memulangkan semula dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran "Datuk" dan "Datuk Seri".

Jui Meng sendiri mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli pada pukul 10 pagi tadi untuk dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato' Paduka Mahkota Johor" dan "Dato' Seri Mahkota Johor".

Jelasnya lagi, beliau telah sedia menghadapi sebarang risiko ini setelah menyertai PKR tahun lalu. “Tidak ada apa yang perlu dikesali, bagi saya inilah harga yang perlu dibayar dalam politik," katanya.

Ditanya bila beliau akan memulangkan kembali darjah kebesaran yang diterimanya, Jui Meng berkata: “Saya akan pulangkan kedua-dua darjah kebesaran ini selepas saya terima surat rasmi daripada istana.”

Jui Meng dianugerahkan gelaran Datuk Seri ketika beliau menjadi Menteri Kesihatan pada tahun 2003. Sementara gelaran Datuk diterimanya ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Bakri pada 1996.

Bekas Naib Presiden MCA ini telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi MCA bahagian Bakri tahun lalu dan menyertai PKR pada Julai tahu.




mStar.

5 comments:

  1. Tiap sesuatu itu mempunya1 sebab dan asbabnyerr..
    Mana mungkin seorang sultan atau raja menarik sesuatu pekara yang telah dilakukannya tanpa sebab dan musabab yang tertentu..

    Bukan hamba mempertikaikan Hak sultan utk tidak memberitahu kedudukan sbb mengapa pingat atau darjah kebesaran itu ditarik balik atau dilucutkan..

    Tetapi sebagai manusia yang diangkat ke tahap yang tertinggi dari kalangan Rakyat jelata seharusnyalah Sultan memberitahu duduk sebenar pekara tersebut..

    Tidak ada apa yang harus digusarkan oleh sultan jika memberitahu apa sebenarnya yang berlaku disebalik panarikkan anugerah darjah kebesaran tersebut..

    Jika Sultan sentiasa bersikap terbuka dan manyata pekara yang benar lagi betul maka kasih Rakyat akan tertumpah sepenuhnya kepada Sultan payung negeri..

    Seorang pemimpin seharusnya lebih matang dari org yang dipimpinnya..

    Sultan melayu yang konon-kononnya dimahsyurkan oleh bangsa melayu sebagai pemimpin yang mempunyai darah Ahlul Bait sepatutnya menjaga nama baik keturunan Rasulullah..

    Mana sifat terpuji Rasulullah yang terdapat dalam darah sultan2 melayu yg konon-kononnya berdarah ahlul bait.. hamba semakin mushkil benarkan raja2 melayu ini dari keturunan Ahlul Bait kerana tidak menepati ciri2 kepimpinan Rasulullah..

    Sifat wajib Bagi Rasul
    1 ) Sidik - Cerdik
    2 ) Amanah
    3 ) Tabligh - Menyampaikan
    4 ) Fatanah - Tidak menyembunyikan.

    Mana sifat Fatanah dalam diri Sultan dan raja melayu jika benar mereka semua dari keturunan Rasulullah..

    Kerana jika ada sifat fatanah sudah tentu sultan akan memberitahu sebab musabab penarikan darjah kebesaran tersebut..

    JIka Cuah Jui Meng Menderhaka kepada Sultan silalah nyata bentuk penderhakaan tersebut..

    ReplyDelete
  2. Jauhari yang mengenal manikam terhadap sibodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh di tumpang.


    siput benggali

    ReplyDelete
  3. Yang saya tahu Tuanku Sultan Johor yg memerintah Johor sekarang mempunyai pertalian nasab 'Ahlul Bait' belah nasab lelaki manakala nasab bonda keturunan 'orang putih'. Walallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. Satu contoh tentang begitu mudah Melayu ditipu dapat diperhatikan dalam kisah Pulau Pinang sebuah pulau milik Sultan Kedah suatu ketika dulu.

    Inggeris masuk ke Tanah Melayu bukanlah dengan cara berperang. Mereka hanya menghadapi pemberontakan rakyat setelah terjalin hubungan di antara Inggeris - raja-raja yang telah diperdaya.

    Pulau Pinang jatuh ke tangan Inggeris pada tahun 1786 hanya melalui tipu daya Kapten Francis Light. Setelah mengetahui kelemahan akal dan diri Melayu, beliau menyusun strategi untuk memperbudakkan raja dan pembesar Melayu Kedah. Pada masa ini Kedah sedang tergugat oleh kekuatan Siam. Melihat peluang ini, Inggeris telah memaksa Sultan Kedah supaya bersetuju menerima bantuan senjata daripada Inggeris bagi mengurangkan ancaman Siam. Sebagai balasan, Pulau Pinang diminta agar dipajakkan kepada Inggeris dengan harga $30,000. Sebaik sahaja persetujuan ini ditandatangani pada 11 Ogos 1786 maka Francis Light telah mengisytiharkan bahawa Pulau Pinang sebagai Prince of Wales dan menjadi jajahan takluk Inggeris.

    Tindakan ini telah menyebabkan Sultan Kedah menjadi gelabah kemudian mengesa rakyat melancarkan serangan terhadap angkatan laut Inggeris. Dengan kekuatan yang ada mudah sahaja rakyat ditumpaskan dan kapal perang Inggeris telah masuk hingga ke Sungai Perai.

    Kekalahan ini telah menyebabkan satu lagi rundingan pajakan dilakukan oleh Inggeris terhadap Kedah. Kerana bimbang, maka Sultan Kedah telah menurunkan harga pajakan Pulau Pinang daripada $30,000 kepada $6,000 dan pajakan baru Seberang Perai sebanyak $4,000

    . Tempoh kuat kuasa perjanjian ini pula tiada had iaitu selagi ada bulan dan bintang. Jumlah pajakan keseluruhan ialah $10,000 dan Seberang Perai telah diletakkan di bawah jajahan baru Inggeris dan diberi nama Province Wellesley.

    Demikianlah kisah mula Inggeris masuk dengan akalnya menguasai Tanah Melayu. Pada ketika ini, selain dari sistem feudal yang hidup di bawah makna diri Melayu yang setia dan pantang durhaka itu maka bangsa Melayu telah terjajah. Sungguhpun bangsa ini telah dijajah, tetapi Inggeris yang licik ini tidak menjajah Istana. Kepada kaum feudal- istana, mereka telah dilimpahi dengan pelbagai kemewahan dan keistimewaan serta layanan dari Inggeris. Kita telah menyaksikan sejak sebelum Perang Dunia kedua lagi, anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu feudal telah dihantar untuk belajar di universiti-universiti di London dan Eropah. Mereka diberi biasiswa dan layanan yang sangat istimewa. Segala adat istiadat dan cara pergaulan bagi sesetengah golongan feudal ini telah berubah menjadi budaya Inggeris malah ramai di antaranya tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak lagi mengamalkan adat Melayu.

    Kepada bangsawan Melayu ternakan Inggeris ini atau dipanggil United Malay National Organisation (UMNO) kemudian telah diwariskan pentadbiran pasca merdeka mempertahankan kelangsungan sistem serta status-quo yang dipanggil neo-liberal. Lebih 50 tahun rakyat mabuk dalam penderitaan. Pun begitu mereka terus tersenyum dan menyokong walaupun miskin dan hutang keliling pinggang. Dalam keadaan rakyat yang mabuk dalam penderitaan ini, era Melayu tipu Melayu pun terus berlangsung.

    ReplyDelete
  5. fahaman anti melayu yang dilakunkan menggunakan nama melayu telah jelas dan nyata.

    halus sungguh permainan yang disusun dan dirancang oleh yahudi sehingga pelakun2 drama tidak mengenal pengarahnya tu siapa?...

    silakan...


    siput

    ReplyDelete