ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, July 20, 2010

ULASAN WARIS ALMARHUM SULTAN HUSSIN/ SULTAN ALI DITERIMA

Memang benar apa yang dikatakan oleh RajaMenangis, Almarhum Sultan Hussin dan juga anakandanya Almarhum Sultan Ali Iskandar Shah jelas pernah mendapat pelawaan oleh kerajaan British di Tanah Melayu/Singapura utk ditabal menjadi sultan di Melaka, tetapi pade ketika itu Sultan Hussin dan juga sultan ali lebih berminat untuk menjadi sultan di Johor. Tetapi akhirnya sultan Hussin mengakhiri hidup baginda dengan bersemayam di Tengkera Melaka - dan makamnya ada disana, rakyat Melaka ketika itu menganggapnya sebagai Al sultan Melaka. Seterusnya anakandanya Sultan Ali Iskandar Shah juga bersemayam di Umbai melaka, dan membina sebuah istana di Umbai Melaka... Untuk makluman tuan juga Makam Sultan Hussin Shah memang ada di Tengkera Melaka untuk dilawati, manakala anakandanya di makamkan di makam diRaja Masjid Umbai Melaka, ini satu pertanda bahawa warisan dari Sultan Hussin insyallah adalah sultan yang berhak ditabalkan Sultan bagi negeri Melaka yg berdaulat.

Engku Wan Abas,
Cicit panglima kepada Tengku Alam Shah ibni Sultan Ali Iskandar Shah.

[ULASAN INI TELAH DIHANTAR DLM RUANG KOMEN BLOG INI]

4 comments:

  1. Apakah blog atau laman web utama waris-waris Sultan Husin dan Sultan Ali? T kasih.


    Sesawang merah

    ReplyDelete
  2. http://royalkesang.blogspot.com/.

    ini blog rasmi kerabat diraja sultan ali iskandar shah.


    kerabat sultan ali.

    ReplyDelete
  3. Assm,saya waris ke 7 Sultan Hussein,sila hubungi hp +65 83007777.dr Tengku Shawal Aziz,Wassalam.

    ReplyDelete
  4. As Salam..... Admin terlepas pandang keturunan Tengku Mahmood ibni Sultan Ali Singapura (Tengku Chik Melaka) Putera Sultan Ali dengan Cik Simbok. Tengku Mahmood telah berhijrah ke Terengganu dan berkahwin dengan kerabat Raja Terengganu. Keturunannya kini ramai berada di Terengganu. Wallahu'alam

    ReplyDelete