ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, February 19, 2010

SEJARAH RAJA SIAM-KEDAH PERLU DI BONGKAR


Sebagai penyelidik dari universiti tempatan maklumat-maklumat yang saya selidiki menuju kearah apa yang diperkatakan oleh Tuan Nai Long Kassim ini ada kebenarannya. Seterusnya, saya tertarik dengan nama Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang bergelar Boromoraja Ekataat V. Nama sebenar Baginda ialah Khalifah Sharif Abu Bakar Syah dan baginda beragama Islam. Sebelum ini kta semua menyangkakan Empayar Ayuthia (1350 - 1767) yang tinggi peradabannya di Thailand itu sebagai Empayar yang beragama Buddha. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Thailand, asalnya adalah dari bangsa Sukhothai (suku thai@puak Thai) yang berasal dari Lannathai. Mereka memang sudah berkali-kali cuba menyerang Ayuthia dan akhirnya berjaya menakluki Ayuthia pada tahun 1767,di ketuai oleh ketuanya bernama Alaungpaya.

Akan tetapi siapa sebenarnya yang memerintah Ayuthia sebelum ia ditawan? Pemerintah Ayuthia menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah, melaksanakan hukum-hukum Islam dan pentadbiran dibahagikan kepada 2 kementerian, untuk Islam dan bukan Islam. Mereka menjalin hubungan dengan Perancis dan sempena lawatan itu dinamakan sebatang jalan di Perancis sebagai Jalan Ayuthia. Mereka ini adalah dari keturunan Siam bukan Thai. Dalam erti lain Siam itu beragama Islam, Thai itu beragama Buddha. Sekiranya bahasa jiwa bangsa, sudah pasti, bahasa Thai untuk bangsa Thai dan bahasa Siam untuk bangsa Siam. Kita lihat pula di Malaysia hari ini terdapat orang Melayu yang bertutur dalam Bahasa Siam di Kedah, Kelantan dan Perlis dan mereka beragama Islam. Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini.

Orang-orang Melayu inilah berbangsa Siam, ia itu asal usul keturunan bangsa Melayu yang menjadi rakyat Nagara Benua Siam Dinasti Ayuthia dahulu dan Empayar ini meliputi seluruh Nusantara, Champa, termasuk sebahagian India. Arus kemodenan tidak menyentuh mereka sama sekali dan mereka kekal dalam budaya bahasa Siam seperti adanya, 300 tahun dahulu. Dalam manuskrip Undang-Undang Kedah, yang mula diitulis pada tahun 220 Hijrah (799 masihi) adat Siam ini telah pun lama diguna pakai oleh raja-raja Melayu zaman dahulu. Manuskrip ini dirampas oleh Inggeris di Istana Kota Beruas dahulu dan baru dipulangkan kepada kita sekitar tahun 2003/04.

Diantaranya penggunaan sirih pinang sewaktu meminang, bekas meminang, cincin emas sebentuk, kain. Sebagai contoh, didalam buku Undang-undang Kedah, mengenai pakaian dalam Adat Raja Johor,
“Maka adat ini turut adat raja-raja Kedah ini, yang kerajaan itu kuning juga”. (ms 34)

“Demikianlah zaman raja-raja dahulu-dahulu itu. Pada adat raja-raja dibenua Siam gelar demikian itu bahasa Siam Cau Phaya Kersan”. (ms 36)

Tidak teragak jika saya katakan bahawa asal keturunan bangsa Melayu ialah Siam kerana raja-raja Melayu yang menjadi tunggak adat istiadat bangsa Melayu telah pun menggunakan adat tersebut. Seterusnya, dimuka surat yang sama, perihal pemerintah Johor,

“Maka pada Bahasa Melayu Bendahara itu panglima negeri.Pada segala negeri yang kecil-kecil bendahara itu dikatanya lambat pada adat Siam”.

Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara.

Apabila naik Kerajaan, Baginda Wa Ren Wong Ser (bermaksud Naga Laut Puak Tentera) memakai gelaran Sultan Madzafar Syah I (222H, 812 M) dan berkahwin dengan Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri dari keturunan Bani Hashim. Sharifah Maryam berketurunan Arab dan baginda juga di panggil Tok Soh. Makam Tok Soh masa ada lagi di Pin Nang Tung Gal (bermaksud, jadi permaisuri tunggak Negara) dengan ukiran kalimah Shahadah pada nisan nya di Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal, Kulim,Kedah. Mereka mendirikan kota dengan penduduk tempatan di Kuala Muda (Muadat bermaksud belerang), Kedah dan menjalankan pelabagai perniagaan pembuatan senjata yang menggunakan belerang.Contoh dua meriam yang dijumpai didalam sungai dan telah dihasilkan oleh orang Melayu Saimen boleh dilihat di Muzium Negeri Kedah.

Generasi kedua Kesultanan Negara Kedah ialah Po Disut @ Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir bergelar Sultan Madzafar Syah II dan generasi ketiga ialah Sayyidina Ali Wa Maulana Sayyidina Jamalull Alam Badrul Munir @ Sultan Alirah Shah Perlak (bersemayam di Istana Bukit Cho Ras), keempat ialah Sultan Hussin Syah dan kelima Sultan Sheikh Abdul Kadir Shah @ Tuan Sheikh Keramat. Makam baginda terletak di Lang Gar (bermaksud putus dunia) bertarikh 291H (903 M). Kesemua mereka adalah pemerintah Nagara Kedah Pasai Ma (nama Negara Kedah dahulu). Yang saya kira menarik sekali ialah pemerintah ke 11 Negara Kedah iaitu Sultan Madzafar Syah III yang juga bergelar Rama Tibodi I (@ Sheikh Ahmad Qomi). Baginda menjadi Maharaja pertama Benua Islam Siam Ayuthia Kedah Pasai Ma.

Semasa upacara mengangkat sumpah, Melaka tersurat dan disebut baginda sebagai salah satu tanah jajahan Ayuthia. Pada masa itu Melaka termasuklah Johor dan Kepulauan Riau. Pada masa itu juga pemerintah Kedah baru saja mengalahkan Kerajaan Tenangsari (Burma) yang menyerang Kedah sekaligus menguasainya. Pemerintah Kedua Ayuthia ialah Naresuan yang berkahwin dengan Ratu Iman, Acheh. Pada Makam Baginda, tertulis dlm Bahasa Kawi, Gusta Barubasa empu Kedah Pasai Ma bermaksud, Keluarga yang memeluk Islam menguasai Kedah Pasai Ma.Kerajaan ini lah yang mana Pattani, Ligor, Singgora, Kesultanan Melaka dan Acheh turut berada dibawah kawalannya.Sebab itu lah bila mencari kesan Sejarah Kesultanan Melaka sukar mendapat buktinya kerana nama mereka juga tersenarai dalam senarai Raja-raja Ayuthia dalam bahasa Siam !.

Tahukah pembaca semua siapakah yang menjadi Raja Benua Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma yang terakhir. Tak lain dan tak bukan iaitu Sultan Jaafar Muadzam Syah atau lebih dikenali sebagai Long Jaafar. Sebelum itu Ayahanda baginda, Syed Alang Alauddin yang juga bergelar Panglima Bukit Gantang menjadi Sultan Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma. Baginda melantik puteranya Long Jaafar menjadi menteri di Larut Perak untuk menguruskan lombong bijih kerajaan Nagara Kedah disana. Apabila ayahanda baginda mangkat dalam tahun 1862, baginda ditabal di Berahman Indra (sekarang Balai Besar) Alor Setar bergelar Sultan Jaafar Madzam Syah. Dalam rangka lawatan ke Merbok, baginda ditangkap oleh Thai dan Inggeris dalam tahun 1876, disiksa di Yan, sebelum dipijak dengan gajah hingga mati di belakang Balai Polis Gurun dalam tahun 1876.Peristiwa ini benar berlaku dan saya cabar sesiapa pun termasuk pengkaji sejarah tempatan untuk mengkaji maklumat ini.

Dalam penyelidikkan saya, dengan terbunuhnya Long Jaafar orang-orang Melayu hilang segala-galanya meliputi sastera, senibina, manuskrip-manuskrip,syair, industri pembuatan belerang, sajak, puisi dll. Penjajah Inggeris telah menipu kita dimana mereka berpakat dengan Thai lalu menyerahkan peradaban itu kepada Thai. Mereka memutarbelitkan fakta sejarah sehingga kita menyangkakan Thai dan Siam itu sama saja. Inggeris memberi peradaban Ayuthia milik kita itu kepada Thai agar mereka dapat, menjatuhkan Islam, menjajah Semenanjong dan mengutip hasil bumi seperti bijih timah,emas,rempah ratus dll. Ditinggalnya kita pada hari ini tanpa warisan sejarah bangsa dan agama untuk memulakan kerajaan Malaysia ketika merdeka. Sejarah yang ditinggalkan adalah versi mereka, bukan versi kita. Kita terpaksa bermula dari bawah untuk memertabatkan bangsa. Kita berjaya melakukannya dalam masa 50 tahun saja. Bayangkanlah sekiranya kita bangsa Melayu keturunan Siam ini memerintah Ayuthia dulu selama 417 Tahun, betapa hebatnya peradaban itu! Pasti ia di cemburui dan dingini/diidamkan oleh bangsa lain.

Sebelum ini raja-raja kita membayar ufti kepada Siam Islam, ibarat cukai Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan tetapi bila Thai mengambil alih Ayuthia, seolah-olah memberi ufti kepada Kerajaan asing yang berlainan agama. Bila raja-raja daerah kita enggan membayar, walau ada yang cuba berbaik-baik, Thai tetap menyerang orang-orang Melayu, mengugut, membunuh dan menyiksa dengan kejam. Akhirnya ramai kerabat dan rakyat di Negara Kedah dan Pattani menjadi ‘Korban Musuh Bisik’ dalam tahun 1821. Setelah usaha ini selesai mereka mengubah sistem pendidikkan mereka, rakyat siam hanya boleh belajar bahasa Thai sahaja,dll, sehingga apabila selesai dinamakan negara mereka,Thailand. Semua ini berlaku kerana mereka benci bangsa Siam ini ujud lebih dahulu dari bangsa Tai lalu dibakarnya manuskrip Al Quran, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu dll sewaktu berjaya menawan Ayuthia dalam tahun 1767.

Sewaktu Thai (bukan Siam) menjajah Kedah selama 5 tahun (1876-1881) dengan pertolongan Inggeris mereka membakar istana-istana lama (17,mungkin lebih) milik Raja Benua Siam Islam, Nagara Kedah Pasai Ma termasuk di Bukit Cho Ras (istana Sayyidina Ali, Sultan Alirah Shah, Perlak), diserang dan dibunuh orang-orang Siam Islam Pattani, Kedah, Majapahit dan tentera Cina Manchu (Islam). Seorang saksi yang tinggal berdekatan, berusia sekitar 90 tahun menceritakan bagaimana Inggeris sekitar awal 1910 datang semula memecahkan lagi 3 bilik dibawah tanah ditapak istana Bukit Choras yang telah dibakar oleh Thai 35 tahun terdahulu.Di setengah-setengah lokasi seperti candi ditanamnya patung-patung tertentu untuk menyesatkan penyelidik kita pada hari ini.

Syukurlah orang Melayu masih tetap berpegang kepada Islam. Sekarang saya harap saudara/i mula faham kenapa berlaku kekecohan di Pattani. Saya difahamkan juga bahawa Inggeris ingin menyerahkan Pattani, Satun,Yala, Ligor dan Songkhala untuk merdeka bersama kita dalam tahun 1957 dahulu tetapi ditolak oleh TAR kerana datuknya Raja Chulalongkorn tidak mengizinkannya (TAR cucu raja Siam itu). Inggeris tahu bahawa daerah ini jajahan Nagara Kedah, berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah yang tercatat di m.s.15. Oleh itu, sempena menyambut Hari Kemerdekaan ke 50 tahun, marilah kita sama-sama mencari kembali permata yang telah hilang itu.


Rajamenangis amat berterima kasih kepada blog http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/04/50-tahun-merdeka-tapi-buta-sejarah.html kerana ehsan artikel diatas.

25 comments:

  1. Tahniah. Allahuakbar

    ReplyDelete
  2. SEJARAH MENYEDARKAN KITA TENTANG BYK PERKARA & BUKANKAH KITA WAJAR AMBIL SEMUA TU SEBAGAI IKTIBAR?

    SESETENGAH BANGSA BEGITU MEGAH & KEJAM MENINDAS BANGSA LAIN - JADI, BUKANKAH PERPADUAN ITU SATU KUNCI KEKUATAN UMMAH?? SEDIH BILA BYK HAL YG MUNGKIN BERLAKU SKRG ADALAH PETANDA KEHANCURAN PERPADUAN SESAMA BANGSA...

    :(

    ReplyDelete
  3. salam..........

    Sejarah asal-usul tamadun melayu memiliki versi ciri perbagaian yang berbagai-bagai.

    Lipatan sejarah Melayu sudah tersurat bersama sirah raja-raja, rakyatnya yang mendokong raja, manakala raja memayungi rakyatnya dikala suka dan suka, cuma persimpangan air mata raja memilih dimana amanah dan dimana tahta kursi.

    Walaupun melayu asalnya cuma satu,
    akan terbonkarkah asal tamadun melayu jika tidak berlandaskan sejarah asal usul keturunan 9 raja di tanah melayu, Apa salahnya mencari kesempurnaan tamadun sejarah nusantara dengan gandingan dan kaitan asal usul keturunan Raja-raja Brunei, Raja-raja Jokjakarta dan Raja-raja Thailand( raja tanah merdeka). Tidak mustahil misi membongkarkan sebuah tamadun dari satu titisan keturunan yang sama akan terjawab dengan sempurna.

    Kenapa tidak di gembelingkan sejarahwan nusantara dengan mereka yang pakar dari skop sainstifik,sejarah adat/salsilah dan ciri paranormal untuk mencari satu titik pertemuan. Adakah tidak mustahil untuk mengenali siapa kita di antara umat manusia dan siapa raja kita.

    Mengapa zaman hindu/buhda orang melayu menyebut raja-raja adalah titisan dari Dewata Agung dan mengapa pula apabila zaman Islam orang melayu menyebut raja-raja adalah titisan Nabi Muhammad Saw melalui anakdanya Siti Fatimah Az Zarah bersama Syayidina Ali Karomah Wajaha.


    Adakah sudah ditulis di Maqam Baginda Nabi di Madinah ...Hul Malikul Haqkul Mubin/...Shodiqkul wa'dil Amin.

    Mampukah kita terselamat jika tidak mengerti.

    dabong

    ReplyDelete
  4. Saya agak tergamam dan sedih juga kerana tiada respon yang resmi daripada Museum atau Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Kedah/ Kelantan berkaitan hal ini.

    Jika lipatan sejarah ini ada kesahihannya yang boleh membuka pintu kajian yang lebih besar, mengapakah hal ini di diamkan dan di gelapkan di Malaysia?

    Wallahualam.


    -Shali
    Rajamenangis

    ReplyDelete
  5. Ini semua putar belit,mengunakan sejarah untuk tujuan menuntut hak yh sebenarnye takde kesahihan langsung..byk sejarah dalam blog sejarah negara kedah itu diputar belitkan..maka sejarah yg dikemukan dlm blog itu tidak boleh dipercayai dan byk unsur dongeng utk menguatkan cerita..Contoh Paling Mudah adakah patut Sultan iskandar muda mahkota alam aceh, dan laksamana hang tuah itu orang yg sama, ini tak logik langsung..kalo pegi aceh tanya orang aceh siapa sultan iskandar muda, pasti mereka akan jawab baginda adalah sultan aceh paling agung, dan akan cerita salasilah baginda secara detail, dan langsung takde kene mengena dgn hang tuah..saya nasihatkan kpd raja menangis, kalo nak kuarkan artikel dlm blog ini selidik lah betul2, takut nanti org akan pertikaikan blog ini pula..Yang Hak akan Mengalahkan yg batil..wasalam

    ReplyDelete
  6. Maaf Sdr anonymous, kami tak setuju. Bukan apa - cuma dari aspek kami sepatutnya kaji dahulu artikel itu. Tujuan kami adalah untuk melihat betapa isu sejarah lama siam-Kedah patut dibongkar atau tidak, berdasarkan penulisan tersebut. Bukan kerana kami hendak sidaikan apa yg kami percaya sebagai 'benar'.

    Sekali lagi kami katakan, ia adalah untuk menguji sejauh manakah perlu di bongkar sejarah itu dari sudut artikel tersebut. Barangkali benar ada beberapa aspek yg tidak tepat atau boleh di pertikai, tapi ada juga aspek yg mungkin perlu di siasat lagi dalam artikel tersebut.

    --RajaMenangis

    ReplyDelete
  7. Masalahnye byk sgt yg tak betulnye dari yg betul..Sebenarnye matlamat blog ini adalah untuk tuntut TAKHTA KEDAH.Jadik mcm2 ceta kuar kononye dia nak tlg rungkaikan sejarah malaysia supaya jdik clear ikut rentak cerita dia, n alasan yg byk dia gunakan ialah kononye byk sejarah tanah air kita di ubah oleh penjajah barat, jdik sekarang ni semua cerita sejarah tanah air kita tak betul, yg betul hanya sejarah yg dia buat..Sebenarnye mengikut kajian, Barat takde lah zalim sampai semua sejarah kita dia nak hapuskan, sebab byk sejarah berkaitan negeri kerabat2 diraja yg simpan dan tahu akn sejarah sebenar yg berlaku pade tiap negeri2 ditanah melayu ini, jdik org putih bukan mudah nak kelentong kita tentng sejarah kita sendiri, Istana adalah sumber sejarah kita yg tepat utk kita kaji..apa2 pun dia pusing sane pusing sini pokok nye dia nak Tuntut Takhta itu matlamat sebenar2nye..Untuk Makluman, kerajaan kedah dan kelantan telah tubuhkan satu organisasi rahsia utk selidik perkara ini dgn mendalam, n benda ni tak bole hebah2 takut rakyat jadik keliru pulak..akhir kata selidik dlm2 sebelum kuarkan sesuatu artikel..Berani Menegakan yang hak.Wasalam

    ReplyDelete
  8. {Petikan] "Untuk Makluman, kerajaan kedah dan kelantan telah tubuhkan satu organisasi rahsia utk selidik perkara ini dgn mendalam"

    Beh betol topik ini. Eh eh, benor ke ada organisasi rahsia yang keno selidik hal ini? Macam ada pulak kebenaran asas nyo artikel tu. Yang hamba pelik, tak ado pulok yang nak terbitkan kajian mereka. Sapo pulok yang mahu tuntot takhto ni?



    Bibek
    Perlis

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt

    Pada saya, dakwaan blogger tersebut boleh dikaji/diselidik sebagai penilaian semula sejarah di malaysia...tidak dinafikan dia mempunyai sumber bertulis yang agak tepat iaitu Undang2 Kedah..walaupun begitu, dia terlalu taksub dgn 'kesiammanya' dan betapa org melayu ketika itu yang menyebabkan 'empayar siam'nya jatuh.... apa yang harus kita maklum, sejarah melayu di nusantara tidak hanya berkisar pada zaman kesultanan melayu melaka sahaja, bahkan lebih awal daripada itu..... sejarah harus diberi penilaian semula dari kacamata orang ktia sendiri, bukan dari kacamata penjajah yang memandang negatif orang yang dijajahnya.. sebagai contoh org inggeris menganggap org melayu itu mundur, malas padahal mereka tidak pula menyatakan kekaguman mereka pada ketilitian seni bina, seni ukir.. orang belanda pula menggelar orang bugis lanun padahal orang bugis yang menyerang belanda merupakan ahli pelayaran yang cukup handal pada ketika itu....

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Setuju dengan pembongkaran sejarah ini.
    Mngkin saudara tanggo di cari.com.my dapat membantu sedikit sebanyak.

    http://mforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=244989&extra=page%3D1&page=66

    ReplyDelete
  11. salam,

    Kunci Ummah pada raja
    Dialah Ulul Amri kita semua
    Memanda menteri hanya dek darah biasa
    Tetapi raja tetap khalifah kita semua

    Selagi raja menyarung mahkota
    ditabal dengan adat istiadat kerajaan
    Jangan Derhaka terhadap sultan
    Laksamana Bentan pun munta darah tujuh keturunan

    Jangan tersalah anggapan
    Nanti Menyesal tak sudah
    Semua kita digoyang dek alama
    Hukum Karma bila dah marah semuanya susah

    Al Sultani auliyaq
    titis asal dat Al-Baghdad
    Baginda juga Khalifah
    Doa NURBUAT la kepada yang HAQ

    Kembalilah duhai pengeran duli
    Perjuangkan amanah Kursi
    Serahan para Dulu-duli
    Islam Azali


    Al-faroki

    ReplyDelete
  12. Saya dah teliti maklumat dalam blog sejarahnagarakedah.blogspot.com,dah lama, lebih dari setahun. Ada asas yang boleh kita fikirkan bersama. Tapi dek ketaksuban mereka menyebabkan fakta yang dikemukakan bercelaru hinggakan mereka sendiri sedikit sebanyak mereka-reka fakta.

    sebagai contoh, Phuket dikatakan berasal dari nama Siam iaitu 'Po-Kheag', yang bermaksud 'Bapa Islam', sementara Songkhla bermaksud 'Hantar Benih'. Sedangkan kedua-dua nama itu berasal dari perkataan Melayu iaitu Bukit dan Singgora (Bandar Singa). Sila layari blog saya untuk makluman lanjut.

    Kesimpulan saya? Mereka sendiri yang menghancurkan blog mereka. Termasuklah keinginan untuk tuntut takhta setaraf Yang Dipertuan Agong, bukan setakat takhta Kedah.

    Wassalam...

    ReplyDelete
  13. Salam...
    tahniah atas penulisan tuan terhadap aejarah nagara Kedah..teruskan usaha.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah pembongkaran sejarah wajib diteruskan setelah kita dibutakan oleh para penjajah.Kita m'harapkan pembongkaran diteruskan. saya membaca byk blog-2 sejarah n buku-2 sejarah yang ditulis oleh sarjana-2 kita,dan saya membuat kesimpulan kita telah mendirikan tamdun yg agung yg cuba ditutupi oleh pihak penjajah n kuncu-2nya.Hasil keringat ahli-baitlah yang mendirikan kesultanan sejak 750 M lagi telah berjaya mengembangkan Islam di nusantara / Asia-Tenggara

    ReplyDelete
  15. Menurut salasilah kesultanan raja-2 jheumpa (perlak),parameswara berasal dari susur galur mereka secara terperinci..........mohon pencerahan.............bersambung

    ReplyDelete
  16. Menurut ahli sejarah berlaku perkahwinan campur di atr K'jaan Kedah_Siam n Perlak yg melahirkan parameswara...........

    ReplyDelete
  17. Kita maklum semua keturunan kesultanan Perlak / Jheumpa / Minangkabau adalah keturunan sayyid-2 n sharif-2 @ ahlu-bait / keturunan Rasul SAW.

    ReplyDelete
  18. Saya setuju klu blog nie cerita sejarah Merong semata-mata n x ada agenda tersembunyi.Krn soal takhta tak perlu direbut tp apa yg haq perlu dicerita sbg pedoman dimasa mendatang.Klu nak takhta itupun tak aneh cuma mungkin perlu muzkarah krn ini juga melibatkn rakyat/ummah.Jatuh bangun suatu kerjaan @ takhta itu biasa.Sperti haq ahlul bait di haramain yg dirampas oleh wahabi juga masih belum dikembalikan.Sedangkn soal haq nie perkara besar di dlm Islam.Di dlm dunia hanya ada 2 kelompok yg berani memusuhi ahlul bait iaitu Yahudi dan Yazid laknatullah n ketrunannya termasuklah wahabi.Sebab itu wahabi dr sudut salasilah sgt diragui.Ada kajian mrk adalah keturunan yahudi w/p mrk menafikannya.Wahabi mendakwa mrk ikut sunnah,pengakuan yg pelik disebalik mencapai matlamat m'halalkn cara,krn dlm sejarah kelompok yg berjasa menumpaskan khilfah Othmaniyah adalah mereka brsama zionist n semua ini ditutup dr mata ummat.Tp sejarah x pernah menipu.......w/p ada manusia yg menipu.Namun dlm kes takhta kedah,ini adalah urusan dlman keluarga mereka.Mereka patut muzakarah.Kata pepatah biduk berlalu kiambang bertaut atau buang yg keruh ambil yg jernih.Krn mrk nie dr susur galur keluarga yg sama @ spupu.Kesultanan kami pun m'hadapi perkara yg sama hingga timbul perkelahian buat seketika yg kadang-2 memakan masa tp kita kena lihat ummat mrk memerlukan payung raja yg bijaksana,maka perlunya kita bermuzakarah.Itulah yg kami lakukakn utk bergilir-gilir dikalangan sepupu yg satu leluhur.Sedangkan lidah lagi tergigit inikan soal besar spt ini...........Namun disini ujian kematangan kita adakh kwajipan thdap ummat yg utama atau takhta?Klu takhta kita pasti berbalah tp klu ummat pasti kita akan bersatu terutama dlm soal pembahagian tugas utk menjaga ummat.Jadi bijaksanalah dlm brfikir @ bertindak.Krn sbg penjga/payung ummat,byk mata yg melihat.Jdi jgn sempitkn takrif kepimpinan pd takhta krn ada lagi yg utama dr takhta iaitu "ummah".Kita perlu memainkn peranan yg sbg pemimpin tanpa takhta pun tak ada masalah.Krn nabi saw memainkan peranan tanpa takhta.Baginda tak ada gelaran Maharaja tp semua alam maklum baginda adalh penyelamat ummat,pembina empayar ummat yg mana akhirnya keturunan baginda menjd manusia juga mjdi penjaga ummat.Gelaran kadang-2 perlu tp apa yg lebih penting adalah peranan..............klu kita menjaga ummat ini kitalah sebenarnya sultan / raja / pemimpin ummat di mata syara' w/p kita x di catat di dlm sejarah.Lihatlah Salahuddin Al-Ayubi,beliau x mengejar gelaran tp ummat yg memberikan gelaran kpd beliau sbg sultan krn peranan beliau yg semua kita maklum di dlm menjaga ummat.bersambung...........

    ReplyDelete
  19. Tuan Lawyer

    Sejarah selalunya didokumentasikan oleh mereka yang menang ... kemudian dengan mudah diterima oleh pemerintah (politik) semasa.

    ReplyDelete
  20. "Sebelum naik kerajaan pada tahun 1350,pemerintah Ayuthia ini berasal dari Kesultanan Kedah, dimana keturunan mereka tiba dari Cina dan membuka Kota di Kuala Muda. Ketua rombongan dari Cina dan pengikutnya diketuai oleh Putera Waran Wong Ser (Mahawangsa), cucu kepada Maharaja Cina bernama Sai Tee Sung dari Dinasti Tang. (rujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa) Maharaja Sai Tee Sung telah diislamkan oleh utusan Baginda Rasullullah SAW bernama Saad bin Waqqas.Baginda pula telah memberi surat watikah kepada cucunya untuk menyebarkan Islam di Nusantara"


    Dengan merujuk kepada perenggan, kononnya mengikut hikayat terdapat Maharaja dinasti Tang bernama Sai Tee Sung??? Raja masa tu nama keluarga adalah Li atau Lee (di Malaysia, Singapore @ korea) Cuba tanya kawan-kawan cina atau rujuk ke
    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_emperors_of_the_Tang_dynasty

    ReplyDelete
  21. please laa jgn putar belit crita..jgn laa kelirukan pihak lain..
    "Bahasa Siam ini jika ditutur di Thailand, langsung tidak difahami lagi oleh rakyat Thailand hari ini" memang laa sapa nk fhm..bhasa pn dh campoq aduk.. siam thai tak reti nk beza? malas nk komen manjang..bnyak bnda nk tuju

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Bahasa siam yg ad di utara masih difahami di selatan thailand.., aku tahu, sebab ak dudok di sempadan siam iaitu, kg tong pelu, mukim pedu, kedah., malangnya, ayah aku xajar ak ckap siam.., takot ak pegi siam.., saudara ramai ad kat sna, sbb diaorg memilih untuk tinggal di thailand ketika pemecahan tanah sempadan..
      Madi pedu

      Delete
    3. Bahasa siam yg ad di utara masih difahami di selatan thailand.., aku tahu, sebab ak dudok di sempadan siam iaitu, kg tong pelu, mukim pedu, kedah., malangnya, ayah aku xajar ak ckap siam.., takot ak pegi siam.., saudara ramai ad kat sna, sbb diaorg memilih untuk tinggal di thailand ketika pemecahan tanah sempadan..
      Madi pedu

      Delete
    4. Bahasa siam yg ad di utara masih difahami di selatan thailand.., aku tahu, sebab ak dudok di sempadan siam iaitu, kg tong pelu, mukim pedu, kedah., malangnya, ayah aku xajar ak ckap siam.., takot ak pegi siam.., saudara ramai ad kat sna, sbb diaorg memilih untuk tinggal di thailand ketika pemecahan tanah sempadan..
      Madi pedu

      Delete