ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, May 21, 2013

Komen Sejarahwan tentang kenyataan Utusan


KUALA LUMPUR, 10 Mei — Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (gambar) berkata laporan dimuka depan Utusan Malaysia hari ini yang lantang mengkritik masyarakat Cina kerana sentimen perkauman yang masih menebal telah diambil daripada luar konteks.
Khoo berkata akhbar milik Umno tersebut menggunakan kata-kata beliau dalam artikel bertajuk “Suara tokoh Cina” bertujuan kelihatan seolah-olah beliau hanya lantang terhadap masyarakat Cina, sedangkan beliau secara terbuka sentiasa berbincang tentang hubungan etnik di negara ini dan mengkritik semua kaum kerana terlalu mementingkan kumpulan mereka saja.
“Gambaran yang saya dapat daripada apa yang saya baca dalam Utusan ialah saya kelihatan lantang terhadap masyarakat Cina, tetapi saya tidak kata hanya Cina saja,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Saya berkata bahawa setiap kumpulan etnik masih cenderung untuk pentingkan diri sendiri dan tidak memahami antara satu sama lain. Ia bukan sahaja orang Cina tetapi orang Melayu dan India juga,” katanya.
Utusan Malaysia melaporkan Khoo berkata sifat perkauman dalam masyarakat tersebut masih menebal sejak mereka masuk ke Malaya selepas dibawa oleh penjajah British.
“Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri sebaliknya sentiasa merasakan dijajah,” kata Khoo yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia.
Khoo memberitahu The Malaysian Insider masalah perkauman tidak berubah sejak zaman penjajah British, dan kurang persefahaman antara kaum-kaum di negara ini bukan hanya berpunca daripada pemerintahan “pecah dan perintah” seperti yang diamalkan British tetapi kerana rakyat Malaysia sendiri .
“Penduduk di sini walaubagaimanapun tidak pernah belajar untuk memahami satu sama lain,” katanya.
“Saya memberikan anda satu contoh, anda pergi ke sebuah restoran yang popular dan anda melihat pelbagai kumpulan etnik di sana tetapi apabila anda memasuki anda boleh melihat satu meja, satu kumpulan etnik” katanya lagi.
Beliau berkata pecahan di kalangan kumpulan etnik yang berbeza di Malaysia adalah kerana kekurangan pengetahuan tentang negara mereka sendiri, dan mencadangkan supaya sistem pendidikan ditukar semula untuk mengubah keadaan.
“Saya telah mencadangkan banyak kali, satu-satunya cara kita boleh membawa perubahan adalah melalui generasi muda supaya sistem pendidikan dapat menangani masalah tersebut. Tetapi sistem pendidikan kita tidak menangani masalah ini, kita terlalu menekankan untuk mencapai gred tinggi dalam peperiksaan,” katanya.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia itu paling lantang mengkritik dan menyalahkan masyarakat Cina ke atas prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya 2013 disamping menyerang DAP yang dikatakan menghasut masyarakat tersebut.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga selepas keputusan PRU13 mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mengganggap pilihan raya kali ini adalah “tsunami Cina” dan kemudiaan Utusan Malaysia menyokongnya dengan mengeluarkan artikel berbentuk perkauman “Apa lagi Cina mahu”.
Penganalisis telah menekankan keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah “tsunami Cina” seperti didakwa oleh Najib akan tetapi peralihan besar pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
Barisan Nasional (BN) memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.
Daripada 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.
BN turut hilang undi popular kepada PR — pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan.

0 comments:

Post a Comment