ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, May 30, 2013

RAJA MUDA BERBASIKAL TEMUI RAKYAT

KANGAR, 29 Mei (Bernama) -- Hampir setiap minggu, Raja Muda Perlis, Tuanku
Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli dengan berbasikal menjelajahi
serata pelusuk negeri untuk bertemu rakyat jelata.
Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Perlis (MAIPs) tidak berkayuh dengan tangan kosong sebaliknya turut membawa
sumbangan zakat kepada asnaf terpilih termasuk warga emas.
Kegiatan berbasikal bersama ketua-ketua jabatan itu adalah pengisian bagi
program MAIPs Peduli.
Dalam kegiatan terbaru, baginda berbasikal sejauh 14 kilometer yang bermula
dan berakhir di Masjid Al Muqarrabin, Behor Empiang dekat sini hari ini,
menjelajahi kampung-kampung di kawasan Kechor dan Abi untuk bertemu golongan
asnaf.
Antara mereka ialah dua warga emas, Embun Muhammad berusia 102 tahun, dan
Abu Bakar Kasa, 83, yang masing-masing menerima RM400.
-- LAGI
RAJA-MAIPS 2 (AKHIR) KANGAR
Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan zakat kepada kedua warga emas
itu di kediaman masing-masing ialah anggota dewan undangan negeri kawasan
Bintong, Rela Ahmad yang juga Ketua Wanita Umno Perlis.
Seorang penerima zakat Othman Rashid, 54, berkata, program MAIPs Peduli
memberi kesan mendalam kepada masyarakat.
Katanya, kehadiran baginda ke kampung-kampung dengan berbasikal membuktikan
sikap rendah diri baginda malah ini merupakan antara transformasi yang dibawa
baginda dalam MAIPs.
Setiap kali selepas berbasikal, baginda menyertai anak kariah masjid untuk
solat berjemaah.
-- BERNAMA
Foto sumber: utusan.com.my

0 comments:

Post a Comment