Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, May 27, 2012

Titah Raja Perlis

KANGAR: Kehancuran beberapa negara tertentu yang berpunca daripada rakyatnya yang tidak bersatu padu sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat negara ini mengenai pentingnya perpaduan, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail. 

Baginda bertitah kesan daripada itu, negara berkenaan bukan sahaja hancur malah rakyatnya hidup dalam penderitaan yang memilukan. Bertitah merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 2012 peringkat negeri di Simpang Empat dekat sini hari ini, baginda berharap perpaduan rakyat Malaysia yang unik terus dipelihara dengan sebaik mungkin.
"Malaysia dikenali di mata dunia kerana perpaduan rakyat yang berbilang kaum, kebudayaan dan agama dan keunikan itu menjadikan negara ini contoh dalam membina semangat perpaduan oleh negara lain," titah baginda. Menurut baginda, perpaduan adalah tunjang utama setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. 

Sehubungan itu, baginda berharap ibu bapa dapat menyemaikan semangat perpaduan dengan mengajar anak-anak mereka menghormati kepercayaan bangsa lain dan belajar menerima kepelbagaian kaum di negara ini. "Janganlah menanam rasa perkauman, diskriminasi apatah lagi hasutan kerana merekalah yang akan mewarisi kemakmuran dan mempertahankan keamanan negara," titah baginda. 

Pelbagai acara diadakan sepanjang Minggu Perpaduan bertemakan "Kesederhanaan dan Keakraban Asas Perpaduan" anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dengan kerjasama kerajaan negeri yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-69 keputeraan Raja Perlis. 

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. - BERNAMA 

Saturday, May 26, 2012

Naskhah Asli Perlembagaan di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Naskhah asli Perlembagaan Persekutuan adalah antara bahan yang dipamerkan dalam Pameran Raja Kita yang diadakan buat julung kalinya di Istana Negara lama sempena pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.Naskhah itu, yang dipamerkan buat pertama kali kepada umum, dan beberapa bahan dan alat kebesaran diraja adalah antara yang dipamerkan.
Hari ini, Tuanku Abdul Halim berkenan merasmikan pameran itu. Ketibaan Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada pukul 10.50 pagi disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan dan isteri, Datin Seri Maznah Rais, beberapa menteri Kabinet serta perwakilan asing. Selepas berkenan merasmikan pameran itu, Seri Paduka Baginda berdua kemudiannya dibawa melihat pameran diiring Perdana Menteri dan isteri sebelum berangkat ke majlis santapan.
Pada majlis itu, Tuanku Abdul Halim turut berkenan menyempurnakan penyampaian buku kecil ‘Raja Kita’ kepada empat orang pelajar berlainan bangsa sebagai simbolik rakyat 1Malaysia. Terdahulu, baginda bertitah pameran itu mengembalikan kembali nostalgia baginda semasa bersemayam di istana itu sebelum ini. “Beta gembira dan bangga kerana ianya diadakan di istana ini kerana banyak peristiwa bersejarah Yang di-Pertuan Agong berlaku di sini, Beta di sini pun menyingkap pelbagai kenangan dan nostalgia.
Beta berharap rakyat akan mendapat manfaat daripada pameran ini,” titah baginda. Pameran yang diadakan setiap kali pertabalan Yang di-Pertuan Agong itu akan dibuka kepada orang ramai bermula esok sehingga 15 Jun dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Sementara itu, dalam ucapannya Rais berkata pameran itu bertujuan bagi mengingatkan generasi muda supaya menghargai signifikasi institusi di-Raja kepada negara. “Pameran ini adalah daya usaha memaparkan institusi di-Raja dalam lipatan sejarah Tanah Melayu, peranan Raja di dunia moden masih amat dirasai khasnya Raja Berperlembagaan,” katanya.
Selain pameran itu, Rais berkata pihaknya juga akan mengedarkan buku kecil ‘Raja Kita’ kepada sekolah di seluruh negara dan juga orang ramai dalam usaha mengembalikan pemahaman orang ramai mengenai fungsi institusi Raja dalam negara. Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, beliau berkata, wujud budaya pada masa kini dimana ada pihak-pihak tertentu mempersenda dan mengetepikan keadaan dan mercu sebenar yang disimbol sistem beraja.
“Pihak ini akan sentiasa ada, pihak yang memperli sistem raja ataupun institusi kedirajaan itu, malah di Britain pun ada tetapi ada hadnya apabila seseorang itu pergi lebih jauh daripada sempadan undang-undang maka pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. “Tetapi pada masa ini lebih baik untuk kita ingatkan pihak-pihak ini daripada mengambil tindakan secara melulu, sebab itu saya katakan dalam pantun: Semenjak langsat tidak berbuah, Keduduk tidak berbunga lagi, Semenjak dapat gading bertuah, Tanduk lama tidak berguna lagi,” katanya. – Bernama

Semak Arah Kiblat pada 27 Mei 2012


Umat Islam di seluruh negara berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan teknik bayang matahari pada pukul 5.18 petang, Ahad ini.
Bahagian Falak, Pejabat Mufti Negeri Sarawak berkata, peluang keemasan itu tidak wajar dilepaskan kerana fenomena istiwa' matahari yang menyebabkan bayang semua objek menjadi tegak 90 darjah di seluruh dunia hanya berlaku dua kali setahun iaitu pada Ahad ini dan 15 Julai depan.
Tambahan pula, katanya, penggunaan teknik bayang matahari adalah mudah dan paling tepat untuk menentukan arah kiblat kerana pada masa itu matahari berada tepat di langit bersamaan dengan latitud Kaabah.
"Fenomena istiwa' matahari berlaku dua kali dalam setahun iaitu ketika matahari bergerak menuju ke arah utara dalam bulan Mei dan ketika matahari kembali ke ekuinoks dalam bulan Julai.
"Fenomena itu berlaku pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun kecuali pada tahun lompat. Memandangkan 2012 merupakan tahun lompat, maka tarikh akan berganjak lebih awal iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, bahagian berkenaan berkata, jika berpeluang berada di Masjidil Haram ketika itu, seseorang berpeluang melihat Kaabah serta apa yang berdiri tegak di persekitarannya seolah-olah tidak ada bayang-bayang.
Katanya, pada saat itu, waktu di Mekah adalah 12.18 tengah hari dan di Malaysia ialah 5.18 petang.
"Jika memandang ke arah matahari (pada waktu itu), bermakna kita sedang menghadap tepat ke arah kiblat.
"Istiwa' matahari di atas Kaabah akan menyebabkan bayang semua objek tegak 90 darjah di seluruh dunia bersamaan dengan arah kiblat dan ini boleh dilihat pada 27 Mei dan 15 Julai ini ketika menghampiri waktu zuhur di Mekah.
"Mengikut pengiraan pada 15 Julai ini pula, istiwa' matahari di atas Kaabah tepat pukul 12.27 tengah hari waktu Mekah yang bersamaan pukul 5.27 petang waktu Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, bahagian berkenaan turut membandingkan ketepatan teknik bayang matahari untuk menentukan arah kiblat berbanding penggunaan teknik lain seperti kompas.
Katanya, kompas berfungsi berdasarkan medan magnet bumi dan jika ada sumber medan magnet yang berdekatan seperti besi, aliran elektrik dan lain-lain, penunjuknya akan terpesong.
"Jika kita tidak berhati-hati ia akan memberi kesan kepada arah yang hendak dicari.
"Objek-objek di angkasa merupakan sebaik-baik petunjuk arah kerana ia tidak terpesong walau sedikit pun," katanya.

Wednesday, May 23, 2012

PAMERAN RAJA KITA

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ISTANA NEGARA LAMA bagi melihat Pameran RAJA KITA yang telah bermula pada 16 April 2012 dan dijadualkan tamat pada 15 Jun 2012. Pameran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Inilah julung-julung kalinya pameran seumpama ini diadakan di Istana Negara (lama). Marilah sama-sama menimba ilmu pengetahuan tentang Institusi Beraja di Tanah Melayu. Untuk makluman semua, bangunan istana itu telah dibina pada 1928 dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan pada 1933. 





Nasihat KDYMM Sultan Selangor


SERDANG, 23 Mei — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menasihati pelajar universiti khususnya pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), agar tidak melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan.
Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM, bertitah demontrasi jalanan amat tidak bersesuaian dengan budaya di negara ini kerana perbuatan itu hanya mengundang pelbagai masalah kepada masyarakat.
“Adalah menjadi kebiasaan manusia apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai dan berarak di bandar-banda raya, ia akan mencetuskan hura-hara kerana akan ada yang bertindak mengikut emosi yang tidak terkawal,” titah baginda pada majlis Gemilang Akademia UPM, di sini hari ini.
Titah baginda perbuatan tersebut mendedahkan pelajar kepada tindakan undang-undang seterusnya tuduhan di mahkamah dan tindakan dibuang universiti.
“Pelajar sepatutnya menumpukan perhatian di dewan kuliah atau di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersesuaian dengan  tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti.
 “Kita perlu ingat bahawa ramai lagi pelajar yang tidak dapat peluang untuk belajar di universiti, oleh itu janganlah dipersiakan peluang yang ada itu dan menghampakan harapan ibu bapa serta keluarga,” titah baginda.
Titah baginda lagi golongan pelajar merupakan aset negara dan kejayaan mereka merupakan kejayaan negara.
Meskipun hasrat kerajaan memberi sedikit kelonggaran kepada pelajar universiti untuk melibatkan diri dengan politik dan berpersatuan, tetapi ia perlu dilakukan secara berhemah dengan mengambil kira kepentingan masyarakat dan mematuhi undang-undang pada setiap masa, titah baginda.
Sultan Sharafuddin berharap pelajar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada di universiti bagi membangunkan kapasiti dan potensi diri untuk kemajuan bangsa dan negara.
“Jangan terikut-ikut dengan emosi kerana di mana pun pelajar berada, tingkah laku dan tindakan mencerminkan kewibawaan dan intergriti UPM sebagai institusi pendidikan tinggi yang dibanggakan,” titah baginda.
www.themalaysianinsider.com

Selesaikan konflik dengan rundingan


KUALA KANGSAR 22 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, setiap rakyat wajib memelihara keamanan dan keharmonian setiap masa bagi memastikan kestabilan serta kemakmuran negara.
Baginda bertitah, menjadi tanggungjawab bersama setiap rakyat untuk tidak mencetuskan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian hidup.
Titah baginda, perbezaan pendirian dan tafsiran adalah lumrah hidup namun ia hendaklah dihala untuk mencari kata sepakat bagi membina masa depan negara dan rakyat yang lebih gemilang.
"Tidak ada perdamaian dapat dicapai secara kekerasan. Malah, kekerasan ternyata lebih berpotensi meningkatkan perasaan benci dan menyuburkan permusuhan yang berpanjangan," titah baginda pada istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Ke-84 di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

www.utusan.com.my

Monday, May 21, 2012

Keistimewaan Bulan Rejab

Sama samalah kita ingat mengingati amalan mulia yang penuh berkat ini. 


Pada 22 Mei 2012 (Selasa) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 
 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 
 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Ahad, 17 Jun 2012) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 
 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 
 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (22,23,24 Mei 2012) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 
 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 
 6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 
 7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." 


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." 


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" 


Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." 


Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun." ps: Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara, InsyaAllah.

Saturday, May 12, 2012

Kemunculan kumpulan anti Raja

Amat menggusarkan kerana di kalangan mereka yang terlibat dengan Bersih 3.0 ada yang jelas menunjukkan bahawa mereka "Kumpulan Anti Raja" serta mahukan Malaysia menjadi republik. Baca lagi di sini.

Friday, May 11, 2012

Sultan forgives trespassers

JOHOR BARU: Sultan of Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has forgiven the individuals involved in the brawl with bodyguards of the royal entourage but he wants foreigners to respect the local laws and culture and not behave like hooligans.
“We welcome foreigners to the state but they must respect our laws and culture,” he told a press conference yesterday at Istana Pasir Pelangi.
“They cannot behave like hooligans and use vulgarities. Even locals must respect the laws wherever they go.”


In detailing what happened between the bodyguards and four foreigners British, German and French expatriates on Saturday, the Sultan said he wanted to set the record straight as there were many versions of the incident.
“For me, the matter has been settled and I welcome them back,” he said, adding that his three-day diving expedition at Pulau Rawa was marred by the fracas.
Sultan Ibrahim, who regretted what had happened on the last day of his trip, said he was in his yacht and only found out about the brawl early the next day.
It was reported in The Star that four foreigners were involved in a brawl with bodyguards after they had trespassed into a power boat belonging to the Sultan. “They even tried to strangle one of my crew,” the Sultan said.
He said the foreigners were actually staying at the neighbouring Alang's Rawa Resort and were a nuisance to other guests at the resort when they went around banging on room doors in the wee hours of the morning.
“I believe they may have been fighting among themselves earlier as there was broken glass in their room and one of them even injured his leg when he jumped into the sea from my boat and scraped himself against corals,” he added.
“My doctor treated the injured foreigner but I am quite upset how the issue was blown up by the foreign media.”
Two foreigners involved in the brawl were treated at a hospital in Singapore and lodged reports with the police and their respective embassies in the republic.
Singapore's The Straits Times quoted a 28-year-old Briton as saying they were assaulted by the bodyguards after they were invited by the royal family for drinks.
Both the British High Commission and German Embassy are following the matter with Malaysian authorities. Nine police reports have been lodged so far.

thestar.com.my

Tuesday, May 8, 2012

Bual Bicara 'AIR MATA RAJA' di Ipoh, Perak




Pada 27 April 2012 yang lalu, bertempat di Perpustakaan Awam Ipoh, Perak telah berlangsung Bual Bicara buku AIR MATA RAJA. Majlis anjuran PPANPk dan DAWAMA ini telah mendapat sambutan hangat daripada pelajar sekolah, kolej dan orang awam. Penulis-penulis buku tersebut (merangkap pengelola laman web ini) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur (Pengarah PPANPk, Tn Hj Mohammad Nazari dan Pn Suraya; bagi pihak DAWAMA, Pn Noridah dan Pn Anisah) yang sudi menjemput kami. Selama hampir 2 jam, penulis berkongsi pengalaman tentang buku setebal 1000 halaman itu. Khalayak turut melontarkan pelbagai persoalan yang menarik. Semoga majlis tersebut telah berjaya mendekatkan khalayak dengan buku epik sejarah yang menganugerahkan kelainan yang istimewa bila menghayatinya. 

Thursday, May 3, 2012

Bilangan Muslim bertambah di Amerika Syarikat

CHICAGO: Bilangan penduduk Islam Amerika Syarikat dilaporkan bertambah sejak sedekad lalu dan buat pertama kali mengatasi penduduk Yahudi di kebanyakan kawasan Midwest dan Selatan, manakala kebanyakan gereja utama pula mula susut pengunjung, menurut satu bancian agama yang disiarkan kelmarin. 

Bilangan penduduk Islam meningkat kepada 2.6 juta pada 2010 daripada 1 juta pada 2000 berpunca daripada peningkatan penghijrahan dan mereka yang memeluk Islam, kata penyelidik yang membuat kajian dengan Persatuan Statistik Badan Agama Amerika, Dale Jones.
“Kristian adalah kumpulan terbesar di setiap negeri tetapi kami dapati sesuatu menarik ialah pertumbuhan pengikut Mormon yang mencatat peningkatan terbesar di 26 negeri,” kata Jones yang membentangkan laporan itu pada satu persidangan di Chicago. 

Secara kasar, sebanyak 55 peratus rakyat Amerika menghadiri sesi di gereja, kata data terbabit. Pada masa sama, kebanyakan kajian menganggarkan secara purata 85 peratus rakyat Amerika mengakui percaya kepada agama, walaupun mereka mungkin tidak ke gereja. 

Kira-kira 158 juta rakyat Amerika dikelaskan sebagai ‘tidak mengikuti mana-mana agama’ dalam kajian itu. Ketika membandingkan agama utama, kajian itu mendapati bahawa pengikut Katolik, kumpulan penganut agama terbesar merosot sebanyak lima peratus kepada 58.9 juta sejak 10 tahun lalu. 
“Pengikut Katolik menunjukkan jumlah penurunan terbesar khususnya di Maine yang menjadi lokasi skandal seorang paderi hingga mencetuskan perhatian ramai,” kata Jones. Di New England, bilangan majlis pengebumian penganut Katolik mengatasi jumlah anggota baru, katanya. 

Antara agama besar lain di Amerika, pengikut Southern Baptist Convention adalah stabil pada 19.9 juta sepanjang dekad itu, United Methodist Church pula merosot sebanyak empat peratus kepada 9.9 juta pengikut manakala Evangelical Lutheran Church kehilangan 18 peratus kepada 4.2 juta dan Episcopal Church kehilangan 15 peratus daripada pengikutnya kepada 1.95 juta. 

Jemaah Protestan Evangelical pula terus berkembang walaupun secara perlahan kepada 50 juta penganut. Apa yang mengejutkan ialah peningkatan penganut agama bertempat di kawasan bandar dan kebanyakannya membabitkan kumpulan kurang daripada 100 ahli serta tidak membabitkan kawasan yang menempatkan gereja besar, kata Jones. – Reuters

Wednesday, May 2, 2012

Buku 'AIR MATA RAJA' di PBAKL

NOTA : DAPATKAN BUKU 'AIR MATA RAJA' DI BOOTH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA SERTA DAWAMA.....
KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) disasarkan bakal menjadi setaraf Pesta Buku Frankfurt iaitu acara pesta buku yang terbesar di dunia menjelang 2020 sejajar perkembangan industri penerbitan di negara ini. Urus Setia Tetap, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Ahmad Fadli Abd Aziz, berkata pihaknya yakin matlamat itu mampu dicapai berikutan kemunculan banyak penerbit giat menghasilkan bahan bacaan berkualiti dan memenuhi kehendak pembaca. Katanya, ditambah komitmen MBKM menyahut saranan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menerbitkan 26,000 judul buku pada 2020 dengan mengadakan pelbagai usaha. Beliau berkata, ia termasuk melatih penulis baru di samping sambutan menggalakkan orang ramai serta penyertaan penerbit tempatan dan antarabangsa. “Justeru, tidak mustahil matlamat itu menjadi kenyataan, apatah lagi hasil kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati purata penduduk negara ini membaca lapan hingga 12 buku setahun yang menggambarkan industri buku sudah mendapat tempat di kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada PBAKL 2012, di sini, semalam.