ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, November 21, 2011

Kunjungan Hormat ke Pejabat Penyimpan Mohor


Tanggal 09 November 2011 merupakan hari bermakna bagi Kumpulan Rajamenangis. Pada hari itu berlangsung pertemuan selama sejam setengah bersama YBhg Datuk Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Dua naskhah buku AIR MATA RAJA telah dikemukakan sebagai naskhah bacaan / kajian kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Buku tersebut membuktikan kewibawaan Kumpulan Rajamenangis sebagai penulis-penulis yang berjaya membawakan satu wadah baru pendekatan karya agung Sejarah Melayu. Kami turut mengambil kesempatan bertemu dengan YBhg Datuk Sabtu Awab, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja. Setinggi-tinggi penghargaan bagi pihak kami atas kesudian YBhg Datuk berdua menerima kunjungan hormat kami.

0 comments:

Post a Comment