ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, November 25, 2011

MAKNA-TAFSIRAN DAULAT MENURUT RAJAMENANGIS

Terdapat pelbagai tafsiran akan erti 'DAULAH' ATAU 'DAULAT' apabila kita membicarakan hal-hal Raja dan adat istiadat. Tetapi kebanyakan tafsiran yang ada bercorak berlapik, dan ada juga tafsiran yang samar-samar. Ini adalah tafsiran daripada Rajamenangis sendiri yang jelas akan salah satu makna popular yang boleh di kaitkan dengan konsep daulat dalam konteks adat warisan Melayu.

Kita maklum dan arif tentang DAULAT itu dikaitkan dengan raja yang diiktiraf oleh kerajaan ghaib Jin-Jin keturunan istana [di doakan mereka Islam dan Beriman]  atau Jin Jin jenis saka jurai raja yang berkubu di Istana, kawasan Istana serta tempat kediaman para pembesar Raja dan kaum kerabat; daulat juga lazim diertikan sebagai tanda absrek sesaorang Raja atau Sultan  itu di sokong, di iktiraf, di kokohkan, di mantapkan, di murnikan, di bela, di bentengkan, di terima atas takhta memerintah yang benar dan LAYAK oleh alam ghaib dan kerajaan atau gerombolan Jin Jin besar yang menjaga Istana Raja dan keluarga baginda. Selain itu, Daulat adalah hak dan keistimewaan raja yang benar dan layak dan di redhai oleh Allah swt, Raja sekian alam semesta dan Maha Pencipta, yang mana tiada sesuatu yang setaraf dan setanding denganNya.
INI ADALAH TAFSIRAN KAJIAN RAJAMENANGIS.
Sila sebutkan sumber ini dalam penulisan/kajian. Terima kasih.

2 comments:

  1. hafszach has left a new comment on your post "MAKNA-TAFSIRAN DAULAT MENURUT RAJAMENANGIS":

    Hahahaa....!!!
    Tak habis - habis kalian nak tanamkan kepercayaan Karut marut dah tahyol dalam minda bangsa melayu...

    Sila kemukakan bukti Nas yg soheh daripada Al-Quran dan Hadith Rasulullah bagi menguatkan hujah kamu tu..

    Ketahuilah oleh kalian semua Hanya Nabi Allah Sulaiman a.s sahaja yg diberikan Allah kerajaan yang mengusai Manusia, haiwan dan para Jin termasuk yg islam dan bukan islam ( jin Afrit )...


    Selepas Nabi Allah sulaiman a.s tiada seorang manusia pun yg diberikan Allah kehebatan dan keistimewaan tersebut...

    Kalau korang nak mendewa2kan Raja2 melayu sekali pun janganlah sampai nak menyamakan Raja2 melayu dgn Nabi Allah Sulaiman a.s

    Pandangan Kalian ini boleh merosakan akidah umat islam... apa niat sebenar kalian semua...

    ReplyDelete
  2. Tidak benar Rajamenangis hendak menyamakan Nabi Allah Sulaiman AS dengan sultan Melayu, itu adalah fitnah saudara sendiri. Makna popular yang dikaitkan dengan erti lazim atau popular daulat raja-raja melayu, itulah dia yang kami berikan - kami ulang, 'erti lazim atau popular' (common or popular meaning)

    Dalam lipatan sejarah, daulah atau tiada daulah dikaitkan dengan setanjak yang dibuang ke laut, tentang keris bergetar dalam upacara di raja, tentang beberapa peristiwa pelik semasa berlangsungnya upacara adat diraja tertentu dll. Kesemua ini menunjukkan makna-makna lazim [atau salah satu makna lazim] 'daulah atau daulat'.

    Jika dibaca dengan teliti, maka kau akan nampak juga kami berkata dalam artikel itu : "Selain itu, Daulat adalah hak dan keistimewaan raja yang benar dan layak dan diredhai oleh Allah swt, Raja sekian alam semesta dan Maha Pencipta, yang mana tiada sesuatu yang setaraf dan setanding denganNya."

    KUMPULAN RAJAMENANGIS

    ReplyDelete