ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, April 4, 2012

Puding Raja

Puding Raja atau Royal Pudding bermula sebagai sajian pencuci mulut bagi kerabat DiRaja Pahang. Ia berasal dari Pekan Bandar DiRaja Pahang. Ia mengandungi pisang lemak manis, prun, ceri dan gajus. Jala mas yang diperbuat daripada kuning telur diletakkan sebagai hiasan. 

Bahan-bahan:
Sesisir pisang emas
300g gajus panggang
250g buah prun tanpa biji


Kuah puding:
6 biji kuning telur
11/2 tin susu cair
1/2 tin air - guna tin susu cair
1/2 cawan gula pasir - utk gula hangus
1 cawan gula - ikut suka manis
2 sudu besar esen vanilla
1/2 cawan tepung kastard - cairkan dgn air


Cara : Goreng pisang emas sebiji-sebiji hingga warna agak keperangan, angkat dan susun dalam mangkuk puding besar. Ketepikan.
Kuah : Pukul telur hingga sebati, masukkan susu, air, kastad, vanila dan gula. Kacau sebati.
Dalam periuk lain, panaskan 1/2 cawan gula untuk jadikan gula hangus, matikan api dan curahkan sedikit air supaya gula hangus tersebut cair. Sesudah itu masukkan bahan-bahan yang telah dibancuh tadi dan masak hingga kuah pekat. Kuah hendaklah dikacau selalu sebelum ia mendidih supaya tidak bergentel. Cukup rasa dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara menghidang : Curahkan kuah di atas pisang tadi, tabur gajus dan buah prun di atasnya. 


foto:go2homestay.com 

0 comments:

Post a Comment