ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, October 5, 2009

Rentetan Pembunuhan Birch

Sepanjang perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perak kelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasan Matang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.

Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar, setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusan tahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris.

Dua pokok mempelam pauh itu terletak di satu selekoh. Kedudukannya agak terpinggir, kawasannya tidak dijaga, dipenuhi lalang manakala sebuah rumah lama di tepinya kelihatan usang dan terbiar. Jika diteliti, kedudukannya di sebelah kanan dari arah Taiping betul-betul berdepan dengan Kompleks Sejarah Matang.

Di situlah sebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpin Melayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perak yang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di Pasir Salak.

Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut menghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokok induk mempelam pauh berkenaan. Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusuli libasan lembing oleh Si Puntung.

Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.
Pembunuhan pada 2 November 1875 itu banyak dicatatkan buku sejarah, jurnal, perbincangan tetapi yang pasti ia adalah kemuncak sejarah perjuangan Melayu menentang penjajah di Pasir Salak.

Ia adalah sejarah agung yang dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.
Kini selepas 133 tahun serangan itu berlaku, yang tinggal cuma dua batang pokok generasi baru hasil benih pokok induk, tetapi berdasarkan keadaannya sekarang, boleh dibayangkan betapa besarnya pokok berkenaan pada ketika itu.

Namun, agak menyedihkan kerana kawasan itu langsung tidak mempunyai papan tanda penerangan mengenai peristiwa bersejarah pernah berlaku di situ. Apa yang boleh dilihat dan dilawati cuma Kompleks Sejarah Matang, bekas Kota Ngah Ibrahim serta rumah Kapten Speedy.

~ Sumber Berita Harian, 21 Disember 2008

4 comments:

  1. Saya setuju. Tempat berlakunya bibit bibit sejarah Negeri Melayu yang amat di tekankan dalam (kononnya) pembinaan jati diri di Malaysia KADANGKALA tidak di tanda, tidak di pagar, tidak di umumkan, tidak di pamerkan sebagai satu tanda berlakunya satu peristiwa amat bermakna di tanah Melayu.

    Disinilah laungan tentang peri pentingnya jati diri dan sejarah macam di kendalikan oleh badan2 yang dayus - mereka nak ajar orang berjati diri konon, tapi perkara mudah menjaga tempat bersejarah tidak pula di laksanakan dgn baik demi menarik pelancung dan pelajar. Samada Kementerian Warisan atau badan2 sejarah lain, umpama bertenggek mencari idea yang tak habis sedangkan hal2 mudah tidak di endahkan. Lidah bercabang tiga - bukan dua.

    Sama samalah kita perhatikan gerak geri otoriti berkaitan warisan dan sejarah negara yang tak habis2 senyum sinis kerana hal yang amat memalukan ini.

    Saya meminta Rajamenangis memekikkan hal ini kepada telinga tersumbat mereka dan wujudkan suruhanjaya menyiasat mengapakah hazanah sejarah tertentu di biarkan terhapus berlapuk.

    Hidup Rajamenangis!


    Dato' Kelana Kencana

    ReplyDelete
  2. Dato' Kelana Kencana,

    Terima kasih atas pandangan tersebut. Memang bernas dan kena pada tempatnya tetapi kadangkala biar kita memekik sekuat mana pun, ada yg sengaja tidak ambil endah. Masalah birokrasi tak pernah selesai. Ada saja 'sekatan' atau 'bantahan' dalam menuju satu pembaharuan yg drastik.

    Bila hanya segelintir daripada kita bekerja keras atau komited sedangkan yang lain hanya memandang dengan sipi, sampai bila-bila pun perubahan yg kita harapkan takkan kunjung tiba. Malah ada ketikanya orang yg 'hard-working' akan dianggap cuba 'mencari pengaruh'...

    Diharapkan, buat masa ini, "kuasa kita" melalui laman web & blog, dapatlah kita sama2 'hidupkan' kembali & saling ingat-mengingati akan tempat2 bersejarah yg wajar diberi perhatian.

    ReplyDelete
  3. Salam99, agak terlambat teman semua dari IPPM, Istiadat Pewaris Penjurit-Kepetangan Melayu@Ilmu Persilatan Penjurit-Kepetangan Melayu IPPM. membaca blog YM, Syabas dan Taniah dlm memperjuangkan hak anak bangsa kita yang sudah terlambat kini terus terkulai layu dan sayu... Putus asa jangan sekali KITA. Takbir313!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana tuanhamba Rajawali, sudi singgah ke tempat kita. Dan salam perjuangan drp kami di sini.

    Buat masa kini, hamba sendiri terpaksa jauhkan diri drp bermain sembah buah kerana takutkan masalah masakini membuat hamba terlepas gerak dan tidak dapat kawal diri, melanggar batas persembahan buah nanti.

    Sebab itulah lebih baik hamba duduk ditepi berdiam diri, meratap geram dalam genggaman.

    --Kump. RajaMenangis

    ReplyDelete