Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, January 22, 2013

Kaedah Ruqyah Syar'iyyah

Ramai di antara kita yang sedang berulang alik ke pusat rawatan untuk mengubati penyakit seperti saka, sihir, santau dan sebagainya. Tetapi mereka tidak menyedari bahawa mereka tiada pelindungan diri dan bergantung sepenuhnya dengan rawatan yang diberikan tanpa ada usaha diri sendiri untuk mengubatinya di rumah. Akibatnya, ramai di antara mereka berulang alik ke pusat rawatan dan tidak sembuh-sembuh. Ia bukan kerana pusat rawatan tersebut tidak 'menjadi' tetapi amalan dan kekuatan diri sendiri yang tidak sehebat gangguan yang membelenggu mereka. Maka tidak hairanlah ada di antara pesakit menanggung penyakit gangguan selama 5 hingga 10 tahun!

Sila baca lagi di sini.

Pengkisahan Sejarah Istana Bandar

Forum/ Dialog Pengkisahan Sejarah Istana Bandar, Kuala Langat

Tarikh : 31 Januari 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Hotel Grand Bluewave, Shah Alam
Yuran penyertaan: Percuma
Peserta: Terhad kepada 150 orang perserta sahaja ( pendaftaran awal dialukan)

Selain pembentangan kertas kerja daripada pakar sejarah dan dialog bersama kerabat Diraja Selangor, turut diadakan persembahan kebudayaan, pameran dan jualan buku.

Keterangan lanjut hubungi Urusetia Puan Rohayu/ Puan Shahrulniza di talian 03 5519 0050, 5510 3220 atau emelkan ke shahrulniza_ lms@padat.gov.my, rohayu@padat.gov.my

Jangan Pertikai Keputusan


KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Selepas menempelak Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam, Dewan Ulama Pas meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan dewan itu berhubung isu kalimah Allah yang khusus untuk orang Islam.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, pendirian Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah tidak perlu dipersoalkan oleh pakatan pembangkang kerana kerjasama yang dijalinkan mereka hanya dalam soal politik dan bukannya agama.
Bagi persoalan yang menyentuh agama katanya, Pas boleh membuat keputusan secara bersendirian.
"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Karpal dilaporkan sebagai berkata, langkah itu bertujuan memastikan pendirian Pas selaras dengan keputusan awal yang telah dicapai pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.
Pengerusi DAP itu juga berharap supaya pendirian Pas berkaitan isu kalimah Allah tidak bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang.
Harun berkata, apa yang beliau sedia maklum, keputusan Majlis Syura Ulama parti itu mengenai isu tersebut adalah muktamad dan beliau menyifatkannya sudah selesai.
"Sebenarnya isu ini sudah selesai setelah Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya untuk umat Islam. Tetapi kalau dia nak rayu juga, dia punya pasallah.
"Biasalah, teman setia dalam pakatan pembangkang memang begitu. Kalau tak puas hati, biasalah dan Karpal kena terima," katanya.
Ditanya sama ada Presiden Pas itu akan tunduk kepada gesaan Karpal itu, Harun menjelaskan, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan parti untuk menyatakan pendirian itu.
"Itu kena tanya beliau sendiri (Abdul Hadi). Saya tak ada kuasa untuk buat keputusan sama ada terima rayuan dan desakan DAP atau sebaliknya. Kita harap isu ini sudah selesai sebab keputusan telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama," katanya.
Ditanya pendirian Pas yang menyimpang berbanding sebelum ini dan keengganan Pas untuk tunduk kepada gesaan Karpal itu akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang, Harun berkata, pakatan antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih menjurus kepada kerjasama politik.
Beliau menjelaskan, kerjasama tiga parti dalam pakatan itu adalah untuk kepentingan politik semata-mata terutama bagi menghadapi pilihan raya, bukannya kerjasama agama.

sumber : utusan.com.my

Mesti akur titah raja-raja Melayu


KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ahli-ahli politik Melayu yang ingin bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 hendaklah akur dengan titah raja-raja Melayu yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
Ahli Jawatankuasa Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa berkata, mana-mana ahli politik yang gagal berbuat demikian hendaklah ditolak pencalonannya.
Menurut beliau, ahli-ahli politik di negara ini juga seharusnya memahami dan mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Isu berkaitan agama Islam di negara ini termasuk penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dilihat banyak bergantung kepada keputusan politik.
"Sekiranya ada ahli politik yang bersuara lantang atau kuat menentang bakal berdepan risiko tidak mendapat undi daripada orang bukan Islam dan ini akan menyebabkan keadaan menjadi sangat berbahaya," katanya.
Mahamad Naser berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta dalam Forum Islam dan Cabaran Semasa: Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dekat sini hari ini.
Beliau adalah seorang daripada ahli panel pada forum tersebut bersama dua lain iaitu Dekan Kuliyyah Syariah, Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi dan Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan Islam Sains dan Tamadun (Casis), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A. Harris serta Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya sebagai moderator.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mempertahankan pendirian pakatan pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda sebelum ini menegaskan bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana fatwa yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.
Tambah Mahamad Naser, Pas dan UMNO tidak sepatutnya terus mempolitikkan isu kalimah Allah dan masih bertelagah ketika pihak-pihak lain bersikap biadap menghina Islam.
"Kedua-dua parti politik itu perlu bersatu dalam menghadapi situasi yang dianggap sebagai satu dugaan kepada umat Islam di negara ini," ujarnya.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, soal penggunaan kalimah Allah yang dikhususkan penggunaannya untuk orang Islam tidak sewajarnya disentuh oleh mana-mana pihak.
Jelas beliau, umat Islam di negara ini hendaklah peka dengan hak mereka dan mesti sentiasa bersedia mempertahankannya.
"Kadang-kadang, kita juga yang salah kerana telah membuka pintu kepada mereka untuk mencabar hak-hak kita," katanya.
Dalam pada itu, Khalif Muammar menjelaskan, sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam merupakan strategi pihak yang mendukung agenda pluralisme untuk mengelirukan umat Islam.
Beliau menambah, kekeliruan itu akan terus merebak dalam kalangan umat Islam sekiranya mereka masih berkompromi dalam isu-isu melibatkan akidah.
"Bukan tujuan saya untuk menimbulkan ketakutan, tetapi kita perlu berhati-hati dengan agenda musuh-musuh Islam kerana mereka sentiasa mencuba untuk menyelewengkan umat Islam," katanya.
Tegas Khalif Muammar, hanya umat Islam yang berhak menggunakan kalimah Allah dan mereka mesti mempertahankan hak itu.

sumber : utusan.com.my

Sunday, January 13, 2013

Persidangan Transformasi Perundangan


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kesemua pindaan dan penggubalan akta serta undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman 2012, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pemansuhan Ordinan Darurat tiada kaitan dengan kepentingan politik mana-mana pihak, sebaliknya untuk kesejahteraan rakyat.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, penggubalan itu terutama dalam tempoh beberapa bulan sebelum ini membuktikan Malaysia kini lebih terbuka dalam melaksanakan undang-undang, misalnya berkaitan perhimpunan dan tahanan tanpa bicara berbanding negara-negara lebih maju.
Dalam masa sama, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak kerajaan akan memperkenalkan undang-undang lebih keras ekoran pemansuhan ISA dan undang-undang berkaitan.

Tambah beliau, negara-negara maju ketika ini dalam proses mengetatkan undang-undang antaranya dalam soal tahanan tetapi Malaysia mengambil pendekatan berbeza apabila bersikap lebih terbuka.
''Ketika dalam proses penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012, saya ada memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak undang-undang di luar negara memperuntukkan penganjur wajib meletakkan deposit atau membeli insurans sebelum mereka dibenarkan berhimpun.

''Tetapi, Perdana Menteri kata tidak perlu. Atas sebab itu, saya rasa kemajuan kita lebih berbanding negara-negara lain. Di Malaysia, tiada jaminan wang sebelum mengadakan perhimpunan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman Persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Keselamatan Serta Hak Asasi bertemakan Hak Dan Tanggungjawab: Antara Harapan Dan Cabaran di sini hari ini.

Persidangan anjuran bersama Jabatan Peguam Negara, Razak School of Government (RSOG) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu akan diadakan pada 14 hingga 16 Januari tahun depan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ITBM, Mohd. Khair Ngadiron.
Abdul Gani menegaskan, kepentingan politik tidak boleh dijadikan asas kepada perlunya penggubalan sesebuah undang-undang.

Katanya, pengamal undang-undang tidak boleh menghiraukan soal politik tetapi perlu memastikan setiap penggubalan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan dan dilakukan secara betul.
''Kita tidak boleh turut serta dalam aliran atau mengikut pandangan daripada ahli politik. Kita juga tidak boleh berhujah dalam mahkamah iaitu disebabkan politik, undang-undang jadi begitu, itu tidak betul,'' katanya.
Dalam pada itu, Abdul Gani menyangkal dakwaan penggubalan kesemua undang-undang tersebut bertujuan menyenangkan parti pemerintah, sebaliknya menegaskan penggubalannya untuk kesenangan rakyat.


Sumber: utusan.com.my

Wednesday, January 9, 2013

Sejarah Nama Kampung Di Johor


Orang Johor mungkin tahu ada nama-nama tempat yang agak pelik seperti Gelang Patah, Tongkang Pecah, Sepah Beruang, Sg Pinggan, Sg Kuali, Sg Buntu, Sg Mati, Parit Ponorogo, Parit Botak, Sri Bunian dan lain-lain. Ada beratus-ratus lagi nama tempat yang pastinya menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa yang pertama kali mendengarnya. 

Tempat-tempat ini mendapat namanya berdasarkan sesuatu peristiwa sejarah, mitos, atau sekadar mengambil sempena nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ. 

Kisah di sebalik nama beberapa tempat di Johor:

1. Gelang Patah, Johor Bahru
Nama asalnya ialah Galang Patah iaitu nama yg diberikan oleh Menteri Besar Johor Pertama, Dato' Jaafar Muhammad. Menurut cerita yg disampaikan oleh Lt Jen Dato' Jaafar Onn kepada Yayasan Warisan Johor, sewaktu Dato' Jaafar (Menteri Besar) bersama isteri dan rombongannya mengemudi sampan dengan menggunakan galang panjang ke beberapa kawasan untuk membuka petempatan baru, tiba di satu kawasan galang yg digunakan itu patah. Smpena kejadian itu, Dato' Jaafar menamakan tempat itu sebagai Galang Patah. Namun, disebabkan sebutan yg berubah-ubah di antara galang dan gelang, ia akhirnya dikenali sebagai Gelang Patah sehingga ke hari ini. 

2. Kampung Belokok, Pontian
Kampung ini diasaskan oleh Tahir Sekeruk, iaitu nama ketua kampung pertamanya. Nama belokok diberikan kepada kampung ini sempena nama ikan jemudak atau lebih dikenali sebagai ikan belokok oleh penduduk tempatan. Pada ketika itu, sungai berhampiran kampung berkenaan iaitu Sungai Pulai dikatakan terdapat banyak ikan belokok. Apabila kampung berkenaan dibuka, Tahir Sekeruk memutuskan untuk menamakan kampung itu sebagai Kampung Belokok. 

3. Kampung Seri Bunian, Pontian 
Dibuka pada tahun 1924 oleh Tuan Haji Abdul Wahab yang berasal dari Indonesia. Pada masa itu, kampung ini dipanggil Kampung Sungai Bunyi Hulu sempena nama sebatang anak sungai yang merentangi kampung ini. Terletak di bawah jajahan Mukim Rimba Terjun dalam Daerah Pontian. Mengikut sejarah ringkasnya, kampung ini awalnya dibangunkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan keluarganya sebelum diteruskan oleh Tuan Haji Othman, Tuan Haji Md. Yakin, dan Tuan Haji Markom. Semasa membangunkan kampung ini, pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti terdengar bunyi-bunyian yang pelik dan penuh misteri oleh penduduk kampung, malah ada sesetengah penduduk yang dikatakan pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil orang Bunian terutamanya semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Alkisah pada tahun 1958, sebuah filem arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Sumpah Orang Minyak” sedang hangat ditayangkan dan lagu “Puteri Bunian” yang begitu merdu dan mendayu-dayu sering berkumandang di corong-corong radio pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan agar nama kampung ditukar dari nama Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada Kampung Seri Bunian bersempena judul lagu tersebut. Sehubungan itu, sempena Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Bunian pada tahun 1960 maka kampung ini diisytiharkan dengan nama Kampung Seri Bunian dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohammad Salleh, Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.

4. Kampung Sungai Buntu, Pengerang
Kampung yg terletak di daerah Kota Tinggi ini mendapat namanya kerana laluan air di muara sungai yg dikatakan terperangkap, kesan daripada timbunan pasir di penghujung muara sungai berkenaan. Sejak 100 tahun lalu, air sungai ini dikatakan hanya mengalir ke laut pada musim tengkujuh. Disebabkan keadaan ini, sungai berkenaan kelihatan seakan-akan buntu untuk mengalirkan airnya ke laut, sebaliknya air mengalir ke anak-anak sungai. 

5. Mukim Sungai Pinggan, Pontian 
Kawasan ini dipercayai mendapat namanya daripada mitos seorang puteri yg menjaga pinggan mangkuk untuk digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat bunian. Dikatakan penduduk kampung akan pergi ke sungai itu untuk meminjam pinggan mangkuk yg dijaga puteri itu. Sempena mitos itu, sungai berkenaan dinamakan Sungai Pinggan. (mitos yg sama turut dikaitkan dgn Kg Puteri Menangis, Kg Sepah Beruang di Benut)

6. Desa Temu Jodoh, Segamat
Asalnya Kampung Desa Temu Jodoh dikenali sebagai Tanah Rancangan Pemuda. Pada tahun 1977, diadakan majlis perkahwinan serentak peserta tanah rancangan berkenaan melibatkan 24 pasangan. Pada majlis itu, 24 pelamin didirikan di padang bola kampung berkenaan. Kesemua mempelai kemudian diarak menaiku kereta ke Masjid Jamek Daerah Segamat untuk dinikahkan. Majlis berkenaan ditaja oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Mohd Saat. Sempena peristiwa itu, kampung ini ditukar nama kepada Desa Temu Jodoh.

7. Tongkang Pecah, Batu Pahat
Nama Tongkang Pecah diberi sempena peristiwa tongkang orang Melayu Jambi yg pecah ketika melalui Sungai Sembrong, Batu Pahat. Mereka dikatakan lari dari Jambi, Indonesia untuk membuka petempatan baru di Tanah Melayu. Ketika empat buah tongkang mereka melalui sungai berkenaan, salah sebuah tongkang itu telah pecah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dengan tongkang yg lain. Kumpulan orang Melayu Jambi itu kemudian membuka petempatan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Tongkang Pecah. 

8. Pasir Gudang, Johor Bahru
Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, beberapa kampung telah didirikan seperti Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE), Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad), Kampung Hilir dan Kampung Sungai Perembi. Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Puteh (masih kekal sehingga sekarang) dan Kampung Pulau Tekong (menjadi wilayah Singapura). Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.

9. Sungai Peradin (Parit Jerman), Pontian 
Sungai Peradin terletak di Kampung Belokok, lebih kurang 5km dari Pekan Peradin, di mana lokasinya dikeliling dengan kawasaan Hutan Paya Bakau yang luas. Pada suatu masa dahulu dikatakan di situ terletaknya penempatan satu kelompok Bangsa Jerman yg mana mereka telah mengusahakan ladang ladang pertanian di sana dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai. Bagi menjelaskan kebenaran cerita kehadiran Bangsa Jerman tersebut,terdapat kesan peninggalan mereka, melalui pelbagai bentuk tiang-tiang dan lantai yang diperbuat daripada simen berkemungkinan adalah bekas gudang serta jeti. Nama Kampung Jerman juga, yang terletak tidak jauh dari situ menguatkan lagi akan penempatan bangsa Jerman di situ. 

— SUMBER : ceriteraalline.blogspot.com

Tuesday, January 8, 2013

Nik Aziz Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah


KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.
Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.
"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, Selasa.
Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.
Ditanya mengenai pendirian PAS berhubung isu itu, Nik Abdul Aziz berkata ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Sabtu ini.
"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.
Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu. - BERNAMA

sumber: mstar.com.my

Selangor Sultan expresses regret


PETALING JAYA: The Sultan of Selangor has expressed his shock and regret over DAP secretary-general Lim Guan Eng's recent statement urging the Federal Government to allow the word "Allah" to be used in the Malay version of the Bible.
Sultan Sharafuddin Idris Shah had called for an emergency meeting with members of the Selangor Islamic Affairs Council (Mais), Selangor mufti as well as high-ranking officials of Mais and Selangor Islamic Affairs Department (Jais) on Jan 6 over the matter.
"The Sultan of Selangor has made a decision and decreed that the word Allah is a sacred word specific for Muslims and prohibited to be used by any non-Muslim religion in Selangor as stated in a fatwa and gazetted on Feb 18, 2010," Mais secretary Datuk Mohd Misri Idris said in a statement Tuesday.
He said the Sultan had released the same fatwa regarding the use of the word "Allah" three years ago when the issue first surfaced.
"Tuanku is disappointed that the decree was taken lightly by some parties and the same issue brought up again," he said in a statement.
Mohd Misri said Sultan Sharafuddin has instructed Mais and Jais to take stern action against anyone, whether non-Muslim or Muslim, who questioned the fatwa released according to the provisions of law in Selangor.
He said Section 9 of the Non-Muslim Enactment 1988 clearly prohibited the use of the word "Allah" from being used by non-Muslims in anything related to their religion.
"They can be charged with disobeying this provision," he said.
Source: mstar.com.my