Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, July 30, 2009

Cogan Riau-Lingga

Cogan Kerajaan Riau-Lingga diperbuat daripada emas dan merupakan sebahagian Alat Kebesaran Kesultanan Riau-Lingga. Ia ditulis di dalam Bahasa Melayu Jawi:

Dengan nama Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bahawa inilah Raja yang berketurunan dari Bukit Seguntang asalnya dari Baginda Seri Sultan ISKANDAR ZULKARNAIN. Inilah Raja yang Adil lagi Berdaulat yang mempunyai takhta Kerajaan serta Kebesaran dan Kemuliaan kepada segala Negeri Tanah Melayu kurnia Tuhan Rabbul-Arsyil Azim atasnya dikekal ALLAH swt diatas Kerajaannya ditambahi Allah pangkat yang Kebesaran serta Darjah Kemuliaan Daulatu Sa'adati Allahuma Khalidullahulahu Bija-annabiyi Mursalin Waalla = Alihi Wasyahbihi Ajemain - Amin Amin Allahuma - Amin.

Dipetik dari http://www.rmkhalid.com

Thursday, July 23, 2009

Makam Sultan Melaka?

Di manakah letaknya makam-makam Sultan Melaka? Pernahkah kita terfikir di manakah makam Sultan Iskandar Shah (Parameswara)? Bagaimana pula dengan makam Sultan Mansur Shah yang terkenal dan mengahwini Hang Li Po? Sedangkan makam Hang Li Po yang dikatakan puteri China itu masih ada di Bukit China sehingga sekarang.

Secara ringkas, inilah Sultan-sultan di Zaman Kesultanan Melaka.
1400-1424 Sultan Iskandar Shah
1424-1444 Sultan Muhammad Shah
1444-1445 Sultan Abu Syahid
1445-1459 Sultan Muzaffar Shah
1459-1477 Sultan Mansur Shah


1477-1488 Sultan Alauddin Riayat Shah Makam baginda di Pagoh, Johor dan digelar "Marhum Berdarah Putih". Baginda berusia 30 tahun ketika mangkat dan dikatakan diracun oleh musuhnya.



1488-1511 Sultan Mahmud Shah
Mangkat pada 1526, baginda dimakamkan di Kg.Tua, Kampar, Sumatera dan digelar "Marhum Kampar". Isteri baginda, Tun Fatimah juga dimakamkan berdekatan. Foto kiri, batu nisan di makam tersebut.







1511 Tun Teja Makam Tun Teja di Solok Mentaja, Serkam, Melaka. Tun Teja mangkat sewaktu Sultan Mahmud Shah berundur daripada serangan Portugis.


Sultan Johor pertama
1540-1564 Sultan Alauddin Riayat Shah II
Ditawan dan dibunuh di Acheh pada 1564 kerana menentang perjanjian dengan Sultan Acheh untuk tidak menyebelahi Portugis. Baginda digelar "Marhum Syahid di Acheh".

Tempat Bersejarah di Jugra











Istana Bandar yang dibina pada 1915 terletak di Kampung Bandar. Istana Bandar atau Town Palace dibina oleh Sultan Alauddin Shah dan mempunyai 15 buah bilik. Ia diperbuat daripada kayu dan marmar dan telah direkabentuk oleh Sultan Alauddin Shah sendiri. Baginda menginap di istana itu selama 35 tahun iaitu sehingga mangkat. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ke-8 telah diputerakan di istana itu.










Tidak jauh dari Istana Bandar terletak Masjid Sultan Alauddin. Walaupun berusia kurang 100 tahun, masjid itu bercirikan senibina Moorish dan sangat menakjubkan dengan persekitaran yang begitu damai serta tenteram. Tidak ramai pelancong atau rakyat tempatan yang berkunjung ke sini sama ada pada hari-hari cuti mahu pun hari biasa.










Daya tarikan di Jugra termasuk juga Makam DiRaja Sultan Abdul Samad seluas 5 ekar yang terletak di atas beberapa buah bukit dan bercirikan gabungan senibina termasuk Klasikal Barat dan Indo-Muslim. Kawasan bukit adalah merupakan kawasan pemakaman keluarga DiRaja Selangor sejak 1886. Ia menempatkan makam AlMarhum Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor ke-4 yang telah mangkat pada bulan Februari 1898.

Makam-makam lain yang terletak di luar binaan merupakan makam-makan Al Marhum Tengku Muda Musa, Al Marhum Tengku Alfiah (puteri Al Marhum Sultan Abdul Samad), Al Marhum Tunku Jaafar, Al Marhum Tunku Yaakob, Al Marhum Tunku Maharum, Al Marhum Raja Berkat dan Al Marhum Tengku Mutih ibni Al Marhum Sultan Abdul Samad.

Saturday, July 18, 2009

Sekadar Renungan

Dr. A.H.Johns dalam bukunya 'Malay Sufism' menggambarkan kemeriahan dan kegemilangan negeri Melaka:

"Dengan berkembangnya negeri Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan Islam, dunia Melayu telah dibawa ke dalam arus perniagaan yang merentasi Asia Selatan, dari Mesir, dunia Arab, Teluk Parsi, Hindia Timur, Hindia Barat, dan Gugusan Kepulauan Timur dan China. Tambahan pula, Melaka di era kemuncaknya amat penting di dalam sistem perdagangan yang luas sekaligus merupakan kota antarabangsa. Ianya juga merupakan sebuah Kuasa Politik Utama Serantau dan pusat keagamaan bagi masyarakat Islam yang sedang berkembang ketika itu yang menjadi tumpuan utama bagi tujuan pengajian dan pendidikan bagi kaum muslim."

Hubungan erat yang terjalin di antara ulama dan umara ketika itu menjadikan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat ilmu. Ini dijelaskan oleh sarjana sejarah Muhammad Abu Bakar di dalam bukunya 'Ulama Terengganu - Suatu Sorotan'.

"Semenjak zaman Melaka, dan di sepanjang sejarah Islam di Tanah Melayu, ulama pula sering mendekati istana atau pusat kuasa, dan di sana atau dari sana, mereka bergerak memainkan peranan mereka. Di istana Sultan Melaka, ulama seperti Maulana Abu Bakar, Saiyid Abdul Aziz dan Maulana Yusuf, bukan sahaja muncul sebagai guru tetapi juga penasihat kepada pemerintah, satu kedudukan strategis yang membolehkan mereka berfungsi dengan lebih berkesan dalam skima pengislaman negara dan masyarakat...

...Masyarakat yang dipayungi oleh kekuasaan sultan atau raja, dan insaf tentang keperluan mentaati dan mematuhi ulil amri, tidak berada dalam keadaan berkonflik dengan ulama yang bergerak dan berdamping dengan pemerintah. Hubungan simbiotis antara ulama dan umara jelas sekali mendapat restu dan sokongan rakyat. Kesemua pihak bergerak dan berinteraksi dalam satu sistem yang padu. Walaupun masing-masing hidup berasingan dari segi fizikal, dan bekerja di tempat-tempat yang berlainan pula. Ketika perang dan damai, kesemuanya bertindak sebagai satu kesatuan."

## Dipetik daripada buku 'Menyingkap Misteri Pulau Besar' oleh Ana Faqir.

Wednesday, July 15, 2009

Cik Siti Wan Kembang

Apabila Sultan Mansur Shah (Kelantan) mangkat 1526, maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak". Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584.

Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara Di Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610, maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti".

Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini.

Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka di sebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638. Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649.

Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong. Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal.

Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Rajah Brooke

Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama. Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat.

Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang. Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, di mana dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist.

Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei.

James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.

Brooke menjadi tumpuan selepas kontroversi mengenai dirinya timbul. Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Namun demikian perkara ini menghantui Brooke. Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja Putih kedua Sarawak.

Foto oleh Francis Grant

Tuesday, July 14, 2009

BEBERAPA GAMBAR YANG MENAKJUBKAN, WARISAN ISLAM



PENJELASAN (MENGIKUT JAM):

BARISAN ATAS - BANJIR DI MEKAH SATU KETIKA DAHULU
BARISAN TENGAH - MEKAH DI WAKTU DAHULU
BARISAN BAWAH - DIKATAKAN BEKAS TAPAK KAKI NABI IBRAHIM DAN COP MOHOR RASULULLAH S.A.W YANG DIGUNAKAN OLEH BAGINDA DALAM SURAT MENYURAT. FOTO AKHIR - MASJID JIN DI MEKAH

HIKMAH AIR ZAM-ZAM DAN ADAB MEMINUMNYA

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah) Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam.

Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, 'bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri olch gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi. Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang mnum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).


Al- 'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata: "Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa." Menambah lagi al-'Allamah: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)


Berkata pula AI-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar telah bercerita tentang diri lbnu Khuzaimah(lbnu Khuzaimah ialah seorang ilmuan besar), katanya: "Saya telah mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperolehi ilmu? " Menjawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallain pernah bersabda: " Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan? "" (Lihat Sairul A'Iam anNubala14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga turut menceritakan tentang dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah Ta'ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: • Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini. • Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar. Adapun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah Ta'ala ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah. Kerana apalah yang ada untuk dimegahkan didunia ini, sedang saat kembali semakin dekat dan ubanpun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).


Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyatalah yang amat mustahak itu ialah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu. Tidak memadai setakat minum semata-mata tanpa niat dan tanpa yakin terhadap iradat dan kudrat Allah yang menunaikan hajat kita. Kerana itu minum yang kosong daripada niat dan keyakinan mungkin sahaja tidak mendatangkan hasil, sesuai dengan maksud dan tujuan hadis yang disebutkan di atas.



ADAB MEMINUMNYA
Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zamzam itu, antaranya: Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: Seorang laki-laki telah datang menemui lbnu Abbas. Lalu bertanya lbnu Abbas: “Tuan datang dari mana?” Lelaki itu menjawab: “Saya baru lepas minum air Zamzam”.Tanya lbnu Abbas lagi: “Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya’?” Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada lbnu Abbas: “Bagaimanakah carariya wahai lbnu Abbas?” Maka lbnu Abbas pun menjelaskan: “Apabila minum air Zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana ,kemudian baru teguk lagi,dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: “Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah). Daripada ‘Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : “Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.” (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua. Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya ‘al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah’ dalam bab Adab minum air Zamzam berkata: “Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk….......... (sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

Petikan (c)
Ust. Dr Abdul Majid
http://akrineattijarah.blogspot.com/ Hasan, AKRINE


Monday, July 13, 2009



The Culture of Silat

In ancient times, Silat was as much a part of Melayu culture as any other form of education and prepared young men for adulthood. Because of this, there is a strong emphasis in this art on self-defence. However, war was not always on the Melayu mind.

Silat sits at the nexus between all aspect of Melayu culture. A true pendekar (warrior) will often have an artistic soul and cultivate interests in cultural fields such as keris metalwork, woodcraft, traditional dancing, Melayu dress, medicine, music and many more. Because of this, Silat still plays an important role in the lives of thousands of people across the Melayu world particularly with the rural village dwellers practising and making it part of their daily routines.

These pendekar were synonymous with the local medicine man, religious teacher or blacksmith, indicating society’s regard for such people of knowledge. Usually, a pendekar can also play traditional musical instruments such as the serunai, gendang ibu, gendang anak and gong, which normally accompanies silat dance performances.

Performances are still held during wedding ceremonies, festivals, or official celebrations. In such occasions, it is known as Pulut, referring to the sticky, glutinous rice that is often eaten at Melayu parties and wedding receptions.

Influences
Silat has a strong influence of learning from the environment. Many of the movements will reflect animals that you will find in nature more so than some of the other martial arts. One of the most important animals to them was the tiger, being seen by the culture as a symbol of strength and power. Thus, one will find movements in Silat to be explosive and aggressive bursts of attacks.

Outside factors that influenced the growth of Silat Melayu in Malaysia includes those from the islands of Sumatera and Jawa. Aspects of this can be seen in the clothing fashions, terminology of the movements, spiritual practises and the music that accompanies the wardances. In spite of this, the traditional concept of Silat Melayu remains unique and preserved.

Although silat techniques vary between one style and another, the cultural reality remains, that the applications of the body such as the fist, feet, knees, elbows and traditional weaponplay were similar if not identical. A particular style could be identified from their salutations and wardances.

Personal Development & Spirituality
Silat exponents are trained from a tender age to take advantage of the agility and 'moldability' of a young body and mind. Trainees are whipped into shape through several years of tough training. The rigorous and back-breaking routine ensures physical resilience, stamina and agility.

To complete the balance, mental and spiritual self-discipline, based on Islamic teachings, is developed. You might ask what martial art has in common with spirituality, and the answer is simple - the stronger you are, the more peaceful and the better you know how to gain freedom and maintain it.

Most probably, other then the practice of spiritual matters, it is their inherent and intimate knowledge of the body structure and parts, veins and arteries, the body movements, even psychology, and to use all this knowledge in perfecting their art of self-defence, which made them invincible.

The Pendekar
Every pesilat nurtures a similar ambition, to one day become a Pendekar. A Pendekar is not simply an expert in the combat arts of silat, but is also able to master its spiritual and medicinal aspects. The mind of a Pendekar is like the wind. Its presence can be detected, but cannot be directly observed. His wisdom creates situations that makes his opponents lose their focus, thus incapable of anticipating his actions.

A pendekar is like a teacher. He is qualified to teach his students and may authorise any loyal disciples in the various branches of knowledge that he had acquired during his lifetime.
However, to achieve the status of the Pendekar requires perseverance. Without years of immense courage and incalculable effort, all his works could be for naught. Alternatively, this could also depend on their talents of mastery. Last to master means last to succeed.


This article was edited by (c) Mohd Nadzrin Wahab from various internet sources for publication in the World Silat Championship 2007 souvenir book. Silat Melayu blog.

Tuesday, July 7, 2009

Masjid Tengkera





























Sejarah dan latarbelakang :
Masjid Tengkera adalah masjid yang kedua tertua di negeri Melaka. Ia di bina pada tahun 1728 (M) bersamaan 1141 (H). Dari sudut seni bina ia menggabungkan senibina Cina dan Islam dan mempunyai persamaan dengan masjid Kg. Laut di Kelantan. Di samping itu, ia mempunyai bentuk yang sama dengan masjid Demak di tanah Jawa Indonesia. Keunikan masjid ini mempunyai senibina yang sangat halus disegenap sudut, baik di pintu masuk tingkap, dinding, tangga, mimbar, menara dan pintu gerbangnya. Dihiasi dengan batu mar-mar Cina yang indah. Berhampiran dengan masjid terdapat makam Sultan Husin Shah, Sultan Johor yang telah menyerahkan Singapura sebagai jajahan takluk Johor kepada Syarikat Hindia Timur - Inggeris pada tahun 1819. Menjadi tumpuan para pelancong dan di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negeri Melaka.