ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, February 12, 2010

DATUK SHAH RUKH KHAN BOLLYWOOD SEGAK


Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70.

Penganugerahan itu menjadikan Shah Rukh Khan, yang dilahirkan di New Delhi pada 2 November 1965, artis Bollywood pertama ber gelar Datuk.

Beliau yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadun Basiron berkata, DMSM dianugerahkan bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia.

2 comments:

  1. Segak aje Datuk SRK pakai songkok.. Tak tahu kenapa "orang lain" culas & buat macam2 alasan takmo pakai.


    Pak Long
    Kelana Jaya

    ReplyDelete
  2. kera di hutan disusukan ... anak di rumah mati kelaparan...

    ReplyDelete