ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, October 14, 2010

SEKARANG: Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-raja bermula

Mesyuarat ke-222 Majlis Raja-raja bermula

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berangkat masuk ke bilik mesyuarat untuk menghadiri Mesyuarat Raja-Raja ke-222 di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. Turut berangkat, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin (kanan). - bernama


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Hari pertama mesyuarat ke-222 Majlis Raja-raja dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Negara di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Ini juga merupakan mesyuarat pertama Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan bulan lepas.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing, Yang Dipertua Pulau Pinang dan Melaka oleh Ketua Menteri, manakala Yang Dipertua Sabah dan Sarawak pula diiringi wakil ketua menteri.

Malam ini, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan meraikan semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri dalam satu istiadat santapan malam sempena mesyuarat itu. - BERNAMA

Sumber (c) Utusan


Ed - Pejuang-pejuang Raja, Istana, Islam, Adat Melayu dan Melayu perlu, mesti dan hendaklah diberikan laluan terus untuk mengadap Majlis Raja Raja atau menyembahkan apa jua cadangan, masalah, memoradum, atau cadangan kepada Durbar Raja mereka sekaligus mengurangkan birokrasi Kerajaan dan JPM [dengan proses yang rumit] dalam hubungan dua hala Raja dan Rakyat yang mendaulatkan mereka.


2 comments:

  1. Mana ada daulat raja Melayu sekarang ni. Sebab tu rakyat tidak mendpt kesejahteraan dan bangsa Melayu di perlecehkan. Hukum2 tuhan tidak difahami dan di letakkan di tempat yg sepatutnya, maka tiadalah gunanya raja.

    ReplyDelete
  2. Tiada guna raja2 melayu bersidang saban tahun tapi masih terus-terusan meminggirkan hukum Allah..

    Raja2 melayu akan kembali bermaruah dan berdaulat jika menjunjung segala Hukum Allah dan mengamalkan sunah Rasulullah.. itu sahaja kunci bagi mengembalikan kedaulatan raja2 melayu..

    Kajilah sejarah empayar2 islam yg agung pada zaman dahulu semuanya berdaulat dan hebat kerana menjunjung segala hukum Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah...

    Bila Raja2 dan khalifah2 islam islam menginggalkan hukum Allah serta seronok dgn dunia maka Allah musnahkan empayar mereka semua... seperti apa yang kita lihat dewasa ni betapa umat islam menderita di seluruh dunia kerana kesilapan serta kedurjanaan pemerintah2 empayar islam di akhir2 kuasa pemerintahan mereka..

    Justeru itu apakah raja2 melayu juga ingin mengikuti jejak langkah raja2 dan khalifah islam di saat2 akhir keagungan empayar islam dahulu dgn meninggalkan segala hukum Allah serta leka dgn duniawi dan menjadi manusia2 munafik.. berpura2 memperjuangkan islam tapi dalam masa yg sama nersekongkol dgn pemerintah yang menjadi proxy Yahuddi..??

    ReplyDelete