ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, September 30, 2012

Pertahankan apa yang telah berbina - Sultan Mizan


KUALA TERENGGANU 30 Sept. - Rakyat perlu bermuafakat bagi mempertahankan keamanan, kedamaian serta kestabilan yang wujud sejak sekian lama, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Baginda mengingatkan, rakyat jangan sesekali merosakkan apa yang telah terbina dan terus berpadu menghadapi masa depan yang makin mencabar.
“Beta suka mengingatkan rakyat bahawa jangan kita lupa kemakmuran dan kedamaian yang telah digenggam.
“Rakyat hendaklah terus bersatu padu walaupun mempunyai latar belakang budaya, adat resam dan fahaman yang berbeza," titah baginda.
Sultan Mizan yang diiringi oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri di Istana Maziah di sini hari ini sempena perayaan Ulang Tahun ke-50 Hari Keputeraan baginda.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah serta pembesar dan kenamaan negeri.
Baginda bersyukur kerana rakyat, khususnya di negeri ini terus bersatu padu dan menjalankan kehidupan dalam suasana aman damai. - UTUSAN

0 comments:

Post a Comment