ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, August 17, 2010

Risikan: PERLEMBAGAAN VERSI BARU DI API APIKAN


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa ada individu tertentu mengambil kesempatan menghasilkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Katanya, beliau difahamkan sekarang ini sudah ada perlembagaan baru dibuat di Alor Setar, Kedah dengan isi kandungannya antara lain menyebut mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

"Kebetulan saya berceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang memberikan saya tiga buku perlembagaan (baru) yang dikehendaki oleh pihak tertentu," katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, semalam.

Hadir sama, Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Profesor Datuk Dr Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin yang turut menjadi panel pada program itu.

Kira-kira 300 orang melibatkan ahli GMP, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.

Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.

"Kenapa kita berpecah belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam. Sepatutnya kita semua bersatu. Saya tidak suruh hapuskan parti, tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak mereka," katanya.

Ditanya berhubung individu yang terbabit dalam penghasilan perlembagaan baru itu, Harussani enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Harussani berkata, generasi muda harus bersatu padu bagi memastikan perpaduan dalam kalangan orang Melayu terjamin.

“Mereka perlu diberi kesedaran dengan menyertai wacana seperti supaya minda lebih terbuka bagi memelihara kepentingan hak orang Melayu yang semakin dipinggirkan," katanya.


DALAM PADA ITU Rakyat negara ini diperingatkan bahawa sebarang cadangan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan boleh membawa padah negatif yang menyusahkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, ini kerana ia semacam membuka ‘empangan bah sosiopolitik’ yang amat besar dan meluas implikasinya.

Dalam aspek ini, beliau khuatir kepentingan-kepentingan kontrak sosial sedia ada mungkin pecah dan merugikan banyak pihak terutama orang Melayu.

‘‘Sesuatu pindaan perlembagaan negara tidak harus dianggap mudah.

‘‘Cadangan itu juga bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang meletakkan ‘penerimaan’ sebagai salah satu tiangnya.

‘‘Pada masa ini, cadangan itu tidak mungkin lantaran tiadanya kuasa dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Lagipun perpecahan Melayu kini di bawah pelbagai badan politik tidak mengharuskan cadangan tersebut.

Apa-apa cadangan meminda perlembagaan dalam masa terdekat akan membawa implikasi berat yang menyukarkan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.



SUMBER:
UTUSAN MALAYSIA
SINAR HARIAN

3 comments:

  1. Salam....

    Selagi melayu berbahasa melayu, selagi tiongkok berbahasa mereka yang berbagai-bagai, juga etnik lain giat memertabatkan bahasa mereka,selagi pakaian ke sekolah berbeza-besa mengikut etnik yang mereka perjuangkan, selagi itulah mereka tidak senang dengan melayu. Siapa yang banyak wang merekalah yang berkuasa, menjadi jaguh monopoli ekonomi di Tanah Melayu senanglah bagi mereka mengatur gerak gempur menindas golongan mejoriti.

    Perlu diingat bangsa israel walaupun minoriti tetapi mereka berjaya menindas bangsa arab yang mejoriti dengan kejam dan licik, semuanya disebabkan merekalah yang menguasai ekonomi dalam sistem monopoli licit.

    Kenapa orang melayu tidak mahu menyelesaikan masaalah mereka dengan merujuk Al Quran.

    Kalau dah banyak sangat kitab inilah jadinya haru biru, pandangan dan ilmu mengikut kitab masing-masing dan berakhir dengan tiada penyelesaian penyudah.

    Al Quran adalah kitab petunjuk yang tiada keraguan, kenapa kitab lain yang dirujuk untuk menyelesaikan masaalah.

    2:2

    dabong

    ReplyDelete
  2. Tanah Melayu ni khas untuk Orang Melayu... tapi Bila dah pemurah... dan bila yang tumpang semangkuk (pendatang Tanah Besar China dan India) dah seperti kadok naik junjung maka terbatal jua sumpah dan janji...Sekarang Cacing sudah sampai ke mata...

    Dato P5 Harimau Al Darus

    ReplyDelete
  3. Rajamenangis sentiasa moderate dalam pegangan kami dalam isu ini. Apabila isu kepala lembu meletus di Shah Alam, kami menyebelahi kaum India dan membantah perlakuan menarik kepala lembu di jalan raya semasa orang2 Melayu protest disana. Kami menyokong usaha mempertahankan hak istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Kami tonjolkan hak Sabah dan Sarawak dibawah perjanjian 20 point dan 19 point. Kami ujarkan kesamaan dibawah perlembagaan persekutuan.

    Cuma ada sedikit saja peruntukan untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan ini di pertahankan oleh undang-undang sebagai simbol terakhir hak orang-orang Melayu. Semenanjung Tanah Melayu ini secara tiba-tiba dibanjiri oleh kaum lain selepas peperangan dunia kedua (ada 2 fasa, pertama era 1850an keatas dan kedua, selepas Jepun menyerah). Di dalam kedua dua fasa ini, British membawa masuk kaum2 lain untuk bekerja di Tanah Melayu dan tidak sekali kali mereka adalah warganegara, kerana mereka disini atas pas kerja, bukan pas warga. Adalah benar dan adalah tepat, kerajaan British memberikan secara sekaligus memberikan status warganegara atau taraf kerakyatan kepada pekerja pekerja luar tadi dan oleh itu, jumlah

    warga dari China (khasnya) mendadak naik, hampir 50-50!. Dalam tahun 1931 sahaja, ada data British yang menunjukkan kaum bukan melayu melebihi kaum Melayu di Malaya! British sedar hal ini, bukan tak sedar, LANTAS mekanisma diwujudkan bagi mengelakkan hak orang Melayu terjejas atau terus hilang khanya hak sultan dan hak tanah orang Melayu serta hak Agama Islam dan adat Melayu yg mungkin pudar akibat kebanjiran budaya luar. Namun, dalam sebuah negara yang berwawasan, kaum Cina dan India adalah tetap sama rata dgn kaum Melayu dibawah undang-undang dan dibawah Rukun Negara, dan usaha perlu dimantapkan bagi mengukuhkan perasaan kekitaan dala msebuah negara Malaysia moden tanpa mempersoalkan isu Islam, adat dan sultan2 Melayu dan sedikit hak ekonomi Melayu (dan hak orang Borneo!!) yang tetap mundur dan perlu di awasi oleh YDP Agung.

    KAMI TIDAK SYAK LAGI KERANA BEKAS KETUA HAKIM NEGARA YANG DI HORMATI SEMUA ALLAHYARHAM YAA TUN SUFIAN HASHIM SENDIRI TELAH MENGATAKAN HAL INI SECARA TERBUKA DALAM UCAPAN BELIAU DI INDIA.

    --RajaMenangis

    ReplyDelete