ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, April 3, 2012

Twitter persenda Tunku Mahkota Johor Disiasat

JOHOR BAHARU 3 April – Polis Johor hari ini mengesahkan menerima satu laporan berhubung kewujudan satu akaun di laman sosial Twitter yang mempersenda Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, baru-baru ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, laporan itu diterima pihaknya semalam dan siasatan mengenainya kini dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
"Laporan itu dibuat oleh peguam Tunku Ismail kira-kira pukul 1.30 petang semalam di Balai Polis Pelangi Indah, di sini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan program High Profile Policing bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Terminal Larkin Sentral, di sini.
Tunku Ismail menerusi tweet @HRHJohor2 pada Sabtu lepas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas akaun berkenaan.
Akaun itu dikendalikan sebagai @HRHJohor dengan menggunakan nama yang mempersenda Tunku Ismail berserta gambar baginda.
Akaun berkenaan, bagaimanapun, telah dinyahaktifkan sejak tiga hari lepas. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment