ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, August 23, 2010

MAKA AKU MENCERITAKAN


MAKA AKU MENCERITAKAN ...

Kau manusia paling berani
kau memerdekakan semangatku
beredarlah sendu kesedihan
bermulalah cahaya pesta
kini tanah air kegeringan
di manakah hendak ku cari
ubat pusaka pimpinanmu

penawar jatidiri kewibawaanmu
kau sirna di dunia ini
aku berhajat meraih keinsafan
menerajang kepincangan kini
sepeninggalanmu Tunku
gusar nampak tanahku, Tanah Melayu

Maafkan aku
cuai tidak ziarahi pusaramu
namun tetap aku terhutang budi
pemergianmu seolah sunyi

Tanah Melayu terdampar sepi
menyendiri di alis matahari
di sebalik kilauan domba
seiras jiwa sebuah negara muda
kau sang penyelamat satria negara
pengorbananmu yang menyayat hati
Oh maafkanku Tunku
airmata ini menitis di pusara mu
semakin ku sapu
semakin menitis laju

Kekallah kau tiada putus budimu
sesungguhnya tiada terhakis pudar
biar zaman berubah

dan naluri semakin gusar
suatu kisah perhambaanmu
merdeka ini untuk kau dan aku
ku doa selamatlah, sejahteralah
kini kau tamu Tuhanku
terima kasih Tunku kerana hadiahmu
Selamat Hari Merdeka buatmu.


~~ NUKILAN RAJAMENANGIS ~~

9 comments:

  1. Shali,

    Sajak Merdeka yg cukup jitu, mampu meraih semangat Tunku supaya kita jadi bangsa yg terus cemerlang biar apa pun datang menghalang !!

    Zai

    ReplyDelete
  2. INI DIA HASIL PERJUANGAN YANG BERTERASKAN SEMANGAT KEBANGSAAN..

    GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

    Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

    "Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

    "Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

    "Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

    Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

    "Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

    "Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

    Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

    "Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

    Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

    Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

    Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

    29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

    Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

    Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu..

    Persoalannya sampai bila UMNO nak menipu org melayu..??

    Kenapa dalam ramai2 pemimpin UMNO di Parliment tidak bangkit mempersoalkan saham bumiputera yg telah lesap itu kepada Perdana Menteri?

    Mengapa menteri2 UMNO tidak berani menubuhkan Suruhanjaya diraja bagi menyiasat kehilangan tersebut..??

    Malulah sikit si cina Guan Eng yang bangkit mempersoalkan kehilangan tersebut serta mendesak ditubuhkan Suruhanjaya diraja bagi menyiasat kehilangan tersebut..

    si cina yg korang tuduh sebagai Kaffir Harbi ni yang bangkit mempertahankan hak melayu..

    Mana peranan raja2 melayu.. semuanya telah layu sebab telah dikasikan oleh UMNO pada awal tahun 90an dahulu.. huhu bikin malu bangsa saja...

    Si kafir laknat ni yg lebih berani mempertahankan hak melayu daripada raja2 melayu yg kononnya penaung bangsa melayu... jangan marah atau terguris hati jika generasi muda melayu lebih menghormati pemimpin cina daripada raja mereka sendiri..

    Mungkin akan ada yg mengatakan guan eng mencari populariti.. tapi hakikatnya beliau lebih berabi dari segala tok nenek bangsa melayu utk mempertahankan hak melayu daripada dikebas oleh lanun2 Politk yg terdiri dari bangsa melayu sendiri..

    ReplyDelete
  3. Hello Hafszach,

    pertama sekali kau sendiri mengaku kau bukan pejuang bangsa melayu, sebab kau kata mcm tu sendiri dlm BLOG engkau, mana lah tak nya kau ni melayu songsang (kalau kau melayu la)

    Kedua, bila kau cakap (quote) "Si kafir laknat Guan Eng lebih berani mempertahankan hak melayu daripada raja2 melayu yg kononnya penangung bangsa melayu.." aku berpendapat:-

    a. ko baik bunuh diri
    b. ko baik taubat
    c. kah kah kah, kau sakit.

    ReplyDelete
  4. Apa point kau dalam komen yg kau beri..??
    Aku yg sakit atau korang yg sakit..??

    Bagi aku korang semua yg sakit sbb menganuti serta mengimani fahaman Assobiyah ( kebangsaan )..

    Bagi manusia2 yg menganuti serta mengimani Assobiyah bangsa mengatasi segala2..

    Memang aku berbangsa melayu TETAPI demi " Allah dan Rasul " aku tidak akan sesakali-kali berjuang atas dasar bangsa, perjuangan aku semata2 hanyalah kerana Agama Allah..

    Allah menglaknati mereka2 yg berjuang atas dasar bangsa..

    Rasulullah tidak mengaku umat kepada mereka2 yg berjuang atas dasar Assobiyah ( kebangsaan )..

    Justeru itu aku berasa jijik bila mendengar perjuangan yg berteraskan bangsa..

    korang boleh kecam dan cemuh aku macam2..
    aku tak kesah pun..!!!

    Yang penting bagi aku aku tidak melakukan apa yg dilaknati oleh Allah dan rasulnya..

    biar akau mati kerana agama bukannya kerana bangsa..

    ReplyDelete
  5. fakta engkau dan apa bukti engkau tidak dilaknat....


    semborowo

    ReplyDelete
  6. tapi takkan ko nak tolak fakta hadith Rasulullaj dan Ayat2 Allah dalam Al-Quran.. oh yerr.. lupa pulak aku ayat2 Allah tentang perlaksanaan hudud pun pun korang dah tolak mentah2 apatah lagi ayat tentang tegahan Allah dan Rasul terhadap Assoiyah..

    ReplyDelete
  7. engkau cakap orang lain dilaknat apa bukti engkau tidak dilaknat......

    kapala singh tu kan kawan engkau tanyalah dia minta nasihat engkau praktis undang2 hudud tu dalam keluarga engkau dulu.......

    itu pun kalau engkau orang yang budiman...


    semborowo

    ReplyDelete
  8. ala si mamat tu cakap je mahu undang2 hudud bila nanti mahkamah nak potong lidah dia kerana kesalahan fitnah dan menghasut permusuhan sesama melayu, dia hilang entah kemana........



    jakun

    ReplyDelete
  9. Hello Hafszach,

    Berita baru dari BH:
    MB Kedah gesa tindakan terhadap Namewee


    2010/09/01
    ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, hari ini mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee kerana mengulangi perbuatannya menghasilkan klip video yang boleh mencetuskan ketegangan kaum [Melayu].

    Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menimbulkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum yang menjadi tonggak kemakmuran negara selama ini.

    [Alhamdulliah, bagus MB Pas yang ini, pertahankan Melayu, bukan mcm Hafzach tu, nak pertahan agama islam saja kononnya]

    ReplyDelete