ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, May 29, 2010

Kongres Ekonomi Bumiputera : MBE

Pada 29 Mei 2010, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, berlangsung KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA : MBE. Ia dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu, MPM dengan tajuk 'Memperkasakan Ekonomi Bumiputera'.

Majlis Perundingan Melayu yang dianggotai lebih 100 NGO Melayu mengambil daya usaha menganjurkan kongres tersebut dengan niat murni untuk memelihara kelangsungabn dan menjaga kepentingan Umat Melayu dan Bumiputera seluruhnya. (Memetik kata-kata Pengerusi Kongres MPM merangkap Presiden PERKASA).

Antara Pengulas yang telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka adalah:
* YB Senator Datuk Akbar Ali
(Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Bekas Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Melaka)

* Y.Bhg,Dato' Prof. Dr. Hajah Ramlah Adam
(Pensyarah UiTM)

* Y.Bhg.Dato' Halipah Esa
(Bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, EPU, Jabatan Perdana Menteri)

* En Rajani Ramlan
(Pengurus Besar Yayasan Kajian Dewan Perniagaan & Perindustrian Melayu Malaysia, DPPMM)

* Y.Bhg. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Kachar
(Presiden PPPMM)

Majlis Makan Malam & Perasmian Penutup disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

0 comments:

Post a Comment