Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, July 31, 2010

Ekslusif RAJAMENANGIS: Kediaman dan Makam Almarhum TUN SERI LANANG

Tun Seri Lanang (penulis/penyusun buku SEJARAH MELAYU) menjadi Uleebalang (Raja) pertama Samalanga pada 1613-1659 dan mangkat di Lamcok. Inilah istana tinggalan Tun Seri Lanang yang masih teguh berdiri lama selepas kemangkatannya. Al-Fatihah.

Di samping peranannya sebagai Uleebalang Samalanga,Tun Seri Lanang juga dilantik sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah dengan gelar Orang Kaya Dato' Bendahara Sri Paduka Tun Sebrang. Rumoh Krueng ini tidak sama dengan bentuk rumah Adat Aceh malahan lebih menyerupai bentuk rumah tradisional Melayu.

Makam Tun Seri Lanang masih dapat dijumpai di Desa Meunasah Lueng, Kec. Samalanga, Kabupaten Bireuen. Tidak jauh dari kawasan makam terdapat masjid dan dayah Kota Blang yang telah menjana ramai tokoh alim-ulama. Apa yang menarik, bentuk masjid tidak sama dengan masjid-masjid yang ada di Aceh. Dengan kata lain, sangat kental dengan nuansa Melayu.

Jika dlihat bentuk nisan kuburan, maka hampir dapat dipastikan sama dengan bentuk nisan makam cicitnya Tun Habib Abdul Majid yang ada di Kota Tinggi Johor. Sebelah timur makam terdapat istana di mana masyarakat setempat menyebut Rumoh Krueng.



Sumber foto : Amad Bahri Mardi (S/U Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia; Kota Tinggi)
Sumber Teks : Tun Seri Lanang-Sejarah dan Warisan Tokoh Melayu Tradisional (Tun Suzana Tun Hj Othman)

Friday, July 30, 2010

Perlembagaan Malaysia kata "Kedudukan istimewa Melayu" - apa lagi nak temberang?

Memahami kedudukan Perkasa

SETELAH "perang mulut" antara presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Wee Ka Siong mula reda, badan sukarela bukan kerajaan (NGO) Melayu itu telah mendapat kecaman pula dalam sidang Dewan Negara Selasa yang lalu. Kecaman itu disuarakan oleh Senator Datuk Daljit Singh dari MIC.

Daljit Singh menuduh "Presiden Perkasa sentiasa membangkitkan isu-isu yang sangat sensitif dan menyakitkan hati masyarakat lain di Dewan Rakyat".

Saya mendapat kesan bahawa kecaman (tuduhan) senator itu adalah satu kenyataan yang terlalu umum sifatnya dan sengaja dibuat untuk memberi gambaran seakan-akan kerja Perkasa hanya membangkitkan isu-isu yang sensitif dan menyakitkan hati orang bukan Melayu.

Sebagaimana sesetengah pihak yang senantiasa ghairah mengecam Perkasa, Daljit seakan-akan beranggapan apa sahaja yang dibuat atau disebut Perkasa adalah untuk menyakitkan orang bukan Melayu.

Beliau seakan-akan beranggapan bahawa tugas Perkasa hanyalah untuk melakukan provokasi dan ternyata Daljit tidak memahami hakikat bahawa kemunculan Perkasa yang sebenarnya adalah satu reaksi (bukan untuk melakukan provokasi) terhadap rasa keterpinggiran dan kebimbangan bangsa Melayu akibat kedudukan politik dan sosio-ekonomi mereka semenjak akhir-akhir ini semakin tercabar.

Sesungguhnya berikutan keputusan pilihan raya umum ke-12 yang lalu orang Melayu merasa bimbang dengan 'kelesuan' UMNO yang selama ini merupakan satu tenaga politik utama yang membela dan memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dari segala segi.

Di samping itu, sebahagian besar bangsa Melayu juga merasa keliru dan 'terpinga-pinga' bila Pas dan PKR bersekongkol dengan DAP yang selama ini tidak henti-hentinya melakukan provokasi terhadap bangsa Melayu, malah ada antara pemimpinnya yang tidak segan silu menghina kedaulatan raja-raja Melayu. Rasa keterpinggiran dan kebimbangan tersebut diungkapkan dengan tepat oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa pada Mac 2009 di Kompleks Sukan TNB, Bangsar, Kuala Lumpur.

Sokongan yang diberikan terhadap pelbagai inisiatif Perkasa, kata Tun Mahathir, adalah kerana orang Melayu dan bumiputera lain berasa "dalam keadaan cemas, keadaan yang berbahaya, keadaan terancam." Seterusnya Tun Mahathir menegaskan: "Kenapa tidak? Kita kini diserang berkali-kali oleh berbagai pihak. Ramai daripada orang lain berkata Melayu adalah kaum pendatang. Melayu dituduh mengamalkan apartheid ala kulit putih Afrika Selatan. Melayu tidak adil, suka menidakkan hak kaum-kaum lain. Melayu sudah cukup kaya dan tidak perlu Dasar Ekonomi Baru lagi. Semua peluang perniagaan dan pelajaran diberi hanya kepada orang Melayu.

"Berhadapan dengan tuduhan dan tohmahan sedemikian, Melayu sekarang tidak boleh mempertahankan diri, bahkan tidak boleh bercakap berkenaan dengan bangsa mereka tanpa dituduh sebagai racist.

"Mereka harus terima sahaja semua tuduhan/tohmahan ini dan berdiam diri atau bersetuju sahaja. Sebenarnya orang Melayu sekarang berada dalam ketakutan, tidak mempunyai pemimpin yang sanggup pertahankan mereka. Sebaliknya pemimpin mereka mengerohkan lagi keadaan dengan memohon maaf walau pun kesalahan dilakukan oleh orang lain," tegas Tun Mahathir lagi.

Saya rujuk kembali ucapan Tun Mahathir tersebut sewaktu cuba hendak memahami 'pemikiran' Senator Daljit Singh yang membuat tuduhan terhadap Perkasa yang dikatakannya "menyakitkan hati masyarakat lain." Kesimpulan saya ialah Daljit dan orang yang sefikiran dengannya, tidak tahu (dan tidak mahu tahu) betapa sakitnya hati orang Melayu bila diperlakukan seperti yang dihuraikan oleh Tun Mahathir itu.

Saya syak bahawa Daljit bercakap secara am dengan tujuan menjejaskan kredibilitti Perkasa dan Ibrahim Ali. Kerana itu, semasa dia berucap, saya mencelah dan meminta beliau memberi contoh-contoh yang spesifik. Jawapan yang diberikannya dalam Dewan Negara itu ialah seperti berikut. Dengan menggunakan bahasa rojak mencampur adukkan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris, Daljit berkata: "Saya telah memberi satu daripada isu itu seperti kewarganegaraan kaum lain.

Ada banyak yang kita boleh bercakap dan selalu dikata-katakan, I am sure you read all the papers and I come to the Dewan Rakyat myself, I heard it myself in their issues." Demikian tercatat dalam penyata rasmi persidangan (hansard) Dewan Negara.

Tersirat di belakang semuanya itu ialah kewibawaan dan kredibiliti Perkasa akan terus mendapat serangan daripada pelbagai pihak yang hendak menggodam Melayu.

Oleh kerana itulah bangsa Melayu mesti memahami kedudukan Perkasa dalam perspektif 'sayang betul' agar bangsa Melayu tidak menjadi mangsa taktik - 'pecah-pecah dan perintah' pihak-pihak tertentu."


(c) UTUSAN - Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Thursday, July 29, 2010

KES GUAMAN MENUNTUT TAKHTA PEWARIS


Pada pandangan saya, berikut adalah Persoalan Undang-Undang yang pasti timbul dalam isu menuntut tahta atau waris pesaka adat yang bergelar:

  1. Apakah dia (pemohon) mempunyai locus standi?
  2. Apakah faktor yang menunjukkan dia ada 'sufficient interest'?
  3. Apakah isu isu awal yang perlu di hujahkan dibawah Order 53 Kaedah mahkamah Tinggi?
  4. Bilakah tarikh dia mula di ketepikan (tidak di iktiraf) dan mengapakah dia mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan guaman di Mahkamah?
  5. Apakah permohonan ke Mahkamah termasuk perisytiharan sahaja atau remedi lain?
  6. Mengapakah ia tidak dibawa ke Mahkamah dalam tempoh 40 hari selepas ia mendapat keputusan yang tidak memihak kepadanya (untuk mendapatkan 'leave' dibawah Order 53).
  7. Adakah ia termasuk perintah mandamus atau certiorari?
  8. Adakah termasuk juga perisytiharan bahawa sesuatu perlantikan itu adalah diluar perlembagaan (unconstitutional)? Adakah peruntukan perlembagaan negeri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan?
  9. Apakah kedudukan persetiaan dengan Inggeris? Sudahkah kepastian di dapati daripada London? Apakah kesan kemerdekaan keatas persetiaan itu?
  10. Adakah isu 'non justiciable' sudah di fikirkan dan dikaji mendalam? Dan apakah satu keputusan YA Hakim Dato Sri Ram perlu di olah dan di kaji? Adakah fakta kes berlainan
  11. Apakah peruntukan mendalam undang-undang yang terpakai dalam kes itu?
  12. Apakah remedinya yang dipinta?
Order 53 Kaedah Mahkamah Tinggi:

1. Dibawah Order. 53 r. 3(6)

Permohonan mencabar Kerajaan Negeri di Mahkamah perlulah di failkan dalam tempoh 40 hari daripada tarikh tuntutan dia di tolak atau dimaklumkan sesuatu keputusan itu. Tempoh ini dalam keadaan tertentu boleh di panjangkan oleh mahkamah.

2. Dibawah Order. 53 r. 3(1):

Tiada pengadu boleh mencabar keputusan kerajaan kecuali pertamanya dia mendapat kelulusan awal untuk menyaman daripada hakim.

3. Dibawah Order. 53 r. 3(4):

Hakim boleh sebelum memberikan kelulusan, meminta pihak pemohon memberikan jaminan kos. Ini jarang berlaku.

Kenapa perlu pakai Order 53 - bukankah boleh terus saman pakai Writ Mahkamah Tinggi? Perlu jaga-jaga disini, kerana kes:

AHMAD JEFRI MOHD JAHRI v. PENGARAH KEBUDAYAAN & KESENIAN JOHOR (2008)

Hakim memutuskan: The courts had for a long time recognized their power to grant a declaration under common law. But s. 41 of the Specific Relief Act 1950 armed them with the statutory authority to do so. It is also commonly accepted that O. 15 r. 16 RHC also provides the High Court with such power (see Lord Diplock's judgment in O'Reilly v. Mackman (supra) at p. 1127). However, O. 53 RHC sets out a specific procedure for an aggrieved party seeking relief, incorporating a declaration (as provided by s. 41 of the Specific Relief Act) against a public authority for infringement of his rights to which he was entitled to be protected under public law, to follow. It is our view that when such an explicit procedure is created (as compared to a general provision set out under O. 15 r. 16 RHC) to cater for this purpose, then as a general rule all such application for such relief must commence according to what is set down in O. 53 RHC, otherwise it is liable to be struck off for abusing the process of the court.

We observed that a challenge on the use of appropriate procedure is very much fact based. Thus, it is necessary for a judge when deciding on such matter to first ascertain whether there is a public law element in the dispute. If the claim for infringement is based solely on substantive principles of public law then the appropriate process should be by way of O. 53 RHC. If it is a mixture of public and private law then the court must ascertain which of the two is more predominant. If it has a substantial public law element then the procedure under O. 53 RHC must be adopted. Otherwise, it may be set aside on the ground that it abuses the court's process. But if the matter is under private law though concerning a public authority, the mode to commence such action under O. 53 RHC is not suitable.


PERLU DI TEKANKAN:


Ingat, didalam kes Mahkamah Tinggi YAM RAJA DATO' SERI HJ IZZUDDIN ISKANDAR SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN IDRIS A'FIFULLAH SHAH v. DEWAN NEGARA PERAK, NEGERI PERAK (2006)

Hakim berkata " Since it involves "Royal Prerogative" the "degradation" has to be done by H.R.H.'s PERSONALLY, and is non-justiciable. Whether or not the applicant has merit or otherwise on the substantive motion of certiorari is irrelevant. Without leave, there will be no order of certiorari".

Lihat perkataan "Personally" diatas. Oleh itu, sekiranya sesuatu keputusan itu TIDAK dibuat oleh Sultan atau Raja secara peribadi atau sendiri, maka mungkin ia boleh di persoalkan di mahkamah didalam kes Perak. Tetapi didalam kes Negeri Sembilan, kuasa TIDAK pula terletak di tangan DYMM YDP Besar, tetapi dalam tangan Dewan Undang. Inilah yang membezakan Negeri Sembilan dengan kesemua Negeri negeri Melayu yang lain.

Dalam kes yang sama, terdapat sedikit kemusykilan apabila YA Hakim berkata:
Lastly, I will fail to fully discharge my duty if I will not consider whether or not either or both the respondents was or were correctly cited. I am very positive if the learned counsels for the applicant were vigilant with the "impact and implication" of "Royal Prerogative Powers" they may perhaps advised the applicant to reconsider whether or not to proceed with his application. From my analysis above, both the respondents should not have been cited. They were not the "public body" administering "public law" entailing their exercise of their power to make a "decision" which "has adversely affected" the applicant that may have attracted leave application for an order of certiorari to quash such a "decision".

[Pandangan saya ialah perenggan terakhir ini adalah tidak tepat]

Wednesday, July 28, 2010

Tun Mahathir: Blogger perlu mempunyai kod etika

Penulis blog perlu mempunyai kod etika

KUALA LUMPUR 28 Julai - Setiap penulis melalui media alternatif iaitu blog di negara ini perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kod etika itu juga merupakan peraturan asas untuk mendisiplin diri setiap penulis blog.

"Kalau tidak ada kod etika, penulis blog akan menulis apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan sama ada ia berasaskan fakta atau tidak.

"Penulis blog seharusnya memainkan peranan membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkuliti.

"Oleh itu, kod etika diperlukan sebagai peraturan dalam diri (penulis blog) supaya menulis berasaskan kepada fakta dan kebenaran bukannya sekadar sesesuka hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Media Sosial dan Blogger 2010 di Hotel Berjaya Times Square di sini hari ini.

Tuesday, July 27, 2010

'Hari Pejuang Bahasa 152' - mimpi kosong?


Ahli Panel dalam 'Wacana Peradaban Bahasa Melayu' terdiri daripada (kiri) Dato' Dr. Zainal Keling, Prof. Dr. Abdullah Hassan, Hj. Hamzah Hamdani (moderator), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dan Dr. S. Nathesan Sellapan.


Lihat banyaknya kerusi kosong di Dewan Syed Nasir yang boleh memuatkan 1,000 orang.


Hari Pejuang Bahasa ‘152’ yang berlangsung di Dewan Syed Nasir Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 15 Feb lalu, bagaikan mimpi kosong menghantui pihak penganjurnya. Dewan yang boleh memuatkan 1,000 orang itu hanya diisi sekitar 100 orang sahaja. Tambah memilukan Menteri yang berjanji untuk merasmikan majlis bersejarah itu tidak hadir kerana ada urusan yang lebih penting di luar negara. Sambutan dingin di kalangan orang Melayu terhadap perjuangan bahasa mereka sendiri amat mengecewakan juga Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Pada sesi ‘Wacana Peradaban Bahasa Melayu’ selepas ucaptama, beliau dengan nada kesal berkata, “Kehadiran pada hari ini menggambarkan bahawa orang Melayu sudah hilang semangat terhadap bahasanya sendiri.”



Sumber (c)http://razaliendun.blogspot.com/2010

Monday, July 26, 2010

Bandingan Majapahit dan Melaka: Sepintas lalu


Kejayaan Majapahit

Hayam Wuruk, juga disebut Rajasanagara, memerintah Majapahit dari tahun 1350 hingga 1389. Pada masanya Majapahit mencapai puncak kejayaannya dengan bantuan mahapatihnya, Gajah Mada. Di bawah perintah Gajah Mada (1313-1364), Majapahit menguasai lebih banyak wilayah. Pada tahun 1377, beberapa tahun setelah kematian Gajah Mada, Majapahit melancarkan serangan laut ke Palembang, menyebabkan runtuhnya sisa-sisa kerajaan Sriwijaya. Menurut Kakawin Nagarakretagama pupuh XIII-XV, daerah kekuasaan Majapahit meliputi Sumatra, semenanjung Malaya, Borneo, Sulawesi, kepulauan Nusa Tenggara, Maluku, Papua, dan sebagian kepulauan Filipina. Namun demikian, batasan alam dan ekonomi menunjukkan bahwa daerah-daerah kekuasaan tersebut tampaknya tidaklah berada di bawah kekuasaan terpusat Majapahit, tetapi terhubungkan satu sama lain oleh perdagangan yang mungkin berupa monopoli oleh raja. Majapahit juga memiliki hubungan dengan Campa, Kamboja, Siam, Birma bagian selatan, dan Vietnam, dan bahkan mengirim duta-dutanya ke Tiongkok.

Jatuhnya Majapahit Sesudah mencapai puncaknya pada abad ke-14, kekuasaan Majapahit berangsur-angsur melemah. Tampaknya terjadi perang saudara (Perang Paregreg) pada tahun 1405-1406, antara Wirabhumi melawan Wikramawardhana. Demikian pula telah terjadi pergantian raja yang dipertengkarkan pada tahun 1450-an, dan pemberontakan besar yang dilancarkan oleh seorang bangsawan pada tahun 1468. Dalam tradisi Jawa ada sebuah kronogram atau candrasengkala yang berbunyi sirna ilang kretaning bumi. Sengkala ini konon adalah tahun berakhirnya Majapahit dan harus dibaca sebagai 0041, yaitu tahun 1400 Saka, atau 1478 Masehi. Arti sengkala ini adalah “sirna hilanglah kemakmuran bumi”. Namun demikian yang sebenarnya digambarkan oleh candrasengkala tersebut adalah gugurnya Bre Kertabumi, raja ke-11 Majapahit, oleh Girindrawardhana. Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para penyebar agama sudah mulai memasuki Nusantara. Pada akhir abad ke-14 dan awal abad ke-15, pengaruh Majapahit di seluruh Nusantara mulai berkurang. Pada saat bersamaan, sebuah kerajaan perdagangan baru yang berdasarkan Islam, yaitu Kesultanan Malaka, mulai muncul di bagian barat Nusantara. Catatan sejarah dari Tiongkok, Portugis (Tome Pires), dan Italia (Pigafetta) mengindikasikan bahwa telah terjadi perpindahan kekuasaan Majapahit dari tangan penguasa Hindu ke tangan Adipati Unus, penguasa dari Kesultanan Demak, antara tahun 1518 dan 1521 M.

Kebudayaan Gapura Bajangratu, diduga kuat menjadi gerbang masuk keraton Majapahit. Bangunan ini masih tegak berdiri di kompleks Trowulan. Ibu kota Majapahit di Trowulan merupakan kota besar dan terkenal dengan perayaan besar keagamaan yang diselenggarakan setiap tahun. Agama Buddha, Siwa, dan Waisnawa (pemuja Wisnu) dipeluk oleh penduduk Majapahit, dan raja dianggap sekaligus titisan Buddha, Siwa, maupun Wisnu. Walaupun batu bata telah digunakan dalam candi pada masa sebelumnya, arsitek Majapahitlah yang paling ahli menggunakannya[17]. Candi-candi Majapahit berkualitas baik secara geometris dengan memanfaatkan getah tumbuhan merambat dan gula merah sebagai perekat batu bata. Contoh candi Majapahit yang masih dapat ditemui sekarang adalah Candi Tikus dan Candi Bajangratu di Trowulan, Mojokerto.

Ekonomi Celengan zaman Majapahit, abad 14-15 Masehi Trowulan, Jawa Timur. (Koleksi Museum Gajah, Jakarta) Majapahit merupakan negara agraris dan sekaligus negara perdagangan. Majapahit memiliki pejabat sendiri untuk mengurusi pedagang dari India dan Tiongkok yang menetap di ibu kota kerajaan maupun berbagai tempat lain di wilayah Majapahit di Jawa. Menurut catatan Wang Ta-yuan, pedagang Tiongkok, komoditas ekspor Jawa pada saat itu ialah lada, garam, kain, dan burung kakak tua, sedangkan komoditas impornya adalah mutiara, emas, perak, sutra, barang keramik, dan barang dari besi. Mata uangnya dibuat dari campuran perak, timah putih, timah hitam, dan tembaga. Selain itu, catatan Odorico da Pordenone, biarawan Katolik Roma dari Italia yang mengunjungi Jawa pada tahun 1321, menyebutkan bahwa istana raja Jawa penuh dengan perhiasan emas, perak, dan permata.

Struktur pemerintahan Majapahit memiliki struktur pemerintahan dan susunan birokrasi yang teratur pada masa pemerintahan Hayam Wuruk, dan tampaknya struktur dan birokrasi tersebut tidak banyak berubah selama perkembangan sejarahnya. Raja dianggap sebagai penjelmaan dewa di dunia dan ia memegang otoritas politik tertinggi.

Aparat birokrasi Raja dibantu oleh sejumlah pejabat birokrasi dalam melaksanakan pemerintahan, dengan para putra dan kerabat dekat raja memiliki kedudukan tinggi. Perintah raja biasanya diturunkan kepada pejabat-pejabat di bawahnya, antara lain yaitu: * Rakryan Mahamantri Katrini, biasanya dijabat putra-putra raja * Rakryan Mantri ri Pakira-kiran, dewan menteri yang melaksanakan pemerintahan * Dharmmadhyaksa, para pejabat hukum keagamaan * Dharmma-upapatti, para pejabat keagamaan Dalam Rakryan Mantri ri Pakira-kiran terdapat seorang pejabat yang terpenting yaitu Rakryan Mapatih atau Patih Hamangkubhumi. Pejabat ini dapat dikatakan sebagai perdana menteri yang bersama-sama raja dapat ikut melaksanakan kebijaksanaan pemerintahan. Selain itu, terdapat pula semacam dewan pertimbangan kerajaan yang anggotanya para sanak saudara raja, yang disebut Bhattara Saptaprabhu.



Ehsan (c)http://www.yoniahmad.10001mb.com

Roh perpaduan Melayu


Roh perpaduan Melayu

Perbalahan sesama orang Melayu bukanlah perkara baru dalam konteks politik Malaysia. Orang Melayu diheret dalam perbalahan siasah akibat perbezaan ideologi yang berpanjangan, walaupun pada permukaannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Perbalahan berlaku kerana pemimpin PAS yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan politiknya tidak dapat menerima perjuangan Umno yang berteraskan kepada semangat nasionalisme.

Walaupun orang Umno dan PAS adalah orang Melayu beragama Islam, perbezaan politik ini menjadi penghalang untuk mereka berada dalam satu pasukan. Mereka sebenarnya tahu dan boleh menghayati roh peribahasa ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Jika insaf terhadap makna peribahasa itu, apa yang dibahaskan hari ini, tidak perlu berlaku. Malangnya mereka lebih cenderung ke arah melakukan tindakan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.

Dalam kalangan segelintir orang Melayu ini, mungkin akibat kecewa atau marah, mereka sanggup melihat orang Melayu berkubur. Waktu itu mereka sendiri akan menangis tanpa lagu. Mereka sanggup melakukan penentangan ini sedangkan mereka tahu rata-rata orang Melayu mengharapkan perpaduan Melayu.

Ketidaksefahaman sesama orang Melayu yang beragama Islam ini sebenarnya dicetuskan oleh segelintir pemimpin parti yang taksub dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Daripada satu alasan kepada satu alasan mereka lontarkan untuk mewajarkan bahawa mereka menolak perpaduan bangsa.

Akhir-akhir ini rakyat kian jelas siapa yang benar-benar ikhlas mahu berusaha menyatupadukan Melayu dan siapa pula yang menjadi dalang untuk memusnahkan masa depan bangsa dan mahu melihat orang Melayu tersungkur di bumi sendiri.

Mereka yang menolak perpaduan ini sanggup berputih mata asalkan hati dan emosi mereka puas. Jika ego orang tertentu ini dapat diperbetulkan atau mereka sendiri sedar akan akibat suatu hari nanti anak cucu cicit menyoal kesilapan besar yang mereka lakukan ketika Melayu berpeluang untuk bersatu dan menjadi bangsa yang teguh.

Umumnya, pertelingkahan politik hanya berkisar pada peringkat pimpinan parti. Pada peringkat rakyat, keadaan adalah terkawal. Pertelingkahan peringkat atas menyebabkan orang Melayu terikut-ikut dengan rentak pemimpin mereka. Jika hitam kata pemimpin mereka, maka hitamlah kata pengikut mereka.

Seandainya pemimpin PAS menerima pelawaan Umno untuk bergabung semula dalam Barisan Nasional (BN), seluruh anggota parti itu akan bersama mereka.

Berasaskan realiti politik dan sejarah, Umno dan PAS pernah bergabung, kemudian berpecah semula. Bila PAS keluar BN, pengikut mereka mengikut gelagat pemimpin mereka membenci BN dan UMNO seterusnya tercetus isu dua imam, haram makan sembelihan orang Umno dan sebagainya.

Hari ini, usaha untuk menyatupadukan orang Melayu timbul semula. Ada yang bercakap mengenai perpaduan Melayu dalam konteks bekerjasama antara Umno dan PAS dan ada versi mengenai penyatuan atau gabungan parti Melayu.

Dalam konteks kerjasama, tiada sebab kedua-dua pihak menolak cadangan berkenaan demi untuk kebaikan demi masa depan bangsa. Perbincangan mengenai perpaduan Melayu bukan perkara baru. Ia menjadi topic perbualan di mana-mana oleh sesiapa saja. Ia topik mudah dibincangkan, tetapi entah mengapa ia sukar dilaksanakan.

Hari-hari orang Melayu berhubung sesama sendiri tanpa apa-apa masalah. Bertemu di mana-mana, masing-masing memberi dan menjawab salam, di pejabat, mereka bekerjasama tanpa mempedulikan pendirian politik masing-masing. Mereka minum di kantin beramai-ramai tanpa perlu tahu siapakah calon atau parti yang mereka undi dalam pilihan raya.

Walaupun tidak bertegur sapa, mereka tetap tidak bermasam muka. Jika terlanggar mereka akan meminta maaf.

Di sekolah pun begitu juga. Anak-anak duduk berhampiran dalam kelas, bergaul mesra dan sebagainya tanpa mengetahui pendirian politik ibu bapa masing-masing. Di hospital, pesakit diletakkan sebelah menyebelah bercerita mengenai penyakit yang mereka tanggung.

Di pasar kita membeli ikan atau sayur di gerai orang Melayu tanpa mempersoalkan latar belakang peniaga atau peniaga tidak mengambil kisah pun ideologi politik pelanggan mereka itu. Bagi peniaga, siapa saja pelanggan, mereka terima dengan hati terbuka. Pada hari mulia, mereka bermaaf-maafan.

Dalam kehidupan harian, orang Melayu tidak berpecah. Walaupun tidak bercakap kerana tidak mengenali antara satu dengan lain, mereka tidak bergaduh atau bertengkar tanpa sebab kerana mereka adalah orang Melayu.



Sumber (c) Mior Kamarul Shahid — Berita Harian

Sunday, July 25, 2010

SIAPAKAH LEBIH BERHAK DITABAL SULTAN MELAKA?

  • Apakah pernah sultan Mahmud Shah (melalui waris keturunannya) sejak baginda mangkat di Kampar dalam tahun 1528 berputus asa mendapatkan kembali melaka?
  • Apakah Sultan Mahmud (Melaka) dan waris yang dalam buangan terputus dengan takhta Melaka begitu sahaja, kiranya keturunannya 'berdiam diri' dan tidak menuntut takhta sekian lama?
  • Waris keturunan manakah yang paling layak menuntut takhta kesultanan Melaka? Adakah tuntutan Raja Noorjan kuat dari segi adat dan undang-undang? Atau adakah waris keturunan Sultan Hussin yang makamnya di Melaka?
  • Apakah keazaman politik yang di perlukan PADA HARI INI, berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Melaka?
  • Apakah pembaharuan dan perubahan kepada institusi politik Melaka yang perlu di gubal oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi memberi ruang kepada Sultan Melaka JIKA DITABAL?

[Pandangan atau artikel atau ulasan serta pembetulan dijemput, silakan]

SULTAN HUSSIN DAN ANAKANDA SULTAN ALI
BERIKUT ADALAH BIBIT SEJARAH YANG RELEVAN

(Teks asal daripada penulis)

Siapa dia Sultan Ali?

Pada tahun 1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjian dengan Sultan Hussin (Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris. Sebagai balasan Sultan Husin menerima pampasan sebanyak…

Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkerah, Melaka pada tahun 1835 Salah seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali. Beliau berusia 11 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Sultan Ali dan sebahagian besar ahli keluarganya tinggal di Istana Kampung Gelam, di Singapura. Walaupun demikian Sultan ali ini kerap pergi ke Melaka kerana ada rumah keluarganya di Melaka dan di Melaka beliau mempunyai ramai kawan. Sultan Ali mentadbir wilayah antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar

Sejak kamangkatan ayahandanya beberapa krisis berlaku antara baginda dengan Temenggong Johor yang didalangi oleh British. Akibat dari ini satu perjanjian dibuat dimana Sultan Ali hilang kuasanya kecuali beliau hanya diberi kuasa antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar, berkeluasan lebih kurang 260 batu persegi. Kawasan ini dikatakan satu kawasan yang tidak banyak hasil sedangkan kawasan lain banyak hasil terpulang kepada Temenggung.

Walaupun ada istana di Kampung Gelam beliau kerap berulang alik dari Istana Kampung Gelam, Singapura ke Melaka melalui laut. Perahu yang digunakan sering singgah di mana-mana pantai untuk mengambil air atau membersihkan diri.

Sultan Ali berkahwin dengan gadis Umbai, Melaka

Pada satu hari baginda telah masuk ke sebuah sungai di Umbai iaitu Sungai Solok Minyak atau Kampung Pasal. Baginda berhenti untuk mengambil air minum. Kebetulan pada waktu itu terdapat gadis-gadis kampung juga sedang mengambil air. Baginda terlihat seorang gadis desa yang amat jelita lalu tertarik dengan gadis tersebut.

Gadis tersebut ialah Sembok Binti Mokmin, anak seorang nelayan di kampung Umbai. Sultan Ali akhirnya telah masuk meminang dan berkahwin dengan Sembok Binti Mokmin. Sejak itu baginda selalu tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Umbai.

Sebagai seorang pemerintah antara Sungai Kesang dan Muar beliau sering melawat kawasan tersebut. Sejak penjanjian 1885 baginda telah berpindah ke Umbai dan mengtadbir kawasan jajahannya dari Umbai.

Sultan Ali membina Istana di Umbai

Baginda akhirnya bercita-cita untuk membina sebuah istana di Umbai. Banyak bahan-bahan binaan telah dibeli. Malangnya baginda mangkat sebelum cita-citanya mendirikan sebuah istana terkabul. Oleh itu segala bahan binaan telah diwakafkan untuk binaan masjid Kampung Umbai.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Ali di Umbai (20 Jun 1877)

Sultan Ali mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877. Kemangkatan baginda telah menimbulkan banyak masalah. Mengikut adat istiadat Melayu puteranya, sebagai pengganti sultan mestilah hadir ketika perkebumian. Malangnya puteranya Tengku Alam tidak mahu hadir sebelum Inggeris melantik baginda sebagai “Sultan” menggantikan ayahandanya. British sengaja tidak mahu melantik Tengku Alam sebagai pengganti sultan. Oleh itu Tengku Alam yang berada di Istana Kampung Gelam enggan pergi ke majlis pengkebumian Sultan Ali di Umbai Melaka.

Mayat Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu berat. Tengku Alam akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir ke Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar,baginda akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Baginda bagitu kecewa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan ayahandanya dan akhirnya kawasan jajahan ayahandanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar pun hilang.

Sultan Ali dimakamkan di sebuah kawasan yang baginda sendiri wakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri baginda. Namun demikian penduduk tempatan dibenarkan dikebumi dikawasan tersebut tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke masjid Umbai.

Putera-Putera Sultan Ali dengan Puan Sembok

Berbalik kepada perkahwinan Sultan Ali dengan Puan Sembok Binti Mokmin. Baginda dikurniakan dengan 6 orang anak, 3 lelaki dan 3 perempuan. Mereka terdiri daripada Tengku Chik, Tengku Putih, Tengku Putera, Tengku Ipah, Tengku Zainab dan Tengku Mariam.

Apabila Sultan Ali mangkat Cik Sembok serta anak-anaknya pindah dan tinggal di Istana Kampung Gelam hingga kini. Dengan mangkat Sultan Ali hilanglah semua kuasa Sultan Hussin yang dengan sengaja direka oleh Inggeris untuk mendapatkan Singapura. Keluarga dan waris-warisnya hilang segala-galanya kecuali sebuah istana usang di Kampung Gelam Singapura. Kini waris Sultan Ali menyara hidup seperti orang biasa.

Sultan Husin meninggal di Melaka dan dibebumikan di Tengkera dan anaknya Sultan Ali meninggal di Umbai juga di Melaka dan dikebumikan di Umbai. Moga-moha Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.

[pandangan dan ulasan serta pembetulan dijemput, silakan]

Ihsan (C) HJ BAHARAM AZIT
MERLIMAU MELAKA.

TAK RAMAI MELAYU BERANI TULIS KISAH PERUBATAN BOMOH

Malay Magic - salah satu kajian terbaik perbomohon Melayu yang di tulis oleh penulis Barat.

Malay Magic Reprint 24
Malay Magic: Being an Introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay Peninsula
By Walter William Skeat
764pp. Size: 146x222mm. Hardcover

Content:

Introduction by J.M Gullick

  1. Nature
    a. Creationof the World
    b. Natural Phenomena

  2. Man and his Place in the Universe
    a. Creation of Man
    b. Sactity of the Body
    c. The Soul
    d. Animal, Vegetable and Mineral Souls

  3. Relations with the Supernatual World
    a. The Magician
    b. High Places
    c. Nature of Rites

  4. The Malay Pantheon
    a. Gods
    b. Spirits, Demons, and Ghosts

  5. Magic Rites Connected with the Several Department of Nature
    a. Air — 1. Wind and Weather Charms; 2. Birds and Bird Charms
    b. Earth — 1. Building Ceremonies and Charms; 2. Beasts and Beast Charms; 3. Vegetation Charms; 4. Minerals and Mining Charms
    c. Water — 1. Purification by Water; 2. The Sea, Rivers and Streams; 3. Reptile and Reptile Charms; 4. Fishing Ceremonies
    d. Fire — 1. Production of Fire; 2. Fire Charms

  6. Magic Rites as Affecting the Life of Man
    a. Birth-Spirits
    b. Birth Ceremonies
    c. Adolescence
    d. Personal Ceremonies and Charms
    e. Betrothal
    f. Marriage
    g. Funerals
    h. Medicine
    i. Dances, Sports, and Games
    j. Theatrical Exhibitions
    k. War and Weapons
    l. Divination and the Black Art

Appendix
Notes on the word Kramat
List of Chief Authorities Quoted
Index

Appendix with W.W. Skeat's Annotations
List of Illustrations
Plates

CABARAN MENGKAJI SEJARAH TANAH MELAYU

BAHASA INGGERIS

New Perspectives and Research on Malaysian History

New Perspectives and Research on Malaysian History Monograph 41
New Perspectives and Research on Malaysian History
By Cheah Boon Kheng
270pp. Size: 146x222mm. Hardcover

Content:

Foreword
Notes on Contributors
  1. Introduction by Cheah Boon Kheng
  2. Scribes and Historians, State Museums and State histories by Abu Talib Ahmad
  3. Re-reasing Adat Laws and Legal Texts as Sources of Malay Social Stability by Abu Talib Ahmad
  4. Syair as a Historical Source: The Syair Tantangan Singapura, a 19th century text by Badriyah Haji Salleh
  5. New Theories and Challenges in Malaysian History by Cheah Boon Kheng
  6. Writing marginalised groups into Malaysian history by Haryati Hassan and Hamidin Abd. Hamid
  7. The Gerschenkron Advantage: New directions for forging ahead in Malaysian economic history by Loh Wei Leng
  8. Highlighting Malay women in Malaysian historiography by Mahani Musa
  9. Writing on Orang Asli into Malaysian History by Nik Haslinda Nik Hussain
  10. Many Malayas: Placing Malaysia in a Historical Context by Paul H. Kratoska
  11. Writing the History of the Chinese in Malaysia: New directions and bridging the Gaps between two linguistic spheres by Danny Wong Tze Ken

DARIHAL SIAK DAN SEJARAH ISTANA

Istana Siak Sri Indrapura

Istana Siak Sri Indrapura RiauKabupaten Siak, memiliki beberapa bangunan megah bersejarah, sekarang difungsikan sebagai perkantoran, rumah tinggal, penginapan, toko oleh penduduk Siak. Salah satunya adalah peninggalan termasyur dengan bagunan bercirikan arsitektur gabungan antara Melayu, Arab, plus Eropa, yaitu Istana Siak Sri Indrapura.

Sepanjang perkembangan sejarah bangsa Indonesia, telah banyak meninggalkan sisa-sisa kehidupan pemberi corak khas pada kebudayaan bangsa di Siak, salah satunya adalah Istana Siak Sri Indrapura menjadi salah obyek wisata Riau.

Untuk dapat melihat Bangunan bangunan Melayu zaman/tempo dulu dijuluki juga sebagai ‘Istana Matahari Timur’, jarak tempuh dari sebelah timur Pekanbaru mencapai empat jam perjalanan melalui sungai hingga menuju Kabupaten Siak Sri Indrapura.

" Istana Matahari Timur " atau disebut juga Asserayah Hasyimiah atau ini dibangun oleh Sultan Syarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin pada tahun 1889 oleh arsitek berkebangsaan Jerman. Arsitektur bangunan merupakan gabungan antara arsitektur Melayu, Arab, Eropa. Bangunan ini terdiri dari dua lantai. Lantai bawah dibagi menjadi enam ruangan sidang: Ruang tunggu para tamu, ruang tamu kehormatan, ruang tamu laki-laki, ruang tamu untuk perempuan, satu ruangan disamping kanan adalah ruang sidang kerajaan, juga digunakan untuk ruang pesta. Lantai atas terbagi menjadi sembilan ruangan, berfungsi untuk istirahat Sultan serta para tamu Istana.

Banguna Istana Siak bersejarah tersebut selesai pada tahun 1893. Pada dinding istana dihiasi dengan keramik khusus didatangkan buatan Prancis. Beberapa koleksi benda antik Istana, kini disimpan Museum Nasional Jakarta, Istananya sendiri menyimpan duplikat dari koleksi tersebut.

Diantara koleksi benda antik Istana Siak adalah: Keramik dari Cina, Eropa, Kursi-kursi kristal dibuat tahun 1896, Patung perunggu Ratu Wihemina merupakan hadiah Kerajaan Belanda, patung pualam Sultan Syarim Hasim I bermata berlian dibuat pada tahun 1889, perkakas seperti sendok, piring, gelas-cangkir berlambangkan Kerajaan Siak masih terdapat dalam Istana.

Dipuncak bangunan terdapat enam patung burung elang sebagai lambang keberanian Istana. Sekitar istana masih dapat dilihat delapan meriam menyebar ke berbagai sisi-sisi halaman istana, disebelah kiri belakang Istana terdapat bangunan kecil sebagai penjara sementara.

Beberapa bangunan sejarah lainnya tak hanya Istana Siak dapat juga dilihat sekitar bangunan:

Jembatan Siak
Jembatan Istana Siak berada sekitar 100 meter disebelah Tenggara kompleks Istana Siak Sri Indrapura. Jembatan tersebut berangka tahun 1899. Dibawah jembatan istana terdapat sungai (parit), diduga dulu sekaligus sebagai parit pertahanan kompleks istana.

Balai kerapatan, interior, bagian dalam istana siakBalai Kerapatan

Balai Kerapatan Tinggi Siak pada masa pemerintahan Sultan Assyaidisyarif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin pada tahun 1889. Bangunan istana menghadap kearah sungai (selatan). Tangga masuk bangunan terbuat dari beton. Balai Kerapatan tinggi Siak dahulu berfungsi sebagai tempat pertemuan (sidang) Sultan dengan Panglima-panglimanya.

Bangunan bertingkat 2, denah persegi 4, berukuran 30, 8 X 30, 2 m dengan tiang utama berupa pilar berbentuk silinder. Lantai bawah bangunan terdiri dari 7 ruang dan lantai atas 3 ruang.


Masjid Syahabuddin
Merupakan masjid Kerajaan Siak, dibangun pada masa pemerintahan Sultan Kasim I. Masjid berdenah 21, 6 X 18, 5 m. Bangunan masjid telah berkali-kali mengalami perbaikan tetapi masih mempertahankan bentuk aslinya.

Makam Sultan Kasim II
Terletak dibelakang masjid Syahabuddin, dimakamkan Sultan Kasim II (Sultan terakhir mangkat pada 23 April 1968. Jirat makam sultan berbentuk 4 undak dari tegel dan marmer berukuran panjang 305 cm. Lebar 153 cm. Dan tinggi 110 m. Nisannya dari kayu berukir motif suluran –suluran. Bentuknya bulat silinder bersudut 8 dengan diameter 26 cm dan kelopak bunga teratai.


Sumber - http://www.pekanbaruriau.com

Friday, July 23, 2010

Mengenang Kembali : 1946

*Beberapa foto dan keratan akhbar pada tahun 1946 yang merupakan tahun bersejarah bagi rakyat Tanah Melayu.














FILEM MELAYU 'SERUAN MERDEKA'
Filem Seruan Merdeka merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1946. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih dan berbahasa Melayu.Filem Seruan Merdeka diarahkan oleh pengarah B.S. Rajhans dan diterbitkan oleh Syarikat Malayan Arts Production. Antara pelakonnya ialah Salleh Ghani sebagai Leftenan Rashid, Rokiah Hanafi, Johar dan Siti Tanjung Perak.
Sumber Foto : 10tahun.blogspot.com & mesra.net

Thursday, July 22, 2010

SULTAN-SULTAN JOHOR SELEPAS PORTUGIS SERANG MELAKA 1511

Sultan Johor I - Sultan Mahmud Shah I (1511-1528)

Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut " Marhum Kampar "


Sultan Johor II - Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali /
Raja Alauddin / 1528-1564)

Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ( Sultan Pahang 5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang 4 ). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut " Datuk Nisan Besar " . Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang 6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavao Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimetrai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut " Marhum Syahid di Acheh ".


Sultan Johor III - Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)

Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mengkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

Sultan Johor IV - Sultan Abd Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil / 1570/ 1571)

Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak saudara kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun. Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.

Sultan Johor V - Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar / 1570/71 - 1597)

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut sebelah anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut " Marhum Batu Sawar ".



Sultan Johor VI - Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur / 1597-1615)

Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu / saudara (berlainan ibu) Raja Abdullah dengan gelaran "Yang Di Pertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar. Pelbagai bangsa datang ke Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan bendahara Tun Sri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan dua puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan keapda Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa semula ke Acheh dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.


Sultan Johor VII - Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur / 1615 -1623)

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut " Marhum Pulau Tambelan ".


Sultan Johor VIII - Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang / 1623-1677)

Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada Januari 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudiannya diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut " Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar ".


Sultan Johor IX - Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau / 1677-1685)

Sultan Ibrahim Shah merupakan anak Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut " Marhum Bongsu ".


Sultan Johor X - Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud / 1685-1699)

Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut " Marhum Padang Saujana ". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai " Marhum Mangkat Di Julang " atau " Marhum Kota Tinggi ".

Sultan Johor XI - Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)

Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai Sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, Istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar " Kota Lama ". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar-kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang di Pertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abd Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut " Marhum Mangkat di Kuala Pahang ".



Sumber resmi Laman web KJR Johor

Tuesday, July 20, 2010

ULASAN WARIS ALMARHUM SULTAN HUSSIN/ SULTAN ALI DITERIMA

Memang benar apa yang dikatakan oleh RajaMenangis, Almarhum Sultan Hussin dan juga anakandanya Almarhum Sultan Ali Iskandar Shah jelas pernah mendapat pelawaan oleh kerajaan British di Tanah Melayu/Singapura utk ditabal menjadi sultan di Melaka, tetapi pade ketika itu Sultan Hussin dan juga sultan ali lebih berminat untuk menjadi sultan di Johor. Tetapi akhirnya sultan Hussin mengakhiri hidup baginda dengan bersemayam di Tengkera Melaka - dan makamnya ada disana, rakyat Melaka ketika itu menganggapnya sebagai Al sultan Melaka. Seterusnya anakandanya Sultan Ali Iskandar Shah juga bersemayam di Umbai melaka, dan membina sebuah istana di Umbai Melaka... Untuk makluman tuan juga Makam Sultan Hussin Shah memang ada di Tengkera Melaka untuk dilawati, manakala anakandanya di makamkan di makam diRaja Masjid Umbai Melaka, ini satu pertanda bahawa warisan dari Sultan Hussin insyallah adalah sultan yang berhak ditabalkan Sultan bagi negeri Melaka yg berdaulat.

Engku Wan Abas,
Cicit panglima kepada Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah.

[ULASAN INI TELAH DIHANTAR DLM RUANG KOMEN BLOG INI]

ISU SULTAN MELAKA MAKIN PANAS

Raja Noor Jan tuntut lagi takhta Kesultanan Melaka



Lima tahun Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah kembali mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan menuntut pengiktirafan Majlis Raja-raja menjelang ulang tahun ke-500 pencerobohan Portugis.

Raja Noor Jan pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005. “Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan (gambar) yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

“Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya. Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir.

Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Melaka menjadi sebuah kota pelabuhan yang tidak diperintah oleh sultan tetapi negeri lain yang diketuai wakil Yang di-Pertuan Agong atau dikenali sebagai Gabenor. “Saya telah menjadi Sultan sejak lima tahun lepas. Tapi tidak dibayar gaji mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya,” kata Raja Noor Jan.

“Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya yang dikenali sebagai Balai Seri Melaka di sini.

Raja Noor Jan mendakwa menjadi ahli perniagaan tetapi menolak untuk memberitahu secara terperinci mengenai kerjanya.

Semalam polis telah menyita kereta Rolls Royce miliknya yang mempunyai lambang Sultan Melaka pada program perniagaan di Serdang. Polis berkata kereta tersebut telah disewa dan lambang Sultan Melaka digunakan untuk meyakinkan pelabur asing.

“Kereta itu digunakan untuk ke program tersebut. Mereka mahu satu sambutan meriah kepada Sultan Melaka, apa salahnya? katanya ketika ditanya mengenai keretanya.

“Saya dijemput untuk merasmikan bangunan tersebut, jadi saya buat keputusan untuk hadir,” tambahnya Raja Noor Jan.


Sumber (c) Oleh Adib Zalkapli www.themalaysianinsider.com

WARISTAKHTA MELAKA - WARIS ALMARHUM SULTAN ALI DAN RAJA NOORJAN




SIAPA PUNYA? WARIS ALMARHUM SULTAN ALI DAN RAJA NOORJAN

Saya terkejut tidak dapat sumber bahan tuntutan waris Almarhum Sultan Ali keatas negeri Melaka, sedangkan saya pernah sibuk satu ketika dulu menyiasat hal tuntutan YM Raja Noorjan. Pada hemat saya, setiap kes ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, tetapi oleh kerana Melaka tidak beraja, maka dalam hal2 berkaitan agama Islam dan adat, tugas di pikul oleh DYMM YDP Agung. Tetapi ini tidak sekali kali bermakna takhta kesultanan Melaka tidak boleh dipulangkan kepada Melaka kerana baru 120 tahun yang lepas kesultanan melaka hampir di sambung semula dibawah British, INIKAN PULA KERAJAAN KITA SENDIRI DALAM 2010

ULASAN DARIPADA WARIS SULTAN ALI

Memang benar apa yang dikatakan oleh RajaMenangis, Almarhum Sultan Hussin dan juga anakandanya Almarhum Sultan Ali Iskandar Shah jelas pernah mendapat pelawaan oleh kerajaan British di Tanah Melayu/Singapura utk ditabal menjadi sultan di Melaka, tetapi pade ketika itu Sultan Hussin dan juga sultan ali lebih berminat untuk menjadi sultan di Johor. Tetapi akhirnya sultan Hussin mengakhiri hidup baginda dengan bersemayam di Tengkera Melaka - dan makamnya ada disana, rakyat Melaka ketika itu menganggapnya sebagai Al sultan Melaka. Seterusnya anakandanya Sultan Ali Iskandar Shah juga bersemayam di Umbai melaka, dan membina sebuah istana di Umbai Melaka... Untuk makluman tuan juga Makam Sultan Hussin Shah memang ada di Tengkera Melaka untuk dilawati, manakala anakandanya di makamkan di makam diRaja Masjid Umbai Melaka, ini satu pertanda bahawa warisan dari Sultan Hussin insyallah adalah sultan yang berhak ditabalkan Sultan bagi negeri Melaka yg berdaulat.

Engku Wan Abas,
Cicit panglima kepada Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah.










Monday, July 19, 2010

Polis tiada kuasa siasat Raja Noor Jan

Polis tiada kuasa siasat Noor Jan



KUALA LUMPUR - Polis tiada kuasa untuk menyiasat gelaran diraja yang digunakan oleh Raja Noor Jan Shah, 53, yang tertera pada plat pendaftaran kereta Rolls Royce yang disita pada satu majlis perasmian bangunan di Bandar Puteri, Puchong Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, dalam kes tersebut, pihaknya hanya memberi tumpuan untuk menyiasat penggunaan nombor pendaftaran palsu pada kereta Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang juga tiada cukai jalan.

"Selain Noor Jan, polis juga akan mengambil keterangan daripada penganjur majlis perasmian bangunan itu yang dimiliki seorang usahawan hartanah global," kata beliau di sini semalam.

Oleh NOR AZIRAN MOHD YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

Ulasan Rajamenangis:

1. Seharusnya memang ini bukanlah bidang Polis. Raja Noorjan tidak menyamar mana-mana Sultan yang hidup.

2. Sultan adalah raja di negeri masing-masing yang berjumlah 9. Tiada sultan yang berkuasa di negeri Melaka setakat ini.

3. Tiada Dewan Adat Diraja di negeri Melaka yang dapat memutuskan kedudukan Raja Noorjan.

4. Ada bukti sejarah bahawa Sultan Hussein Johor pernah di pelawa untuk menjadi Sultan di Melaka [mohon dapat maklumbalas drp pengkaji sejarah budiman]


Friday, July 16, 2010

Khidmat percuma: Bahasa Inggeris?


Pasukan Penyelamat Bahasa Inggeris

RAKYAT Malaysia yang menghadapi sebarang masalah dalam Bahasa Inggeris, baik dari aspek pertuturan atau pemahaman, atau mungkin mahu mendapatkan tip dan bahan yang diperlukan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris boleh mengajukan pertanyaan kepada anggota Pasukan Penyelamat Bahasa Inggeris (ERT) mulai sekarang.

Pasukan yang dianggotai guru-guru British Council yang berpusat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu sedang dalam misi membantu seberapa ramai rakyat Malaysia yang menghadapi masalah dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Melalui inisiatif ini juga, British Council menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang dapat mengesan kesilapan penggunaan bahasa Inggeris di merata-rata tempat di seluruh negara!

Kumpulan ERT kini menawarkan khidmat nasihat, memberi hadiah dan menyeru orang ramai menyertai misi meningkatkan kesedaran dan memantapkan penguasaan bahasa terebut dalam semua peringkat melalui laman web, www.englishrescueteam.com.

KERETA SULTAN MELAKA DIRAMPAS POLIS

SERDANG - Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang tertera nama 'D.Y.M.M Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M Raja Tuah Shah' yang dipercayai digunakan untuk menarik rakyat asing melabur dalam satu perniagaan hartanah global yang dilancarkan di Bandar Puteri, Puchong dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, kereta itu dirampas pukul 1.30 petang ketika ia diletakkan di tempat letak kereta di sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat tempat berlangsungnya majlis perasmian bangunan syarikat tersebut.

"Semasa diperiksa kereta itu tiada cukai jalan, menggunakan nombor pendaftaran palsu. Siasatan mendapati kenderaan itu disewa dari sebuah kedai kereta terpakai," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Difahamkan, kereta itu disewa dengan harga lebih RM600 sehari termasuk bayaran perkhidmatan seorang pemandu.

Menurut beliau, kereta itu dipercayai digunakan oleh syarikat tersebut sebagai gimik bahawa syarikat itu benar-benar berjaya dalam bisnes dan disokong oleh kerabat diraja Kesultanan Melaka. Nama Raja Noor Jan mula menjadi sebutan pada tahun 2006 apabila dia muncul menuntut takhta Kesultanan Melaka. Raja Noor Jan mendakwa dia adalah pewaris sah Raja Alang Abdul Rahman yang merupakan anakanda Sultan Abdullah Mohammad 1, Sultan Perak ke-22.

Mengulas lanjut, Abd. Razak berkata, selain kereta itu polis turut menahan tiga lelaki termasuk pemandu kereta itu. "Pemandu kereta itu merupakan pekerja kedai kereta terpakai tempat kereta itu disewa dan dia yang berusia 35 tahun didapati positif mengambil dadah syabu," kata beliau. Dua lagi lelaki yang ditahan dipercayai menjadi penganjur majlis perasmian bangunan itu.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
www.kosmo.com.my

Thursday, July 15, 2010

KETUA WARIS SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN


KETUA WARIS KERABAT SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN

MENYUSUR LELUHUR WARIS KERABAT SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN
Akhir-akhir ini banyak orang mendakwa sebagai ahli kerabat diraja Melaka dan menuntut supaya ditabalkan sebagai Sultan Melaka. Melaka dari segi sejarah adalah pusat berkembangnya tamadun dan kebudayaan Melayu Islam dan sangat terkenal di dunia sebagai pusat perniagaan di sebelah timur pada abad ke 14 dan 15. Malah Melaka menjadi rebutan kepada bangsa asing dari dunia Barat kerana kekayaan dan kemewahannya. Kedudukan Melaka di tengah-tengah laluan laut kepada kapal-kapal perdagangan Timur-Barat menjadikannya berkembang begitu pesat. Faktor pentadbiran yang baik iaitu sistem pemerintahan beraja oleh orang Melayu dan agama Islam juga menjadi penyebab kemakmuran Melaka.
Melaka telah jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511 tetapi kerajaan dan kedaulatan kesultanan Melayu tidak luput. Sultan Melayu Melaka telah memindahkan pusat pentadbiran ke Johor dan terus menerus menyerang Melaka yang diduduki Portugis kemudian Belanda dan akhirnya Inggeris.
Di era Belanda dan Inggeris pada abad ke 19, empayar kesultanan Melayu dipecah-pecah dan terbahagi kepada dua kesultanan. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah mewujudkan sultan Melayu di bawah kawalan Belanda berpusat di Riau dan sultan Melayu di bawah pengaruh Inggeris berpusat di Singapura. Sultan Abdul Rahman di Riau dan Sultan Hussein di Singapura adalah putera Sultan Mahmud yang memerintah kesultanan Melayu Johor yang wujud dari kesinambungan daripada kerajaan Melayu Melaka. Kedua-dua kuasa dan keturunan dua sultan ini akhirnya dimatikan atau dibekukan oleh Belanda dan Inggeris dengan tipu helah.
Mengikut ahli waris sultan Hussein, baginda telah dinasihatkan oleh Inggeris supaya tinggal dan memerintah kawasan Kesang yang dikhaskan kepada baginda dan waris-waris baginda turun temurun. Inggeris juga membenarkan Melaka untuk dijadikan kota pusat pemerintahan baginda disamping terus bersahabat dengan Inggeris.
Sehubungan itu, Sultan Hussein telah berpindah ke Melaka dan tinggal di Tengkera, kawasan tradisional kaum kerabat sultan Melayu Melaka dan mangkat di situ. Baginda telah diganti oleh putera baginda Tengku Ali yang telah menjadi sultan bagi daerah Kesang-Muar. Baginda tinggal di Umbai kerana terdapat makam nenda baginda dan akhirnya baginda juga mangkat dan dikebumikan di Umbai Melaka.
Nasib Sultan Ali adalah serupa seperti ayahanda baginda yang menjadi malang dan terus dalam kedukaan kerana muslihat dan tipu helah Inggeris. Melaka terus menjadi tanah jajahan Inggeris, tidak sebagaimana disangka oleh Sultan Hussein dan Sultan Ali yang yakin dengan janji manis Inggeris untuk membenarkan baginda menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan kerajaan baginda. Pada kenyataannya, sultan hanya dibenarkan tinggal di Melaka dan dikawal terus oleh Inggeris sehinggalah baginda mangkat.
Di era abad ke duapuluh ini pula, orang-orang Melayu menyaksikan bagaimana kerajaan Singapura mematikan kedaulatan waris dan kerabat Sultan Hussein di Singapura dengan mengambilalih Istana dan kawasan Kampung Gelam menjadi pusat kebudayaan Melayu yang hanya bertaraf sebagai pusat pelancongan.
Di waktu yang sama tidak kurang juga nasib yang serupa terhadap keturunan waris sultan Ali di Semenanjung. Mereka hilang kuasa setelah Tengku Alam gagal menobatkan diri sebagai sultan penganti ayahanda baginda Sultan Ali. Inggeris telah menjalankan tipuhelahnya dan selepas Perang Jementah 1879, Tengku Alam telah ditangkap dan dikuarentin di Singapura hinggalah baginda mangkat.
Kerajaan baginda di kawasan Muar-Kesang diperintah oleh Sultan Abu Bakar dan sehingga pada hari ini telah menjadi sebahagian negeri Johor dengan Tanah Takluk Jajajahannya. Walaupun begitu tuntutan hak terus menerus berlaku tetapi menjadi begitu komplikasi dan terabai kerana perkembangan politik semasa yang melanda Johor dan Tanah Melayu sehingga akhirnya terbentuk sebuah negara, Malaysia.
Mimpi buruk kepada ahli keluarga dan waris sultan Ali berterusan dalam marga mereka sendiri. Walaupun tiada lagi berniat derhaka mahupun permusuhan kecuali taat dan setia kepada sultan Johor dan kerajaan Malaysia, mereka sebenarnya terus melestarikan kedaulatan yang telah tiada ini dalam marga mereka. Sehingga kini terdapat beberapa entiti yang bergerak bersendirian dalam lingkungan yang terbatas. Mereka telah bergaul, bernikah dan menjadi rakyat biasa. Hanya satu keluarga yang menonjol iaitu keluarga Engku Saidin bin Engku Mahmud yang masih kuat dan sampai ke kerabat di raja sultan Pahang. Manakala disebelah isterinya Tengku Raimie sampai kepada Sultan Ali. Hanya keluarga ini yang masih ada organisasi tidak rasmi yang ada Bendaharanya, Temenggong, Laksamana, Panglima yang dilantik mengikut keturunan.
Kini, struktur organisasi tradisional ini diwarisi dan diaktifkan oleh anakanda beliau Engku Khairul Azuan bin Engku Saidin. Keadaannya masih terbatas dalam marga mereka sendiri tetapi ada kemajuan kerana kesahihan mereka dimaklumi oleh kerabat di raja Pahang dan Kerabat diraja Johor walaupun tidak secara rasmi. Ini adalah disebabkan hubungan sirahturahim kebiasaan yang berterusan. Darah keturunan dan persaudaraan masih bertaut. Struktur Organisasi walau hanya seperti bayangan pada Engku Khairul Azuan bin Engku Saidin ini, juga dimaklumi dan ada kerjasama dengan Persatuan Waris dan Keturunan Temenggong Muar (PEWARIS), Persatuan Waris dan Kerabat Sultan Hussein Singapura, Persatuan Waris dan Kerabat Bendahara Johor, dan Waris dan Kerabat diraja Pahang.
Terdapat juga keunikan pemegang jawatan atau jabatan iaitu seperti Bendahara, Temenggong dan Laksamana kepada Engku Khairul kerana mereka juga adalah dari darah keturunan raja atau saudara mara kerabat. Seperti Tun Bendahara iaitu bendahara kepada Engku Khairul berstatus atau pangkat bapa saudara pupu beliau dan darah keturunannya sampai kepada kerabat di raja Negeri Sembilan dan juga kerabaat diraja Pahang di samping Melaka dan Kesultanan Cerebon. Mereka yang dilantik, meskipun tidak bergantung kepada kelulusan tinggi akademik tetapi mesti mempunyai tabal atau alat kebesaran warisan keluarga. Dan kesahihan sekuturunan diraja atau kerabat walaupun mereka telah didiskriminasi dan menjadi orang biasa adalah dimaklumi dan diketahui.
Di atas jasa dan sumbangan keluarga ini terhadap Yayasan Sulami yang aktif dengan program-program kebajikan dan amal bakti, keihsanan di Banda Hilir, Umbai, Serkam, Bukit Katil, Merlimau, Sungai Rambai dan Alai, maka Yayasan Sulami yang berpusat di Alai Melaka merakam jutaan terima kasih kepada keluarga Engku Khairul Azuan bin Engku Saedin. Yayasan ini mendokong penuh dan berharap dan berdoa semoga keluarga beliau terus berbakti kepada masyarakat yang tidak bernasib baik, beramal bakti samada secara rahsia atau sembunyi mahupun terang. Yayasan Sulami juga menyokong dan mendokong YM Engku Khairul Azuan menerajui Persatuan Waris Kerabat Sultan Ali Ibni Sultan Hussein di Melaka mahupun seluruh Malaysia.
Yayasan Sulami amat mengkagumi kerja-kerja amal, bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh ahli keluarga beliau walaupun mengetahui mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan dan kuasa. Yayasan Sulami juga amat prihatin mengenai nasib kerabat dan waris Sultan Ali ibn Sultan Hussein yang tertindas oleh perlakuan penjajah Inggeris.
Akhir sekali Yayasan Sulami menyeru dan merayu kepada sesiapa yang perihatin agar sama-sama menyokong dan mendokong segala perkerjaan baik, beramal maaruf dan mencegah kemungkaran, membela kepada fakir dan insan yang tidak bernasib baik terutama anak-anak yatim dan mereka yang teraniaya.


Sumber (c) http://wariskesultananmelaka-yayasansulami.blogspot.com