ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, July 20, 2010

ISU SULTAN MELAKA MAKIN PANAS

Raja Noor Jan tuntut lagi takhta Kesultanan Melaka



Lima tahun Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah kembali mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka dan menuntut pengiktirafan Majlis Raja-raja menjelang ulang tahun ke-500 pencerobohan Portugis.

Raja Noor Jan pernah mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005. “Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan (gambar) yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857.

“Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya. Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir.

Sejak penjajahan Portugis pada 1511, Melaka menjadi sebuah kota pelabuhan yang tidak diperintah oleh sultan tetapi negeri lain yang diketuai wakil Yang di-Pertuan Agong atau dikenali sebagai Gabenor. “Saya telah menjadi Sultan sejak lima tahun lepas. Tapi tidak dibayar gaji mungkin mereka membisu kerana enggan membayar saya,” kata Raja Noor Jan.

“Jadi saya tidak mahu tampil. Bila saya ada wang baru saya akan membuat beberapa perancangan. Saya telah menggunakan wang sendiri,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya yang dikenali sebagai Balai Seri Melaka di sini.

Raja Noor Jan mendakwa menjadi ahli perniagaan tetapi menolak untuk memberitahu secara terperinci mengenai kerjanya.

Semalam polis telah menyita kereta Rolls Royce miliknya yang mempunyai lambang Sultan Melaka pada program perniagaan di Serdang. Polis berkata kereta tersebut telah disewa dan lambang Sultan Melaka digunakan untuk meyakinkan pelabur asing.

“Kereta itu digunakan untuk ke program tersebut. Mereka mahu satu sambutan meriah kepada Sultan Melaka, apa salahnya? katanya ketika ditanya mengenai keretanya.

“Saya dijemput untuk merasmikan bangunan tersebut, jadi saya buat keputusan untuk hadir,” tambahnya Raja Noor Jan.


Sumber (c) Oleh Adib Zalkapli www.themalaysianinsider.com

3 comments:

  1. apa lah noor jan ni, belum apa2 lagi dah tuntut gaji sebagai sultan melaka dari kerajaan, nampak sangat motif utamanya utk jadik sultan melaka adalah nak buat duit, bukan nak jadik payung kepada agama, bangsa, dan tanah air..

    kalau mcm ni lah dia memang tak layak jadik sultan melaka buat pehabis boras je nanti.


    hamba rakyat yg inginkan sultan melaka kembali wujud.

    ReplyDelete
  2. OLEH SEBAB KEMELUT NI DAH LAMA, HARAP2 MAJLIS RAJA2 @ PIHAK KEMENTERIAN WARISAN DLL LEKAS2 KELUARKAN KENYATAAN SAMADA RAJA NOORJAN BERHAK ATAU LAIN-LAIN PIHAK. INI UTK MENGELAK HAL NI BERLANJUTAN BEGITU AJE...

    HARU BIRU JADINYA !!!!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Harus difahami Raja mempunyai banyak rahsia yang dipegang atau yang diamanahkannya..

    Raja yang sejati mampu menceritakan kembali rahsia Kitab Suci..bongkar segala rahsia ugama-ugama..malah rahsia Melaka pun bisa dibongkarkan juga, Puteri Gunung Ledang, Keris Taming Sari, Nama sebenar Hang Tuah,Hang Jebat,Puteri Gunong Ledang,kaitan dengan Tanah Jawa dsbgnya...

    Kisah Melaka dan Tanah Jawa-Seberang, tidak mustahil rakyat mereka ingin raja kembali...


    Cubaan/ujian tetap ada...

    daripada ada, tiada, mau diadakan kembali...

    Yang penting berpandu kepada 1Kitab Suci...1Islam..1Malaysia


    Dari Meloko

    ReplyDelete