ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, July 15, 2010

KETUA WARIS SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN


KETUA WARIS KERABAT SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN

MENYUSUR LELUHUR WARIS KERABAT SULTAN ALI IBNI SULTAN HUSSEIN
Akhir-akhir ini banyak orang mendakwa sebagai ahli kerabat diraja Melaka dan menuntut supaya ditabalkan sebagai Sultan Melaka. Melaka dari segi sejarah adalah pusat berkembangnya tamadun dan kebudayaan Melayu Islam dan sangat terkenal di dunia sebagai pusat perniagaan di sebelah timur pada abad ke 14 dan 15. Malah Melaka menjadi rebutan kepada bangsa asing dari dunia Barat kerana kekayaan dan kemewahannya. Kedudukan Melaka di tengah-tengah laluan laut kepada kapal-kapal perdagangan Timur-Barat menjadikannya berkembang begitu pesat. Faktor pentadbiran yang baik iaitu sistem pemerintahan beraja oleh orang Melayu dan agama Islam juga menjadi penyebab kemakmuran Melaka.
Melaka telah jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511 tetapi kerajaan dan kedaulatan kesultanan Melayu tidak luput. Sultan Melayu Melaka telah memindahkan pusat pentadbiran ke Johor dan terus menerus menyerang Melaka yang diduduki Portugis kemudian Belanda dan akhirnya Inggeris.
Di era Belanda dan Inggeris pada abad ke 19, empayar kesultanan Melayu dipecah-pecah dan terbahagi kepada dua kesultanan. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah mewujudkan sultan Melayu di bawah kawalan Belanda berpusat di Riau dan sultan Melayu di bawah pengaruh Inggeris berpusat di Singapura. Sultan Abdul Rahman di Riau dan Sultan Hussein di Singapura adalah putera Sultan Mahmud yang memerintah kesultanan Melayu Johor yang wujud dari kesinambungan daripada kerajaan Melayu Melaka. Kedua-dua kuasa dan keturunan dua sultan ini akhirnya dimatikan atau dibekukan oleh Belanda dan Inggeris dengan tipu helah.
Mengikut ahli waris sultan Hussein, baginda telah dinasihatkan oleh Inggeris supaya tinggal dan memerintah kawasan Kesang yang dikhaskan kepada baginda dan waris-waris baginda turun temurun. Inggeris juga membenarkan Melaka untuk dijadikan kota pusat pemerintahan baginda disamping terus bersahabat dengan Inggeris.
Sehubungan itu, Sultan Hussein telah berpindah ke Melaka dan tinggal di Tengkera, kawasan tradisional kaum kerabat sultan Melayu Melaka dan mangkat di situ. Baginda telah diganti oleh putera baginda Tengku Ali yang telah menjadi sultan bagi daerah Kesang-Muar. Baginda tinggal di Umbai kerana terdapat makam nenda baginda dan akhirnya baginda juga mangkat dan dikebumikan di Umbai Melaka.
Nasib Sultan Ali adalah serupa seperti ayahanda baginda yang menjadi malang dan terus dalam kedukaan kerana muslihat dan tipu helah Inggeris. Melaka terus menjadi tanah jajahan Inggeris, tidak sebagaimana disangka oleh Sultan Hussein dan Sultan Ali yang yakin dengan janji manis Inggeris untuk membenarkan baginda menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan kerajaan baginda. Pada kenyataannya, sultan hanya dibenarkan tinggal di Melaka dan dikawal terus oleh Inggeris sehinggalah baginda mangkat.
Di era abad ke duapuluh ini pula, orang-orang Melayu menyaksikan bagaimana kerajaan Singapura mematikan kedaulatan waris dan kerabat Sultan Hussein di Singapura dengan mengambilalih Istana dan kawasan Kampung Gelam menjadi pusat kebudayaan Melayu yang hanya bertaraf sebagai pusat pelancongan.
Di waktu yang sama tidak kurang juga nasib yang serupa terhadap keturunan waris sultan Ali di Semenanjung. Mereka hilang kuasa setelah Tengku Alam gagal menobatkan diri sebagai sultan penganti ayahanda baginda Sultan Ali. Inggeris telah menjalankan tipuhelahnya dan selepas Perang Jementah 1879, Tengku Alam telah ditangkap dan dikuarentin di Singapura hinggalah baginda mangkat.
Kerajaan baginda di kawasan Muar-Kesang diperintah oleh Sultan Abu Bakar dan sehingga pada hari ini telah menjadi sebahagian negeri Johor dengan Tanah Takluk Jajajahannya. Walaupun begitu tuntutan hak terus menerus berlaku tetapi menjadi begitu komplikasi dan terabai kerana perkembangan politik semasa yang melanda Johor dan Tanah Melayu sehingga akhirnya terbentuk sebuah negara, Malaysia.
Mimpi buruk kepada ahli keluarga dan waris sultan Ali berterusan dalam marga mereka sendiri. Walaupun tiada lagi berniat derhaka mahupun permusuhan kecuali taat dan setia kepada sultan Johor dan kerajaan Malaysia, mereka sebenarnya terus melestarikan kedaulatan yang telah tiada ini dalam marga mereka. Sehingga kini terdapat beberapa entiti yang bergerak bersendirian dalam lingkungan yang terbatas. Mereka telah bergaul, bernikah dan menjadi rakyat biasa. Hanya satu keluarga yang menonjol iaitu keluarga Engku Saidin bin Engku Mahmud yang masih kuat dan sampai ke kerabat di raja sultan Pahang. Manakala disebelah isterinya Tengku Raimie sampai kepada Sultan Ali. Hanya keluarga ini yang masih ada organisasi tidak rasmi yang ada Bendaharanya, Temenggong, Laksamana, Panglima yang dilantik mengikut keturunan.
Kini, struktur organisasi tradisional ini diwarisi dan diaktifkan oleh anakanda beliau Engku Khairul Azuan bin Engku Saidin. Keadaannya masih terbatas dalam marga mereka sendiri tetapi ada kemajuan kerana kesahihan mereka dimaklumi oleh kerabat di raja Pahang dan Kerabat diraja Johor walaupun tidak secara rasmi. Ini adalah disebabkan hubungan sirahturahim kebiasaan yang berterusan. Darah keturunan dan persaudaraan masih bertaut. Struktur Organisasi walau hanya seperti bayangan pada Engku Khairul Azuan bin Engku Saidin ini, juga dimaklumi dan ada kerjasama dengan Persatuan Waris dan Keturunan Temenggong Muar (PEWARIS), Persatuan Waris dan Kerabat Sultan Hussein Singapura, Persatuan Waris dan Kerabat Bendahara Johor, dan Waris dan Kerabat diraja Pahang.
Terdapat juga keunikan pemegang jawatan atau jabatan iaitu seperti Bendahara, Temenggong dan Laksamana kepada Engku Khairul kerana mereka juga adalah dari darah keturunan raja atau saudara mara kerabat. Seperti Tun Bendahara iaitu bendahara kepada Engku Khairul berstatus atau pangkat bapa saudara pupu beliau dan darah keturunannya sampai kepada kerabat di raja Negeri Sembilan dan juga kerabaat diraja Pahang di samping Melaka dan Kesultanan Cerebon. Mereka yang dilantik, meskipun tidak bergantung kepada kelulusan tinggi akademik tetapi mesti mempunyai tabal atau alat kebesaran warisan keluarga. Dan kesahihan sekuturunan diraja atau kerabat walaupun mereka telah didiskriminasi dan menjadi orang biasa adalah dimaklumi dan diketahui.
Di atas jasa dan sumbangan keluarga ini terhadap Yayasan Sulami yang aktif dengan program-program kebajikan dan amal bakti, keihsanan di Banda Hilir, Umbai, Serkam, Bukit Katil, Merlimau, Sungai Rambai dan Alai, maka Yayasan Sulami yang berpusat di Alai Melaka merakam jutaan terima kasih kepada keluarga Engku Khairul Azuan bin Engku Saedin. Yayasan ini mendokong penuh dan berharap dan berdoa semoga keluarga beliau terus berbakti kepada masyarakat yang tidak bernasib baik, beramal bakti samada secara rahsia atau sembunyi mahupun terang. Yayasan Sulami juga menyokong dan mendokong YM Engku Khairul Azuan menerajui Persatuan Waris Kerabat Sultan Ali Ibni Sultan Hussein di Melaka mahupun seluruh Malaysia.
Yayasan Sulami amat mengkagumi kerja-kerja amal, bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh ahli keluarga beliau walaupun mengetahui mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan dan kuasa. Yayasan Sulami juga amat prihatin mengenai nasib kerabat dan waris Sultan Ali ibn Sultan Hussein yang tertindas oleh perlakuan penjajah Inggeris.
Akhir sekali Yayasan Sulami menyeru dan merayu kepada sesiapa yang perihatin agar sama-sama menyokong dan mendokong segala perkerjaan baik, beramal maaruf dan mencegah kemungkaran, membela kepada fakir dan insan yang tidak bernasib baik terutama anak-anak yatim dan mereka yang teraniaya.


Sumber (c) http://wariskesultananmelaka-yayasansulami.blogspot.com

18 comments:

  1. syukur alhamdulillah warisan sultan ali iskandar shah ibni sultan hussin shah masih lagi wujud didunia ini.Moga warisan ini dpt mengembalikan kembali kedaulatan raja melayu disingapura.

    ReplyDelete
  2. kisah sultan ali iskandar shah

    Daerah Kesang (di sebelah kiri mudik Sungai Muar) hingga ke sempadan Negeri Sembilan dan juga sebahagian dari Negeri Melaka hingga ke Umbai pada waktu itu masih lagi didalam pemerintahan Sultan Ali setelah baginda menyerahkan Negeri Johor kepada Temenggong Daeng Ibrahim dalam tahin 1855 m. Baginda telah melantik seramai 22 orang penghulu untuk mentadbir setiap mukim.

    Penghulu-penghulu ini diberi kuasa penuh untuk memunggut cukai dan hasil di kawasan masing-masing. Maka dari sinilah pula berlakunya berbagai penyelewengan dan kecurangan dan menjadikan pemerintahan Sultan Ali berada dalam keadaan lemah dan kucar-kacir. Ini amat menyedihkan

    Walau bagaimanapun, Sultan Ali sebagai seorang Sultan yang memerintah maka segala adat istiadat Kerajaan dijalankan seperti biasa. Baginda mempunyai 2 buah Istana iaitu sebuah di Umbai dan sebuah lagi di Kuala Kesang. Pada setiap tahun waktu menyambut hari jadi baginda, diadakan keramaian dan adat bersiram dimana semua penghulu di undang khas. Biasanya diadakan adat istiadat bersiram di atas Panca-pesada 7 tingkat dimana penghulu-penghulu inilah yang menyiramkan air ke tubuh baginda.

    Laji bagaimana yang telah sedia maklum memang mempunyai beberapa kelebihan yang istemewa. Dalam tahun yang pertama beliau dilantik menjadi Penghulu Kesang Tasik dalam istiadat bersiram ini beliau adalah orang yang ke-7 untuk menyiran tubuh Sultan Ali. Setiap penghulu dikehendaki menyiram 10 timba air ketubuh Sultan Ali. Tetapi bagi Penghulu Laji hanya 3 timba sahaja Sultan Ali sudah tidak tahan mengiggil kesejukan dan baginda meminta dihentikan siraman tersebut. Maka pada hari itu juga Laji dilantik menjadi Penghulu Besar, Pawang Di Raja dan Imam bagi kampung Kesang Tasik.

    Lebih kurang 5 tahun sahaja Laji menjadi Penghulu di Kesang Tasik dan semua kawasan telah terbuka maka iapun membuka sebuah kampung lagi di sebelah ulu mudik Sungai Kesang iaitu kira-kira tiga batu jauhnya dari Kesang Tasik, yang sebelah kanannya dinamakan Gelugor dan disebelah kirinya dinamakan Teluk Gong (kini didalam jajahan Negeri Melaka). Di Teluk Gong ini khas hanya untuk penanaman padi hinggalah sekarang dan di Gelugur tempat bertanam kelapa, pisang, pinang dan lain-lain.

    Setelah tiga tahun ia menetap di Gelugur beliau telah kembali rahmatullah menyahut panggilan Illahi. Pusaranya terletak di tepi sungai kampung Gelugur. Suatu pekara yang agak ganjil adalah kini pusara Allahyarham Laji telah membusut tinggi dan dinaungi oleh pokok-pokok besar di sekelilingnya.

    ReplyDelete
  3. http://mediumnetwork.tripod.com/perang.html.

    Kisah berkaitan sultan ali iskandar shah.

    ReplyDelete
  4. Salam..Syabas diucapkan kepada team raja menangis kerana menyiarkan artikel berkaitan warisan kerabat sultan ali iskandar shah ibni sultan hussin shah.semoga rakyat tahu selama ini keturunan sultan ali iskandar shah ibni sultan hussin shah berada dalam keadaan dukacita atas perbuatan pencabulan kerajaan singapura keatas istana kg gelam yg dirampas mereka dengan cara kekerasan.Semoga rakyat malaysia membuka mata bahawa jika kedaulatan raja2 melayu terhapus maka nasib melayu malaysia akan menjadi seperti orng melayu singapura yg menjadi golongan terpinggir di negeri sendiri. renung2kan lah...

    kerabat sultan ali telah lama menangis mengenangkan nasib diri mereka yg tidak terbela..semoga kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua.Pertahankanlah institusi raja2 melayu sebagi payung kpd bangsa melayu.

    ReplyDelete
  5. http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg09989.html

    artikel tentang nasib melayu singapura.sila baca untuk renungan kita bersama

    ReplyDelete
  6. Sekiranya ada kerabat dekat yg mengetahui, maka Rajamenangis suka dapat mendengar pengesahan persetiaan dgn Inggeris di Singapura yang menyaksikan Sultan Ali menerima pencen setelah bersetuju menyerahkan Muar-Kesang kepada Sultan Johor serta APAKAH YG TELAH TERJADI KEPADA PERSETIAAN TERSEBUT DAN SAMADA PERSETIAAN ITU MASIH DI HORMATI SELEPAS 1948.

    KUMPULAN RAJAMENANGIS

    ReplyDelete
  7. Adakah penjajahan bangsa tiongkok lebih licik berbanding bangsa kristian eropah, walaupun mereka memerintah tidaklah lama berbading penjajahan 500 tahun oleh bangsa eropah.

    segala yang berlaku ada sebab musababnya, selagi tidak memahami siapa Raja mengikut pengertian Al Quran mana mungkin dapat dikembalikan karomah dan daulat seorang Raja.

    fahamikah kita tentang pengetahuan dan kepercayaan kenapa orang-orang yang tidak beriman kepada Al Quran terutama bangsa penjajah tiongkok dan eropah selalunya tidak senang dengan Raja dan mahu dihapuskan Raja yang berakidah Muslim.

    Mengapa surah terakhir 114 menceritakan Raja Manusia untuk dijadikan pedoman kepada kita.

    megertikah kita dimana awal dimana akhirnya cerita Raja yang tersebut didalam kitabullah. Macamanalah kebarangkaliannya setelah tiada Raja untuk manusia. Adakah mereka yang menafikan raja akan terasa selamat atau apa yang akan berlaku kepada bumi ini.

    Demak

    ReplyDelete
  8. Sultan ali iskandar shah ibni sultan hussin shah, tidak pernah menyerahkan daerah muar-kesang kepada temenggong abu bakar.Dlm perjanjian tahun 1855 antara sultan ali, temenggong ibrahim, dan british, sultan ali hanya menyerahkan daerah johor yg meliputi kawasan tanjung puteri, kluang, mersing, kota tinggi, batu pahat, dan segamat.daerah muar-kesang satu2nya daerah yg tidak di serahkan kpd temenggong ibrahim.daerah muar kesang menjadi sebuah negeri yg diperintah oleh sultan ali selepas perjanjian tersebut.Sultan ali menjadi sultan bg negeri muar-kesang.hasil dari perjanjian itu juga sultan ali menerima elaun bulanan dari pihak british dan juga pihak temenggong ibrahim.oleh itu sepatutnya negeri kesang sebenarnya adalah negeri baru yg diperintah oleh sultan ali dan keturunanya.


    panglima besar sencu,waris panglima tengku alam shah ibni sultan ali..

    ReplyDelete
  9. Penyerahan Johor
    Beberapa rundingan diantara Sultan Ali dan Temenggung Ibrahim berlangsung dimana British telah menjadi orang tengah, selepas Sultan Ali menimbulkan persoalan mengenai hak Temenggung Ibrahim untuk menerima kesemua hasil negeri.[13] Pada mulanya, the Temenggung Ibrahim bercadang untuk membahagi dua hasil negeri dengan syarat Sultan Ali menyerahkan hak untuk menuntut kedaulatannya ke atas Johor. Syarat tersebut tidak diterima Sultan Ali. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mendapatkan campur tangan British, diantaranya,Gabenor British untuk Negeri-negeri Selat, Colonel William Butterworth, dan penggantinya, Edmund Blundell telah dilantik sebagai orang tengah.[14]

    Pihak British lebih menyenangi prospek Temenggung Ibrahim mengambilalih pentadbiran Johor daripada Sultan Ali. Tuntutan Sultan Ali berkenaan hak kedaulatannya ke atas Johor telah disangkal oleh British. Temenggung Ibrahim pula telah membangkitkan kenyataan bahawa ayahnda Sultan Ali, Sultan Hussain Shah tidak pernah membuat usaha untuk menuntut hak kedaulatannya ke atas Johor walaupun baginda telah diiktiraf oleh British di dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pada masa itu, Johor berada dibawah tanggungjawab Temenggung Abdul Rahman seperti juga Pahang yang berada di bawah tanggungjawab Bendahara. Dokumen-dokumen lain pula menunjukkan sekiranya Johor berada dibawah kuasa Sultan, de jure kedaulatan tersebut sepatutnya berada di bawah Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bukan Sultan Ali. [15]

    Temenggung Ibrahim dan Sultan Ali menyerahkan cadangan mereka kepada Gabenor British pada bulan April 1854. Temenggong bersetuju keatas permintaan Sultan Ali untuk diiktiraf secara simbolik sebagai Sultan Johor, tetapi berkeras mahu mengekalkan kuasa penuh ke atas Johor. Sebaliknya Sultan Ali telah menyatakan hasratnya untuk memerintah wilayah Kesang yang terletak ditebing sebelah utara Sungai Muar sehingga ke sempadan Melaka dengan alasan sebahagian nenek moyangnya di makamkan di sana. British telah memujuk Temenggung Ibrahim untuk menerima permintaab Sultan Ali. Akhirnya, Temenggung Ibrahim telah bersetuju dengan permintaan tersebut.[16]

    Satu perjanjian telah ditandatangani pada 10 Mac 1855, dimana Sultan Ali secara rasmi menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Johor kepada Temenggung Ibrahim kecuali wilayah Kesang. Sebagai balasan, Sultan Ali telah diberi jaminan diiktiraf sebagai "Sultan" oleh Temenggung Ibrahim dan British. Baginda juga menerima pampasan berjumlah $5000 dan elaun bulanan sebanyak $500 sebulan daripada Temenggung

    ReplyDelete
  10. Sultan Muar(Kesang)
    Sultan Ali mewakilkan pentadbiran Kesang kepada Temenggung Paduka Tuan Muar dan banyak menghabiskan banyak masa di Melaka. Kesang tidak banyak penduduk pada tahun 1855 dan hanya ada 800 penduduk tanpa sebarang struktur kerajaan. Pada tahun 1860, Sultan Ali dilaporkan meminjam $53,600 daripada seorang Ceti, Kavana Chana Shellapah. Sultan Ali menandatangani satu perjanjian dengan Shellapah untuk menggunakan sebahagian daripada elaun bulanan baginda untuk membayar pinjaman tersebut. Walaubagaimanapun, Sultan Ali tidak dapat membayar pinjaman tersebut mengikut jadual. Ini menyebabkan Shellapah marah dan menulis surat kepada kerajaan British pada tahun 1866. Setelah dipaksa membayar pinjamannya mengikut jadual, Sultan Ali telah menyerahkan hak untuk berdagang di Kesang kepada Temenggung Ibrahim sebagai cagaran sekiranya baginda tidak dapat menjelaskan pinjaman mengikut jadual.[18]

    Hubungan Sultan dan Temenggung Ibrahim tetap tegang; pada tahun 1860, Sultan Ali membenarkan seorang Bugis, Suliwatang, ketua Rembau dan Sungei Ujong untuk menetap di Kesang dan bersiap untuk menyerang Johor.[19] Hubungan buruk diantara Sultan Ali and Temenggung Ibrahim berterusan sehingga anak Temenggung Ibrahim, Abu Bakar, yang menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1862. Tidak lama selepas Abu Bakar menjadi Temenggung Johor, baginda menghantar surat kepada Sultan Ali untuk menegaskan kedaulatan Johor ke atas Segamat. Pertikaian yang berterusan berkenaan kedaulatan Segamat membawa kepada perperangan diantara pengikut Temenggung Abu Bakar dan Sultan Ali. Sebelas tahun kemudian iaitu pada tahun 1873, usaha Suliwatang untuk memungat ukai daripada penduduk di muara Sungai Kesang menyebabkan lebih banyak konflik dengan pengikut Temenggung Abu Bakar yang mula menggunakan gelaran Maharaja pada tahun 1868.[20]

    Semasa pemerintahan Sultan Ali, tidak banyak aktiviti ekonomi di Kesang. Walaubagaimanapun, baginda mewakilkan tugas memungut cukai kepada Suliwatang dan wakilnya. Pada tahun 1868, Sultan Ali melantik Babu Ramasamy, seorang guru berketurunan Tamil untuk memungut cukai di Kesang. Pada tahun 1872,seorang pelombong berbangsa Eropah telah diberikan hak melombong secara eksklusif di Kesang selama lima tahun oleh Sultan Ali. Tiga tahun kemudian, seorang rakyat Amerika telah diberikan konsesi untuk membeli tanah seluas 45 batu persegi di Kesang oleh Sultan Ali.[21]

    [sunting] Mangkat
    Sultan Ali menghabiskan masa tuanya di Umbai, Melaka, dan menyara hidupnya dengan elaun bulanan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.[22] Baginda mendirikan sebuah istana dan tinggal bersama permaisuri ke-3 iaitu Cik' Sembuk sehingga beliau mangkat pada 20 Jun 1877 dan Makam Sultan Ali terletak di Masjid Umbai, Melaka di Laluan Persekutuan 5.[23][24]

    Sebelum Baginda mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan wilayah Kesang kepada Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan Cik Sembuk yang berasal dari orang kebanyakan. Keputusan baginda menerima tentangan daipada sebahagian orang Melayu di Singapura yang berpendapat Tengku Alam sepatutnya menjadi pewaris wilayah Kesang memandangkan beliau adalah putera sulong baginda dengan Daeng Siti, anak seorang pembesar Bugis.[25]

    Apabila Sultan Ali mangkat, hak penjagaan wilayah Kesang telah diletakkan di bawah kuasa Ungku Jalil, abang kepada Sultan Ali. Ungku Jalil telah menyerahkan hak penjagaan wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar, selepas kerajaan British mengadakan pemilihan Temenggung Paduka Tuan Muar dan ketua-ketua masyarakat di Kesang telah memilih Maharaja Abu Bakar untuk memimpin mereka. Gebenor British telah menyerahkan pentadbiran wilayah Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. Ini menyebabkan Tengku Alam dan pengikutnya tidak berpuas hati.[26] Tuntutan berterusan Tengku Alam ke atas wilayah Kesang telah menyebabkan Perang Jementah pada 25 Olktober 1879

    ReplyDelete
  11. Kejatuhan bangsa Melayu adalah di akibatkan oleh Islam. Bangsa Melayu mmg sejak dahulu mengikuti agama nabi ibrahim sebagaimana yg difirmankan tuhan di dlm al quran. Segala istiadat raja2 adalah berkaitan dgn kerajaan tuhan dan tuhan mengurniakan kesejahteraan kpd manusia. Agama ini dirosakkan apabila musuh2 tuhan merosakkan al quran dgn membaris dan meletakkan tanda pada al quran. Di zaman dahulu, raja2lah yg telah mengkhianati rakyat dgn mengikuti musuh2 tuhan serta meinggalkan agama tuhan. Sejak itu tiada lagi kehebatan raja2 melayu dan bangsa melayu kini di hina dan di jajah di tanah air sendiri.
    Bacalah sejarah Melayu dan anda akan menemui Iskandar Zulkarnain itu yg melambangkan asal usul melayu menganut agama nabi ibrahim iaitu Asalama. Dari beliaulah bermula kerajaan2 Melayu yg hebat. Kini bangsa Melayu merupakan bangsa yg paling bangsat di muka bumi kerana paling byk melakukan dosa dan maksiat kpd tuhan sebagaimana firman tuhan, org2 yg syirik kpd tuhan adalah manusia2 yg paling keji di dunia.

    ReplyDelete
  12. mmg betul kata2 itu tapi salah dari segi penghinaan terhadap ciptaan allah jadikan itu satu iktibar untuk kita yg skg kerana itulah ujian kepada kita manusia,tiap2 kalifah mesti ada dugaan kalau lurus baiklah jadinya kalau tersasar maka rasalah padahnya.sultan atau pun raja mereka tetap akan jalan ujian allah cuma saya berharap agar umat islam melayu bersatu dan tegakkan kebenaran di bumi melayu yg dulunya kaya dng budi bahasa agar kita hidup bersatu di bawah payung islam.bersatu kita teguh bercerai kita roboh itulah yg dimaksudkan pepatah melayu.

    ReplyDelete
  13. Salam Mahadaya,

    Apa yang saudara cerca bangsa saudara sendiri? Ataupun saudara sememangnya bukan orang melayu!

    Takkan melayu hilang di dunia! Mengenai Iskandar Dzulqarnain, sememangnya baginda adalah dari keturunan Nabi Allah Ibrahim melalui Siti Hajar dan dari anaknya, Al-Aisyh iaitu saudara kembar kepada Nabi Yaacob. Akan tetapi, apabila Nabi Muhammad SAW dilahirkan, maka seluruh dunia menganut ugama islam yang dibawa baginda. Menagapa saudara mempertikaikan agama islam ini?

    Sebenarnya saudara patut membuka mata, telinga dan minda saudara dan perhatikan dengan sejelas2nya sebelum mmeperkatakan sesuatu isu itu.

    Sekian.

    Raden Mas Ayu
    dari susur galur Iskandar Dzulqarnain.

    ReplyDelete
  14. aduh..kenapa buat tulisan color kuning..susah nak baca lah.....

    ReplyDelete
  15. Mohon bantuan. Saya berhasrat menjalankan kajian ilmiah mengenai keturunan sultan ali hingga ke hari ini. Hubungi saya jika tuan boleh berikan bantuan 017-5363864 Roslan Bin Ali

    ReplyDelete
  16. Mohon bantuan. Saya berhasrat menjalankan kajian ilmiah mengenai keturunan sultan ali hingga ke hari ini. Hubungi saya jika tuan boleh berikan bantuan 017-5363864 Roslan Bin Ali

    ReplyDelete
  17. Walaupun 7keturunan membersih dosa.. yang haram tetap haram bagi perampas tahta.. selagi kami masih hidup xkan halalkan Johor pada yang menzalimi moyang keturunan kami.. melainkan maaf zahir dan batin.. harumkan nama diiringi doa pada almarhum moyang kami yang dizalimi.. serta mohon keampun pada Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...boleh says tahu siapa disana n bagaimana mahu menghubungi tian

      Delete