ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, December 10, 2010

Sultan Johor Jelaskan Istilah Kedaulatan Melayu

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung soal kedaulatan Melayu sangat akademik dan berasaskan faktor sejarah. Katanya, titah ucapan Sultan Johor mengenai isu berkenaan turut menjelaskan istilah sebenar kedaulatan Melayu agar lebih mudah difahami tanpa sebarang kontroversi.

"Saya sokong penuh titah ucapan Sultan Ibrahim mengenai istilah paling sesuai bagi kedaulatan Melayu dan maksud ketuanan Melayu itu adalah daulat yang ada dalam Perlembagaan. "Sebenarnya ia (kedaulatan Melayu) lebih mudah difahami, tiada soal hamba atau tuan dan ia tak sepatutnya jadi kontroversi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Ihsan Kembali ke Sekolah untuk mangsa simbahan asid, Nurul Dahyatul Fazrina Mat Haizan, 8, di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengulas titah ucapan Sultan Ibrahim yang mengingatkan orang Melayu bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu. Titah baginda, berdasarkan perkembangan semasa, terdapat orang Melayu yang mahu menolak kedaulatan kaum tersebut seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

Mohd. Puad seterusnya menjelaskan, istilah kedaulatan Melayu tiada kaitan dengan 'hamba atau tuan' sebaliknya beliau merujuk kepada pengertian sesebuah wilayah yang diancam pihak luar. Ia seperti kedaulatan wilayah yang menerima ancaman pihak luar, maksudnya kita kena jaga apa saja yang ada, bukannya tuan atau hamba," ujarnya.

utusan.com.my

9 comments:

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

    Kebenaran dalam ketuanan Melayu
    Oleh NORALI NORDIN

    ..... Mengapakah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk melindungi hak-hak Melayu? Perkara ini terjadi kerana semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (sebelum ditukar nama kepada Malaysia), Suruhanjaya Reid iaitu pihak yang bertanggungjawab menulis Perlembagaan Persekutuan, mengakui bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. Kerana itulah juga namanya disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Keseluruhan perkara-perkara yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid melalui Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi orang-orang Melayu sebenarnya adalah sebagai timbal balas kepada kesanggupan Raja-Raja Melayu memberikan kewarganegaraan secara jus soli kepada sejuta orang bangsa Cina dan India yang diambil sebagai pekerja oleh pihak British.

    Secara dasarnya, para pekerja ini apabila habis kontrak bekerja maka mereka wajib dibawa balik oleh British ke negara masing-masing.... .Sepatutnya, pihak British membawa kesemua pekerja ini ke England dan memberi kerakyatan British.....

    ReplyDelete
  2. mereka pun hamba Allah jugs tetapi mereka tak faham...


    siput ke'cha

    ReplyDelete
  3. Orang2 Jepun adalah tuan di negara jepun. Orang2 Cina di negeri China adalah tuan di negeri China, orang2 India adalah tuan di negera mereka, India. Malahan kita di Malaysia menyebut Kerajaan China, Kerajaan Jepun, Kerajaan India. Mereka adalah tuan dalam erti abrek, erti menyeluruh, walau apa sekalipun mereka katakan DALAM PERLEMBAGAAN MEREKA.

    Kalau tak paham ini, memang bahalol punya Melayu.

    ReplyDelete
  4. Org2 Melayu diperbodohkan sejak sekian lama oleh musuh2 tuhan. Kedaulatan adalah berkat yg dikurniakan tuhan apabila menjunjung hukum dan perintah2 tuhan. Raja2 sekarang ini ada faham hukum2 tuhan ke? Kalu tak nyatalah takde daulat itupun nak pusing2 cakap. Hamba akan berjuang dan mengembalikan kedaulatan raja Melayu dgn izin tuhan. http://mahadaya-asalama.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Daulat apa kalau bangsa Melayu paling banyak membuang anak haram...

    Tiada daulatnya manusia bila mana menginggalkan hukum Allah..

    Itu pun susah nak faham kerr..??
    Harapkan belajar ker tinggi sampai PHD tak entahlah..

    ReplyDelete
  6. Daulat apa kalau bangsa Melayu paling banyak membuang anak haram...

    Tiada daulatnya manusia bila mana menginggalkan hukum Allah..

    Itu pun susah nak faham kerr..??
    Harapkan belajar ker tinggi sampai PHD tak entahlah..

    ReplyDelete
  7. assobiyah islam yang diperkenalkan PAs memporak perandakan org islam.Yang cerdik jadi bodoh, yang bodoh nampak je cerdik...

    Orang Islam yang mengaku beriman kepada Al Quran mengetahui nama kerajaan Islam yang tercatit dalam Al Quran.

    mengapa mereka mengada adakan cerita wal hal Kerajaan Islam bukan PAs yang dicatit dalam Al Quran Nul Karim.



    kecha

    ReplyDelete
  8. Maaf saudara...
    Saudara baca Al-quran yang mana..??
    Nama negara islam tidak tercatat dalam Al-Quran..
    Kalau ada sila nyatakan pada surah mana dan ayat yang ke berapa tercatatnya negara islam tersebut..??
    sepekara lagi Assobiyah itu adalah semangat kebangsaan..
    Islam itu bukannya fahaman atau ideologi..
    Islam adalah agama wahyu, agama dari langit ( agama samawi )
    Islam bukannya fahaman atau ideologi ciptaan Rasulullah..

    ReplyDelete
  9. apa nama KERAJAAN ISLAM yang dicatit dalam al Quran TAK KAN LAH awak tak tahu. awak ni agama apa itu pun tak tahu jgn asyik berpolitik je...

    keCha

    ReplyDelete