ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, February 21, 2010

KEISTIMEWAAN PENDING

Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat. Kebanyakan pending berbentuk bujur seperti mata manusia, bulat, segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-pembesar Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau suasa, perak atau tembaga yang bercutam. Dipercayai bahawa pending berasal daripada pakaian wanita Siam yang telah dibawa masuk ke Malaysia melalui orang Melayu Patani.

Pending diraja yang dipakai oleh DYMM Yang diPertuan Agong diperbuat daripada emas tulen dan dihiasi sebelas biji batu permata berwarna merah. Di tengahnya diukir lambang Persekutuan. Tali pinggang baginda diperbuat daripada kain sutera serta disulam dengan benang emas bermotif bunga-bungaan. Reka corak yang diilhamkan oleh tukang-tukang emas di pantai timur memperlihatkan keindahan alam semula jadi yang begitu gemilang serta sempurna pembuatannya.

Ada di antaranya yang telah dibentuk dengan bertatah berbagai-bagai ragam hias permata manikam.
Pending-pending yang dipopularkan oleh suku kaum India dan Cina di Melaka juga menerapkan rekabentuk yang hampir serupa kecuali reka coraknya berunsur kepercayaan agama dan simbol-simbol tertentu semenjak berkurun-kurun lamanya. Bentuk-bentuk motif yang digunakan ini boleh membezakan di antara pending Melayu dengan yang bukan Melayu

Pending juga digunakan oleh wanita Iban di Sarawak sebagai pakaian istiadat tradisional mereka. Rekabentuknya mirip pending Cina dengan menggunakan perak untuk membentuk keseluruhan pending dan talinya. Sehingga kini belum lagi ditemui pending yang diperbuat daripada emas di Sarawak atau di Sabah. Namun demikian pending moden telah dicipta dan digunakan oleh penari-penari tradisional tempatan untuk menyerikan lagi pakaian mereka.

3 comments:

  1. Inilah keindahan aksesori yg tiada tolok bandingnya, namun hanya boleh digayakan dengan busana tradisional, makanya ia lazimnya hanya dilihati di majlis2 tertentu atau dikenakan oleh pengantin...

    Bagaimana kalau pemakaian pending diterapkan ke dalam pakaian moden seperti blaus atau gaun labuh untuk majlis2 makan malam...?

    ReplyDelete
  2. Selain daripada baju batik wajib dipakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan (lihat SURAT PEKELILING JPA(S)TT. 193/37 Klt.5(38) Siri No.), kerajaan Malaysia atau Kerajaan Negeri perlu memperkemaskan aturan pemakaian baju Melayu yang betul di "Majlis rasmi kerajaan"(di takrifkan)- bukan maksud pergi masjid dsb. Dicadangkan PENDING ini di masukkan sebagai sebahagian daripada baju Melayu penuh di negeri2 di Sememanjung Tanah Melayu dalam majlis resmi Kerajaan.

    Kekkwa kena cek.

    -Pak Kaso
    Gombak

    ReplyDelete
  3. hmmm...emas..sutera...hmmm....

    ReplyDelete