ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, April 19, 2012

Kedudukan Undang Luak Sungai Ujong Dicabar Esok

Permohonan YTM Dato' Othman Ismail untuk jawatan Datuk Undang Luak Sungai Ujong akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban 2 pada jam 9.00 pagi esok, bertarikh 20 April 2012. Mahkamah Tinggi Malaya dijangka akan mendengar hujah peguam-peguam di dalam kes permohonan YTM Dato' Othman Ismail bagi mendapatkan perintah perisytiharan daripada Mahkamah Tinggi Malaya untuk menyokong usaha beliau bagi mendapatkan pengikhtirafan sebagai Datuk Undang Luak Sungai Ujong yang kini disandang oleh Datuk Klana Putra Mubarak Dohak. Kes ini dijangka akan diputuskan berdasarkan kepada hujah-hujah undang-undang iaitu sama ada Mahkamah Tinggi Malaya boleh membicarakan merit permohonan tersebut.


Jika anda mempunyai sebarang pandangan, boleh hantarkan emel kepada kami:
rajamenangis@gmail.com

0 comments:

Post a Comment