ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, February 16, 2010

SATE MALAYSIA TERCABAR?


Singapura dikatakan menyediakan hidangan sate (satay) yang unik dan lazat. Apakah kerana teknik membakar atau teknik memerap sate serta menggunakan beberapa resepi rahsia? Beberapa pengunjung sate Singapura ini nampaknya telah memberikan pendapat rasa yang begitu 'mengecorkan' (kata orang Johor) tentang sate unik ini dari Singapura yang HALAL pula. Kena cuba !

Haron Satay (Stall 55)
East Coast Lagoon Food Village
1220 East Coast Parkway, 468960

7 comments:

  1. Di Singapura juga ada sejenis sup pekat sum-sum tulang ala mamak berkuah merah yang sungguh sedap dicicah dengan roti. Dulu2 siap guna straw untuk hirup sum-sum tulang tu, memang lazat !!!

    Kenapa ada Rojak Singapura atau Singapore Chilli Crabs yg terkenal di negara kita? Kek Lapis Surabaya? Mi Bandung? Mi Siam? Apa masakan kita yg terkenal di negara luar? Laksa Penang? Ada dengar Mi Malaysia tak?

    :(

    ReplyDelete
  2. Ader cincaluk hanya dari Melaka, tak dapat di tempat lain:)

    Anak Jati
    Melaka, Malaysia

    ReplyDelete
  3. mee bandung kat Malaysia ni sama ke dgn mee bandung kat bandung?

    ReplyDelete
  4. :(
    Mi MALAYSIA tidak ada di mana2 pun. Belum diciptakan oleh chef2 di Malaysia, agaknya... mungkinkah?

    Anak Jati Melaka,
    Memang cencaluk dari Melaka sungguh autentik tetapi banyak juga yg tidak asli lagi rasanya mungkin kerana cenderung kpd unsur2 komersial. Begitu juga dengan belacan yg dulunya benar2 sedap diperbuat di Melaka. Kini dah ada mcm2 versi.

    Zai

    ReplyDelete
  5. Ano:

    Tak sama mungkin kerana di Msia sudah diubahsuai ikut selera kita tetapi Mi Bandung Muar adalah satu2nya versi mi bandung yg "asli" sehinggakan mendapat sambutan di mana2 saja... malahan sudah ada pesnya dikomersialkan bagi memudahkan setiap orang menikmatinya di rumah...

    ReplyDelete
  6. Zai dan teman sekelian,

    Alhamdulillah, kini Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, dilihat sebagai satu platform bagi Negeri Melaka dalam mempertingkatkan lagi peranannya bagi membantu perkembangan industri tempatan khususnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
    Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap inovasi teknologi bagi industri, Kerajaan negeri telah mewujudkan beberapa pusat untuk penyelidikan dan pembangunan teknologi. Oleh kerana IKS adalah penyumbang utama kepada ekonomi Negeri, kerajaan tempatan telah mempergiatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran IKS dari segi produk, ketulenan, bermutu dan perkhidmatan yang berkualiti.

    Produk-produk keluaran tempatan seperti cincaluk, belacan, gula Melaka, dodol Asli Melaka dan sebagainya.

    Anak Jati, Melaka

    ReplyDelete
  7. Jangan tersilap... mee bandung tu bukan bermaksud mee dari negara Bandung tetapi disebut bandung kerana perkataan bandungnya. Bandung = lebih dari satu
    Berbandung-bandung = banyak
    Yang dimaksudkan dgn mee bandung itu ialah mee yang ditambah dgn isi-isi yang banyak (ada udang, sotong, ayam, daging dll). Begitu juga dgn sirap bandung.

    ReplyDelete