ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, April 10, 2012

Mempersembahkan Setinggi-tinggi Tahniah

Menghadap
Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong XIV
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni
Almarhum Sultan Badlishah
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan
Dengan beberapa kemuliaan dan kesejahteraannya


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ampun Tuanku,


Adapun warkah al-ikhlas ini dipersembahkan dengan penuh hormat dan takzimnya serta dengan iringan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku berada dalam selamat dan kesejahteraannya.


Ampun Tuanku,


Adalah patik, KUMPULAN RAJAMENANGIS dengan segala hormat dan takzimnya ingin menyembahkan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Tuanku sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Demikianlah sahaja warkah patik yang tidak sepertinya ini dengan iringan doa kehadrat Allah Subhana Wataala mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Kerabat Diraja sekelian dilanjutkan usia zaman dan sentiasa berada dalam sihat wal'afiat.


Patik dengan segala hormat dan takzimnya,
Kumpulan Rajamenangis



0 comments:

Post a Comment