ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, August 20, 2009

TITAH Sultan Kedah - Hak Melayu Jangan di Soal


Pertahan kontrak sosial


ALOR SETAR 18 Ogos 2009– Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah (gambar ) bertitah, negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-hara jika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untuk berpolitik. Baginda khuatir tamadun dan kemerdekaan akan runtuh sebagaimana berlaku terhadap banyak negara apabila api kemarahan akar umbi tidak dapat dikawal.

Titah baginda, perkara-perkara yang terkandung dalam kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan sesuatu yang dianggap suci dan tidak harus dipersoalkan bagi menjamin kerukunan negara.

‘‘Jika perkara-perkara ini dijadikan bahan perbincangan umum dan berpolitik, ia akan membawa bencana kepada masyarakat dan negara.

‘‘Kontrak sosial tidak wajar dipertikaikan, apatah lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah asas pembentukan negara ini yang menjadikan rakyat pelbagai kaum hidup aman dan damai,’’ titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Baginda bertitah, antara sebab yang dikenal pasti berlakunya pertikaian mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah kedangkalan pihak-pihak tertentu terhadap latar belakang sejarah mengapa ia dimaktubkan.


Titah baginda, keamanan yang dikecapi pada masa ini tidak datang bergolek kerana ia dicapai hasil permuafakatan, toleransi dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu.

‘‘Mereka duduk semeja berbincang bagi menuntut kemerdekaan. Perbincangan ini mewujudkan peruntukan perlembagaan yang menjamin kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam dan hak istimewa orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang dikenali sebagai kontrak sosial.

‘‘Kontrak sosial ini merupakan pengorbanan besar orang Melayu kepada kaum lain..."




(c) Utusan 2009. Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

7 comments:

  1. Daulat tuanku!!! Dorang ni sengaja jerkkk buat tak paham....kalau boleh malaysia ni nak diambil buat cam singapore ....org melayu hidup sekadar di pinggiran.

    ReplyDelete
  2. Kembalikan hukuman sula oleh Sultan, baru mereka tahu :)

    ReplyDelete
  3. gagasan_warisan :
    Kami hargai pandangan anda. Kita berusaha setakat yang mampu, insyaAllah.

    Anonymous :
    Sesungguhnya apa yang diperintahkan oleh Ilahi cukup sempurna untuk umat manusia.

    ReplyDelete
  4. Buat Gagasan_Warisan..

    Aku ada ramai saudara mara kat s`pore..
    Apa masalah dgn s`pura ?
    Adakah melayu di sana x dibenarkan belajar ilmu dunia dan ilmu akhirat ?

    Adakah melayu di sana x dibenarkan mjalani ibadah seperti sembahyang, puasa, zakat dan menunaikan haji di mekah..
    Adakah qari dan qariah di singapore tidak dibenarkan nasuk pertandingan musabaqah ?
    Sekolah agama dan pondok masih terus beroperasi di s`pura serta mendapat bantuan kjaan s`pura.
    Di Malaysia bantuan Perkapita disekat oleh pemimpin UMNO kononya sebab sekolah pondok akan melahirkan penganas..

    Mungkin saudara ingin mengatakan Azan x boleh dilaungkan di masjid spore. hehe..!! sebenarnya azan hanya boleh dilaungkan dlm masjid, begitu jg loceng gereja x boleh dibunyikan di luar gereja dan colok x boleh dibakar di luar tok kong, kavadi hanya boleh dipikul di sekitar pekarangan kuil semasa perayaan thaipusam.. bukankah itu adil namanya.

    Mungkin jg saudara ingin mengatakan yg org melayu x diberi jawatan penting dalam kerajaan s`pura.. Mcm mana boleh jd mcm tu kan.. mungkin cina s`pura curiga dgn kesetiaan rakyatnya yg berbangsa melayu sbb tu x nak bg jawatan penting dlm kabinet s`pura atau perkhidmatan awam mereka

    itukah yg dinamakan melayu teraniaya atau tertindas ?
    kalau macam tu memang dasar cina spura ni bangsat dan kurang ajar dah lah Tunku ( president UMNO ) yg bodoh dan banggang tu serah s`pura secara percuma tanah hak milik melayu kat diorang pastu aniaya melayu s`pura pulak..

    Tapi cuba fikir balik secara ikhlas apa yg berlaku kat malaysia pulak..
    Salah sape yg serah s`pura pd cina ? bukankah president UMNO yg kononnya mjaga hak melayu hingga ke titisan darah yg terakhir tu yg menyerahkan spura tanpa sebarang desakan.. jadi knp nak salahkan cina spura pulak..?

    Oooo.. Mungkin singapura x menghormati umat melayunya krn tak melaksanakan perundangan islam sama jugalah dgn m`sia tak melaksanakan HUDUD..apa bezanya..?

    Sepanjang m`sia merdeka belum pernah menteri pertahan m`sia diserahkan kepada bangsa cina atau india, ketua polis negara spura bangsa cina, m`sia juga ketua polis negara juga melayu.. so adillah mcm tu.. jadi apa masalahnya..

    Kalau cina spura perkauman sbb x bagi jawatan penting kat melayu spura macam mana pulak dgn melayu kat m`sia yg x bagi jawatan penting seperti menteri pertahanan/ ketua polis kat cina m`sia..? bukankah sama saja perkauman nya. so sebelum nak mencerca bangsa lain tengok dulu sikap bangsa kita sendiri..bukankah kita mencurigai bangsa cina dlm negara kita sama seperti cina spura mencurigai melayu dlm negara mereka sendiri..??

    Adakah saudara juga salah seorang penganut fahaman Assobiyah ( kebangsaan ) yang dilaknat oleh Allah dan Rasulnya..??

    Lebih baik lagi pemimpin spura sbb x pernah sekali2 mengiiktiraf bangsa cina negara singapura sbg peribumi macam pemimpin UMNO yg mengiktiraf melayu sebagai Bumiputera...

    ReplyDelete
  5. (quote) bukankah kita mencurigai bangsa cina dlm negara kita sama seperti cina spura mencurigai melayu dlm negara mereka sendiri..?? (Unquote)

    Di malaysia, hal ini ditimbulkan beberapa kali dah, tapi rata2, kebebasan kaum Cina (dan kaum lain) mengherdik, menyoal, mencabar, mengguris, mengorek, memijak, hak2 tertentu dalam perlembagaan Malaysia adalah 1000 kali lebih terbuka dan lebih 'diberi kepala' drp di Singapura.

    Pelik tak pulak orang Melayu ada hak sedimikian rupa akan kaum dominan lain di Spore.

    EMLES
    Ejen Malaysia lwn Ejen Spore

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan EMLES.

    Ramai yang masih buat tak faham. Pembela liberal konon.

    Amir

    ReplyDelete
  7. Salam semua.
    Asyik2 ada perbincangan, perdebatan dan seumpamanya tapi kita tak nampak pun hasilnya? Mestikah kita tunggu hingga jadi (sekali lagi) sesuatu yg 'buruk' baru 'orang-orang tertentu' akan sedar hal ni yang dah berlanjutan terlalu lama?

    Sedih,
    Halim Hamidi

    ReplyDelete