
Di antara kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan itu ialah:
1. Syarat-syarat bagi melantik atau menabalkan Sultan serta menetapkan wang-wang perbelanjaan dan aturan-aturan bagi menggantikan Sultan Johor itu hingga berketurunan;
2. Peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri;
3. Aturan-aturan berkenaan dengan agama Islam dalam negeri Johor;
4. Menetapkan asas hukuman-hukuman undang-undang yang akan dijalankan di dalam mahkamah-mahkamah keadilan; dan
5. Mengenai perjanjian dengan negara-negara asing.
Sejak 1895, Undang-undang Tubuh Negeri Johor telah dipinda empat kali:- * Pindaan Pertama (1 April 1908) * Pindaan Kedua (17 September 1912) * Pindaan Ketiga (12 Mei 1914) * Pindaan Keempat (17 Julai 1918)

Undang-undang Tubuh Negeri Johor telah memainkan peranan penting di kalangan masyarakat Melayu semasa menentang penubuhan Malayan Union. Faktor utama penentangan adalah kerana kesemua Sultan di Negeri-negeri Melayu akan hilang kuasa dan kedaulatan mereka terhadap negeri masing-masing, serta disebabkan cara Sir Harold MacMichael mengugut untuk mendapatkan tandatangan para Sultan.

Sebagai maklum balas terhadap penentangan tersebut, baginda menganjurkan perhimpunan agung pertama UMNO di istana baginda di Johor Bahru pada Mei 1946. Beliau turut sama memboikot perlantikan gabenor pertama Malayan Union. Hasil daripada kejayaan orang-orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union, para pemimpin negeri-negeri Melayu yang lain turut menggunakan Undang-undang Tubuh Negeri Johor sebagai model bagi perlembagaan masing-masing bagi melindungi kedaulatan negeri-negeri Melayu.
so proud to be anak johor!
ReplyDelete