Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, December 31, 2010

Ucapan Selamat 2011

KUMPULAN RAJAMENANGIS mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal pada 2010 dan selamat menyambut tahun baru 2011. Semoga Tuhan memberkati kita semua dan sejahtera sentiasa. Dan mudah-mudahan tahun ini jauh lebih baik daripada tahun lalu. Terima kasih jua atas kunjungan semua.

Selamat Tahun Baru 2011.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Thursday, December 30, 2010

Warisan Purba Terancam

MUMIA mula mereput di Siberia, piramid lenyap dari muka bumi di bawah timbunan pasir Sudan malah kuil-kuil Maya yang gagah berdiri mulai runtuh. Senario tersebut telah membuatkan ahli arkeologi memberi peringatan bahawa perubahan iklim dunia bakal memberi impak dalam memusnahkan khazanah masa lampau.

Apabila ais cair, ia boleh membuka rahsia purbakala yang tersimpan rapi di dalam tanah seperti penemuan Oetzi pada tahun 1991. Oetzi merupakan pahlawan berusia 5,300 tahun yang jasadnya ditemui di dalam sebuah glasier Alpine wilayah Tyrol, Itali.

Henri-Paul Francfort dari Institut Penyelidik CNRS, Perancis melahirkan kebimbangan terhadap kesan pemanasan global terhadap warisan dunia. BACA SELANJUTNYA

Monday, December 27, 2010

AZIZ DERAMAN : Tidak munasabah diperjuang ‘kesamarataan’


Tidak munasabah diperjuang ‘kesamarataan’

Datuk A Aziz Deraman ialah Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Pustaka

PERPADUAN tidak mungkin dibina atas tapak-tapak perbezaan. Jika perbezaan kekal menjadi teras perjuangan kaum seperti gerakan politik kerakusan kuasa sekarang, maka selama itulah perpaduan bangsa Malaysia akan sukar dicapai.

Perpaduan perlu dibina di atas tapak-tapak persamaan dan prinsip-prinsip kesatuan. Sebagai sebuah negara bangsa, perpaduan di Malaysia dipupuk melalui kecintaan negara dengan semangat patriotisme dan jiwa bangsa Malaysia yang kukuh. Fahami tonggak-tonggak kenegaraan yang satu.

Kita memiliki satu pemerintahan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, satu sistem politik ‘demokrasi berparlimen raja berperlembagaan’, satu Ketua Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, satu agama negara, satu bahasa negara, satu lagu negara, satu bendera negara dan banyak lagi lambang-lambang kesatuan kebangsaan yang menjadikan kita satu bangsa Malaysia dan satu negara Malaysia. Itulah juga maknanya gagasan 1Malaysia.

Realiti Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum, etnik, agama, budaya, bahasa dan warisan dianggap begitu menyukarkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Keunikan situasi ini jarang terdapat di negara-negara lain. Sungguhpun begitu kejayaan Malaysia membangunkan kemakmuran ekonomi dan membina bangsa dengan kesejahteraan sosial dan kedamaian hidup dikagumi timur dan barat.

Formula Malaysia selama ini dijayakan dengan tindakan menterjemahkan aspirasi Perlembagaan ke dalam dasar-dasar yang pragmatik di bidang ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya sejak kemerdekaan. Dasar-dasarnya bermatlamatkan perpaduan dan mengimbangi kedudukan kehidupan kaum secara adil seperti membasmi kemiskinan dan peluang pendidikan buat semua. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 menjadi bukti bahana politik perkauman dan kehancuran perpaduan. Situasinya diperbetulkan kerajaan antaranya melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990.

Perlembagaan sudah menetapkan yang mana hak-hak negara dan dengan jaminan yang mana hak-hak kaum. Di dalam Perlembagaan, ada peruntukan tentang pembahagian kuasa antara Persekutuan dengan negeri, antara perundangan, kehakiman dengan eksekutif, antara istilah rasmi dengan bukan rasmi serta sudah terisi segala peruntukan sesuai dengan amalan konsep negara ‘persekutuan’ yang kita pegang. Jadi, sebenarnya tidak diperlukan sekali-kali perjuangan hak-hak kaum untuk disamakan tempatnya dengan hak-hak negara atau hak-hak kebangsaan.

Maknanya tidak munasabah diperjuangkan ‘kesamarataan’, misalnya untuk status rasmi bagi pelbagai bahasa, pelbagai agama rasmi atau menyamaratakan semua perkara termasuk mencari formula baru untuk siapa yang harus menjadi Ketua Negara. Fahaman itu sangat merbahaya dan akan hanya memusnahkan konsep kenegaraan Malaysia atau akan meleburkan aspirasi 1Malaysia itu sendiri dengan prinsip penerimaan, teras Perlembagaan dan pegangan kepada Rukun Negara serta keadilan sosial.

Soalnya, kenapa setahun dua mutakhir ini timbul kekecohan tentang perpaduan dan setelah lebih lima dekad merdeka masih ada yang tidak memahami atau sengaja buat tidak faham tentang aspirasi Perlembagaan serta natijah sebuah kontrak sosial. Ada sahaja isu-isu negara dilaga-lagakan dengan isu-isu kaum dan tuntutan politik perkauman. Sepatutnya seluruh lapisan rakyat dari para pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, pimpinan kerajaan atau pembangkang, institusi dan organisasi memahami, menerima dan meraikan hakikat kepelbagaian kita di Malaysia.

Pada masa yang sama dengan penuh komitmen, kesedaran dan keinsafan tanpa rasa jemu dan penat lelah menegakkan ‘kesatuan dalam kepelbagaian’ itu. Diibaratkan pada bulatan-bulatan yang bertumpang tindih, lihatlah di mana garisnya bertindih, maka di situlah ada ruang-ruang persamaan yang di kongsi bersama. Analoginya boleh juga disamakan kepada sebuah sungai besar, bagaimana pertemuan (confluence of rivers) segala anak-anak sungainya ke arus aliran besar tadi.

Apakah susah sangat bagi kita membezakan persamaan dengan perbezaan? Kita boleh bersatu dan kita akan lebih berpadu di atas tapak-tapak persamaan bukannya perbezaan, menyepakati satu citra jati diri bangsa dan matlamat negara yang sama. Jangan lupa sejarah dan masing-masing diri kita.

Penekanan pembangunan memang tidak semata-mata ditujukan kepada pembangunan ekonomi. Kita perlukan kesejahteraan hidup, material dan fizikal sebagai aspek luaran kehidupan manusia, tetapi juga pembangunan sosial dan pembinaan budaya. Pembangunan modal insan secara holistik dan multidimensional dari sudut minda dan nilai-nilai budaya menjadi sebahagian daripada transformasi spiritual bangsa.

Kita tidak bersatu hanya melalui kemajuan fizikal seandainya spiritual kita sifar nilai-nilai budaya murni, berjiwa hamba, kosong dengan jati diri kenegaraan, kehakisan patriotisme atau seumpamanya. Itulah ertinya keperluan pembinaan negara (nation building). Di ruang inilah gagasan 1Malaysia patut diperhatikan, ada kemajuan dan transformasi besar negara selain ekonomi dan pentadbiran, adalah juga menerusi strategi sosio-budayanya hatta bagaimana pelbagai bentuk kesenian kebangsaan itu dimanfaatkan mendidik nilai-nilai perpaduan, keperibadian dan kemanusiaan Malaysia. Rakyatnya bangga terhadap negara sendiri dan bukan menjadi alat bagi acuan identiti negara asing.

Keutuhan negara bangsa Malaysia dan perpaduannya hendaklah ditunjangi perkongsian ‘ikatan-ikatan persamaan’ yang dikongsi secara sedar dan insaf bukannya ‘kesamarataan’. Kehidupan berbangsa dan bernegara itu ditunjukkan oleh citra persamaan lambang, institusi nasional, perundangan; keperibadian bangsa dan kejatidirian negara; nilai-nilai kebangsaan yang dikongsi bersama; kesetiaan politik (political loyalty); rasa keyakinan diri sebagai satu bangsa; nilai-nilai akhlak, moral, etika yang kukuh; demokratis; liberal bertoleransi dalam konteks penerimaan; adil dan saksama tidak semesti kesamarataan; progresif dan makmur; serta daya saing, daya tahan, tangkas, dinamis (psikologikal) dan sebagainya.

Ikatan persamaan dalam konteks geopolitik itu seperti mana aspirasi Perlembagaan Negara sudahpun membentuk kita sebagai satu bangsa dan satu negara. Itulah keluhuran sebuah undang-undang tertinggi negara.

Kewujudan sebuah bangsa Malaysia yang diidamkan sejak kemerdekaan akan menjadi nyata melalui perkongsian nilai-nilai hidup bersama. Di situ muncul makna sebuah perpaduan bangsa dan kesatuan negara. Rakyat asal Malaysia yang dominannya Melayu dan suku bangsa serumpunnya seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Bajau, Melanau, Murut dan puluhan yang lain perlu terlebih dahulu menyatukan diri ke dalam keserumpunan umat besarnya.

Perpaduan dan hubungan keharmonian kaum bermula dan terletak di bahu Melayu serumpun itu.



(C) 2010 OLEH Datuk A Aziz Deraman ialah Bekas Ketua

Pengarah DBP/Mantan Ketua Pengarah Kebudayaan,

Ahli JK Gapena dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa)

BATU BERSURAT SUMATERA DAN T'GANU


Batu Bersurat Kedukan Bukit ditemui pada 1920 di Bukit Kedukan, Selatan Sumatra, di tebing Sungai Tatang. Ia adalah spesimen dalam Bahasa Melayu (dikenali dengan Old Malay) tertua pernah dijumpai. Saiznya 45 x 80 cm. Ia bertarikh 605 Saka atau Tahun 683 dan mengandungi beberapa perkataan Sanskrit.

Penjelasannya adalah seperti berikut :

Salam bahagia, batu bersurat ini ditulis pada 11 haribulan Waisyaka Tahun 605 Syaka: Baginda menaiki kapal untuk mencari untungnya pada 7 haribulan Jyestha. Baginda berlepas dari Muara Tamvan dengan membawa dua puluh ribu bala dengan <...> serta dua ratus pawang dan tentera sebanyak seribu tiga ratus dua belas banyaknya dengan sukacitanya datang ke Matajap. Pada lima haribulan <...>, mereka datang belayar mudik ke hulu untuk membuka negara <...>. Srivijaya, kota yang jaya, bahagia dan makmur.

Nota Ed : Baginda (yang dinyatakan pada Batu Bersurat itu) ialah Dapunta, pengasas empayar Srivijaya yang membawa tentera untuk menakluk Jambi dan Palembang.

Batu Bersurat Terengganu (anggaran berusia 700 tahun) merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Ia ditemui separuh tenggelam di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 1899.

Thursday, December 23, 2010

ALFATIHAH Tun Ibrahim Ismail - pahlawan Melayu


Orang Ramai Boleh Ziarah Jenazah Tun Ibrahim Mulai 3 Petang Di Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Orang ramai boleh menziarahi dan memberi penghormatan terakhir terhadap bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen (B) Tun Ibrahim Ismail di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara mulai 3 petang Khamis.

Menurut kenyataan Masjid Negara, solat jenazah akan diadakan sejurus selepas solat Asar manakala upacara pengkebumian akan disempurnakan di Makam Pahlawan selepas itu.

Allahyarham Ibrahim, 88, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini pukul 4.40 pagi Khamis.



(c) 2010-- BERNAMA

Wednesday, December 22, 2010

Pemilik Facebook Ditahan

KUALA LUMPUR, Dec 22 -- Polis telah menahan seorang lelaki pemilik facebook yang menghina Sultan Johor dan Institusi Beraja negeri. Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyatakan, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di sini pada 29 November lalu.

Beliau memberitahu wartawan, sebuah unit khas dibentuk Ogos lalu setelah beberapa aduan diterima perihal facebook itu, yang dibuat setelah kemangkatan Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas. Polis merampas lima telefon bimbit dan PDAs, lima komputer riba dan wireless router.

Syed Ismail berkata, penyiasatan menunjukkan bahawa lelaki dari Kuala Lumpur itu bekerja sendiri. Akaun facebooknya beralamat emel pendekar.bentan@gmail.com tetapi lelaki itu telah mencuri identiti pengguna lain yang tidak sign-out. Katanya lagi, suspek, seorang bekas siswa universiti tempatan, ahli kumpulan yang menganjurkan Islam sebagai gaya hidup, tetapi mengendalikan laman web itu secara bersendiri.

"Motifnya untuk mencipta akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme tersendiri, dan penyiasatan menunjukkan bahawa dia bukan ahli kumpulan politik tertentu," kata Syed Ismail lagi. Laporan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
- Bernama (Terjemahan)

Nota - Kumpulan Rajamenangis menyokong pihak polis menyiasat mana-mana pihak yang mempersendakan sultan serta Institusi Beraja di Tanah Melayu. Mereka yang didapati bersalah mesti dihukum dengan setimpal agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

Petikan pendapat : Saya tidak pasti jika peruntukan ini telah wujud di Tanah Melayu atau tidak tetapi saya mohon mencadangkan satu undang-undang khas yang menyamai undang-undang di negara Thai, dikenali sebagai lèse majesté (ertinya: biadap terhadap Raja) diwujudkan bagi memelihara dan mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu.

Di negara Thai, jika disabit dengan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara diantara 3 hingga 15 tahun. Sebagai contoh kes-kes dalam rekod di Thailand:

(a) Seorang profesor yang menyuruh pelajar-pelajarnya membincangkan kaedah “menyesuaikan“ sistem beraja dengan sistem demokrasi telah ditangkap. Kertas penulisan pelajar-pelajarnya telah dirampas oleh Polis untuk siasatan.

(b) Seorang warganegara asing yang mabuk telah menyembur cat ke atas gambar Raja Thai. Dia telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

(c) Di dalam laman web, seseorang telah meletakkan gambar orang lain di bahagian atas gambar Raja Thai turut dihukum;

(d) Seseorang enggan berdiri semasa lagu kebangsaan negara Thai berkumandang telah dihukum.

Undang-undang bagi Raja-Raja Melayu ini boleh digubal berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja, Perkara 38 (6) iaitu . . . memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang . . yang menyentuh keistimewaan kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.

Monday, December 20, 2010

Raja Muda Perlis Mahu Seni Rakyat Dikomersial

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu seni dan budaya rakyat tempatan dikomersialkan ke peringkat global. "Seni dan budaya bukan sekadar dari aspek tarian tetapi juga merangkumi aspek makanan yang mana jika dikomersilkan secara kreatif mampu berkembang di arena yang lebih besar," titah baginda semasa menutup Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (Festkum) 2010, di sini.

Sehubungan itu, baginda berharap badan profesional dapat mengkaji keupayaan seni dan budaya masyarakat Malaysia untuk di ketengahkan ke pasaran antarabangsa. Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan festival tersebut dengan menerima wang tunai RM10,000, tempat kedua disandang oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan hadiah RM7,000 dan tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menerima RM5,000.

Lapan acara dipertandingkan dalam festival lima hari berkenaan antaranya pertandingan band akuistik, boria, dikir barat, nyanyian lagu antarabangsa dan irama Malaysia serta tarian tradisional.

- Bernama

Muhasabah Diri

BERMUHASABAH atau membuat perkiraan, perhitungan dan pertimbangan terhadap amalan dilakukan dalam urusan ibadat atau muamalat sesama manusia sangat digalakkan bagi merenung kembali dan memperbaiki semua amalan dilakukan kepada Allah.

Dalam kehidupan ada kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan sama ada secara sengaja atau tidak yang harus diperbaiki. Melalui amalan muhasabah, amalan baik dilakukan dapat dipertingkatkan sementara yang negatif, ditinggalkan. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr, ayat 18)

Masa yang sebaiknya untuk menilai semua aktiviti dilakukan dalam sehari adalah pada waktu tengah malam dan waktu sunyi tanpa gangguan orang lain. Renung kembali segala amalan dan perbuatan dilakukan sejak awal pagi hingga hendak melelapkan mata. Jika apa yang dilakukan sepanjang hari mengandungi kecacatan, hendaklah diperbaiki supaya tidak terus mengulangi kesalahan. Bagi amalan baik yang dilakukan, perlu dipertingkat supaya dapat mencapai kemanisan iman dalam melaksanakan amal ibadat kepada Allah.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa dibukakan baginya pintu kebaikan hendaklah memanfaatkan kesempatan itu (untuk berbuat baik) sebab dia tidak mengetahui bila pintu itu akan ditutup baginya.” (Riwayat Asy Syihaab)

Setiap kebaikan dilakukan mesti bersih dan menepati kehendak syariat, bermula daripada pegangan hidup yang melangsungkan hubungan pertalian dengan Allah supaya tidak berlaku titik noda dan dosa. Saidina Umar Al-Khattab berkata: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan (pada hari akhirat) dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbangkan (pada hari akhirat) dan bersedialah untuk menghadapi hari kiamat.”

Sesungguhnya, muhasabah boleh dilakukan terhadap diri, amalan hidup dan kurniaan Ilahi. Rasa kesyukuran dan keinsafan pasti lahir hasil daripada muhasabah yang dilakukan.

Sumber : bharian.com.my

Sunday, December 19, 2010

JASA TUNKU DIKENANG

USAHA Arkib Negara memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra pada 15 Disember lalu di premis Galeri Tunku di Kuala Lumpur membawa ingatan seribu makna.

Majlis memperingati Perdana Menteri Malaysia pertama sempena genap 20 tahun kemangkatannya mendapat sambutan hangat sekurang-kurangnya bagi masyarakat yang hadir pada pagi itu. Tanpa disedari, rupa-rupanya Tunku sudah meninggalkan kita 20 tahun lalu. Tunku yang dilahirkan pada 8 Februari 1903 meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada usia 87 tahun. Tampak jelas, ini sajalah majlis yang boleh dianggap sebagai tanda ingatan rasmi terhadap Tunku pada tahun ini. BACA SELANJUTNYA

Sentimen Anti-Monarki Meningkat di Thailand

Baru-baru ini, dua orang anggota ‘baju merah’ (anti-monarki) ditemuramah oleh Singapore Straits Times menegaskan bahawa sentimen anti-monarki di Thailand telah tumbuh secara signifikan, dan 90% daripada mereka tidak lagi berminat dengan perjuangan damai untuk demokrasi. Tidak diragukan lagi, temuramah itu menegaskan wujudnya puak anti-monarki dalam kumpulan ‘baju merah’.

Setakat ini, mereka tidak menafikan tuduhan itu, mungkin kerana sebahagian pemimpin sedang ditahan. Pendedahan itu membuktikan polisi keras kepala agensi keselamatan nasional Thai melawan anggota ‘baju merah’ yang anti-monarki. Ketua Komander Tentera Thai telah menyatakan tugas utamanya ialah melindungi monarki. Ini dipersetujui oleh Ketua Polisi Nasional yang berikrar akan menumpaskan elemen anti-monarki.
BACA SELANJUTNYA

Antara Sejarah, Setia dan Bakat

MALAYSIAINSIDER dan beberapa akhbar bukan Melayu, bertungkus lumus mendapatkan "fakta" dengan "menemubual" rakyat Malaysia bukan Melayu yang bekerja di luar negara. Seperti biasanya taktik mereka, komen-komen yang negatif terhadap Malaysia dilemparkan, seperti ketidakadilan sosial, keburukan dasar kerajaan dan berbagai lagi komen negatif yang menyakitkan.

Terbaru, akhbar The Sun menemubual dua orang ahli sejarah bukan Melayu, tanpa mendapatkan maklum balas daripada ramai lagi sejarawan Melayu mengenai buku teks sejarah sekolah menengah yang dikatakan telah "diselewengkan" faktanya, terutama berkaitan sumbangan bukan Melayu. Persoalan saya, kenapa baru sekarang dibangkitkan, kenapa tidak sejak dahulu lagi sebelum 2008? Apakah subjek sejarah itu hanya bercakap soal sumbangan kaum semata-mata? Bagaimana dengan fakta-fakta teras sejarah sesebuah negara? BACA SELANJUTNYA

Friday, December 17, 2010

SOLAT BARU YG DIPERKENALKAN ?


Adakah foto ini menipu?
Melayu dan Islam tak dapat diasingkan...

Tetapi Melayu dan sembahyang lilin ini bagaimana pula?

RAJAMENANGIS DICABAR, DITENDANG, DAN PERNAH GUGUR DAN BANGUN KEMBALI




Kami ucapkan terima kasih kepada Tuan GuruBesar Setiabakti untuk rekod ini.

Wednesday, December 15, 2010

KELEBIHAN SURAH ASY SYURA

SURAH ASY-SYURA
42. SURAH ASY SYURA (53 ayat) – ‘MUSYAWARAT’


DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Asy Syura merupakan surah yang ke 42 dan mengandungi 53 ayat. Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.

Ia juga satu daripada tujuh surah sebaris dalam Al Quran yang bermula dengan "HAA MIIM". Orang yang mengamalkan surah ini akan mendapat pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat kelak.

POKOK-POKOK ISINYA:

Pada awal surah ini Allah Taala menegaskan kebenaran wahi (wahyu) (Al-Quran) dan kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w.), dan menyatakan bahawa apa yang diwahikan kepada Baginda mengenai perkara-perkara asas dalam Islam seperti tauhid, hari kiamat dan balasan amal, adalah sama seperti yang telah diwahikan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya.

Kemudian ditegaskan bahawa ugama yang diredhai Allah Taala bagi umat manusia seluruhnya ialah ugama Islam, ugama tauhid dan taat, yang diwahikan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) dan Nabi-nabi (a.s.) yang sebelumnya. Lalu diperintahkan supaya orang-orang yang beriman menegakkan hukum-hukum Islam dan meninggalkan segala laranganNya.

Kemudian diterangkan bahawa apa jua yang menimpa manusia dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka itu adalah disebabkan apa yang mereka lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa. Dalam pada itu Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.

Setelah itu diterangkan: Jika sesiapa hendak membalas, maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya. Tetapi sesiapa yang memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanya maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah Taala dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya.

FADILATNYA:-

1. Ayat 15 mengandungi rahsia yang besar sekali untuk menghadapi musuh kita, sedangkan kita dalam membela kebenaran. Untuk menolak rencana jahatnya, baik yang telah direncanakan atau tidak sehingga batallah semua rencana jahatnya, dan hilang pula kemarahannya kepada kita. Sekaligus, mereka itu berlaku hormat kepada kita, sehingga mahu mendengar pendapat yang kita berikan kepada mereka dan mahu mengabulkan apa yang menjadi hajat kita.

2. Ayat 19 merupakan “Ayat Rezeki” yang sangat masyhur. Amalkan membacanya berulang kali sebanyak yang mampu, dalam bilangan yang ganjil, selepas solat Maghrib dan Subuh. Diikuti dengan doa 33 kali atau 100 kali atau seberapa yang mampu. Insya-Allah rezeki akan dilipatgandakan.

Ayat ini juga merupakan doa untuk lemah-lembut keluarga, berkasih-sayang kepada suami/isteri dan anak-anak. * Caranya:

Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam.
Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya.

3. Ayat 19 dan Ayat 200 Surah Ali Imran dibaca dan dicium atau ditiup pada ubun-ubun anak. Boleh juga ditiup pada air dan masakan. Sebutkan nama anak satu persatu dan ucapkan harapan pada anak semuga dapat mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.



WALLAHULALAM
[Semua nasihat di alu alukan]

Sunday, December 12, 2010

RAJAMENANGIS TURUT BERENTAP DALAM TV JUGA

Kita hadir di semua pentas

Friday, December 10, 2010

Gendang Tradisional Temasya

Temasya Pantai Timur mencatat sejarah tersendiri apabila persembahan gendang tradisional sempena majlis perasmiannya hari ini direkodkan dalam The Malaysia Book of Records sebagai persembahan gendang teramai yang pernah diadakan.

Pada persembahan tersebut, seramai 780 pemain gendang yang melibatkan tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang menunjukkan persembahan mantap dengan menggabungkan gendang pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, dan India.

Persembahan yang berlangsung di Taman Budaya, Kuala Ibai itu dijayakan di bawah pimpinan ahli muzik terkenal, Rosli Selasih. Difahamkan, persembahan tersebut telah berjaya mengatasi rekod persembahan gendang tradisional sebelum ini yang melibatkan seramai 400 peserta. Pada acara tersebut, ketiga-tiga buah negeri mempamerkan persembahan mewakili negeri masing-masing dengan Terengganu mempersembahkan permainan gendang Melayu, Cina, Orang Asli, India dan Siam.

Pahang pula mempersembahkan gendang 24 musim yang mewakili masyarakat Cina serta gendang Orang Asli. Kelantan pula menampilkan persembahan rebana ubi, kertuk, kercing, gendang silat, dikir barat, wayang kulit dan mak yong. Temasya Pantai Timur yang berlangsung selama tiga hari itu dirasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Pada temasya tersebut, pelbagai pertunjukan kebudayaan dipersembahkan dengan tarian dan nyanyian tradisional negeri masing-masing yang diberi sentuhan moden sejajar dengan konsep 1Malaysia.

utusan.com.my

Sultan Johor Jelaskan Istilah Kedaulatan Melayu

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung soal kedaulatan Melayu sangat akademik dan berasaskan faktor sejarah. Katanya, titah ucapan Sultan Johor mengenai isu berkenaan turut menjelaskan istilah sebenar kedaulatan Melayu agar lebih mudah difahami tanpa sebarang kontroversi.

"Saya sokong penuh titah ucapan Sultan Ibrahim mengenai istilah paling sesuai bagi kedaulatan Melayu dan maksud ketuanan Melayu itu adalah daulat yang ada dalam Perlembagaan. "Sebenarnya ia (kedaulatan Melayu) lebih mudah difahami, tiada soal hamba atau tuan dan ia tak sepatutnya jadi kontroversi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Ihsan Kembali ke Sekolah untuk mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazrina Mat Haizan, 8, di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengulas titah ucapan Sultan Ibrahim yang mengingatkan orang Melayu bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu. Titah baginda, berdasarkan perkembangan semasa, terdapat orang Melayu yang mahu menolak kedaulatan kaum tersebut seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Mohd. Puad seterusnya menjelaskan, istilah kedaulatan Melayu tiada kaitan dengan 'hamba atau tuan' sebaliknya beliau merujuk kepada pengertian sesebuah wilayah yang diancam pihak luar. Ia seperti kedaulatan wilayah yang menerima ancaman pihak luar, maksudnya kita kena jaga apa saja yang ada, bukannya tuan atau hamba," ujarnya.

utusan.com.my

Thursday, December 9, 2010

Majlis Perajaan Berkuasa Tentukan Sultan

Pemasyhuran Sultan Kelantan Sultan Muhammad V tidak perlu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan kerana Majlis Perajaan lebih berkuasa dalam perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, apabila berlakunya sesuatu lantikan oleh majlis berkenaan, apa yang perlu dilakukan ialah pemasyhuran iaitu memaklumkan kepada rakyat. "Sebagai kerajaan, sebenarnya kita tidak boleh campur tangan dalam apa yang berlaku di dalam institusi beraja di Kelantan kerana mereka ada Majlis Perajaan yang boleh menentukan siapa yang berhak menjadi sultan. BACA SELANJUTNYA

PERTAHAN KEDAULATAN MELAYU

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan orang Melayu supaya bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu.

Baginda bertitah, berdasarkan perkembangan semasa, terdapat orang Melayu yang mahu menolak kedaulatan kaum tersebut seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara. “Perkara ketuanan Melayu saya bangkitkan kerana saya dapati pada hari ini ramai rakyat yang tidak memahami atau sudah salah tafsir maksud sebenar. BACA SELANJUTNYA.

Wednesday, December 8, 2010

Kembalikan Kekuatan Melayu 64 Tahun Lalu!

Kembalikan Kekuatan Melayu 64 Tahun Lalu!

Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilemma yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia? [Baca seterusnya]



Sumber (c) 2010 Ihzahar http://www.malaysiaria.com.my

Tuesday, December 7, 2010

BERITA AWAL DARI RAJAMENANGIS BENAR



Kenyataan Ku Li pandangan peribadi - Pengelola Istana

[Ekoran perlucutan dua pingat darjah kebesaran daripada Ku Li]


KOTA BHARU 7 Dis. - Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata tindakan tokoh politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau.

Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Saya juga tidak dititahkan untuk membuat kenyataan berhubung kenyataan (Tengku Razaleigh) itu. Barangkali ia perlu dikaji oleh pakar yang berkaitan undang-undang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Hijratul Rasul peringkat Negeri Kelantan yang disempurnakan Sultan Muhammad V di sini.

Menurutnya, beliau perlu mendapat titah daripada Sultan sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung kenyataan Tengku Razaleigh itu.

Bekas Menteri Kewangan itu dalam kenyataan kepada media semalam masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang.

[RAJAMENANGIS ingin mengkaji hal ini dari aspek undang-undang dan sejarah istiadat lantikan raja - semua pandangan boleh di emel kepada kami, terima kasih]


Sumber asal (c) 2010 - Bernama

KETUA AGAMA ISLAM BERPESAN DI AWAL MUHARRAM

Umat Islam diseru pupuk semangat perpaduan

PUTRAJAYA 7 Dis. - Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam agar mempertahan dan memupuk semangat perpaduan, kasih sayang serta toleransi kaum sebagaimana yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah Rasulullah.

Seri Paduka bertitah, perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini, jangan diruntuhkan kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri. “Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama.

“Negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah. “Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita,” titah Seri Paduka.



Sumber (c) Utusan Malaysia 2010

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Kumpulan Rajamenangis dengan sukacitanya ingin mengucapkan
'Selamat Menyambut Awal Muharram 1432H'
kepada kalian yang beragama Islam.
Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, elok dilakukan sesudah asar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Zulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah SWT. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah SWT yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal soleh tersebut diterima oleh Allah SWT.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Elok dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mukmin memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.

Sunday, December 5, 2010

RAJAMENANGIS DALAM PERSILATAN MELAYU


SILAT DAN RAJAMENANGIS MANAKAN TERPISAH?

PANDANGAN BEKAS KETUA HAKIM NEGARA TUN SUFFIAN


"It is not in dispute that since 1978 in accordance with the provisions of Article 153 of the Federal Constitution bumiputras were granted favoured access to the then established universities in the country. As regards Mr. Beloff’s argument regarding Article 152, he accepts the position of bahasa as the national and official language. He does not attack the official policy of giving preference to bumiputra admission into university".

Per Tun Suffian LP (delivering the majority Judgment of the Court) Merdeka University [a Company] v Govt of Malaysia [6 JULY 1982]

Saturday, December 4, 2010

Dosa Mengubah Tamadun Melayu

Agenda hapuskan peradaban kerja gila, tak masuk akal

DI mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung adalah satu daripada pepatah Melayu yang diterima sebagai satu peraturan, ibarat undang-undang kehidupan manusia. Ia adalah mesej untuk setiap manusia supaya menyesuaikan diri dengan persekitaran dan juga budaya di mana mereka bermastautin, mencari rezeki, berkeluarga dan mendapat perlindungan keselamatan.

Mereka yang bertindak melebihi atau keluar dari batas peraturan dan budaya masyarakat setempat perlu mendongak ke atas untuk melihat falsafah pepatah Melayu ini. Itulah sebabnya bila ada suara yang menentang apa juga elemen dalam peradaban Melayu, dianggap melakukan 'dosa' kepada masyarakat dan negara yang sudah sebati dengan alam dan tamadun yang dibina sekian lama. BACA SELANJUTNYA

Isu Ketuanan Melayu: 1,000 berarak ke Istana Kayangan

Isu Ketuanan Melayu: 1,000 berarak ke Istana Kayangan

SHAH ALAM 3 Dis. - Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berarak ke Istana Bukit Kayangan bagi menyerahkan memorandum bagi membantah isu menggadaikan dan menghapuskan perkataan Melayu.

Seramai 100 anggota polis berkawal di pintu istana bagi mengawal pergerakan kumpulan tersebut.

Memorandum diserahkan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi.

Perarakan secara aman itu kemudian bersurai kira-kira pukul 3.30 petang.


Sumber (c) - Utusan

Friday, December 3, 2010

BIBIT BIBIT MALAYA MENCARI MERDEKA - OLEH PEGUAM KANAN

Story behind birth of our constitution


Abdulaziz

WHEN we look at the Constitution of a country, we have to focus on studies of constitutional law which are likely to range into history, political and legal theory and political practice. In the case of our country, we have first of all to look at what the situation was, just before we achieved independence from the British. In this article I shall focus on developments leading to the drafting and acceptance of the Merdeka Constitution of Malaya, 1957. [BACA SELAJUTNYA]

PEGUAM Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman

Thursday, December 2, 2010

RAJAMENANGIS MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA KAJI VIDEO INI

RAJAMENANGIS MENDESAK PIHAK KERAJAAN DAN NGO MENGKAJI VIDEO INI DAN SEMOGA IA MENJADI PELAJARAN DAN RUJUKAN MINDA DALAM SEMUA PERBINCANGAN UNTUK MEMBELA MAJIKAN TEMPATAN.


Buku 'RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA'

Sempena memuliakan Ulang Tahun ke-80 Keputeraan KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah, satu majlis pelancaran buku bertajuk Raja & Rakyat Berpisah Tiada telah diadakan secara gilang gemilang bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.

Buku tersebut yang merupakan hasil tulisan dan kajian oleh Yang Hormat Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Haji Halim bin Haji Ibrahim (gambar kanan) telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Orang Kaya Indera Shahbandar Pahang Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abd. Razak. KDYMM Sultan Pahang turut berkenaan berangkat ke majlis tersebut. BACA SELANJUTNYA.

KAEDAH MENULIS PUISI ATAU SAJAK

KAEDAH MENULIS PUISI ATAU SAJAK

Saya banyak menerima panggilan telefon dari segelintir sahabat dan juga peminat-peminat saya agar menjelaskan kaedah menulis puisi moden atau sajak dalam facebook ini. Agak lama juga untuk saya menunaikan permintaan itu lantaran beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah saya telah banyak mengendalikan bengkel penulisan puisi atau sajak ini di pelbagai tempat oleh pelbagai penganjur seperti Perpustakaan Negara, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Jabatan Kebudayaan, Kesenian & Warisan Selangor, Dewan Bahasa & Pustaka, Persatuan Penulis & Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan pelbagai lagi [sambung disini...]