ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, July 19, 2010

Polis tiada kuasa siasat Raja Noor Jan

Polis tiada kuasa siasat Noor Jan



KUALA LUMPUR - Polis tiada kuasa untuk menyiasat gelaran diraja yang digunakan oleh Raja Noor Jan Shah, 53, yang tertera pada plat pendaftaran kereta Rolls Royce yang disita pada satu majlis perasmian bangunan di Bandar Puteri, Puchong Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, dalam kes tersebut, pihaknya hanya memberi tumpuan untuk menyiasat penggunaan nombor pendaftaran palsu pada kereta Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang juga tiada cukai jalan.

"Selain Noor Jan, polis juga akan mengambil keterangan daripada penganjur majlis perasmian bangunan itu yang dimiliki seorang usahawan hartanah global," kata beliau di sini semalam.

Oleh NOR AZIRAN MOHD YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

Ulasan Rajamenangis:

1. Seharusnya memang ini bukanlah bidang Polis. Raja Noorjan tidak menyamar mana-mana Sultan yang hidup.

2. Sultan adalah raja di negeri masing-masing yang berjumlah 9. Tiada sultan yang berkuasa di negeri Melaka setakat ini.

3. Tiada Dewan Adat Diraja di negeri Melaka yang dapat memutuskan kedudukan Raja Noorjan.

4. Ada bukti sejarah bahawa Sultan Hussein Johor pernah di pelawa untuk menjadi Sultan di Melaka [mohon dapat maklumbalas drp pengkaji sejarah budiman]


2 comments:

  1. memang benar apa yang dikatakan oleh saudara raja menangis, sultan hussin shah, dan juga anakandanya sultan ali iskandar shah pernah mendapat pelawaan oleh kerajaan british utk menjadi sultan di melaka, tetapi pade mase itu sultan hussin dan juga sultan ali lebih berminat utk jdik sultan di johor.tapi akhirnya sultan hussin mengakhiri hidupnya dengan bersemayam di tengkera melaka, rakyat melaka ketika itu menganggapnya sebagai sultan melaka.seterusnya anakandanya sultan ali iskandar shah juga bersemayam di umbai melaka, dan membina sebuah istana di umbai melaka..Untuk makluman juga makam sultan hussin shah di tengkera melaka, manakala anakandanya di makamkan di makam diraja masjid umbai melaka, ini satu pertanda bahawa warisan dari sultan hussin shah insyallah akan menjadi sultan bg negeri melaka yg berdaulat dari dinasti baru yg akan membawa panji-panji hitam bersamanya.

    engku wan abas, cicit panglima kepda tengku alam shah ibni sultan ali iskandar shah.

    ReplyDelete
  2. Saya terkejut tidak dapat sumber bahan tuntutan waris Sultan Ali keatas Melaka, sedangkan saya pernah sibuk satu ketika menyiasat hal tuntutan Raja Noorjan.

    Pada hemat saya, setiap kes ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, tetapi oleh kerana Melaka tidak beraja, maka dalam keadaan tertentu khasnya hal2 berkaitan agama dan adat, di pikul oleh DYMM YDP Agung. Tetapi ini tidak bermakna takhta kesultanan Melaka tidak boleh dipulangkan kepada Melaka kerana baru 120 tahun yang lepas kesultanan melaka hampir di sambug semula dibawah British, INIKAN PULA KERAJAAN MELAYU 2010.


    RajaMenangis-

    ReplyDelete