ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, August 23, 2010

KHABAR TERGEMPAR DI GEORGETOWN

GEORGETOWN: Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat, Zakaria Ahmad di beberapa masjid di negeri ini mengakui tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doa berkenaan.

Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad memberikan alasan bahawa doanya yang mensejahterakan semua pemimpin dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat juga termasuk kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Memang saya tidak sebut namanya (Yang di Pertuan Agong), tetapi saya mendoakannya ketika berdoa supaya kesejahteraan serta kesihatan diberikan kepada semua pemimpin itu, termasuk kepada Yang di Pertuan Agong. Saya tidak tinggalkannya terus (doa untuk Yang di-Pertuan Agong), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakannya tidak menyebut nama Yang di Pertuan Agong ketika doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai kerana ia seolah-olah tidak menghormati Tuanku Mizan sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Zakaria mengakui bahawa tindakannya memasukkan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dilakukan sejak tahun lalu, bukannya baru-baru ini saja dan menganggap kekecohan berlaku akibat kepentingan politik sesetengah pihak.

2010/08/23 | www.bharian.com.my
** foto sekadar hiasan

7 comments:

  1. Ini lah penangan dari politik PAS....suka melacurkan agama dan sejarah bangsa....

    ReplyDelete
  2. inilah bukti dunia dah sampai penghujung akhir zaman, permainan licik tauke lim sehingga agama diletak ditelapak kaki oleh manusia yang bergelar ulamak...

    kalau dia mengaku sekali pun ada ke undang2 Malaysia yang boleh dikuat kuasa kepada mereka2 itu...


    saksikan.....



    semborowo

    ReplyDelete
  3. Sekiranya ini benar, dan benar dari aspek kurang ajar imam itu, atau benar dari aspek mempersendakan Agung, atau raja2 Melayu, atau biadap dalam islam agama suci, maka jika semua ini didapati benar oleh pihak Majlis Agama, PAMIRKAN MUKANYA DALAM INTERNET dan campakkan dia kepada saya.

    --Shali Rajamenangis

    ReplyDelete
  4. mgkin juga kerana mereka yg berkenaan ini x taw dan buta kayu dan memang x amek taw pasal sejarah, x taw sejarah bermakna juga x taw tamadun bangsa sendiri...

    ReplyDelete
  5. dah habis ke nak doakan kesejahteraan umat islam terutamanya kat palestin yang ditindas sehingga ada masa nak doakan org yang beragama lain?

    ReplyDelete
  6. Memang kita digalakkan berdoa agar rakan2 kita yg bukan islam memeluk agam Allah yg maha suci ini...
    Rasulullah senantiasa mendoakan bapa saudaranya yg bukan beragama islam agar memeluk agama islam..

    ReplyDelete
  7. dunia dah sampai penghujung
    sekarang dah timbul ulamak yang mendoakan kebahagian dan kejayaan orang2 DAP...

    mereka dah mula mendesak Tuhan supaya menunaikan permintaan mereka yang macam-macam.....



    jakun

    ReplyDelete