ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, November 23, 2011

Lelaki hantar SMS hina Raja Thai

BANGKOK: Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina pemerintahan beraja. Ampon Tangnoppakul, 61, dijatuhkan hukuman penjara di bawah undang-undang ketat lese-majeste Thailand, iaitu kesalahan membabitkan keluarga diraja negara itu.

Mahkamah Jenayah Bangkok, berkata Ampon didapati bersalah menghantar SMS kepada setiausaha peribadi bekas perdana menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, dalam tiga tarikh berlainan pada Mei 2010. Ampon ditahan Ogos tahun lalu dan mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dikenakan ke atasnya ketika perbicaraan berlangsung. - AFP 

0 comments:

Post a Comment