ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, June 12, 2010

2010-2015 Pemilikan ekuiti bumiputera kekal

Pemilikan ekuiti bumiputera kekal


ekonomi Bumiputera termasuk pemilikan saham diberi penekanan dalam rmk-10.

AGENDA pembangunan Bumiputera terus menjadi teras utama dasar pembangunan ekonomi Malaysia dengan sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi makro dikekalkan.

Selain memberi peluang penyertaan dalam ekonomi secara saksama, sasaran ekonomi Bumiputera juga akan meningkatkan taraf hidup isi rumah 40 peratus terendah dengan mengukuhkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.

Untuk itu, usahawan di kalangan isi rumah 40 peratus terendah akan diperluaskan dengan menggalakkan perniagaan berasaskan inovasi, dan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) bagi syarikat Bumiputera.

Bagi mengukuhkan keusahawanan Bumiputera, pemilikan kekayaan hartanah dan aset perniagaan seperti ruang niaga, harta bertanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan lain melalui pelaburan institusi dan penggemblengan dana akan ditingkatkan.

Tumpuan penyertaan tulen, lebih meluas, bermakna dan mampan berbanding peruntukan ekuiti korporat akan diberi penekanan dengan galakkan untuk Bumiputera memegang jawatan pendapatan tinggi.

Jawatan pendapatan tinggi termasuklah pengurusan utama, profesional dan teknikal yang terbuka untuk semua etnik tetapi penyertaan Bumiputera adalah terjamin dan syarikat akan diwajibkan memberi maklumat jantina dan etnik pekerja mereka untuk pemantauan.

Selain itu, biasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT) juga akan ditingkatkan untuk golongan Bumiputera mendapatkan kelayakan bersesuaian dan akan dibiayai kerajaan serta sumbangan syarikat korporat.

Program sangkutan (attachement) dan penempatan di luar negara akan dipertingkatkan untuk pendedahan meluas bidang perniagaan, jaringan kenalan dan pengalaman.

Syarikat yang mendapat kontrak atau perolehan besar dari kerajaan atau pelabur tempatan akan diminta memberi komitmen sasaran tenaga kerja yang seimbang, terutamanya untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di peringkat antarabangsa.

Untuk mencapai sasaran untuk ekonomi Bumiputera, skim saham amanah akan diperluaskan kepada konsep merangkumi harta selain ekuiti korporat seperti hartanah melalui Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB).

YAHB akan menubuhkan Tabung Amanah Hartanah (REIT) untuk kurangkan halangan Bumiputera melabur dalam sektor hartanah komersial & industri.

2 comments:

  1. Satu contoh tentang begitu mudah Melayu ditipu dapat diperhatikan dalam kisah Pulau Pinang sebuah pulau milik Sultan Kedah suatu ketika dulu.

    Inggeris masuk ke Tanah Melayu bukanlah dengan cara berperang. Mereka hanya menghadapi pemberontakan rakyat setelah terjalin hubungan di antara Inggeris - raja-raja yang telah diperdaya.

    Pulau Pinang jatuh ke tangan Inggeris pada tahun 1786 hanya melalui tipu daya Kapten Francis Light. Setelah mengetahui kelemahan akal dan diri Melayu, beliau menyusun strategi untuk memperbudakkan raja dan pembesar Melayu Kedah. Pada masa ini Kedah sedang tergugat oleh kekuatan Siam. Melihat peluang ini, Inggeris telah memaksa Sultan Kedah supaya bersetuju menerima bantuan senjata daripada Inggeris bagi mengurangkan ancaman Siam. Sebagai balasan, Pulau Pinang diminta agar dipajakkan kepada Inggeris dengan harga $30,000. Sebaik sahaja persetujuan ini ditandatangani pada 11 Ogos 1786 maka Francis Light telah mengisytiharkan bahawa Pulau Pinang sebagai Prince of Wales dan menjadi jajahan takluk Inggeris.

    Tindakan ini telah menyebabkan Sultan Kedah menjadi gelabah kemudian mengesa rakyat melancarkan serangan terhadap angkatan laut Inggeris. Dengan kekuatan yang ada mudah sahaja rakyat ditumpaskan dan kapal perang Inggeris telah masuk hingga ke Sungai Perai.

    Kekalahan ini telah menyebabkan satu lagi rundingan pajakan dilakukan oleh Inggeris terhadap Kedah. Kerana bimbang, maka Sultan Kedah telah menurunkan harga pajakan Pulau Pinang daripada $30,000 kepada $6,000 dan pajakan baru Seberang Perai sebanyak $4,000

    . Tempoh kuat kuasa perjanjian ini pula tiada had iaitu selagi ada bulan dan bintang. Jumlah pajakan keseluruhan ialah $10,000 dan Seberang Perai telah diletakkan di bawah jajahan baru Inggeris dan diberi nama Province Wellesley.

    Demikianlah kisah mula Inggeris masuk dengan akalnya menguasai Tanah Melayu. Pada ketika ini, selain dari sistem feudal yang hidup di bawah makna diri Melayu yang setia dan pantang durhaka itu maka bangsa Melayu telah terjajah. Sungguhpun bangsa ini telah dijajah, tetapi Inggeris yang licik ini tidak menjajah Istana. Kepada kaum feudal- istana, mereka telah dilimpahi dengan pelbagai kemewahan dan keistimewaan serta layanan dari Inggeris. Kita telah menyaksikan sejak sebelum Perang Dunia kedua lagi, anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu feudal telah dihantar untuk belajar di universiti-universiti di London dan Eropah. Mereka diberi biasiswa dan layanan yang sangat istimewa. Segala adat istiadat dan cara pergaulan bagi sesetengah golongan feudal ini telah berubah menjadi budaya Inggeris malah ramai di antaranya tidak fasih berbahasa Melayu dan tidak lagi mengamalkan adat Melayu.

    Kepada bangsawan Melayu ternakan Inggeris ini atau dipanggil United Malay National Organisation (UMNO) kemudian telah diwariskan pentadbiran pasca merdeka mempertahankan kelangsungan sistem serta status-quo yang dipanggil neo-liberal. Lebih 50 tahun rakyat mabuk dalam penderitaan. Pun begitu mereka terus tersenyum dan menyokong walaupun miskin dan hutang keliling pinggang. Dalam keadaan rakyat yang mabuk dalam penderitaan ini, era Melayu tipu Melayu pun terus berlangsung.

    ReplyDelete
  2. ...era melayu tipu melayu......
    berhati-hati dengan verding tersebut, golongan anti melayu terus berlansung.



    siput

    ReplyDelete