ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, August 20, 2010

KUALA LUMPUR BERMANDI AIR BUKAN DARAH

Banjir di Padang Kelab Selangor pada tahun 1902. Warga Kuala Lumpur ketika itu menjadikan kereta lembu sebagai pengangkutan. Pada tahun 1926 berlaku 'The Great Flood of Malaya' dan sebahagian besar Kuala Lumpur ditenggelami air sedalam 1 meter. Di beberapa tempat lain di Malaya, dikatakan banjir teruk sehingga yang kelihatan hanya puncak pokok kelapa. Di ibukota, pekerja pejabat dan pekedai menaiki sampan ke destinasi mereka. Setelah air surut, Chartered Bank menjemur berjuta-juta helaian wang untuk dikeringkan di Padang Kelab Selangor.

Banjir di Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor (Bangunan Sultan Abdul Samad di hadapan Dataran Merdeka) pada tahun 1921. Banjir tahun 1930 pula mencecah paras tebing Sungai Gombak. Ramai orang berpeluang menyaksikan bangkai seekor harimau dibawa arus air banjir yang deras. Menjelang akhir 1930an, warga Kuala Lumpur berjumlah 140,000 orang. Di seluruh Malaya, terdapat 20,000 kereta persendirian, 2,500 motosikal, 1,500 buah bas, 1,000 teksi dan 5,000 buah lori.

3 comments:

  1. Drp lesen L, jadi Lesen Lulus - topic choice :)

    SA

    ReplyDelete
  2. Asal usul Kuala lumpur,

    Berkongsi pengetahuan apa Prof Emeritus Khoo Kay Kim mengenai Kuala Lumpur. Kuala Lumpur dinamakan atas sebuah sungai bernama Sungai Lumpur (kini Sg Gombak). Nama sebuah Kuala mengikut amalan orang Melayu akan dinamakan berdasarkan nama tempat seperti Kuala Linggi (ada tempat nama Linggi), Kuala Perlis (ada tempat nama Perlis), kuala Kangsar (ada tempat nama kangsar), Kuala Trengganu, Kuala Lipis dan sebagainya.

    Kesimpulan saya pula, kalau begitu, bermakna Kuala Lumpur adalah penempatan asal orang Melayu.

    Dr Abdul Rani Kamarudin

    ReplyDelete