ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, November 20, 2010

Saka Jentayu kupas asal-usul jin saka

Saka Jentayu kupas asal-usul jin saka

Oleh Ramlah Zainal

KISAH Jentayu yang sering diganggu jin saka iaitu saka Inyiak Utieh milik datuknya, Tok Jalit adalah paparan menarik dalam drama bersiri seram 13 episod, Saka Jentayu yang akan menemui penonton di TV3 mulai 25 November ini.

Lebih menyeramkan, saka Inyiak Utieh juga mahu mendampingi Jentayu dan ia menimbulkan pelbagai masalah di kampungnya. Ketika ditemui, pengarah drama ini, Abdul Azizi Awang Ghazali berkata, berbeza dengan drama seram yang biasa ditonton, Saka Jentayu memaparkan kisah jin saka yang diilhamkan daripada sumber cerita masyarakat Melayu. "Sebelum ini, cerita seram Durja Ningsun memaparkan kisah roh yang membalas dendam. Saka Jentayu pula sejenis burung (Jentayu) dan Inyiak Utieh pula dalam bahasa Minang adalah hantu putih [Baca seterusnya]

1 comment:

  1. oklah juga, tidak sekali sekala ada cerita begini. Apatahlagi jin sememangnya wujud.

    Minta Raja Menangis fokus kepada maklumat-maklumat kekuatan Bangsa Melayu, bangsa yang mendapat hidayah Allah untuk menerima Islam.

    Apakah Melayu pecahan dari Nabi Nuh alaihisalam atau Nabi Ibrahim alaihisalam atau dari Zulqarnian?

    Beberapa buku saya baca,tiada siapa tahu siapa Zulkarnian. Walaupun lebih condong kepada Raja Parsi 2 (Darius). Tetapi betulkan dia betul-betul pergi ke hujung barat (lands end - di UK, di Penzance/cornwall, ada tempat namanya lands end)dan hujung Timur (Jepun kot - land of the rising sun)? Tamadun Aztec atau Maya ada rekod mereka juga didatangi oleh orang-orang dengan kapal-kapal canggih.

    Satu lagi, bekas kerajaan Zulqarnian saya fikir tidak seperti kerajaan firaun (dengan pyramidnya, Greek (dengan Parthenonnya)sebagai contoh.

    Semua maklum bahawa orang Melayu adalah pelaut handalan dan mampu belayar meredah lautan besar timur dan barat. Maka bagaimana orang melayu bijak memilih Nusantara sebagai ibu tapak kekuasaan mereka sejak beribu-ribu tahun dahulu?Saya tidak fikir Zulkarnian kebarat dan timur menggunakan darat, lebih logik dan mudah menggunakan laut! Apakah Zulqarnian sebuah empayar maritim sebagaimana typical empayar maritim orang-orang melayu seperti srivijaya, melaka dan brunei?

    ReplyDelete