ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, November 24, 2011

Bantu pelihara sejarah negara


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berharap lebih ramai pakar sejarawan di negara ini tampil untuk membantu memelihara sejarah negara daripada sebarang anasir yang cuba memesongkannya.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, melalui penemuan dan kajian terkini para sejarawan, ia dapat merungkai segala kekeliruan sejarah yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
Kementerian berkenaan melalui Jabatan Arkib dan Jabatan Warisan bersedia membantu sejarawan untuk mencari fakta dan bukti sejarah yang boleh memperkukuhkan nilai sejarah negara, katanya.
"Memanggil pakar sejarah merupakan satu cara untuk meyakinkan isu persejarahan negara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Aziz ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan naskah sejarah dan kebudayaan kekal tulen dan terpelihara. - Bernama

0 comments:

Post a Comment