ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, May 31, 2010

Buku merah MODEL EKONOMI BARU tidak sesuai




MODEL EKONOMI BARU

Buku merah Model Baru Ekonomi (MBE) yang disediakan oleh pakar-pakar dari Majlis Penasihat Ekonomi Negara (Mapen) sebelum ini tidak boleh digunapakai kerana ia mengetepikan agenda Melayu, kata Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata, buku merah itu mengkhianati orang Melayu kerana hanya dua kali menyebut perkataan bumiputera di dalamnya.

‘‘Ia jelas menunjukkan tiada ayat atau kenyataan yang menunjukkan agenda Melayu diambil kira, sedangkan hak-hak istimewa orang Melayu telah dijamin dalam Perlembagaan dan oleh itu, ia menyalahi Perlembagaan.

‘‘Sehubungan itu, Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran MPM semalam menolak bulat-bulat buku merah itu dan kita menggantikannya dengan 31 resolusi yang kita sampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran MPM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan MBE masih belum dimuktamadkan.

Beliau berkata, cadangan MBE bukan bermaksud kerajaan mengetepikan agenda Melayu dan bumiputera tetapi ia merupakan cadangan daripada pakar-pakar untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara supaya mampu bersaing di peringkat dunia.

Mohd. Hilmi yang juga Timbalan Pengerusi Kongres Ekonomi Bumiputera berkata, panel-panel Melayu dalam Mapen yang menggubal buku merah itu juga mengkhianati orang Melayu.

Katanya, mereka sepatutnya mengemukakan fakta-fakta mengenai kontrak sosial dan sejarah pembentukan negara kepada pakar-pakar luar negara yang terlibat menggubal buku tersebut.

‘‘Saya tidak salahkan pakar-pakar dari luar kerana mereka tidak melihat kepada sejarah terbentuknya Malaysia tetapi hanya dari sudut global,” katanya sambil menyatakan pihaknya menyambut baik kenyataan Perdana Menteri mengenai MBE.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua orang Melayu supaya membaca 31 resolusi tersebut yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hari ini dan esok.

Katanya, resolusi itu perlu difahami oleh orang Melayu kerana ia menyatakan hala tuju sebenar negara ini dan usaha untuk memajukan ekonomi dan sosial orang Melayu dalam pelbagai bidang.

Oleh AMIZUL TUNIZAR
AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my

1 comment:

  1. Guna saja model ekonomi islam habis cerita.. nyahkan ekonomi kapitalis barat..!!

    Bawa para ulamak bincang tentang ekonomi islam bukannya bersekongkol dgn Tan Seri Vinsent Tan bicang ekonomi negara kita..

    Apa sikapir tu tahu.. sudahnya dicadangkan kerajaan meluluskan lesen judi Bola sepak piala dunia 2010 ( termasuk juga liga inggeris, sepanyol, itali dan german ) bagi menjana ekonomi negara.. bukakah bahalol namanya...

    Kalau org islam tak marah tak patut..!!

    jangan pulak kata org melayu yang menetang lesen judi sebagai anti kerajaan.. kalau dah tak betul kena bangkit menentang sbb kita ingin pertahankan agama islam bukannya pertahan bangsa...

    Sebab perjuangan yang diredhai oleh Allah hanyalah perjuangan kerana Islam bukannya perjuangan kerana Bangsa..

    " ALLAH MENGLAKNAT KEPADA SESIAPA YANG BERJUANG ATAS DASAR BANGSA "

    Kalau Allah sendiri yang menglaknat perjuangan kerana Bangsa kat manalah tempatnya kita di akhirat nanti agaknya..??

    ReplyDelete