ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, June 1, 2010

Gempar! Melaka diasaskan tahun 1262 - Rasmi

Kerajaan Melayu Melaka diasaskan tahun 1262 - Penyelidik

MELAKA - Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri Melaka menemui tarikh baru kerajaan Melayu Melaka diasaskan iaitu pada tahun 1262, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, penemuan tarikh baru itu sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 1278 oleh pasukan penyelidik itu pada bulan lepas.

"Dengan penemuan tarikh baru itu (1262) juga menolak pendapat penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) di sini, hari ini.

Pasukan penyelidik dengan sembilan anggota termasuk pakar sejarah dari universiti tempatan, dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mereka diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lepas.

Mohd Ali berkata, pasukan penyelidik berkenaan memilih tahun 1262 itu berdasarkan kepada sumber daripada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang Sultan Johor yang merupakan pemilik naskah tersebut. - Bernama

2 comments:

  1. yup, memang dah banyak versi dan catatan sejarah menyatakan bahawa tarikh kerajaan melaka diasaskan lebih awal dari yang dicatatkan sekarang. termasuk juga tarikh kedatangan islam ke tanah malaka.

    ReplyDelete
  2. kerajaan melayu melaka ke kerajaan melayu di semenanjung melaka????..confius...

    ReplyDelete