ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, May 9, 2013

Desak Kepentingan Melayu Diperhebat


JOHOR BAHRU 8 Mei - Pemuda UMNO Johor tampil mendesak supaya hak dan kepentingan orang Melayu dikembalikan serta diperhebatkan, sekali gus mahu kerajaan baik di peringkat Pusat serta negeri tidak lagi terlalu bertoleransi dengan kaum Cina di negara ini.

Ketegasan tersebut dibuat berikutan sokongan sebilangan besar kaum tersebut yang tidak lagi berpihak kepada kerajaan dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini tidak pernah mengabaikan permintaan kaum berkenaan, sebaliknya mereka memihak kepada DAP.

Jurucakap Pemuda UMNO Johor, Abd. Halim Abd. Jalil berkata, kaum Cina kini dilihat lebih berpihak kepada DAP selepas dipercayai terpengaruh dengan hasutan berbaur perkauman menerusi kenyataan dikeluarkan pemimpin parti itu terutamanya menerusi laman sosial dan internet.

Beliau berkata, ia terbukti apabila perkara tersebut diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan kaum Cina dilihat menolak BN.

Menurutnya, Pemuda UMNO Johor akur dengan keputusan PRU-13, termasuk isu sentimen yang menjadi asas kemenangan mereka, namun sudah tiba masanya untuk hak orang Melayu dikembalikan dengan tidak meminggirkan kaum India dan rakyat Sabah serta Sarawak.

"Kalau selama ini rumah ibadah kaum tertentu kita boleh sumbang berjuta ringgit atas nama 1Malaysia, kita mahu ia dikembalikan serta didahulukan kepada Islam dan Melayu, begitu juga ekonomi yang sebelum ini dikuasai bangsa lain, kita mahu ia dikembalikan.

"Kita tak mahu terlalu bertoleransi lagi. Selama ini formula tersebut kita pertahankan dan diguna pakai, namun akhirnya ia terbukti gagal menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE


0 comments:

Post a Comment