
“Kamu tengoklah sendiri dan kira berapa jumlahnya. Nanti bila sudah keluar kita bincang berapa yang kamu nampak. Kalau kamu ada rezeki lebih, kamu dapat lebih,” kata Sulaiman Atan (Pak Long), penjaga muzium Pulau Daik Lingga bila ditanya berapakah jumlah meriam di situ.
Pak Long meminta kami membaca Surah al-Fatihah serta selawat kepada Rasulullah SAW sebanyak tiga kali untuk disedekahkan kepada pejuang Islam yang terkorban dalam peperangan ketika mempertahankan tanah air menentang penjajah. Selepas itu, penulis mula mengira jumlah meriam. Pak Long dan pembantunya memerhatikan dari jauh.

Meriam paling panjang berukuran 280 cm, bergaris pusat 12 cm digelar Meriam Tupai Beradu kerana ada dua ukiran tupai besi di atasnya. Meriam utama diapit dengan meriam Mahkota Raja dan satu meriam putih yang terukir jelas catatan tarikh 1797 (24-3-21). Semua meriam itu disusun atur pada kedudukan seperti huruf ‘U’. Muncungnya dihalakan ke laut. Kedudukannya di atas puncak bukit memang strategik untuk menyerang kapal yang menghampiri pulau.

Hakikatnya foto di dalam kamera digital boleh dibesarkan dan berada dalam keadaan tetap tetapi jumlahnya sentiasa berubah setiap kali dikira. Jawapan itu membuatkan Pak Long tersenyum kerana katanya itu bukan pertama kali beliau mendengar penjelasan pengunjung mengenai jumlah meriam yang dikira sering berubah. “Itu rezeki kamu, kamu dapatlah lebih. Sebab itulah pulau ini digelar pulau seribu meriam,” katanya mengatur langkah menuruni bukit membuatkan kami terpinga-pinga.
Sumber ~ Mohd Azis Ngah, Berita Harian
salam hormat,
ReplyDeletedengan idzin Allah,
akan cuba kita kupaskannya, demi masa,
salam kasih dan sayang