ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, April 15, 2012

Syor Suruhanjaya Diraja siasat persenda raja

KUALA LUMPUR: Perbuatan biadab pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu perlu ditangani dengan tegas termasuk cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mengheret mereka ke muka pengadilan.

Pemimpin kanan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berkata sebarang keputusan yang diambil itu sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini. 


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penubuhan suruhanjaya itu penting sebagai pedoman kepada semua pihak supaya lebih tertib apabila berada dalam majlis rasmi kerajaan dengan mengetepikan emosi walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza.


Katanya, terdapat saksi yang mendengar ejekan Ahli Parlimen pembangkang itu antaranya Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan pegawai perubatan, Dr Rahman Kadir yang bertugas ketika istiadat pertabalan berkenaan.

“Mereka mendengar dengan jelas kerana duduk berhampiran dengan Ahli Parlimen pembangkang yang boleh dijadikan sebagai saksi untuk membantu siasatan suruhanjaya berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Peduli Jujur Sinar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Dr Rahman yang mendakwa Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada Rabu lalu.

0 comments:

Post a Comment