ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, July 23, 2009

Tempat Bersejarah di Jugra











Istana Bandar yang dibina pada 1915 terletak di Kampung Bandar. Istana Bandar atau Town Palace dibina oleh Sultan Alauddin Shah dan mempunyai 15 buah bilik. Ia diperbuat daripada kayu dan marmar dan telah direkabentuk oleh Sultan Alauddin Shah sendiri. Baginda menginap di istana itu selama 35 tahun iaitu sehingga mangkat. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor ke-8 telah diputerakan di istana itu.










Tidak jauh dari Istana Bandar terletak Masjid Sultan Alauddin. Walaupun berusia kurang 100 tahun, masjid itu bercirikan senibina Moorish dan sangat menakjubkan dengan persekitaran yang begitu damai serta tenteram. Tidak ramai pelancong atau rakyat tempatan yang berkunjung ke sini sama ada pada hari-hari cuti mahu pun hari biasa.










Daya tarikan di Jugra termasuk juga Makam DiRaja Sultan Abdul Samad seluas 5 ekar yang terletak di atas beberapa buah bukit dan bercirikan gabungan senibina termasuk Klasikal Barat dan Indo-Muslim. Kawasan bukit adalah merupakan kawasan pemakaman keluarga DiRaja Selangor sejak 1886. Ia menempatkan makam AlMarhum Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor ke-4 yang telah mangkat pada bulan Februari 1898.

Makam-makam lain yang terletak di luar binaan merupakan makam-makan Al Marhum Tengku Muda Musa, Al Marhum Tengku Alfiah (puteri Al Marhum Sultan Abdul Samad), Al Marhum Tunku Jaafar, Al Marhum Tunku Yaakob, Al Marhum Tunku Maharum, Al Marhum Raja Berkat dan Al Marhum Tengku Mutih ibni Al Marhum Sultan Abdul Samad.

3 comments:

  1. dari sisi lain sejarah kesultanan selangor
    http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/08/sejarah-kesultanan-selangor-dan.html

    ReplyDelete
  2. http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/2007/11/salasilah-sultan-selangor-dilantik-oleh.html

    zakir sungai petani kedah

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera wahai ustaz Zakir yg dkasihi. Terima kasih atas panduan tersebut. Saya akan cuba masukkan link atau war-warkan tentang website tersebut. Memang informative. Semoga Ustaz sekeluarga sentiasa di rahmati Allah swt.

    Sekiranya ustaz ada artikel atau pandangan sejarah, silalah hantar kepada kami.

    -RajaMenangis-

    ReplyDelete